|
cerpen
Jan 9, 2004 0:14:06 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 0:14:06 GMT 8
1 Pagi itu aku dihantar oleh keluargaku mendaftar di salah sebuah universiti di ibu negara. Aku bakal menempuh alam yang baru setelah tamat matrikulasi beberapa bulan yang lepas. Alam yang belum pernah ku jelajahi. Tidak dapat ku gambarkan perasaanku ketika menjejakkan kaki di dewan tempat pendaftaran pelajar baru diadakan. Gementar, gembira, takut. Semuanya lengkap. Hishhh¡kenapa dengan tangan aku ni? Gementar semacam sampai menulis pun dah tak betul. ¡°Emm¡saudara, tumpang tanya, koperasi kat mana?¡± ¡°Tak pastilah saudari. Eh, macam kenal, Ayue kan?¡± ¡°Kamal! Engkau ke¡Ya Allah, macamanalah aku boleh tak perasan. Bestnya, dapat jumpa kau kat sini. Kau apa khabar?¡± ¡°Macam inilah. Macam 3 bulan yang lepas. Kau pulak macamana?¡± ¡°Samalah macam engkau. Engkau datang seorang je ke?¡± ¡°Taklah. Kakak aku hantar. Parents aku tak dapat datang. Diaorang kat Pahang.¡± ¡°What course are you in?¡± ¡°Mechanical engineering.¡± ¡°What? Eiiii samalah kiter, ntah2 kiter ni satu kelas lagi tak?¡± ¡°Kau pun Mecky gak ke?¡± ¡°Yup! ahaksss¡.tak sangka jumpa ko kat cnie.¡± ¡°Result kau hari tu camna, ok?¡± ¡°Cukup makan je.¡± ¡°Wah, cukup makan kau kata boleh dapat sini?¡± ¡°Eleh, kau tu pun apa kurangnya. Oklah, aku kena pergi dululah. See you next time.¡± ¡°Kejap, Ayue. Aku nak nombor ko, boleh?¡± ¡°Anyway, I didn¡¯t give anyone my number except my family. But seems that you¡¯re my old friend, its oklah. 013-5810283. Ok, bye.¡± ¡°Thanks. Bye.¡± Hah, Kamal! Mengimbau kembali ingatanku ketika di matrikulasi dulu. Hmmm¡kenangan yang ingin ku luputkan dari ruang ingatanku. Tak perlu untuk disimpan. Setelah segala prosedur pendaftaran selesai, aku dihantar oleh keluargaku ke aspuri dan kami sama-sama menikmati makan tengahari di sini. con't thanks to ayu ....
|
|
|
cerpen
Jan 9, 2004 23:21:08 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 23:21:08 GMT 8
2
Minggu orientasi merupakan minggu yang agak menakutkan bagi seorang pelajar baru sepertiku. Tambahan pulak kat tempat yang asing macam ni. Hanya dua orang pelajar ditempatkan dalam setiap bilik. Roommate aku namanya Linda. Kebetulan dari negeri yang sama denganku, Perak. Kira sekepalalah dengan aku. Malam itu aku menerima panggilan telefon dari Fahrur. Hmmm¡Fahrur. Apa yang boleh ku katakan tentang dirinya? Walaupun dia tidak sekacak Tom Cruise ataupun tak segagah Salman Khan, personalitinya cukup memikat hatiku. Hampir dua tahun usia persahabatan kami. Dan baru-baru ini sebelum aku memasuki universiti dia telah melamar aku untuk menjadi teman istimewanya dan aku dengan senang hati menerima lamarannya itu. Walaupun jarak usia kami agak jauh, hampir 8 tahun, namun itu bukan penghalang utama. Cinta dan kasih mengatasi segalanya. Aku hanyut dibuai mimpi yang indah bersamanya malam itu.
¡°Tu apalagi yang terhegeh-hegeh lagi kat belakang tu. Cepat sikit. Lembab!¡± ¡°Aduh, sakitnya!¡± ¡°Hey¡tu apalagi tu. Bangun cepat. Baru terseradung sikit dah nak kecoh!¡± ¡°Siapa yang kecoh, ha? Awak tak nampak ke saya tengah berusaha nak bangun ni? ha? tak nampak ke? Terjerit-jerit macamlah saya ni pekak.¡± ¡°Amboi, menjawab ye¡mulut tu tak insurans tu. Jagalah awak nanti.¡± Malam itu sewaktu hendak pulang ke asrama selepas sembahyang jemaah di surau, kasutku hilang. Seingat aku kasutku itu ku letakkan di sebelah kasut Linda. Mesti ada yang nak mainkan aku ni! ¡°Pelajar-pelajar diberi masa 5 minit lagi untuk pulang ke asrama masing-masing. Sila bergerak dengan pantas. Pelajar yang ditangkap berkeliaran akan dikenakan tindakan.¡± ¡°Dengar tu, Yue. Jomlah kita balik. Kasut kau dah balik dulu kot.¡± ¡°Lawaknya. Kalau kau nak balik, baliklah. Aku nak cari juga kasut aku tu. Takkan aku nak menapak ke asrama tanpa kasut.¡± Tiba-tiba¡ ¡°Ni apasal tak balik-balik lagi ni? Berdating ye? Baru masuk sini, dah nak tunjuk besar kepala.¡± ¡°Hey, cakap jangan ikut sedap mulut je. Dating apanya. Awak buta ke kawan saya ni perempuan. Saya sebenarnya tengah¡¡± ¡°Aahhh¡saya tak nak dengar alasan awak. Cepat, pumping 20 kali, cepat!¡± ¡°Awak memang kejam!¡± ¡°Lagi banyak awak cakap, lebih lagi saya suruh awak buat. Cepat, pumping depan saya ni. Apa awak tunggu lagi?¡± ¡°Saya dah kata saya¡¡± ¡°Diam! Saya tak suruh awak menyampuk cakap saya. Jangan nak jual muka seposen awak tu kat sini. Tak jalanlah. Cepat, buat! Kalau tak saya tambah lagi denda awak tu.¡± ¡°Baik, kalau itu yang awak nak.¡± Kurang ajar! Aku tahu ini pasti angkara dia. Belum sempat aku menghabiskan denda ku itu, aku telah pun rebah menyembah bumi. Aku pengsan daaaa¡
con't again.... ;D
thanks to ayu....
