|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 9:28:29 GMT 8
Riyadh bom bukan oleh Al-Qaeda ------------------------------------------
Al-Qaida Targeting Children, Saudi Family Doesn't Pass The Laugh Test Nov 10, 2003 By Bruce Kennedy, JUS
Untuk memikirkan yang Al- Qaida akan mensasarkan kawasan perumahan di Riyadh yang penuh dengan kanak -kanak sementara ibu bapa mereka yang peruasa di bulan Ramadhan yang suci ini adalah tidak masuk akal sama sekali. Tuduhan terbaru terhadap Al-Qaida datang pada masa Goerge Bush gagal dengan teruk dalam ramalan popularitinya untuk menghadapi pilihanraya . Harapan terakhirnya adalah mengembirakan tuan Israel dan sementara keluarga di raja Arab Saudi sedang terdesak akibat jualan minyak yang semakin kurang di campur dengan hubungannya yang semakin renggang dengan Amerika, di mana ekonomi Saudi bergantung.
"Mentality Mujahideen dan hasil tulisan dan kenyatan Al-Qaida dan kumpulan yang sependapat dengannya adalah sangat jelas. Mustahil mereka akan menyerang muslim kecuali mereka adalah mangsa yang tidak disengajakan". kata Saad al-Faaqih jurucakap Movement of Islamic Reform in Arabia (Mira) yang berpejabat di London.
Jenis Mangsa seperti ini tidak akan di pertimbangkan langsung sebagai sasaran oleh Al Qaida kerana risiko yang tinggi dan melibat kan mangsa yang tidak berdosa yang terlalu tinggi. Tidak ada seorang muslim pun yang akan percaya terhadap tuduhan seperti ini. Bagi kami yang telah biasa dengan berita setiap hari, kami sudah tahu yang tuduhan yang tak berasas seperti ini sebelum kami menerimanya.
Antara sebabnya ialah pertama, amaran antarabangsa yang disuarakan oleh US beberapa hari sebelum pemgeboman dan kemudian datang secara kebetulan selepas US menutup misi di negara itu kononnya untuk semakan keselamatan. Ini menyemarakan rasa ketakutan sebelum kejadian itu, dan telah menjadi suatu tactic yang biasa.
CNN memberitakan yang beratus orang terbunuh atau tercedera kebanyakan kanak kanak dan menunjukan gambar kanak kanak tercedera di bawah tajuk "Al-Qaida hanya untuk memberi kesan yang lebih. Amat jarang bagi CNN untuk menunjukan grafik (dan tidak pernah langsung menunjukan Kasualti US) melainkan untuk mendramatiskan situasi.
Masa berita di terima fakta sering bertukar setiap minit. Akhirnya jumlah kematian adalah 11 orang dan lebih 122 tercedera (kebanyakannya kanak kanak) hampir kesemua adalah Arab 4 mesir dan 4 Lubnan yang terbunuh. Menteri dalam negeri Saudi menyenaraikan 4 orang America dan enam rakyat Canada. Manakala yang cedera pula adalah berbangsa Arab. Kompleks yang diletupkan menempatkan rakyat lubnan, Syria dan Paletin. (musuh regime Israel)
Apa yang nyata ialah kekacauan yang singkat di sebabkan oleh serangan berikut menunjukan ada pihak yang menpunyai niat untuk menguggat kestabilan Arab Saudi. Soalannya sekarang siapa yang akan mendapat faedah dan mempunyai kemampuan untuk melakukan pembunuhan kejam ini? Itu adalah soalan yang mudah.
Seperti mana yang kita tahu, perang Iraq adalah sebenarnya kerana minyak, tetapi minyak tidak di takdirkan oleh Amerika. Israel yang menjadi dalang kepada konflik ini dalam percubaan untuk mendapat minyak iraq melalui paip yang merentasi dari Iraq ke dalam Jordan dan pada suatu masa disambungkan hingga ke Haifa dan juga mencuba membolot keluaran minyak Arab Saudi. Dan seperti kita tahu Israel telah dan masih membunuh kanak kanak Palestin jadi tidak menjadi masaalah bagi Israel untuk membunuh apabila difikirkan habuan yang menantinya. Israel tidak hanya mahukan tanah Palestin ia juga berhasrat untuk mendapat Jiran-Jiran Arabnya. Mungkinkah Saudi Arabia menjadi sasaran Israel selepas ini?
