|
Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Jul 8, 2003 10:03:08 GMT 8
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah, was Solatu Wassalamu 'ala Rasulillah wa Alihi wa Manit Tabi'ahu bi Ihsan Ila Yawmid Din
Di sini ingin sekali saya mengambil kesempatan untuk menerangkan tentang cara-cara mengepos sesuatu persoalan.
Adalah menjadi harapan saya agar para pengunjung yang ingin bertanya sebarang soalan baru, agar mengepos sebagai satu topic baru, bukan sebagai reply atau respon kepada soalan lain yg telah dikemukakan.
Dgn ini, saya memohon izin dr Puteri untuk mengepos kembali soalannya yg diposkan pada 05/07/03 sebagai satu soalan baru agar para pengunjung dan pembaca yang budiman tidak bercelaru.
Sekian.
WallAhu Waliyut Tawfiq
ABU 'ABDILLAH AL-FADHLANI
8/07/03
-----------------------------------------------------------------------
Soalan Puteri berbunyi:
assalamualaikum... puteri pun ade sedikit kemusykilan pasal agama...dan.. puteri nak mintak sangat2, kalau sesape yang tahu...dapat jawab kemuskilan puteri nie...macam nih...puteri nak tahu...sebetulnye...adakah batal air sembahyang suami atau isteri..jika mereka bersentuhan sesame sendiri? puteri musykil sebab...selame nih...ade ustaz yang mengatakan batal...manakala...dr versi yang lain pula...mengatakan sebaliknya...jika sesape yang ingin menjawab persoalan puteri nih...adalah dinasihatkan..menyatakan dalil2 yang sahih...agar tidak ade sebarang kemusykilan lagi...insyaallah...assalamualaikum.
|
|
|
Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Jul 8, 2003 16:30:25 GMT 8
PART 1
Bismillahir Rahmanir Rahim
Alhamdulillah, was Solatu Wassalamu 'ala Rasulillah wa Alihi wa Manit Tabi'ahu bi Ihsan Ila Yawmid Din.
Terdahulu, terima kasih saya ucapkan kepada Cik Puteri kerana mempunyai suatu initiative untuk bertanya. Budaya cintakan ilmu inilah yang amat kontang di dalam masyarakat kita. Mereka jarang sekali ingin membuka minda mereka. Pada mereka cukuplah dgn apa yang telah diamalkan oleh datuk nenek mereka terdahulu. Walhal, datuk nenek kita semua datang dari Adam a.s. Dan bilamana kita ini dari Adam a.s. maka kita tidak terlepas dari membuat kesilapan. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan"[Riwayat Ahmad]
Amatlah diharap agar kita dapat kembali mewujudkan budaya ilmu ini, dan bukan budaya al-Taqlid al-A'ma (mengikut membuta tuli) atau al-Ta'assub al-Mazhabi (Fanatik kepada satu-satu pandangan mazhab walhal pandangan dari mazhab lain jauh jelas dan nyata akan kesahihannnya berdasarkan nas2 yang ada padanya) kerana ia akan membutakan mata kita dari mengikut ajaran-ajaran dari al-Qur'an dan al-Sunnah.
Mengenai hal sentuhan antara suami isteri, adakah ia membatalkan wudhu' atau tidak, para Fuqaha' dari al-Imam Abu Hanifa, Malik, Syafi'e dan Ahmad rahimahumullah, mereka bercanggah pendapat di dalam hal ini. Mari kita ikuti dengan lanjut pandangan-pandangan mereka ini.
Imam Abu Hanifah rahimahullah [150H]
Imam Abu Hanifa rahimahullah berpendapat bahawa sentuhan tidak sedikit pun membatalkan wudhu’ baik tanpa berlapik apatah lagi berlapik. Pandangan ini merupakan pandangan yang paling ringan jika dibandingkan dengan pandagan mereka yang lain. Akan tetapi, perlu diingat, bukan kesenagan yang dijadikan neraca di dalam mencari hukum tetapi hujjah yang kuat.