|
|
|
cerpen
Jan 11, 2004 12:09:29 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:09:29 GMT 8
3 ¡°Tamatlah minggu orientasi pada hari ini. Saya selaku wakil facilitator memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan selama mengendalikan minggu orientasi ini. Belajarlah bersungguh-sungguh dan bla, bla, bla¡¡± ¡°Apa yang beruk tu merepek tu?¡± ¡°Tak baik kau kata dia macam tu, Ayue.¡± ¡°Tak baik kau kata? Habis tu yang dia buat kat aku tu baik sangatlah?¡± ¡°Yang lepas tu, lepaslah. Adat la tu senior buli junior.¡± ¡°Aahh, aku tak kira. Yang aku tahu aku benci dia, aku benci dia.¡± ¡°Ayue, Ayue. Sekejap.¡± ¡°Apa awak hendak? Ndak suruh saya pumping lagi ke?¡± ¡°Marah lagi ke?¡± ¡°Eh, taklah, tak marah, sukaaaaaa sangaaaatttttt!!!¡± ¡°Baguslah kalau macam tu.¡± ¡° ??¡± ¡°Saya tahu awak marahkan saya, Ayue. Tapi yang lepas tu lepaslah ye?¡± ¡°Senanglah awak cakap. Kalau awak yang kena macamana? Tepilah. Saya nak balik.¡± ¡°Ayue, tunggu dulu. Saya tahu apa yang saya buat tu melampau sangat. Maaf ye?¡± ¡°Jangan mudah sangat melafazkan maaf. Takut maaf awak tu nanti jadi tak berharga. Dah la, tak ada masa saya nak layan awak. Ketepi!¡± ¡°Ayue, Ayue. Hatimu sekeras batu!¡± Malam itu¡ ¡°Assalamualaikum Linda, ni Man ni.¡± ¡°Ha, waalaikumsalam. Ada apa Man?¡± ¡°Aiii¡sejak bila pulak Man tak boleh call awek Man ni?¡± ¡°Takdalah. Selalunya Man jarang call waktu macam ni.¡± ¡°In, Ayue ada cakap apa-apa tak tentang Man?¡± ¡°Ada.¡± ¡°Apa?¡± ¡°Dia kata Man beruk.¡± ¡°Aiii¡sikit punya handsome dia kata beruk?¡± ¡°Handsome memang handsome, tapi perangai Man tu tak sehandsome muka Man tu!¡± ¡°Ala, Man memain je hari tu.¡± ¡°Memain Man kata? Sampai pengsan Ayue hari tu.¡± ¡°Siapa suruh dia tak cakap?¡± ¡°Macamanalah dia nak cakap, kalau buka mulut je dah kena fire dengan Man. Menyergah pulak tu. Hilang semangat dia. Nasib baik In tak pengsan sekali.¡± ¡°In kalau pengsan mengada-ngadalah tu. Bukannya In tak biasa dengan Man. Lagi apa lagi dia kata?¡± ¡°Lain macam je soalan Man ni. Dah terpikat ke? Dia dah ada pakwe la.¡± ¡°Man pun dah ada makwe la.¡± Linda tidak dapat menyembunyikan senyumannya. ¡°Iye? Siapa?¡± ¡°Nama dia Makcik Linda.¡± ¡°Eyy¡suker-suker dia je nak panggil kita makcik. Tak sesuailah!¡± Linda dan Razman pun terus berbual-bual tentang pelajaran, hal ehwal semasa sambil sakat menyakat dan bergurau senda. Seolah-olah dunia ini milik mereka berdua. Sememangnya mereka berdua adalah sepasang kekasih yang bahagia! con't thanks to ayu
|
|
|
cerpen
Jan 11, 2004 12:10:28 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:10:28 GMT 8
4 Hari ini bermulalah sesi pengajaran dan pembelajaran setelah seminggu kami menjalani orientasi. Hari pertama agak lapang disebabkan kebanyakkan pensyarah masih belum pulang dari bercuti. ¡°Hi, sedapnya makan.¡± ¡°Hi, emm¡Linda. Jemput makan sama.¡± ¡°Makanlah. Aku baru je makan tadi. Sebenarnya ada 1 perkara aku nak beritahu kau. Pasal Razman.¡± ¡°Razman? Razman mana pulak ni? Setahu aku, aku tak ada kawan nama Razman pun kat sini.¡± ¡°Razman ni budak senior. Dia yang jadi ketua facilitator hari tu.¡± ¡°Oh, Razman namanya. Eloklah tu, nama pun ala-ala nama penyangak. Apa dia nak?¡± ¡°Dia kirim salam kat kau.¡± ¡°Sejak bila kau jadi postman tak rasmi dia ni. Berapa ribu dia bayar kat kau, Linda? Dah la, Linda. Kau pun sama juga macam aku. Kita bukannya kenal sangat dengan dia tu. Janganlah cakap pasal dia lagi, tak selera aku nak makan.¡± Kau silap, Ayue. Aku lebih tahu siapa Razman sebenarnya. Lebih daripada kau dan sesiapa saja.
