|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 21:39:28 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 21:44:39 GMT 8
gambar the pope john 2 iaitu paderi yang yang paling besar bagi org kristian..gambar ini menunjukkan..dia telah mencium al-quran..selepas kejadian itu,semua pihak kristian amat membencikan dia..jika tidak percaya, ape yang atok katakan ni..click lah kat sini.. www.sengkarai.com/popejohnII.htmni kawan atok yang sentkan..
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 21:47:02 GMT 8
Assalamualaikum wm wb Segala puji-pujian bagi Allah, Rabb sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda Rasulullah, para keluarga dan sahabat baginda.
Salam buat semua warga muslim. Semalam atok berkesempatan menghadiri satu kuliah. Satu info yang perlu atok rasakan dikongsi bersama ialah, Al-Ustaz yang berceramah yang juga kakitangan PERKIM membuat satu serbuan di sebuah gereja di sekitar lembah klang ini, beberapa minggu yang lalu. Ketika serbuan dilakukan, 300 remaja kita anak-anak muslim ini sedang dimurtadkan... punca mereka boleh terjebak setelah membeli dan meminum air mineral... CAP PENGUIN.... hati-hati dengan jenama ini.... buat masa ini,atok tidak pernah terjumpa air mineral cap demikian, tetapi sekiranya para sahabat terjumpa... maka canang-canangkan lah...
atok.. Waallhu a'lam wailaliqaq wa wassalam © Copy right 1999 2000 2001. All right reserved.
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 9, 2003 21:48:50 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 11, 2003 13:40:03 GMT 8
FOTO MENUNJUKAN RAYAT PALESTINE DIHINA
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 11, 2003 13:51:39 GMT 8
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 18, 2003 0:46:03 GMT 8
a'kum.. Sejarah Valentine's Day Dalam keghairahan remaja Islam dewasa kini merayakannya, elok sekali kalau kita melihat kembali sejarah silam yang membawa kepada perayaan ini. Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Februari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno ( Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai. Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing saling tukar-menukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi. Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496 Masehi, Paus Gelasius ( Pope Gelasius) mengganti peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada tanggal 14 Februari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta Kristian yang dihukum mati pada tanggal tersebut. Sehingga sekarang acara tersebut terus diperingati. Dalam sejarah perayaan Valentine, para sejarawan tidak setuju dengan adanya usaha untuk menghubungkan hal itu dengan St Valentine yang hidup di Rom pada zaman pemerintahan Kaisar Caludius II (268-270). St Valentine ini ditangkap oleh orang-orang Rom dan dimasukkan ke dalam penjara, kerana dituduh membantu salah satu pihak untuk memusuhi dan memburu orang Kristian. St Valentine ini kononnya berhasil mengubati puteri penjaga penjara yang buta. Akhirnya pada tahun 270 orang Rom memenggal kepalanya di Palatine (bukit Palatine ) dekat Altar Juno. Dalam kaitannya dengan acara Valentine Day, banyak orang mengaitkan St Valentine yang lain. Dia adalah seorang bishop di Terni, satu tempat kira-kira 60 batu dari Rom. Dia juga diburu kerana memasukkan sebuah keluarga Rom ke dalam agama Kristian. Kemudian ia dipancung di Roma sekitar 273 Masehi. Sikap Seorang Muslim terhadap Valentine's DayBagi seorang Muslim, segala perbuatannya telah mempunyai hukum dan wajib baginya untuk mengetahui hukum satu perbuatan sebelum perbuatan tersebut dilaksanakannya. Sebagaimana satu kaedah syara' (kaedah Fiqh) yang menyatakan Asal (pokok/dasar) sesuatu perbuatan adalah terikat dengan hukum-hakam Syara' Begitu pula untuk 'berkasih-sayang' versi 'Valentine'an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta realiti pelaksanaan Valentine's Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim. Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara' dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain firman Allah SWT: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban (TTQ Al Isra' : 36) Juga firman Allah SWT; Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mreka setelah datang ilmu kepada kamu (keterangan-keterangan), sesungguhnya kalau demikian termasuk golongan orangg-orang yang zalim (TTQ Al Baqarah : 145) Untuk itu marilah kita meneliti erti semua itu setelah kita mendapatkan pemahaman tentang Valentine Day tersebut. Semoga kita tidak menutup mata dan telinga setelah mengetahui perkara ini. Berdoalah semoga Allah SWT tidak akan menutup mata hati kita, kerana orang yang paling rugi ialah orang yang berusaha menutup pancaindera mereka setelah datangnya ilmu dan keterangan. Dan yang lebih parah lagi jika seandainya mata hati kita telah ditutup oleh hawa nafsu mereka. Perlu difahami bahawa syariat Islam datang dari Allah SWT untuk menerangi umat manusia dari kegelapan, dan ianya tidak boleh disandarkan pada asas manfaat di mana penentuan manfaat atau tidaknya sesuatu adalah bersifat relatif. renung renungkanlah..atok
|
|
|
Post by duo on Dec 18, 2003 11:44:14 GMT 8
>SESAME LE KITE AMIK JDKAN IKTIBAR > > >Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. >Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya >seorang India Muslim dan mak saya orang >Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke >India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg >Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru >untukmencari kerja bersama-sama kawan-kawan >tetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen >keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang >paderi bernama Father Chong. > >Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, >makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami >diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. > >Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah >bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, >dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj A hmad. >Beliau telah membawa saya tinggal di seksyen 14, >Jalan Gasing Petaling Jaya. Kami belajar selok >belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan >dibina khas untuk orang Melayu >beragama Islam (ada hingga sekarang). > >Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya >telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, >belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, >talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa >Malaysia. Saya belajar sekali dengan Ibu Tien >Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita >Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita >Kristian seluruh Indonesia. > >Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik >sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor >Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya >dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar >selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan >Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, >Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik >ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 >sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. > >Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan >di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. >Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu >Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas >Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang >jawatan setiausha agong Kristian Singapore. >Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua >dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke >Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit >$1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah >kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan >pemuda-pemuda Negeri Perak. > >Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan >telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah >Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak >dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya >terus bertaubat. > >Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah >dikristiankan, terutama pen duduk Negeri Perak dan >Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). > >Cara hendak mengenali mereka : > >Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih,bertali >leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari >$60.00). >Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben >hitam. >Di Kuala Lumpur -Kompleks Daya Bumi, Kota Raya >dan Sg Wang Plaza. > >Cara-cara berdakwah:- > >Mereka akan menemubual, tanya asal terutama >pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa >saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, >makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara >perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi >satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi >sejenis air hitam (holy water). > >Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi >hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan >macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak >mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. > >Kewangan gereja $12.6 juta, sumber d ari Sabah, >Sarawak ,Filipina dan Singapura. Motorola adalah >penyokong dakwah Kristian ini terletak di >Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). >Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di >Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang >Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - >akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. >Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah >Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail >Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi >nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan >datuk-datuk. > >Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang >Sekolah teknik seorang pelajar perempuan >(bersalib) telah bertaubat, bila saya >tanya,katanya untuk main-main saja, akhirnya dia >bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan >sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah >Cina dibayar $165.00 sehari) En Salleh Omar yang >menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof >Noor untuk mengadakan persidangan Kristian >sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982. >Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, >Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, >didalam tudungnya ada salib. > >Punca terjebak dalam Kristian:- 1. Desakan hidup >2. Kurang agama > > >Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang >kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan >Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan >juga matlamat 1990 untuk menawan satu >Malaysia/Brunei kepada Kristian. Paderi Besar di >Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin >Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai >Timbalan Paderi itu. Beliau telah dihantar ke >Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi >setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk >membuat kajian mengapa umat Islam malas ke >masjid. > >Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang >pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah >masuk Kristian di Mela ka. Target Kristian: Pemuda >yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu >Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. >Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 >keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di >Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama >dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak >dikesan). Beliau beri penerangan kepada >1. Polis Bukit Aman >2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam) >Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan >Kristian ini. >Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob(Pengarah >Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri >selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah >di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi >dikenakan 4 syarat: >Tidak boleh hisap rokok, Tidak boleh minum arak, >Tidak boleh makan benda-benda berdarah, Tidak >boleh kahwin. Holy water dibawa dari Indonesia >(Ketua padri Indonesia) bapak Bruto yang >menyediakan air ini. Percetakan buku -buku >Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada >lesen. > >Ketua paderi Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada >berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh >dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan >Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah >tangan. > >PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM >KITA >"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda >Rasulullah SAW) >"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu >dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan >barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka >sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang >besar." >(Surah Al-Ahzab:71)
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 14:38:14 GMT 8
dah dapat dah info nih...
|
|