Post by sham85 on Oct 15, 2003 19:33:30 GMT 8
cip mikro malaysia mampu mengangkat martabat negara dalam bidang separa konduktor dunia berdasarkan kemampuan cip berkenaan yang dilengkapi dngan pengenalan Frekuensi Radio (RFID) pada litar bersepadunya mampu mencegah penipuan dan menungkatkan tahap keselamatan pengguna.
Dengan memiliki antena yang kecil RFID pada papan litarnya ,ia mampu menghantar maklumat dalam bentuk gelombang radio kepada pembaca dan pada masa yang sama juga boleh berfungsi sebagai pembaca yang dapat menhantar maklumat pengenalan dan ia boleh dibaca menerusi perisian khusus dipasang di dalam komputer.
Apa yang berlaku ialah alat pembaca itu mengahantar gelombang elektromagnetik kepada RFID yang kemudianya meningkatkan kuasa yang ada di dalam litar cip mikro berkenaan.cip itu akan melakukan proses modulasi gelembong untuk menghasilkan data dalam bentuk digital dan maklumat terbabit adalah eksklusif,misalnya untuk tujuan keselamatan serta pengesahan identiti pengguna.
MM cip itu boleh diletakkan didalam pasport antarabangsa kad pengenalan pintar(mykad),kad bank dan kad kredit sebagai langkah kerajaan mengelakkan penipuan.potensinya amat besar dalam dunia perdagangan,logistik,keselamatan dan penjagaan kesihatan berdasarkana data yang dapat disalurkan pada masa nyata (real-time).
Dianggarkan kos yang diperlukan adalah 38 sen bagi setiap satu cip dan difahamkan sebahagian besar pengeluaran cip berkenaan dibuat di taman teknologi tinggi kulim di kedah oleh SILTERRA (M) SDN BHD manakala bakinya oleh Sanyo semikonduktor di jepun.
kelebihan MM cip ialah frekuensi gelombang radio yang ada ia memiliki aplikasi pelbagai gelombang yang mampu mengesan sebab frekuensi gelombang yang dihasilkan oleh RFID.ketika ini,ada dua standard gelombang yang digunakan cip RFID, satu adalah 13.56MHz ia dimanfaatkan di eropah manakala Amerika Syarikat menetapkan 1915Mhz sebagai standard cip RFID .
Ini bermakna MM cip boleh memasuki kedua2 pasaran samada eropah atau amerika syarikat berdasarkan kelebihanya.
Cip berkenaan juga memiliki kelebihan jika digunakan sebagai penanda (tag) kerana ia mampu menjana frekuensi yang bertindak sebagai pengenalan produk kerana isyarat di hantar mampu dibaca sehingga jarak seratus meter.
Jika dibandingkan dengan kod bar yang banyak digunakan sebagai penanda,pembaca(READER) terpaksa dibawa kepada kod bar sebelum pengguna dapat membaca maklumat yang tersimpan didalamnya.
Ini bermakna, katakan MM cip digunakan pada produk yang ada di pasaraya besar, produk berkenaan akan sentiasa menghantar maklumat kepada pembaca sekaligus pihak pentadbir dapat mengetahui status barang yang ada di rak.
Langkan kerajaan membeli paten cip berkenaan drpd FEC,syarikat elektronik yang berpengkalan di jepun kena pada masanya berdasarkan potensi yang ditunjukkan pada pasaran dunia sekaligus menyumbang pendapatan kepada kerajaan