Malam itu sedang aku membelek-belek majalah REMAJA yang baru ku beli beberapa hari yang lepas, telefon bimbitku berbunyi. Hmmm¡Fahrur rupanya. ¡°Hi, sayang. Assalamualaikum.¡± ¡°Waalaikumsalam. Emmm¡ Rur, you free tak esok?¡± ¡°I¡¯ll make it free for you.¡± ¡°Jujurlah dengan Ayue, Rur. Janganlah tipu.¡± ¡°Ok, ok. Actually esok jadual Rur pack dengan meeting. Pagi sampai petang. Why? Ayue ada rancangan ke esok?¡± ¡°Ayue ingat nak ajak Rur temankan Ayue beli buku, itu je.¡± ¡°Oklah macam tu. Pukul 5 petang baru Rur free. Kalau nak pergi beli pun sempat lagi.¡± ¡°Pukul 5? Ayue pulak yang tak boleh sebab ada group discussion.¡± ¡°Habis tu macamana?¡± ¡°Takpalah, Rur. Lain kali ajelah.¡± Hmmm¡nampaknya aku terpaksalah pergi seorang diri. Linda pun ada kelas esok. Sorang pun soranglah¡
¡°Hello, assalamualaikum, Razman ada?¡± ¡°Waalaikumsalam. Hai, Linda. Kenapa macam cemas je ni?¡± ¡°Macam ni. Ayue pergi shopping kat Sunway Pyramid. Dia ajak In tapi In ada kelas.¡± ¡°Jadi? Dia suruh In ajak Man temankan dia?¡± ¡°Bukan macam tu.¡± ¡°Habis tu macamana pulak?¡± ¡°Dia pergi sorang-soranglah.¡± ¡°Wah, berani betul dia. Dia tahu ke macamana nak ke sana?¡± ¡°Itulah masalahnya. Dah 3 jam dia pergi. In dah pesan kat dia bila sampai call In. Tapi dia tak call In pun sampai sekarang. In try call, hand phone dia off.¡± ¡°Agaknya asyik-masyuk sangat shopping. Sampai lupa dunia la tu. Ha, ha, ha.¡± ¡°This is not a joke, Razman. I¡¯m serious.¡± ¡°Ok, ok. I¡¯m sorry, ok? Habis tu, Linda nak Man buat apa?¡± ¡°Tolong pergi tengok-tengokkan dia. Bolehlah Man. In betul-betul tak sedap hati ni.¡± ¡°Dia biasa naik motor tak?¡±
con't....