Terjemahan oleh Abu Imran
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:40:12 GMT 8
Isu Tudung di Kolej MARA dan MRSM Petition -------------------------------------------------------- Petikan surat petition : Merujuk kepada surat daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM/HEP/01 Klt 3 (169), 6hb Oct 2003), kami dari persatuan ANSARA (cawangan MRSM Beseri), dan masyarakat Malaysia yang prihatin, dengan ini membantah pelaksanaan cara pemakaian tudung (dengan mengikat hujung tudung ke belakang) dan larangan pemakaian tudung labuh di kolej-kolej MARA dan MRSM di seluruh negara. Arahan dan larangan tersebut ternyata bercanggah dengan suruhan Allah di dalam Surah An Nur ayat 31. Firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada wanita-wanita mukminat agar mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang telah zahir pada dirinya dan hendaklah mereka menutup dengan tudung mereka ke atas dada mereka dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, bapa-bapa mereka, bapa suami mereka, anak- anak mereka, anak-anak suami mereka, anak-anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki bagi saudara perempuan mereka, wanita-wanita Islam, hamba sahaya yang mereka miliki, lelaki yang mengikut mereka yang sudah tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau kanak-kanak kecil yang belum mengetahui mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." The Isu Tudung di Kolej MARA dan MRSM Petition to YB Menteri Pembangunan Usahawan; (CC: Perdana Menteri Malaysia) was created by and written by Norazizan Mohamad. This petition is hosted here at www.PetitionOnline.com as a public service. There is no endorsement of this petition, express or implied, by Artifice, Inc. or our sponsors. For technical support please use our simple Petition Help form. www.PetitionOnline.com/Anseri03/petition.html sumber daawah.com
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:28:52 GMT 8
PERANG SALIB BERMULA --------------------------------
Beratus-ratus ulama dan mereka yang terpelajar di Saudi, Sudan, Mesir, Magribi, Algeria, Malaysia dan Yemen mengkritik ugutan laknatullah Amerika yang ingin menggunakan kekuatan tentera terhadap Syria, Iran. Menjelaskan bahawa keadaan tidak adil yang kembali di kawasan ini mengingatkan kita pada masa era Perang Salib dan Kolonisasi.
Jawapan ini datang dari ugutan laknatullah Amerika terhadap serangan ke atas Syria di masa inspektor antarabangsa baru memulakan kerja mereka di Iraq selepas di ceroboh oleh tentera salib laknatullah AMERIKA.
Ulama'-ulama' tersebut di antaranya ialah daripada Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Abdul Majid Al-Zandani, Sheikh Salman Fahd Audah, Consultant Tariq Al-Bashiri, Dr. Essam Al-Bashir, Dr. Ahmad Al-Risoni, Al-Hibr Nur Al-Daym, Marshal Abdul Rahman Sewar Al-Thahab - memprotes terhadap apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Palestine, sasaran terhadap Sudan dan tanda-tanda ke arah kawasan yang selari dengannya berserta dengan ugutan-ugutan mereka...Tidak lain melainkan ia zahir dari Strategi yang tidak nampak, yang ditujukan kepada negara-negara Islam.
Kenyataan ini dedahkan di website rangkaian maklumat (www.sawtna.com) menyeru kerajaan-kerajaan Arab berhadapan dengan serangan Amerika dan kekuatan Zionist, di mana mereka telah menyebarkan cara kolonisasi dan dominasi baru yang ditujukan kepada beberapa negara-negara Islam.
Kenyataan menyatakan bahawa di situ mereka menyeru betapa perlunya dibuka pintu-pintu Jihad dan perjuangan yang adil bagi mencapai kemenangan terhadap serangan zalim kekuataan jahat tentera Salib, maka perlu ada kebangkitan ummah secara keseluruhan dan keinginan membuka pintu-pintu Jihad dan perjuangan yang adil akan tercapai bagi mengalahkan kekuatan Tentera Salib dan Zionist yang jahat dengan izin Allah swt.
