Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Sept 21, 2003 17:44:17 GMT 8
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah, was Solatu Wassalamu 'ala Rasulillah wa Alihi wa Manit Tabi'ahu bi Ihsan Ila Yawmid Din.
Amma Ba'd,
Ustaz rasa telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar semasa menjawab persoalan yang dibawa oleh sham85 yang bertajuk:Di mana peranan kita? Oleh itu Ustaz tidak mahu lagi membincang hal ini dengan lanjut.
Terdahulu, Ustaz bersyukur kepada Allah SWT kerana di dalam keadaan kolej kita hari ini, masih ada lagi mereka2 yang Allah SW memenuhi hati mereka dengan keimanan. Mereka ini tidak senang dengan permandangan yang memualkan oleh pelaku2 kemungkaran. Ustaz do'akan agar Allah SWT menetapkan iman Ustaz dan kalian semua di dalam menghadapi kehidupan. Amin.
Adapun apa yang perlu dilakukan oleh warga IIC yang perihatin jika mereka melihat kemungkaran, maka sekali lagi bolehlah merujuk kepada article yang jawab jawab terhadap permasalahan sham85 sebelum ini.
Tinggal lagi, jika kamu melihat warga IIC melakukan perbuatan sumbang seperti yang disiarkan oleh ntv7,(wal'iyazabillah), hendaklah kamu memisahkan mereka dari meneruskan hajat nafsu mereka itu dengan 'menengking' 'membuat bising' atau memanggil pihak berkuasa kolej. Jika dekat al-Maniah, panggil ajer Ustaz, warden. Jika di Puteri Apt, panggil sahaja guard dan warden; Ustaz Mahis & Ustazah Fadzillah. Jika diluar, laporkan kepada Badan Disiplin dan Da'wah keesokan harinya selepas kamu 'mengganggu' mereka dari melakukan kerja2 terkutuk itu.
Mengenai badan yang bertanggungjawab untuk membenteras hal ini, amatlah sukar sekali. Ini kerana kita kekurangan mereka yang dihormati di dalam membenteras hal ini memandangkan ada segelintir di antara orang 'src' sendiri terlibat. Bagaimana ketam mahu mengajar anaknya berjalan? SubhanAllah.
Ustaz telah pun mengadakan sessi 'kaunseling' terhadap SRC sendiri tetapi berapa kerat sahaja yang muncul. Di dalam hal ini, Ustaz telah melaksanakan tugas Ustaz sebagai seorang yang mengetahui, bila Ustaz melihat ada kesilapan-kesilapan yang berlaku di dalam SRC.
Walaubagaimanapun, Ustaz harap selepas ini, pelajar memilih wakil2 SRC yang tidak melakukan hal2 sedemikian.
Mengenai SRC sekarang, segala kemungkaran yang dilakukan oleh mereka dan warga IIC di atas kelalaian mereka sendiri, maka mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. :
"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua adalah bertanggungjawab kepada mereka yang di bawahnya"
Dari hadith ini, jelas SRC bertanggungjawab di atas segala warga IIC sebagaimana juga warga-warga IIC lain, seperti Ustaz2, Ustazah2, Pensyarah2, staff2 lain dibawah bidang kuasa mereka masing-masing.
Terakhir, Ustaz nasihatkan jangan harap kepada sesiapa jika kita mahu IIc menjadi satu tempat yang dirahmati Allah SWT. Kita sendiri tanamkan semangat Amar Ma'ruf dan Nahyi Mungkar sesama kita. Tegur, nasihat tetapi dgn HIKMAH.
SubhanaKAllahumma wa bihamdiKa, Ashhadu An La Ilaha Illa Anta AstagfiruKa wa Atubu IlaiKa. Wa SollAllahu 'ala Rasulina wa 'ala Alihi wa Sohbihi Ajma'in.WallAhu Waliyut Tawfiq
USTAZ ABU 'ABDILLAH AL-FADHLANI
20/09/03