thanks to ayu.... ;D
|
|
|
cerpen
Jan 13, 2004 0:14:48 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 13, 2004 0:14:48 GMT 8
5 ¡°Assalamualaikum, cik kak. Tak nak balik ke?¡± ¡°Waalaikumsalam¡awak! Buat apa awak datang sini? Awak ekori saya ye?¡± ¡°Heh, tolong sikit. Saya datang ni atas permintaan roommate awak. Dia risaukan awak. So, dia suruh saya tolong tengok-tengokkan awak kat sini. Apasal awak tak call dia? Macam nak gila dia menunggu call awak.¡± ¡°Alamak, lupalah!¡± ¡°Alamak, lupalah! Tu la asyik-masyuk sangat shopping. Perempuan la katakan.¡± ¡°Hey, jangan nak kutuk-kutuk kita pulak!¡± ¡°Hah, apalagi call la dia.¡± ¡°Sebenarnya¡phone saya tak boleh call out.¡± ¡°Jadi?¡± ¡°Jadi? Emmm¡takpalah. Saya cari public phone. Awak baliklah dulu. Saya pandai datang dah tentu pandai balik.¡± Huh, tak gentleman langsung. Kedekut, kemut! Mana aku nak cari public phone kat sini ni? ¡°Nah¡guna je hand phone saya ni. Saja je saya nyakat awak tadi.¡± ¡°Simpan ajelah hand phone awak tu.¡± ¡°Alahai, merajuk. Nah la, saya gurau je tadi. Banyaknya barang awak beli. Bekalan setahun ke ni? Bak sini saya tolong bawakan. Awak tu dah macam tak stabil je.¡± ¡°Nah!¡± ¡°Mak oii¡garangnya. Ingat pasal orientasi dulu ke?¡± ¡°Baguslah awak ingatkan saya. Kurang-kurang saya tak termakan kata-kata manis awak tu!¡± Aku pun menelefon Linda menggunakan hand phone Razman. ¡°Balik dengan dia? Tengoklah kalau aku ada ¡®selera¡¯. Ok. Bye.¡± Eh, eh perempuan ni. Main selera tak selera pulak dia. ¡°Hmmm¡nah, terima kasih!¡± ¡°Amboi, kasarnya!¡± ¡°Orang macam awak tak patut menerima layanan lembut dari saya ni. Bukannya tahu nak menghargai pun.¡± ¡°Marah sangat nampaknya awak pada saya ya? Ayue, tak boleh ke awak maafkan saya?¡± ¡°Bak sini barang-barang saya tu.¡± ¡°Awak tak nak balik ke, Ayue?¡± ¡°Saya pandai datang, pandailah saya balik. Saya tak mahu terhutang budi dengan awak.¡± ¡°Ayue, nanti dulu, Ayue!¡± Ayue pun hilang di celah-celah kesibukan orang ramai. Sementara itu, ada seseorang yang menjadi pemerhati setia drama pendek itu. Namun belum sempat drama pendek itu berakhir, dia telah pun melangkah pergi membawa hati yang luka¡
|
|
|
cerpen
Jan 13, 2004 0:15:31 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 13, 2004 0:15:31 GMT 8
6 Mana pulak bas ni? Dalam Sunway Pyramid tadi terang benderang. Rupa-rupanya dah gelap kat luar. Astagfirullahalazim, tu la, padan muka aku. Jual mahal sangat tadi. Kalau tak mesti aku dah selamat balik dengan Razman. Ah, tak ada apa yang nak dikesalkan. Tiba-tiba¡.. ¡°Hai cik adik manis. Nak balik? Jom abang hantarkan. Jomlah, jomlah¡¡± ¡°Hey, lepaskan tangan saya. Lepaskan!¡± ¡°Lepaskan tangan dia!¡± ¡°Siapa awak ha? Jangan sibuklah. Kalau tak nak makan penumbuk, blah la.¡± ¡°Aku kata lepaskan dia!¡± ¡°Oh, melawan. Nah ambik ni.¡± Bukk, argghh¡ Hiarkhhhh, bukkk! Aku masih tak dapat melihat empunya suara. Tapi aku seakan kenal pemilik suara itu. ¡°Lu nasib baiklah gua tak hantar balai. Baik lu blah sekarang jugak. Blah!¡± Lintang pukang penjahat tu menyelamatkan diri. Heh, padan muka! ¡°Ayue, mari I hantarkan balik.¡± Eh, mamat ni tahu nama aku la. Macamana dia tahu? Aku masih tak dapat mengecam siapa dia kerana dia membelakangi aku. ¡°Emmm¡ saudara?¡± ¡°Saudara???¡± Mamat tu pun terus berpaling dan wajahnya betul-betul di bawah sinaran lampu jalan. ¡°Fahrur? Oh, alhamdulilah. Nasib baik you ada kat sini.¡± Aku lantas memeluknya dengan rembesan air mata tanda kesyukuran dan kegembiraan yang amat sangat. ¡°Nasib baik ke atau nasib tak baik?¡± ¡°Rur, apa yang you cakapkan ni?¡± Pelukan ku leraikan. Wajahnya menunjukkan rasa tidak senang. ¡°Kenapa ni, Rur?¡± ¡°Kereta I ada kat sana, Ayue. Jom, I hantarkan balik.¡± Sepi. Pelik pula aku. Selalu kalau jumpa tak macam ni. Apasal ni? Jangan-jangan dia nampak aku dengan Razman tadi tak? Alamak!