Para ulama' dan cendiakawan mengesahkan bahawa : "dari motif Pentadbiran laknatullah Amerika ingin menyerang Syria dan penyalah-gunaan kawasan keselamatan Arab sebagai kemusnahan terhadap identiti negara orang Islam dan bagi mengembangkan budaya laknatullah Amerika di kawasan yang mereka kuasai terhadap kekayaan dan minyak dan bagi menampung kegagalan yang mereka sasarkan di Afghanistan dan Iraq."
Mereka memberi tekanan terhadap kawasan yang dicerobohi dan menghalang pembangunan di kawasan tersebut, dan mempertahankan keselamatan terhadap Israel, bagi menjamin kejayaan mereka di negara-negara ini, dan menghapuskan kebangkitan/intifadah yang barakah yang telah membimbangkan keselamatan dam ekonomi Israel.
Kenyataan tersebut telah mendefiniskan beberapa langkah dan menjemput semua kerajaan, negara dan ulama-ulama - tiap-tiap satu - melaksanakan konfrantasi terhadap serangan ganas laknatullah Amerika, di mana ia menuntut Kerajaan-Kerajaan Islam dan Arab menyeru agar mereka mewujudkan jiwa yang kental, mengumpul, menyatukan keseluruhan ide-ide dan realiti, yang mana dimiliki oleh setiap negara dan rakyatnya agar menutup lubang-lubang dan jurang agar tidak dicerobohi, melainkan ugutan laknatullah Amerika atau sasaran pusingan Amerika didalam projeknya menembusinya.
Kenyataan tersebut memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Arab terhadap sokongan mereka kepada Pentadbiran laknatullah Amerika dan menunaikan tuntutan atau polisi mereka atau cuba memahami sebagai orang yang 'neutral' (tidak menyebelahi mana-mana pihak) terdapat keganasan mereka. Menyeru kepada kerajaan-kerajaan agar memecahkan kebangkitan perselisihan faham diantara mereka yang telah ditanam oleh musuh, agar mengambil berat membina kekuatan kerja-sama, sumber pendapatan yang pelbagai didalam hubung-kaitnya dengan kelebihan ekonomi dan juga sosial bagi menjanakan pembinaan pembangunan dan kekuatan masyarakat.
Di samping protes, mereka mengajak Negara Arab dan Islam kan kembali secara ikhlas kepada Allah yang Mulia dan keperluan syariahnya, bertaubat dari semua dosa-dosa mereka, dan yakin kepada pertolongan Allah kepada hambanya dan mempertahankan kata-kata yang satu dan menolak perpecahan dan tumpuan kepada maslahat ummah, penjagaan kepada kesatuan negara-negara agar dipertahannya kemuliaan dan keamanan dan menegakkan syi'ar Islam dapat di realitikan.
Sehubungan dengan kenyataan ulama', pendakwah dan cendiakawan, mereka menuntut kepada ummah agar memberi petunjuk didalam krisis dan pendedahan yang telah mengelabukan kebenaran dan juga penyebaran mesej ajaran Islam sebenarnya dan melaksanakan kewajipan menasihat dan mempertahankan perkara-perkara mengenai Islam. Protes tersebut melahirkan kebimbangan terdapat berakhirnya keadilan, sokongan-sokongan terhadap keamanan global dari kerajaan-kerajaan, badan-badan koporat, kesatuan-kesatuan sekerja, organisasi hak asasi manusia.
Mereka melahirkan protes terhadap polisi Kerajaan laknatullah Amerika yang memandu dunia kearah konflik dan ugutan keselamatan dan stabiliti dari segi semua aspek kemungkinan. Mereka juga menzahirkan penolakan terhadap polisi laknatullah Amerika yag menyebarkan kemusnahan didalam dunia ini.
Dunia dapat menyaksikan bagaimana sebarang penindasan terhadap umat Islam maka ia tidak dihiraukan dan jika diambil tindakan sekali pun hanya setelah umat Islam hampir pupus dibaham oleh musuh. Tetapi bila mereka sendiri diserang maka tanpa bertangguh lagi mereka bertindak walau pun tuduhan tidak tepat dan jelas.
Oleh itu kita umat Islam mesti sedar bahawa kita tidak lagi boleh mengharapkan kepada pengganas untuk menjaga keamanan dunia. Kita mesti bersatu dalam menobatkan kembali kuasa Islam disinggahsananya yang sebenar jika inginkan keamanan dan keadilan.