Imam Malik ibn Anas rahimahullah [179H]
Manakala Imam Malik rahimahullah, seorang ahli hadith dan faqih pula berpendapat batal wudhu’ jika sentuhan itu diiringi dgn perasaan shahwat, samada ianya berlapik atau tidak.
Imam Muhammad ibn Idris al-Shafi'e rahimahullah [204H]
Imam al-Shafi'e yang juga ahli Hadith dan faqih rahimahullah dan ulama' yang bersependapat dengannya pula berpendapat bahawa bahawa menyentuh perempuan yg bukan mahram batal wudhu’nya walaupun menyentuh isteri sekalipun.
Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah [241H]
Adapun Imam Ahmad rahimahullah seorang ahli hadith dan faqih juga, walaupun beliau merupakan anak murid kepada Imam al-Shafi'e akakn tetapi dia tidak bersetuju dengan pandangan gurunya. Akan tetapi dia lebih bersetuju dengan Imam Darul Hijrah, iaitu guru kepada gurunya; Imam Malik rahimahullah.
Imam Ahmad rahimahullah sepertimana Imam Malik, berpendapat batal wudhu’ jika sentuhan itu diiringi dgn perasaan shahwat, samada ianya berlapik atau tidak.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah dirujuk kepada kita karangan Ibn Rushd al-Maliki, Bidaya al-Mujtahid wa Nihaya al-Muqtasid , Vol. 1, pg. 37-38 atau mana-mana kitab yang bersabit dengan Fiqh Perbandingan (Fiqh Muqaran) seperti kitab-kitab berikut:
1. al-Badha'i' al-Sona'i' oleh al-Imam al-Kasani al-Hanafi 2. al-Majmu' oleh al-Imam al-Nawawi al-Shafi'e 3. al-Mughni oleh al-Imam Ibn Qudama al-Hanbali
Perbezaan pendapat mereka semua ini tercetus disebabkan pemahaman mereka yg berbeza di dlm ayat-ayat firman Allah SWT ini:
1.Firman Allah Ta’ala [al-Nisa’:43]: "Dan jika kamu sakit atau dlm keadaan musafir atau kembali dr tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayammumlah kamu dgn tanah yg bersih atau suci, sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun." 2.Terdapat juga ayat yg lebih kurang sama dgn firmanNya [al-Ma’idah: 6]: "Dan jika kamu sakit atau dlm perjalanan atau kembali dr tempat buang air atau menyentuh perempuan lalu kamu tidak memperolehi air, maka bertayammumlah dgn tanah yg baik"
Baik, permasalahan yg timbul adalah di sini, iaitu pada ayat "atau kamu telah menyentuh perempuan" [al-Nisa’:43] dan "atau menyentuh perempuan" [al-Ma’idah: 6].
Ikhtilaf(Perbezaan) para Fuqaha ini adalah berpunca dari kefahaman mereka tentang ayat2 di atas, berdasarkan sumber2 hukum atau nas2 yang ada pada masa hayat mereka. Sudah pasti mereka yang terkemudian datangnnya berkemungkinan besar mempunyai lebih banyak di dalam membuat Ijtihad mereka di dalam sesuatu masalah yang diperselisihkan. Walaubagaimanapun, sama-sama kita lihat hujjah-hujjah mereka.