Awal perjalanan, Fahrur dan aku masing-masing menyepi. Aku ingin memulakan perbualan tetapi apabila aku berpaling dan melihat wajahnya masam mencuka ala-ala ¡®The Rock¡¯, ku bunuh saja hasratku itu. Tiba-tiba¡ ¡°Who¡¯s that man, Ayue?¡± ¡°I don¡¯t know him Rur. I¡¯m waiting for a bus suddenly he came and disturb me.¡± ¡°Not the one who disturb you. But the one who accompany you in Sunway Pyramid.¡± Sah, dia nampak aku dengan Razman. Matilah aku! ¡°Mesra sangat nampaknya. I¡¯m wondering where he is when you¡¯re in big trouble just now? Kenapa diam? Answer me, Ayue!¡± Tersentap hatiku mendengar nada suaranya. Dia tak pernah begini sebelum ini. ¡°He¡¯s only my friend, Rur. Not more than that.¡± ¡°Kawan apa macam tu? Bukan main lagi bergurau senda. What¡¯s this all about, Ayue?¡± ¡°Believe me, Rur. He¡¯s only my friend. In relationship, we need trust, Rur.¡± ¡°Don¡¯t talk to me about trust, Ayue. How can I trust you now? Last night you told me that you have a group discussion at 5 o¡¯clock. Where were you during that time, ha? Tell me, Ayue!¡± ¡°The group discussion had been cancelled and suddenly I feel I wanna go out¡¡± ¡°Aha, now you¡¯re telling me that the group discussion had been cancelled. Then you feel you wanna go out without telling me. Good, Ayue. Do that again next time.¡± ¡°Macam mana lagi I nak cakap yang boleh buat you percaya kata-kata I, ha?¡± ¡°No need to say anything, Ayue. Your action tells me everything that I wanna know.¡± ¡°What do you mean, Rur? I tak faham.¡± ¡°With what that I saw just now, you sebenarnya tak serius dalam perhubungan kita. You tak tahu macam mana nak menjaga hati I. ¡± Setitis air mataku menitis. Aku cuba sedaya upaya agar ia tidak menitis lagi. Aku tidak bersalah. Mengapa harus aku menangis? Bagaimana lagi harus ku katakan padanya? ¡°Dah sampai.¡± ¡°Thanks for sending me home. I bought something for you. Ayue cuma nak katakan yang Ayue tak ajak pun that man. I¡¯m telling you the truth, Rur. Thanks again for saving my life. Ketahuilah tiada siapa yang bertakhta di hati Ayue dulu, kini dan selamanya selain insan yang bernama Fahrur. Assalamualaikum.¡±
|
|
|
cerpen
Jan 13, 2004 0:16:32 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 13, 2004 0:16:32 GMT 8
7 Aku terus berlari naik ke bilik tanpa menoleh padanya lagi. Dia telah menghukum diriku yang tidak bersalah. Air mataku begitu murah ketika ini. Aku terus merebahkan diri pada katilku dengan esak tangis yang seakan tiada kesudahan. Linda yang sedang menunggu kepulanganku terpinga-pinga. Linda mendesak agar aku menceritakan apa yang telah terjadi namun aku tetap membatu. Setengah jam kemudian aku bangun semula dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Linda masih sibuk bertanya itu dan ini. ¡°Aku penatlah, Linda. Esok-esok aku ceritalah kat engkau.¡± ¡°Emmm¡oklah.¡± Lega hatiku. Kalau tak, sampaikan ke subuh pun tak habis-habis menyoal. Macam aku ni pesalah pulak. Dah la dengan Fahrur tadi pun kena soal. Fahrur, Fahrur kau dah salah faham, Rur! Keesokannya, aku ceritakan apa yang telah terjadi semalam pada Linda. Ternyata dia juga agak terkejut dengan ceritaku. ¡°Biarlah aku berterus-terang, Ayue. Sebenarnya Razman tu pakwe aku. Aku memang dah kenal lama dengan dia. Sejak kecil lagi. Dia adalah anak angkat keluargaku. Adik beradik aku semuanya perempuan sedangkan mak aku inginkan anak lelaki. Kebetulan mak dan ayah Razman kawan baik mak dan ayah aku. Apabila mak dan ayahnya memilih untuk berhijrah ke Australia, Razman memilih untuk tinggal terus dengan kami kerana dia tak mahu mengikut keluarganya ke sana. Dialah satu-satunya lelaki istimewa dalam hidupku. Sudah hampir 14 tahun aku hidup bersamanya. Sejak usia aku 5 tahun. Dan sudah hampir 5 tahun aku menjadi kekasihnya. Sejak aku di tingkatan 2.¡± ¡°Patutlah dia denda aku je hari tu. Kureng! Kau ni makwe dia rupanya.¡± Linda tersenyum malu. Hai, untung dapat pakwe dari kalangan senior, ketua facilitator pulak tu, terlepas la dari kena ragging! ¡°Aku bimbang kehilangan dia, Ayue.¡± Linda meluahkan kebimbangannya padaku. ¡°Kenapa pulak, Linda?¡± ¡°Parents aku tak merestui perhubungan kami, Ayue. Kata mereka keluarga tak berkembang kalau aku disatukan dengan Razman dan banyak lagi rintangan lain yang harus kami hadapi.¡± ¡°Linda, cinta tanpa rintangan adalah cinta yang tiada harga, kosong! Tak ada nilai sebuah percintaan jika tidak melalui sebarang cabaran dan rintangan. Ini adalah hakikat hidup, Linda. Kita tak boleh lari darinya. Lagipun aku pasti kau takkan melaluinya bersendirian. Razman pasti akan sentiasa berdiri di belakang kau.¡± Linda mengangguk sambil tersenyum. Hai, aku ni kalau bab falsafah cinta memang nombor satu. Bab ¡®menyettlekan¡¯ problem orang bercinta pun bagilah kat aku. Tapi problem aku sendiri¡Hmmm, entahlah. Yang pasti aku tak bersalah, jadi aku takkan mengalah! thanks to ayu ....mizz ya