Marilah kita sama-sama mengembalikan kesatuan Islam sehingga terbinanya kembali bangsa Islam yang memerintah dunia dengan sistem Islam
sumber daawah.com
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:30:18 GMT 8
Apa makna Windows XP? -------------------------------- Kebanyakkan kita tidak tahu makna sebenarnya XP. Kalau tahupun ialah makna saintifik yang cuba dikabui oleh musuh-musuh Islam. Ia bermakna Jesus Christ! Sila lawat web ini: www.umcbelton.org/miscellaneous/symbolsicons.htmwww.chemie.fu-berlin.de/cgi-bin/acronym?xpPada akhir zaman ini, umat Islam mesti banyak berfikir dan mengkaji kerana usaha untuk melemah dan memusnahkan Islam datang dari segala arah dan berbagai bentuk.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:40:57 GMT 8
Muslims in France turn to Mecca-Cola------------------------------------------------- Muslim businessman in France has launched a 'committed' rival to Coke, called Mecca-Cola, and pledges proceeds to the Palestinians and peace organisations. "Don't Drink Stupid, Drink Committed," reads the slogan French entrepreneur Tawfik Mathlouthi has stamped on every bottle of his Mecca-Cola, a copy and rival of Coca-Cola which is finding huge appeal among Muslims in France and increasingly abroad. He has publicly undertaken to send proceeds from the sales of the drink to to peace organisations and a fund for the benefit of Palestinian children. Shopkeepers in Saint Denis, a Paris suburb with a large North African immigrant population, say the stuff is now flying off their shelves. "Since I started selling Mecca-Cola, consumption of Coca-Cola has fallen 80 percent," said Tahar Montathel, owner of the Golden Croissant bakery on the suburb's Avenue de la Republique. "People are attracted by the idea of supporting the Palestinians." Coca-Cola itself has played down the threat posed by Mecca-Cola and a growing number of imitators such as Muslim Up, which made its first appearance in French shops early March. A company spokesman told French newspaper Le Figaro that Coca-Cola Europe did not expect to see anything like the fall in sales recorded in some Arab countries last year, as consumers turned their backs on American products in protest against the US-led invasion of Afghanistan and threats against Iraq. "The boycott caused a 10-percent sales decline in some Arab countries in 2002, but no comparable phenomenon has been seen in Europe," the spokesman said. That could still change, however - especially in a country like France, where an estimated five million Muslims account for more than eight percent of the total population. All around the pedestrianised shopping district of Saint Denis, Mecca-Cola is on display wherever the world's best-known corporate icon used to be: in cafe windows, refrigerators and supermarket aisles. Jobseeker Malik Bellahsene, 37, said he had taken the decision to stop buying Coca-Cola without hesitation. "When you see what's happening over there, in Palestine, and how much the people are suffering, it's impossible not to want to give something," he said. "The product is very good too," said another Mecca drinker, who identified himself only as Youcef, 26. "It has a taste somewhere between Coke's and Pepsi's." But Montathel the baker believes Mecca's palatability is only a secondary selling point. "Even if the taste hadn't been particularly good, I'm sure it would have been a success anyway," he said. "People identify with the product and want to give something to the Palestinian cause." Mecca's Tunisian-born creator Mathlouthi is only too happy to agree, crediting an "overwhelming rejection of American hegemony and Israel's Zionist spirit" for his product's success. Mathlouthi recently told AFP that one fifth of Mecca's profit was given to charity, and half of that to unspecified Palestinian cultural, educational and children's organisations. "People have had enough of political correctness," he said. "They want a clear political commitment." However, some Mecca-Cola drinkers - including Youcef - remain sceptical about the final destination of its profits. "Everyone's talking about the success of Mecca-Cola and the millions of bottles sold," he said. "But what guarantees are there that the money is being sent to Palestine?" Fatima, a 22-year-old business student, also has her doubts. "You can only support the initiative in principle," she said. "But I'm waiting to see whether part of the profit is really handed over to charities." She also voiced ambivalence about Mathlouthi's marketing strategy, which saw the streets of Saint Denis plastered with bright red advertisements at the height of Ramadan, the Muslim religious festival. "Frankly, I wonder whether he hasn't exploited a cause that Muslims identify with, to generate massive publicity for a product that isn't actually all that different from the original." None of these doubts, however, are likely to halt the prodigious rise of Mecca-Cola — already on sale in 28 countries around the world, with four million bottles sold and another 14 million in the pipeline, according to Mathlouthi. He is hoping to steal a march on rival "committed" colas — Britain's Qibla-Cola, Iran's Zamzam-Cola and French new entrant Muslim Up — in the race for global market share. A production plant is under construction in Dubai, with distribution rights across the Middle East. Just four months after Mecca's launch, Mathlouthi may be on his way to usurping Coca-Cola's place in the world's Muslim countries and communities — a coup that arch-rival Pepsi and other soft drink makers could only dream of. But his ambitions already stretch beyond toppling the one emblematic US brand; other western delicacies are already earmarked for appropriation in the name of Islam. Halal Fried Chicken would soon be on the menu, Mathlouthi pledged, washed down with Mecca-Cola-Coffee.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:27:20 GMT 8
Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir ----------------------------------------------------
Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. (<-- national geographics baru-baru ini ada menyiarkannya). Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia. Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu.
Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 )
Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalam babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. Wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang.(source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1)
Betul ke virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya di dalam khinzir?
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee.
Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, dari semasa ke semasa. Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh menyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi.
Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post, 31 Mei 1952]
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci. Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis-saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997]
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. source:http://news.bbc.co.uk/hi/english/health/newsid_489000/489385.htm
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampu memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20. Penyakit- penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [source: Centres For Disease Control & Prevention,Pandemic Influenza, USA 2000]
Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan- serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin- Madison,<http://www.news.wisc.edu/chancellor/yourworld/45.html>;]
Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998]
Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr.Joseph Merola, 1998]
Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir
Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini..
Penolong Professor Perubatan di Pathalogy and Laboratory Medicine...
Best Regards,
Hanim Madihi
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:15:15 GMT 8
Sekular dan perancangannya -------------------------------------
Sekular atau dalam bahasa Arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa Arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi TETAPI sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.
Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengabui mata umat Islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah", sudah pasti umat Islam akan menolaknya. Sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah "al-'Ilmaniyyah" dengan tujuan mengabui mata dan betapa jahatnya golongan ini yang ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh kebanyakan orang. Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah diprogramkan untuk menyebarkan fahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang faham hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran fahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan "hakikat" masing-masing.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:16:31 GMT 8
(SEKULARISME ANTARA TIMUR DAN BARAT)
Tidak menghairankan jika fahaman sekularisme mendapat tempat di barat. Ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah.
Eropah pernah tenggelam dengan darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan di tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti "memisahkan agama (kristian) dari negara". Suasana kacau bilau dalam agama kritian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (-ia berpunca dari perancangan yahudi-) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama kristian yang sedia ada. Sekularisme disebarkan untuk keluar dari kepompong gereja yang begitu teruk mengongkong pengikutnya. Masyarakat Eropah tertekan dan dizalimi di bawah pemerintahan gereja. Bagi pejuang sekular, mereka menganggap dengan berada di bawah kuasa gereja mereka tidak akan mencapai kemajuan. Sebab itulah mereka memutuskan tali ikatan diri mereka dengan gereja dan menjadi orang yang beragama kristian hanya pada nama tidak pada pengamalan agama.
Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut faham sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.
Apabila fahaman sekularisme ingin dipindakan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yang berpegang kuat dengan agama Islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama (Islam) dari negara. Keadaan dalam Islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam kristian di mana sepanjang sejarah Islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya. Begitu juga Islam tidak membenarkan pemisahan agama (Islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh Islam ialah sebahagian dari agama bukannya satu perkara yang berasingan. Dalam Islam, tidak mungkin tertegaknya agama (dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama) dan tidak mungkin tertegaknya negara (tanpa kacau bilau) jika tidak ada agama (yang boleh memandunya).
Al-Syahid Hasan al-Banna dalam "Majmu'ah Rasa'il" menegaskan bahawa Islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. Ia merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendek kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan Islam merangkuminya. Al-Quran sendiri telah menggariskan beberapa dasar umum untuk umat Islam dalam memandu kehidupan mereka. Sebagai contoh dalam bidang akidah (lihat surah Al-Imran ayat 19), bidang ibadat (lihat surah Al-Baqarah ayat 43), bidang sosial (lihat surah Al-Baqarah ayat 188), bidang politik (lihat surah Saba' ayat 15), bidang undang-undang perlembagaan (lihat surah Al-Nisa' ayat 59) dan juga bidang-bidang yang lain.
