sham85
Junior Student
Posts: 95
|
Post by sham85 on Aug 18, 2003 14:02:38 GMT 8
bismillahi rohmanir rahim. alhamdulillahi hirrobbil 'alamin wassolatu wassalamu ala asy rafil anbiya; il mursalin . wa'ala alihi wsohbihi 'ajmai'n. 'amma baa'd
soalan saya ustaz apakah peranan kita atau di manakah peranan kita dalam memartabatkan ummah kearah meperteguhkan kalimah ALLAH di muka bumu ini.
saya melihat fenomena yang berlaku di sekitar kita di dalam kolej ISLAM adalah sesuatu yang tak dapat di mengertikan kerana atas dasar apkah akhlak anak-anak pelajar di sini di tarrbiyyah.
kita dapat melihat pelbagai perkara yang tidak elok ber laku di sekeliling kia daakah ini tanggungjawab kepada individu atau satu jemaah.
maksud saya adakah tiap-tiap individu yang melijat kemungkaran harus menegur atau sekadar cukup slah seoranh dari sekelompak masyarakat.
saya mengajukan soalan ini kerana saya berpendapat bahawa ramai di kalangan warga IIC TIDAK MEMAHAMI KONSEP HUKUM ISLAM. SAYA SUDAH CUKUP TERANG HUAJH USTAZ SEMASA TA'ARUF WEEK.MENUNJUKKAN BATASAM YANG OERLU DILANDASI walau bagaimanapuin di hari ustaz mengeluar kan hujah tersebut kepada warga baru , warga lama masih dengan akhlak dan tabiat yang melampaui batasan yang telah ditetapkan. apakh peranan serta di amnkah peranan kita dalam menegakkan kalimah Allah di kampus ini? wassalam
p/s maaf sekiranya soaln ini tidak berkaitan atau menyinggung pelbagai pihak.
|
|
|
Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Aug 25, 2003 15:52:18 GMT 8
Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah, was Solatu Wassalamu 'ala Rasulillah wa Alihi wa Manit Tabi'ahu bi Ihsan Ila Yawmid DinSebagai seorang Muslim yang menganuti agama Allah SWT iaitu Islam, maka sudah pasti sebagai satu tanggungjawab kita adalah menyebar Islam. Islam di dalam erti kata sebuah agama yang menyeluruh yang mana ia didirikan di atas 4 aspek yang paling penting; (1) 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah (2) Shari'ah (3) Manhaj atau Methodologi (4) Akhlaq Adalah tidak wajar seseorang Muslim meninggalkan mana2 aspek di atas di dalam menyeru agama Allah SWT. Daripada 4 aspek ini, yang terpenting adalah 'Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Ini kerana ada pegangan-pengangan orang yang bernama Muslim tetapi mereka bukan pengikut Ahlus Sunnah wal Jama'ah seperti Jahmiyah, Mu'tazilah, 'Asha'irah, Khawarij, Shi'ah dan sebagainya. Bukan semua yang diserukan oleh seorang Muslim (hanya kerana semata2 namanya berbunyi ala Arab) maka ia adalah yang benar. Di dalam sebuah masyarakat Islam yang diperkenalkan dan dipertontonkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri sewaktu baginda berada di Madinah, ialah membina syaksiah dan keperibadian Muslimin; Muhajirin dan Ansar. Jika sebelum ini di Mekah, Rasulullah s.a.w. menekankan pembinaan Iman yang kukuh di dalam benak hati Muslimin, maka kini tiba pula proses pembinaan individual dari aspek keperibadian dan Akhlaq. Kerana proses inilah, dan kejayaan yang telah dicapai oleh Rasulullah s.a.w di dalam usaha tersebut diiktiraf oleh Allah SWt dgn firmanNya, [Al Imran: 11]; "Kamu (umat Muhammad) adalah sebaik-baik ummah yang pernah diutuskan kepada