|
|
|
cerpen
Jan 14, 2004 21:39:20 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 21:39:20 GMT 8
8 Pagi ini aku turun ke caf¨¦ untuk bersarapan. Linda tak ikut sama. Mengantuk katanya. Alamak, tertinggal la pulak hand phone aku! Emmm, pagi lagi, mesti tak ada sapa call. Petang itu aku menerima message dari Fahrur. Katanya dia minta maaf kerana buruk sangka terhadap aku. Rupa-rupanya Fahrur menghubungi aku pagi tadi sewaktu aku ke caf¨¦. Linda telah pun menerangkan segala-galanya pada dia. Hmmm¡lega hati aku. Masalah aku selesai dengan sendirinya. Malam itu Fahrur menghubungi aku lagi. Kali ini barulah aku berpeluang bercakap dengannya. ¡°Rur minta maaf, Ayue. Rur sedar kesilapan Rur yang terburu-buru menuduh Ayue yang bukan-bukan. Maafkan Rur ye, sayang?¡± ¡°Dah lama Ayue maafkan. Lupakanlah peristiwa itu. Janji Rur tak buat lagi, ok?¡± ¡°Ok. Yue, amacam Rur belasah mamat tu hari tu? Ada gaya-gaya hero tak? Ala-ala Rosyam ke?¡± ¡°Jangankan ala-ala Rosyam, ala-ala Osman Kering pun takda!¡± Berderai gelak si Fahrur. Aku pun tumpang sekaki gelak dengan dia. Sudah sekian lama aku merindui gelak tawanya meskipun hanya dua hari tidak mendengar suaranya. Kami kemudiannya terus berbual-bual. Sebelum kami mengakhiri perbualan, Fahrur mengajak aku keluar Ahad ini untuk bersiar-siar dan membeli-belah. Aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju dengan pelawaannya.
9 Sedar tak sedar sudah 2 tahun aku belajar di universiti ini dan hampir 4 tahun aku menjalinkan hubungan dengan Fahrur. Linda dan Razman juga semakin hari semakin intim. Maklumlah sama-sama ¡®senior¡¯ di sini. Aku menerima panggilan daripada Fahrur pada petang Sabtu menyatakan yang dia ingin bejumpa denganku esok. Aku merasa hairan dengan pelawaannya itu kerana kami baru sahaja berjumpa. Tetapi ku buang jauh-jauh perasaanku itu. Aku dapat merasakan sedikit keganjilan ketika kami berjumpa kali ini. Kami menghabiskan masa dengan window-shopping dan bermain bowling. Aku dapat merasakan kemesraan yang agak ¡®ganjil¡¯ sedikit darinya. Sepanjang masa dia memegang tanganku walaupun ketika dia sedang memandu. Seakan-akan aku tidak mahu dilepaskan. Kami menikmati makan malam di restoran berputar di Menara Kuala Lumpur. Fahrur kelihatan gelisah selepas kami selesai makan. Pada mulanya aku tidak mengsyaki apa-apa hinggalah sewaktu dalam perjalanan pulang, Fahrur memberhentikan keretanya di bahu jalan¡ ¡°Ayue, Rur ada sesutu yang ingin Rur katakan pada Ayue.¡± Aku masih tidak mengsyaki apa-apa. Fahrur menarik nafas panjang. Tanganku masih dalam genggamannya. Aku lihat dia agak tertekan ketika ini tetapi aku tak tahu kenapa. ¡°Cakaplah, Rur. Apa dia, hmmm? Rur ada masalah ya?¡± Aku masih lagi tersenyum. ¡°Ayue, hubungan kita terpaksa berakhir di sini saja, Ayue.¡± ¡°Janganlah bergurau, Rur.¡± Aku sedikit gelisah tetapi masih mampu ketawa dan tersenyum. ¡°Hubungan kita putus, Ayue.¡± Putus? Nafasku seakan terhenti. Fikiranku buntu, otakku seakan ¡®blank¡¯ selepas mendengar ayat itu. Inikah kesudahannya setelah hampir 4 tahun menjalinkan hubungan? Aku jadi tidak menentu seketika. Aku jadi rimas, gelisah, panas dan berpeluh-peluh. Melihatkan keadaan diriku yang tidak menentu, Fahrur pantas keluar dari kereta dan membuka pintu di sebelahku lantas memelukku dan menenangkanku. ¡°Maafkan Rur, sayang. Rur terpaksa buat begini. Rur amat sayangkan Ayue tetapi Rur tak boleh meneruskan hubungan kita. Rur tak mahu Ayue tahu sebabnya kerana ianya hanya akan menambah luka bukan saja pada Ayue tetapi juga pada diri Rur sendiri. Rur cuma minta satu dari Ayue, lupakan Rur. Ayue masih muda, masih jauh perjalanan Ayue. Pasti ada yang menanti Ayue. Yang lebih sempurna dari Rur.¡± Aku sudah lemah dan tidak bermaya. Tapi segala kata-kata Fahrur amat jelas pada pendengaranku. Aku menarik nafas panjang. Hampir 4 tahun aku mengenalinya dan aku cukup memahami dirinya. Dia tidak akan melakukan sesuatu tanpa alasan yang kukuh. Aku tahu dia amat mencintaiku. Aku pasti bukan sesuatu yang mudah untuk dia membuat keputusan ini. ¡°Hantarkan Ayue pulang, Rur.¡± Itulah ayat terakhir yang aku lafazkan pada malam itu. Sepanjang perjalanan pulang, aku ditemani kenangan-kenangan lama kami. Ada yang pahit, ada yang manis. Aku cuba mengesan di mana silapku, tetapi aku gagal. Jadi di manakah silapnya hingga ini yang terjadi?
