Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 17:17:07 GMT 8
Hijrah - Rasulullah s.a.w mulakan strategi Islam di Madinah
Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT. Yang telah memberikan banyak kenikmatan kepada kita. Yang seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Bahkan, kenikmatan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi nikmat hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, kenikmatan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita adalah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini menjalar sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah saw. diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah Rasulullah saw. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama "Maal Hijrah". Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah saw. ini merupakan peristiwa yang sangat penting? AJ ingin mengajak para pembaca untuk menhayati erti sebenar Hijrah Rasulullah.
Pertama, dakwah Rasulullah saw. apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit terutama setelah Rasulullah saw diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah dan menunjukkan bahawa baginda tidak lagi bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surat Al-Hijr: 94:
"Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu."
Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka’bah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.
Pernah baginda sedang solat berhampiran Ka’bah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Mu’ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang solat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu’ait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehingga Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.
Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul dakwah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda saw. dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama kurang lebih tiga tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.
Sedangkan baginda Rasulullah saw. dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Natijahnya menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda saw. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. Baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Thaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Harisah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu. Baginda, cuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada di sana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mut’im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda saw. dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut’im bin Adi.
Sejak itu, baginda sering kali mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya" . Maka, baginda saw, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah meskipun pada masa itu tidak satu pun kabilah yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa’sa’ah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah rasulullah, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa’sa’ah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda:
"Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepimpinan) ini merupakan wewenang Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."
Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sa’sa’ah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan risalah dakwah Islam.