manusia, (ini kerana) kamu menyeru manusia membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah" Di dalam ayat di atas, jelas Allah SWT menegaskan bahawa antara ciri-ciri sebaik ummat yang dibina oleh didikan Rasulullah s.a.w. adalah seperti ini; (1) Menyeru membuat kebaikan, (2) Mencegah dan melarang membuat kemungkaran, (3) beriman dengan Allah SWT Dari ayat di atas, jelas "Menyeru membuat kebaikan dan mencegah dan melarang membuat kemungkaran" merupakan penyebab sesuatu komuniti itu menjadi sebaik-baik manusia selain dari Imannya mereka kepada Allah SWT. Ia bukan sahaja merupakan lambang "sebaik-baik ummah" tetapi jika lambang kejayaan sesuatu ummah itu sebagaimana ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya, [Al Imran: 104]: "Dan hendaklah ada di antara kamu golongan yang menyeru (manusia) berbuat kebaikan dan mencegah mereka dari membuat kemungkaran (kejahatan dan maksiat), dan mereka inilah golongan yang benar-benar berjaya" Oleh itu, dari dua ayat di atas, jelas menerangkan kepada kita akan kewajipan Amar Ma'ruf dan Nahyi Mungkar. Baik, jika begitu kepada siapa harus dipertanggungjawabkan Amar Ma'ruf dan Nahyi Mungkar ini? Kepada Jemaah tertentu atau kepada individu? Bagi menerangkan hal ini, adalah baik kiranya diambil sebuah hadith dari Rasulullah s.a.w: "Agama itu adalah nasihat"Lalu sahabat bertanya, "bagi siapa (agama itu adalah nasihat)? Jawab baginda s.a.w., "Bagi Allah dan bagi RasulNya dan bagi A'immah (ketua; pemerintah dan ulama) orang Muslim, dan individu-individu (Muslim)"Dari hadith ini jelas sekali bahawa setiap inidividu mempunyai tanggungjawab di dalam Amar Ma'ruf dan Nahyi Mungkar ini. Bezanya berdasarkan bezanya kedudukan mereka di dalam masyarakat. Ini dapat kita faham dari sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kekuatan yang ada padanya), maka jika dia tidak mampu berbuat demikian (kerana tiadanya kekuatan atau kuasa untuk mengambil tindakan), maka cengah dengan lidanya (yakni nasihat), maka jika dia tidak berkemampuan berbuat demikian (mungkin kerana tak biasa menegur atau takut) maka cegahlah dengan hati. Dan yang itu (cegah dengan hati) adalah (tanda) selemah-lemah Iman" Dari hadith ini jelas, mencegah kemungkaran ada beberapa peringkat: A. PERINGKAT PERTAMAMencegah Kemungkaran dengan Kuasa.Sudah pasti di dalam peringkat ini, boleh kita terjemahkan kepada pihak pemerintah di dalam suatu teritori. Dalam gambaran IIC ini, sudah pasti pihak Kolej yang dipertanggungjawabkan. Ini adalah kewajipan mereka. Selain itu, badan-badan di dalam kolej seperti SRC dan juga Biro Disiplin dan Da'wah turut sama memikul kewajipan ini secara tidak langsung. B. PERINGKAT KEDUAMencengah Kemungkaran dengan Lidah (Ucapan). Yakni dengan memberi kata nasihat dan peringatan akan dosa-dosa maksiat yang dilakukan. Menyebut akan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Akan tetapi perlu diingat bahawa kepada semua bahawa amat perlu dakwah dengan kata-kata dilakukan dengan penuh hikmah dan kata-kata yang baik. Ini kerana kata-kata yang baik membuka hati manusia kepada menerima haidayat Allah SWT dan kata-kata yang kasar dan kesat akan menjauhkan lagi mereka yang kita nasihati dari