Sekembalinya aku ke asrama, aku dikejutkan lagi dengan satu berita yang tidak kurang hebatnya. Linda akan ditunangkan pada cuti semester ini. Berita pertunangannya itu sama sekali tidak mengejutkan aku tetapi apa yang mengejutkan aku ialah Razman bukan bakal tunangnya. Apabila ku buka saja pintu bilikku, Linda terus menerpa ke arahku. Matanya merah, mukanya sembab mungkin disebabkan terlalu banyak menangis. Tisu bertaburan di atas katilnya dan bingkai gambar dia bersama Razman jatuh berderai di atas lantai. Pada mulanya aku syak dia bergaduh dengan Razman. ¡°Kenapa ni, Linda? Apa yang telah terjadi? Beritahulah aku apa yang menyebabkan kau jadi begini?¡± ¡°Selepas kau keluar pagi tadi, aku menerima panggilan telefon dari ayah dan ibuku menyatakan bahawa aku akan ditunangkan dengan pilihan mereka pada cuti semester ini. Aku tak mahu, Ayue. Aku tak mahu.¡± ¡°Razman dah tahu?¡± ¡°Belum.¡± ¡°Hmmm¡nasib kita hampir sama, Linda.¡± ¡°Apa maksud kau, Ayue?¡± ¡°Hubungan antara aku dengan Fahrur dah berakhir.¡± ¡°Apa? Tetapi kenapa?¡± ¡°Entahlah, Linda. Aku sendiri tak tahu apa silap aku. Dia minta aku melupakan dia. Mana mungkin Linda. Hampir 4 tahun aku bersamanya. Selama ini aku jaga hubungan aku dengan dia sebaik mungkin. Inikah balasannya?¡± Air mataku mengalir. Setitis demi setitis. ¡°Bersabarlah, Ayue. Kita sememangnya senasib.¡± Akhirnya kami berdua hanyut dalam mainan perasaan masing-masing. Namun, aku pasrah!
|
|
|
cerpen
Jan 14, 2004 21:39:59 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 21:39:59 GMT 8
10
Fahrur sudah tidak lagi menghubungiku. Biarlah. Jika ini kesudahannya, aku rela. Aku sudah tidak memikirkan lagi tentang hal itu. Tumpuanku kini lebih kepada peperiksaan akhir semester yang bakal menjelang tidak lama lagi. Linda pula kini lebih gemar meminggirkan diri. Kesian Linda. Razman sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana hubungan mereka sebelum ini memang tidak direstui keluarga kedua belah pihak. ¡°Ayue, aku harap kau dapat datang di majlis pertunangan aku.¡± ¡°Insyaallah. Siapa bakal tunang kau, Linda?¡± ¡°Entah. Aku tak ambil tahu pun siapa dia. Nama dia pun aku tak nak tahu.¡± ¡°Pasrah sajalah pada takdir, Linda. Mesti ada hikmah di sebalik semua ini.¡± ¡°Aku harap begitulah, Ayue.¡± Hari yang dinantikan pun tiba. Razman datang menjemput aku di rumah. Ternyata Razman juga kecewa tetapi disembunyikan dengan senyuman. ¡°Aku tahu perasaan kau, Man.¡± ¡°Agaknya jodoh aku dengan kau tak?¡± Razman masih mampu bergurau. Namun aku tahu dia sedang dalam kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat. Siapalah yang sanggup melihat kekasih hati dimiliki oleh orang lain di depan mata sendiri? ¡°Sebenarnya Linda tak bagi aku datang. Tapi aku kata aku nak hadir juga. Kalau pun tak sebagai bakal tunangnya sekurang-kurangnya dia masih lagi adik aku walaupun hanya adik angkat.¡± Sayu hatiku mendengar kata-katanya.
