Post by turtle on Oct 10, 2003 3:56:07 GMT 8
Ajal maut di tangan Allah. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap
akan dijemput-Nya. Tapi tak tahu bila. Ingatlah bahawa mati itu terlalu
hampir kepada kita. Walaupun kita berada jauh di perantauan, berada di
tempat yang laungan azan tidak kedengaran untuk mengingatkan kita tentang
kebesaran-Nya, di kelilingi dengan manusia yang sering memandang ringan akan
perintah Allah dan hanyut dengan hanya kesukaan sahaja di atas dunia ini.
Oleh itu marilah kita ingat-mengingati tentang datangnya hari di mana hanya
amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita untuk menemui-Nya.
Baginda Rasulullah saw pernah bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan seseorang dan kemudian mereka menarik ruhnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan
malaikat yang lain yang masuk dan menarik ruh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang pula satu kumpulan
malaikat yang lain, masuk dan menarik ruhnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik ruh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasulullah saw lagi: "Kalau orang yang bernazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibril a.s. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah
kanan sehingga orang yang bernazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada
orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada
syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s.". "Kalau
orang yang bernazak itu orang munafik, maka Jibril a.s. akan menebarkan
sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang bernazak itu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka
yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah SWT menghendaki seorang mukmin itu
dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak
mencabut ruh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari
mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut ruh
orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah SWT." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah SWT dan menjelaskan apa yang diucapkan
oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat
maut mendapat perintah daripada Allah SWT maka malaikat maut pun cuba
mencabut ruh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut
ruh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,
tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut ruh orang
mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.
Malangnya malaikat maut juga gagal melakukannya sebab kaki berkata: "Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang
alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut ruh
orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut ruh
orang mukmin dari arah mata, tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
mata berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa
melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah SWT. Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat-Ku,
tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada ruh orang yang beriman
itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah SWT, maka malaikat maut
menghampiri ruh orang itu dan menunjukkan Asma Allah SWT. Sebaik saja
melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah SWT, maka keluarlah ruh
tersebut dari arah mulut orang mukmin dengan tenang.