Islam tidak sekali-kali membenarkan penyebaran fahaman sekularisme di sampingnya dengan membahagikan tugas antara keduanya iaitu, Islam hanya berfungsi di dalam urusan akidah dan sekularisme pula berfungsi di dalam urusan syariat. Perkara ini tidak mungkin terjadi kerana Islam merupakan satu agama yang terkandung di dalamnya akidah dan syariat sekaligus dan ia tidak membenarkan pemisahan ini dilakukan seperti mana Islam tidak membenarkan tuhan-tuhan lain ditaati dalam bidang syariah seperti ditaatinya Allah dalam bidang akidah. Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah Islam yang suci. FirmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya al-Din (agama) yang diterima di sisi Allah hanyalah Islam", surah Al-Imran ayat 19.
Jadi untuk menyamakan Islam dengan agama kristian dan percubaan memasukkan fahaman sekular ke dalam Islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. Islam tidak seperti kristian kerana Islam datang dari Pencipta manusia iaitu Allah s.w.t, ia selamat dari cacat cela. Kristian pada asalnya agama tauhid tetapi telah diselewengkan oleh paderi-paderi untuk kepentingan mereka. Sekularisme bukan berasal dari Islam dan Islam berlepas tangan dari fahaman kufur ini dan tidak ada kena mengena dengannya. Sesiapa sahaja daripada umat Islam yang mengagungkan sekularisme iaitu dengan menganggap untuk maju tidak perlu beramal dengan Islam maka boleh membahayakan akidahnya.
Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan politik suku agama suku tetapi dengan menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang mendatangkan kesusahan ditolak tepi.
Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya : "adakah kamu percaya (beriman) kepada sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firmanNya surah al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud, "wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keseluruhannya".
(CARA-CARA PENYEBARAN SEKULARISME)
Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakan melalui bidang pendidikan, media massa dan undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.
(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI PENDIDIKAN)
Antaranya ialah :
1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral.
i. Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Pengajian sebegini akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan ataupun tidak dibantu lansung. Sebarang bantuan lebih dicurahkan kepada pengajian sekularisme.
ii. Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang disamping ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan. Mereka ini akan tenggelam dalam "ketidaksedaran" dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu "jika kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup", maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang bukan agama.
Bukanlah bermaksud di sini umat Islam tidak boleh mempelajari ilmu-ilmu selain dari ilmu Islam. Malah sebenarnya tidak ada istilah ilmu "bukan Islam", seperti kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya. Ia juga merupakan ilmu Islam. Yang menjadi persoalannya ialah umat Islam telah diabaikan dari segi penekanan ilmu agama yang sepatutnya menjadi teras kepada mereka. Tidak salah seorang muslim itu menjadi doktor, tetapi biarlah dia menjadi doktor yang ada asas didikan Islam. Juga tidak salah seorang muslim itu menjadi jurutera, tetapi biarlah menjadi jurutera yang ada asas didikan Islam.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:17:06 GMT 8
2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat (kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-orang barat sendiri.
3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Residen Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaung-laungkan slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama. Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan jihad menyebabkan ruh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam.
4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab (bahasa umat Islam) dan mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa Arab sebenarnya menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.
5. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran yang tidak dikawal. Ilmu sains membuktikan percampuran sebegini akan membawa kepada 2 keadaan :
i. Samada ia akan membekukan nafsu seks antara 2 jantina, dengan erti kata lain, lelaki tidak lagi bernafsu kepada wanita secara tabii tetapi lebih bernafsu kepada kaum sejenis (satu perbuatan yang dikutuk oleh Allah s.w.t). Penyakit ini semakin menular di negara-negara barat dan juga Amerika Syarikat.
ii. Ataupun ia akan meransangkan lagi api nafsu. Satu eksperimen telah dijalankan dengan meletakkan anak kucing dan anak tikus yang masih kecil dalam satu sangkar. Kedua-duanya makan dan minum dari satu bekas yang sama sehinggalah sampai masa "keinginan", anak kucing itu telah membunuh anak tikus dan memakannnya walapun kedua-duanya hidup dalam satu sangkar serta makan dan minum dari bekas yang sama. Anak kucing itu tidak lagi menaruh sifat kasihan walaupun agak lama "berdamping" dengan anak tikus itu. Begitulah diibaratkan dengan percampuran pelajar dengan sebebas-bebasnya tanpa kawalan, lama kelamaan akan membawa ke arah masalah sosial. Realiti yang berlaku di negara-negara Islam adalah bukti yang nyata betapa teruknya masalah sosial yang berlaku.