jalan hidayah. Ini dinasihatkan sendiri oleh Allah SWT sendiri melalui firmanNya, [al-Nahl: 125]: "Serulah manusia ke jalan (Agama) Allah dengan penuh hikmah (kebijaksanaan) dan dengan memberi peringatan-peringatan yang baik" Antara contoh kata-kata yang baik seperti, "wahai saudaraku, takutlah kepada Allah" "solatlah atau puasalah, tak takut ke dengan azab Allah" "dimanakah manfaat yang kamu dapat dengan melakukan amalan (maksiat) ini?" C. PERINGKAT KETIGAMencegah Kemungkaran dengan Hati.Iaitu jika sesorang Muslim itu lemah dari segi fizikalnya (memandangkan yang membuat maksiat itu kuat dari fizikalnya), atau tidak begitu petah atau pandai bermain kata-kata, maka peringkat yang terakhir adalah keengkaran dengan hati. Ini dapat dicapai dengan membenci hal-hal maksiat yang dilakukan oleh mereka disekelilingnya, atau membenci perbuatan mereka. Cuba menjauhi diri dari mereka setelah nasihat demi nasihat diberikan. Hal ini amat penting kerana ia akan menyuburkan keimanan kita akan hal-hal yang mungkar. Jika kita tidak mengendahkan dan mengambil sikap acuh tak acuh, maka lama kelamaan, hal yang mungkar sudah menjadi biasa bagi kita, lantas kita pula mungkin terjebak di dalam melakukan hal yang sama di suatu masa nanti. Diriwayatkan bahawa 'Abdullah ibn Mas'ud r.a. pernah berkata: "Binasalah kamu jika hatimu tidak mengenal apa itu ma'ruf dan tidak mengingkari perbuatan mungkar" Apa yang pasti segala proses Amar Ma'ruf dan Nahyi Mungkar dilakukan dengan penuh keikhlasan di dalam mencari keredhaanNya dan bukan untuk mencari populariti dan kemashhuran. Asal Usul Ma'ruf dan Mungkar(1) Asal Ma'ruf.Asal hal-hal yang Ma'ruf adalah Tawhid kepada Allah SWt dan ikhlas di dalam melakukan amal ibadat terhadapNya. (2) Asal Mungkar.Asal hal-hal Mungkar adalah Menduakan Allah SWT (Shirk) di dalam syari'atnya. Kesimpulannya, sebaik individu Muslim adalah menjadi kewajipan kita menasihati, mendakwah sahabat-sahabat yang sesat dan jauh dari jalan hidayah. Perlu kita ingatkan, dakwah kita tidak semestinya diterima dengan hati yang terbuka. Mungkin ada yang menerima, mungkin ada yang menolak, mungkin ada yang menyampah!! Tidak kurang juga ada yang melepar kata seperti, "wara'nya dia" "kau tu malaikat" "kamu ni kolotlah" "woi, jgn jadi macam katak bawah tempurunglah" "sekarang ni kita hidup di dunia modenlah, bukan kampung." Akan tetapi walau apapun rintangan, itulah usaha yang perlu sentiasa kita lakukan, walau menyampah mana sekalipun mereka yang berada di sekeliling kita. Ustaz do'akan agar Allah SWT tetapkan Iman kita agar kita tidak akan putus asa di dalam menyebar agamaNya. Dan satu cara untuk memohon pertolongan Allah SWT adalah dengan menyebar agamaNya yang termasuk di dalam hal ini adalah Amar Ma'ruf dan nahyi Mungkar. Allah SWT berfirman, [Muhammad:7]: "Wahai mereka yang beriman, jikalau kamu menolong (memartabatkan agama) Allah, Allah akan memberi pertolongan (di dalam memberi kemenangan) kepada kamu dan menetapkan Iman kamu" SubhanaKAllahumma wa bihamdiKa, Ashhadu An La Ilaha Illa Anta AstagfiruKa wa Atubu IlaiKa. Wa SollAllahu 'ala Rasulina wa 'ala Alihi wa Sohbihi Ajma'in.WallAhu Waliyut TawfiqUSTAZ ABU 'ABDILLAH AL-FADHLANI25/08/03
|
|