Semasa kami tiba di rumah Linda, rombongan meminang masih belum sampai. Khabarnya bakal tunang Linda turut serta dalam rombongan itu. Tujuannya supaya mereka dapat bertemu kerana mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini kerana bakal tunangnya sentiasa sibuk dengan kerja begitu juga Linda yang sibuk belajar di universiti. Aku duduk dalam bilik bersama Linda manakala Razman di luar bersama-sama ayahnya. Ramai juga saudara-mara Linda yang hadir. ¡°Aku takut la Ayue. Kenapa Man datang? Berapa kali dah aku kata jangan datang, jangan datang. Tapi dia degil. Aku tak sanggup lalui saat ini kalau dia ada di sini, Ayue.¡± ¡°Aku datang sebagai abang, In.¡± Serentak kami menoleh. Razman tegak berdiri di ambang pintu dengan senyuman. Linda ingin mendapatkannya, namun aku menghalang. ¡°Razman sudah pun dapat menerima hakikat ini, Linda. Terimalah hakikat yang dia tidak ditakdirkan untuk kau.¡± Tiba-tiba kami dikejutkan satu suara yang menyatakan ketibaan rombongan meminang. Razman sudah pun berlalu pergi. Aku dan Linda kembali melayan perasaan masing-masing. Saudara mara perempuan Linda yang ada bersama kami di dalam bilik sibuk mengintai untuk melihat bakal tunang Linda. Hanya aku dan Linda sahaja yang tidak berminat. Kami lebih gemar termenung melayan perasaan. Apabila tiba saat untuk menyarungkan cincin, satu persatu ahli keluarga bakal tunang Linda masuk. Aku yang duduk di sisi Linda ketika itu merasakan ada di antara ahli rombongan itu yang pernah ku lihat. Tetapi di mana ya? Segala persoalan terjawab tatkala bakal tunang Linda masuk. Pandanganku kabur. Dunia ku lihat gelap seketika. Tidak pernah kurasakan perasaan sedih dan kecewa seperti ini. Aku rebah akhirnya di riba Linda.
|
|
|
cerpen
Jan 15, 2004 21:25:21 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:25:21 GMT 8
11 Aku cuba untuk membuka mata. Pedih rasanya. Tiba-tiba aku terdengar satu suara menyeru namaku. Aku kenal suara itu. Suara Fahrur. Fahrur sedang meriba kepalaku. Aku cuba bangun. Kelihatan juga Linda dan Razman sedang memandangku dengan pandangan sayu. Hanya kami berempat di dalam bilik ketika ini. Aku gagahkan juga diriku untuk bangun. ¡°Maafkan Rur, Ayue. Rur tak ada pilihan lain. Sebenarnya Rur juga tak sangka yang Linda adalah bakal tunang Rur. Parents Rur yang menguruskan segala-galanya. Rur cuma diberitahu setelah semuanya telah dipersetujui. Maafkan Rur, Ayue. Rur adalah penyebab segala impian kita musnah.¡± ¡°Ayue pasrah jika ini adalah kehendakNya, Rur. Ayue sudah lama menerima hakikat perpisahan kita. Cuma Ayue tak sangka ini yang akan terjadi. Kau beruntung Linda memiliki lelaki seperti Fahrur. Aku doakan kalian berdua bahagia. Tentang diriku, usahlah korang risau. Aku sudah lali dilukai. Aku pernah melaluinya dulu, kenapa tidak aku laluinya sekali lagi?¡± ¡°Jangan cakap macam tu Ayue.¡± Linda datang padaku lantas memelukku dengan erat. Dia menangis. ¡°Jangan menangis begini di hari bahagia mu Linda. Kelak nanti kau akan menjadi seperti aku. Tidak pernah mengecap kebahagiaan meskipun ia sudah hampir dalam genggamanku. Tiada apa yang perlu ditangiskan.¡± Aku cuba meredakan tangisannya. Aku sapu air matanya dengan jariku. Tetapi siapakah yang mampu meredakan tangisan ku yang jauh kedengaran di lubuk hatiku? Siapa pula yang mampu menghilangkan kesedihan dan kesengsaraanku ini? ¡°Linda, percintaan seringkali diibaratkan seperti kehidupan kita. Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita berduka. Jika kita tidak berhenti hidup kerananya, kenapa pula kita harus berhenti dari bercinta?¡± Itulah falsafah aku dari dulu lagi. Aku kini cuba bangkit dari kejutan yang ku alami sebentar tadi. Kejutan yang hampir-hampir meragut kewarasan akal fikiranku.
|
|
|
cerpen
Jan 15, 2004 21:25:57 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:25:57 GMT 8
12 Kini, aku telah pun tamat belajar di universiti. Esok merupakan hari bahagia buat pasangan Fahrur Ikmal b Hatim dan Hazrulinda bt Iskandar. Aku dan Razman bakal menjadi pengapit kepada dua insan yang paling aku sayangi, bekas kekasihku dan juga rakan baikku. Aku cuba belajar untuk menerima kenyataan ini. Kami berempat, aku, Fahrur, Linda dan Razman menjadi sahabat baik selepas peristiwa itu. Nyata ada keserasian antara kami. Razman cuba untuk menjadi pengganti Fahrur, tapi ku jelaskan padanya yang aku kini lebih selesa menjalinkan persahabatan. Tak dapat ku nafikan, sesungguhnya hatiku masih lagi ¡®terasa¡¯ dengan apa yang telah terjadi. Sekiranya aku ditakdirkan bercinta lagi akan aku pastikan, hatiku tidak akan ¡®terasa¡¯ buat kedua kali¡
|
|
|
cerpen
Jan 15, 2004 21:27:30 GMT 8
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:27:30 GMT 8
i wanna thanks to ayu...4 contributing this cerpen. ...so, aper pendapat korang tentang cerpen nie? ....
|
|