(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI MEDIA MASSA)
Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang jahat juga. Oleh itu media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah dan minda seseorang.
Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang menyiarkan gambar separuh bogel atau "tidak sempat memakai baju dan seluar" banyak disiarkan untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda mudi. Sepatutnya media massa itu menjadi "mimbar dakwah" yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran, bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya.
(PENYEBARAN SEKULARISME MELALUI UNDANG-UNDANG)
Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari "kuasa" pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi sekular dan terlerainya undang-undang khilafah Islam. Di Mesir "pengsekularan" undang-undang dilakukan ketika penjajahan Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-undang Perancis secara khususnya.
Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kawin (ahwal al-Syakhsiah) atau yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh mengamalkan undang-undang ini di kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.
Ini adalah sebahagian perancangan yang dilakukan oleh golongan sekular untuk memesongkan umat Islam dari beramal dengan agamanya mengikut jalan yang betul. Sesiapa yang hatinya kosong dari ruh agama pasti menganggap sekular itu adalah kemajuan dan kemodenan tetapi dia tidak sedar bahawa ketika dia menerima dan mendokong sekularisme, dia telah merenggangkan ikatan tali dirinya dengan Islam yang dianutinya. Umat Islam perlulah sedar perancangan-perancangan golongan sekular ini agar mereka tidak terjatuh ke dalam perangkap yang akan merugikan mereka di dunia dan akhirat.
Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya adalah berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : "sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil". Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya. Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Disediakan oleh : IRWAN BIN MOHD SUBRI UKM, BANGI.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:56:53 GMT 8
Buku yang cuba menyesatkan ------------------------------------- Buku ini ternyata ditulis oleh orang yang cuba menodai aqidah seorang muslim dan nyata cuba memperkembangkan kristian. Lihatlah betapa bersungguhnya musuh Islam berusaha untuk merosakkan muslimin dan muslimat. Marilah kita bertanya kepada diri kita, apakah usaha yang kita lakukan untuk menaikkan imej Islam? Adakah pernah kita sibuk memikirkan nasib Islam kita sekarang atau sibuk memikirkan nafsu dunia? Marilah kita berbuat sesuatu bagi menjaga kesucian Islam.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 21:17:56 GMT 8
KISAH BENAR DI U.S --------------------------
oriany writes: Pelbagai A true story happened in the U.S. Moga kita boleh ambil iktibar........... There's one asian muslim lady, pakai tudung and with good akhlak. One night, this lady was on her way home, walking all by herself. Since she finished job late, she decided to take the short cut to her house. She walked at an isolated lorong and the surroundings made her feel very uncomfortable.
Tiba-tiba dia nampak ada one guy (white American male) standing againts the wall kat tepi lorong tu. Dia rasa takut dan tak sedap hati... all that she can do was pray to Allah for her safety....dia baca ayat kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat tu. Masa she passed by that guy, dia sempat tengok muka lelaki tu. Fortunately that guy buat tak endah jer and this lady selamat sampai ke rumah dia.
The next morning, this lady terbaca dalam newspaper that an american lady had been raped by an unknown stranger dekat lorong yang dia jalan semalam just 10 minutes after she passed that lorong. She was very positive that the guy she saw last nigth was the rapist. So she went to lodge a police report and became a witness to the rape case. She identified the rapist and after further investigation the police had proved that the guy was really the rapist. This muslim lady hairan juga why that man tak rape dia masa dia lalu kat lorong tu, but rape the next passer by at that lorong. She really wants to know.. so she asked for permission to talk to the rapist before any punishment dijatuhkan.... She asked the rapist "Why dont U do anything to me on that nigth eventhough you know that I'm alone?" The rapist jawab..."No, you are not alone. That night I saw two young man walking with U. One on ur right side and the other one was by your left side. If U were alone of course U will be my victim."