Dalil Mereka Yang Mengatakan Batal
Imam al-Shafi’e rahimahullah dan juga yg sependapat dgnnya melihat ayat “menyentuh perempuan” memberi makna Haqiqat (Technical) atau makna yg sebenarnya dan bukan makna Majaz (Figurative) atau makna yg tersirat. Bagi beliau, “menyentuh perempuan” maknanya menyentuh perempuan yang sah dikahwini, sebab itulah isteri termasuk di dalam sentuhan perempuan yang membatalkan wudhu. Ini berdasarkan qaedah di dlm Ilmu Usul Feqah yg mana pemakaian sesuatu perkataan atau bahasa kekal pada maknanya yg Haqiqi selama mana yg mampu. Tiada takwilan padanya melainkan ada nas yg menerangkan bahawa ianya memberi makna Majaz. [Lihat : Sarakhsi, Usul, Juz.1, ms. 170-171, Baidhawi,Minhaj al-Wusul ila ‘Ilm al’Usul , ms. 2], Akan tetapi, jika penggunaan makna yg Haqiqi terhalang (disebabkan oleh adanya nas2 yg menyanggahi penggunaan atas makna yg Haqiqi), maka mestilah menggunakan Majaz atau Maknawi juga dikenali dgn makna yg tersirat.
Jadi di bawah ini terdapat nas2 yg sahih yg menjadi hujjah kpd terhalangnya qaedah penggunaan makna Haqiqi ke atas ayat “menyentuh perempuan” bahawa ianya membatalkan wudhu’ semata2 menyentuh perempuan yg bukan mahram.
|
|
|
Post by Abu Abdillah al-Fadhlani on Jul 8, 2003 16:31:24 GMT 8
PART 2
Dalil Mereka Yang Mengatakan Tidak Batal
HUJJAH YG PERTAMA: PENAFIAN PENGGUNAAN “MENYENTUH PEREMPUAN” DI DLM KEDUA2 AYAT [AL-NISA':43 & AL-MA'IDAH:6] KPD MAKNA HAQIQINYA IAITU “MENYENTUH PEREMPUAN” DR SEGI BAHASA ARAB.
Penggunaan qaedah ini tertolak. Ini krn perkataan “al-Lams” di dalam ayat [al-Nisa':43] "aw Lamastumun Nisa' " yang bermaksud "atau menyentuh perempuan" itu adalah satu perkataan yg membawa dua makna (Lafdz Mushtarak) di sisi orang Arab. Kadang2 ia digunakan dgn membawa makna Haqiqi iaitu menyentuh kulit bukan mahram dan kadang2 ia membawa erti Ma'nawi iaitu Jima' atau Persetebuhan. Ulama’2 tafsir berpendapat bahawa pendapat yg paling rajih ialah Persetubuhan. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Jurair al-Tobariy dan begitu juga Ibn Kathir [Ibn Kathir, Tafsir al-Qur'an al-'Adzim , Juz. 1, ms. 504] sbgmana yg diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas RA ketika ditanya apa yg dimaksudkan dgn “menyentuh perempuan”, maka jawabnya, “al-Jima’ atau Persetubuhan”. [Ibn Kathir,Tafsir al-Qur'an al-'Adzim, Juz. 1, ms. 503].
Ini juga selaras dgn ayat lain ketika mana Allah cuba menggambarkan proses persetubuhan dgn penggunaan al-Mass atau Sentuhan. Firman Allah Ta’ala[al-Baqarah:236]:
"Dan tiada kewajipan membayar (mahar) ke atas kamu, jika kamu menceraikan isteri2mu sblm kamu bercampur dgn mereka".
Di dlm ayat ini, Allah menggunakan perkataan"tamassuhunna" dgn lafaz kinayah atau kiasan kpd Jima'. Di sini, yg dimaksudkan adalah maknanya dr segi Majaz iaitu Jima' dan bukannya makna dr segi Haqiqatnya yakni “menyentuh”.