That muslim lady was very supprised to hear the answer......dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam tu, may be juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam tu.
MORAL OF THE STORY: Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. That muslim lady pertama-tamanya menutup aurat dan memang muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin 2 org lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab... selalulah amalkannya. Imagine if U are the kind of person yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur denagn nikmatnya, sambil lewa beribadat....can U get a special treatment from Allah? balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi....di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. So, renungkanlah.....di mana level 'iman' kita sekarang nih.
Wassalam.
* Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. * Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 19:58:01 GMT 8
Bencana Kerana Perbuatan Sendiri --------------------------------------------
Kebelakangan ini, kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri.
Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.
Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.
Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada' dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.
Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah.
Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya.
Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.
Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan.
Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah.
Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah As-Syura: ayat 30)
Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.
Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.
Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.
Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.
Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.
Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa." (Surah Hud: ayat 52)
Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama-lamanya."
Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1.Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. 2.Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa). 3.Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. 4.Apabila suami terlalu mentaati isteri. 5.Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing. 6.Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. 7.Apabila kedengaran banyak bunyi bising. 8.Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid. 9.Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka. 10.Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya. 11.Apabila arak menjadi minuman biasa. 12.Apabila lelaki memakai sutera. 13.Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki. 14.Apabila wanita memainkan alat-alat muzik. 15.Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.
Oleh itu, sama-samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:00:36 GMT 8
Assalamualaikum & helo.
Aku dpat dpd mail box aku. Member aku bagi. Seperti ni:
From: "Hazel B. Halim" >To: "Apai (E-mail)" ,"Aznir (E-mail)" ,"Azrul Aminuddin (E-mail)" ,"Bean (E-mail)" ,"Danial (E-mail)" ,"Hafiz (E-mail)" ,"Kak Pah (E-mail)" ,"Md Sham (E-mail)" ,"Meri (E-mail)" ,"Muharsani (E-mail)" ,"Najihan (E-mail)" ,"Norhazaki (E-mail)" ,"Rahman (E-mail)" ,"Roh Mie (E-mail)" ,"Ruhaizat Mohamad - BICC (E-mail)" ,"Saiful Anuar (E-mail)" ,"Samhanin (E-mail)" ,"Shah (E-mail)" ,"Shaiful Shaari (E-mail)" ,"Shifa Mohd Nor (E-mail)" ,"Shukri (E-mail)" ,"Siti Hajar Abdillah (E-mail)" >Subject: FW: beware!! >Date: Tue, 2 Sep 2003 09:23:36 +0800 > > > >Please send this message to all your contacts!!! > >If you don't.... A Muslim(s) around the world could be receiving false information about Islam which you know about, so I would send this messages as soon as u have read it. > > > > > >Beware of the following websites: > > > > 1.www.answering-islam.org > > > >2.www.aboutislam.com > > > >3.www.thequran.com > > > >4.www.allahassurance.com > > > >These sites have been developed by the Jews > > > >Who > >Intentionally spread wrong information about the > >QURAN, the > >HADITH and the Islam > > > >Please spread this information > >To all the > >Muslim brothers and sisters around the world. > > > >Always check the source of any Islamic web site even if it is very convincing > > >
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 23:42:27 GMT 8
Sedikit Renungan - Fikirkanlah !!!
--- petikan ni di cut & paste je tapi baguih sbg renungan bersama ---
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. Apabila manusia dah jadi ulat, solat makin hari makin liat. Apabila solat jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerlah minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat. Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat. Rambut pun jarang sikat. Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat. Suka sangat menunjukkan pusat. Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat. Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat. Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat. Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat? Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat. Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! . Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 26, 2004 23:35:21 GMT 8
Dapat dari email NURY INSTITUTE.
PUASA YG BERKESAN UTK KESIHATAN
Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan Bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, Kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter). (ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang. (iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa (v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku. (vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan: i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka) ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan. (iv) Mengulangi makan sepanjang malam. (v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan (vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
i) Kopi dan teh. (ii) Air paip masak yang tidak ditapis. (iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya. (iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention) (v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3hari): Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari): Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak) (ii) Makan kerap (iii) Kuih-muih yang payah dihadam (iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut (ii) Kesihatan bertambah baik
Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: <” "> Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu. Selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).> ">
|
|