Adalah perlu diketahui bahawa Ibn Abbas r.a. adalah seorang yg paling mu’tabar tafsirannya di dlm mentafsirkan al-Qur’an. Ini krn Rasulullah s.a.w sendiri telah mendo’akannya agar beliau diberi kehebatan di dlm ilmu Tafsir sbgman sabda Rasulullah s.a.w.:
“Ya Allah jadikanlah dia (Ibn ‘Abbas r.a.) seorang yg ‘alim di dlm (urusan) agama dan ajarkanlah kpdnya ilmu ta’wil (tafsir)” [Bukhari, Muslim, dan Ahmad, Malik dan semua sunan2 yg 5]. Dan memang benar, setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., Ibn 'Abbas r.a. telah menjadi muffassir dari kalangan sahabat yang disegani. Atas dasar inilah pandangan atau tafsiran yg diberikan oleh Ibn ‘Abbas r.a. adalah lebih awla dipegang.
Mungkin mereka yg berpendapat bahawa batal wudhu bila tersentuh lelaki dan perempuan yg bukan mahram akan bertanya, “jika begitu maksudnya, “menyentuh perempuan itu dgn erti Jima’” maka knp ayat2 ini meletakkan ianya bersama2 dgn hadath2 yg boleh disucikan dgn wudhu’ atau tayammum?
Jawapannya cukup mudah. Yg dimaksudkan dgn Jima' di sini bukan Jima' pada erti kata yg sebenar iaitu memasukkan kemaluan lelaki ke dlm kemaluian isteri yg sudah pasti mengundang mandi wajib untuk menghilangkan hadath besar itu. Akan tetapi Jima' yang dimaksudkan di sini adalah dr segi umum sprt muqaddimah al-Jima' atau foreplay dgn bermesra2 antara suami dan isteri di awal2 permulaan persetubuhan. Bila ini berlaku, maka ia akan merangsang shawat kedua2 pihak lantas akan mengeluarkan air najis atau mazi hasil dr kelazatan yg timbul. Bila air ini keluar, maka hendaklah disucikan dgn mengambil wudhu’ atau tayammum, jika ketiadaan air. Ini sekali menyatakan yg pandangan al-Imam Shafi’e rahimullah (bahawa sentuhan perempuan itu sahaja sudah membatalkan wudhu’) dan al-Hanafi rahimahullah (sebarang sentuhan, baik dgn Shahwat atau tidak, sedikit pun tidak membatalkan wudhu’) adalah kurang tepat.
Di sini, pandangan Imam Malik dan Imam Ahmad adalah lebih tepat dan kuat hujjahnya. Malahan, pendapat ini juga turut disokong oleh hadith2 yg sahih di bawah sbg tanda bahawa pandangan inilah yang paling kuat hujjahnya.
HUJJAH KEDUA: HADITH2 YG MENJADI HUJJAH BAHAWA LELAKI DAN PEREMPUAN ATAU SUAMI DAN ISTERI, TIDAK TERBATAL WUDHU’NYA BILA BERSENTUH.
Berikut adalah sabda Rasulullah s.a.w. :
1.Dr ‘Aishah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. menciumnya sedangkan baginda berpuasa dan baginda berkata, “Ciuman tidak membatalkan wudhu’ dan tidak pula membatalkan puasa seseorang yg berpuasa” [Ishaq ibn Rahawih dan al-Bazzar] Ini dikuatkan dgn hadith sahih riwayat ‘Aishah r.a. , “Rasulullah SAW mencium isterinya sedang dlm keadaan baginda berpuasa” [Bukhari (1793), Muslim (1851)]. Jika ciuman yang lebih bersifat seksual pun tidak membatalkan wudhu, cublah fikir sejenak halnya sentuhan, apatah lagi sentuhan yang tidak disengajakan.
2.Dr ‘Aishah r.a. , “aku kehilangan Rasulullah (ini krn Rasulullah SAW tidak ada di atas katil) pada suatu malam dr katilnya akan tetapi daku kembali menyentuh baginda s.a.w (menjumpainya kembali), lalu aku menyentuh tanganku telapak kakinya ketika mana baginda sedang sujud, dan kedua2nya (yakni kaki itu) di dlm keadaan rapat antara satu sama lain (mengambarkan keadaan baginda s.a.w. dlm sujudnya) dan baginda s.a.w. mengucapkan (berdo’a ketika sujudnya): “Allahumma Inni A’uzubika Biridhaka min Sakhatik…….” [Muslim (751), al-Tirmizi (3415), al-Nasa’I (3831)]. JIka menyentuh isteri boleh membatalkan wudhu', nescaya sudah pasti Rasulullah s.a.w. akan memberhentikan solat malamnya dan pergi mengambil wudhu' kembali. Tetapi, itu tidak diamalkan oleh baginda s.a.w. Malah, baginda s.a.w. tetap meneruskan solat baginda s.a.w.
3.Dr ‘Urwah bin al-Zubair r.a. bahawa ‘Aishah r.a. berkata, "sesungguhnya Rasulullah SAW mencium isteri2nya kemudian keluar mengerjakan solat dan baginda tidak mengambil wudhu’ (slps itu)” ‘Urwah berkata “aku berkata kpdnya (yakni kpd ‘Aishah RA) siapa lagi kalau bukan kau” ‘Urwah berkata, “maka ‘Aishah pun ketawa" [Ahmad (24584), Ibn Majah (495), al-Nasa’I (173) al-Tirmizi (79)]. Saya tidak tahu hadith mana lagi yang lebih jelas dari hadith ini di dalam menerangkan hal ini.
4.Dr ‘Aishah r.a. bahawa “Rasulullah s.a.w. sembahyang di dlm keadaan aku tengah tertiarap sedang di hadapan qiblatnya (tempat sujudnya), maka apabila baginda s.a.w. hendak sujud, baginda mencuit kakiku lalu ku angkat kedua2 kakiku (untuk membolehkan baginda s.a.w. sujud)” [Bukhari (489) dan Muslim (796)]. Lihat sekali lagi perihal A'ishah r.a. dan Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. tidak mengejutkan A'ishah r.a. tetapi hanya mencuit kakinya bilamana mahu melakukan sujud. Adalah mustahil jika kita katakan yang A'ishah r.a. tidur dengan memakai sarung kaki.
Tetapi harus diingat bahawa sentuhan antara suami isteri atau perempuan lain yang bukan mahram tidak terbatal tidak bermakna kita dibenarkan menyentuh perempuan lain yang bukan mahram dgn kita.
Menyentuh perempuan yang bukan mahram tetap Haram hukumnya. Ini selaras dgn beberapa hadith dr Rasulillah s.a.w : “Bahawa sesungguhnya adalah seseorang daripada kamu memaku ubun2 kepalanya dgn paku besi lebih baik baginya dr menyentuh perempuan tidak halal baginya (untuk disetubuhi – yakni yang bukan mahram baginya)”[al-Tobrani] dan hadith Rasulullah saw kpd wanita2 Ansar yang datang membai’ah baginda s.a.w.,“sesungguhnya aku tidak berjabat tgn dgn wanita” [al-Nasa’I (4110), Ibn Majah (2865), Ahmad (25765)]
Rasulullah s.a.w., seorang yang patut dicontohi, sebagaimana diterangkan oleh Aishah r.a., isteri baginda s.a.w. apabila ditanya oleh ‘Urwah ibn Zubair, bahawa Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya tidak pernah tangannya menyentuh perempuan yang bukan mahramnya [Muslim (3471)]
Saya rasa, itu sahaja buat masa ini. Harapan saya watikah ini dibaca dengan hati yang terbuka, jauh dari sifat fanatik yg keji. Moga2 kita sama2 beroleh manfa'at dari ilmuNya yang hanya secebis kita nikmati. WAllahu A'lam.
WallAhu Waliyut Tawfiq. SubhanaKAllahumma wa bihamdiKa Ashhadu An La Ilaha illa Anta AstaghfiruKa wa Atubu Ilaik
ABU 'ABDILLAH AL-FADHLANI
08/07/03
|
|