|
Iman
Feb 18, 2004 21:42:12 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 18, 2004 21:42:12 GMT 8
15 bukti keimanan =============
Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?" Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?"
Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?" Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk." Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?" Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu."
Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliyyah ?" Jawab mereka, "Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."
Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai ? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan,, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."
|
|
|
Iman
Feb 19, 2004 1:00:50 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 19, 2004 1:00:50 GMT 8
6 PERTANYAAN PENTING Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh .. Semoga renungan hari ini bermanfaat. Ada 6 pertanyaan penting : 1. Apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ? 2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ? 3. Apa yang paling besar di dunia ? 4. Apa yang paling berat di dunia ? 5. Apa yang paling ringan di dunia ? 6. Apa yang paling tajam di dunia ? atok suke bc artikel ni..
|
|
|
Iman
Feb 19, 2004 22:17:50 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 19, 2004 22:17:50 GMT 8
atok suke bc artikel ni.. bagus lah lau cam tue...sekrg2 nya ader gak yg baca artikel bahagian agama nie...
|
|
|
Iman
Feb 20, 2004 0:08:25 GMT 8
Post by atokENSEM on Feb 20, 2004 0:08:25 GMT 8
bagus lah lau cam tue...sekrg2 nya ader gak yg baca artikel bahagian agama nie... atok ari2 baca ape..cume tak bls je..
|
|
|
Iman
Feb 29, 2004 13:29:25 GMT 8
Post by StRiDeR on Feb 29, 2004 13:29:25 GMT 8
Iktibar untuk semua...
Assalamualaikum wbt,
Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipudayaiblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkatkepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangislagisehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata NabiAdamitu Allahtumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burungtelah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangkaburungitusengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. InimembuatkanNabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikanwahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakanairminum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya: Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali. Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafaskeluardan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafasitukeluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan : * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang. * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan. * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab : "Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketikadi dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci danmengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyangsebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka diduniasudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yangbernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke manadan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orangyangmeninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkanzakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yangbercakaptentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."
Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .
Wassallam.
|
|
|
Iman
Mar 5, 2004 22:25:28 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 5, 2004 22:25:28 GMT 8
dosa tanpa taubat ==============
Dosa tanpa taubat sebabkan satu titik hitam pada hati HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: "Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah).
Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah berfirman yang bermaksud "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.
"Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah, ayat 74).
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.
Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.
Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.
Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:
Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar, ayat 22).
Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.
Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd, ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
======================================= Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
#nosmileys
|
|
|
Iman
Mar 24, 2004 13:32:22 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 24, 2004 13:32:22 GMT 8
RAHSIA SYAITAN Syaitan Mencari makan malam dan penginapan.
Setiap petang syaitan akan berkeliaran mencari tempat penginapan atau bermalam dan mendapatkan makan malam mereka di rumah-rumah manusia. Apabila mereka sampai ke sebuah rumah yang penghuninya tidak menyebut mana Allah ketika masuk ke rumahnya ,syaitan akan bersorak gembira, ? Kita sudah dapat tempat bermalam .?
Sekiranya penghuni rumah itu tersebut tidak menyebut nama Allah sewaktu menghadapi makanan ,syaitan berkata lagi, ?Kita sudah dapat tempat tidur dan makan malam.? Sebaliknya , jika penghuni sesebuah rumah itu sentiasa menyebut nama Allah ketika masuk ke rumah dan sebelum makan , syaitan akan bersedih hati, sambil berlalu dia akan meratap, ?Tidak ada bermalam dan makan malam disini.?
Sebenarnya , syaitan tidak tahan dan tidak kuat mendengar nama Allah . Mereka tidak dapat mengganggu orang-orang Islam yang sentiasa menyebut nama-Nya ,seperti ?Bismillah , a?uzubillah, Allahu Akbar, subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah dan sebagainya .
Syaitan akan lari dan tidak berani mendekati mereka yang selalu mengucapkan kalimah-kalimah tersebut
|
|
|
Iman
Mar 26, 2004 11:19:56 GMT 8
Post by kuzy on Mar 26, 2004 11:19:56 GMT 8
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Pada suatu senja yang lenggang,terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musaa.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya.Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui. Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta, astaghfiruka wa atuubuilaiik.
Wassalam
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umatyang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)
Orang-Orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka.Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram.(Ar-Rad:28)
|
|
|
Iman
Mar 28, 2004 10:43:29 GMT 8
Post by StRiDeR on Mar 28, 2004 10:43:29 GMT 8
Syaitan ----------
Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.
Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.
1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.
2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.
3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.
4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.
5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.
|
|
|
Iman
Mar 29, 2004 14:29:41 GMT 8
Post by kuzy on Mar 29, 2004 14:29:41 GMT 8
Asal-usul Sembahyang
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.
|
|
|
Iman
Apr 8, 2004 23:30:47 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 8, 2004 23:30:47 GMT 8
Bagaimana Malaikat Mengetahui Niat Baik Seseorang Sehingga Dicatat Sbg Kebaikan Nabi saw. bersabda yang artinya, Bila seorang hamba menghendaki kebaikan dunia belum melaksanakannya, maka akan ditulis baginya satu kebaikan. (HR Bukhari, Muslim, Ahmad, dan Tirmizi). Jika kehendak itu adalah rahasia antara seorang hamba dengan Tuhannya, bagaimana malaikat itu bisa mengetahuinya? Jawapan: Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Sesungguhnya telah ada riwayat dari Sufyan bin Uyainah sebagai jawaban atas permasalahan ini. Beliau berkata, Apabila seorang hamba berniat kebaikan, maka malaikat akan mencium bau harum. Dan jika seorang hamba berniat kejelekkan, maka malaikat itu akan mencium bau busuk. (Dikeluarkan oleh Abu Syaikh sebagaimana dalam Al-Habaik hlm. 96 karya As-Suyuthi dari Hajjaj bin Dinar, beliau berkata, Aku bertanya kepada Abu Masyar, Seseorang yang berzikir (mengingat Allah) dalam hatinya, bagaimana malaikat mencatatnya? Beliau menjawab, Mereka akan mencium baunya.) Allah Maha Kuasa menjadikan para malaikat itu mengetahui yang ada dalam jiwa seorang hamba menurut apa yang Allah kehendaki, sebagaimana Allah berkuasa menjadikan sebagian manusia itu mampu mengetahui apa yang ada dalam diri seseorang. Maka sebagian manusia kadang Allah menjadikan baginya singkapan-singkapan. Artinya, terkadang Allah menjadikan pada sebagian manusia mengetahui apa yang ada di hati seseorang. Maka, bukankah malaikat yang diserahi tugas menjaga hamba itu lebih pantas Allah jadikan dia mengetahui hal (apa yang ada dalam hati hamba) itu. Dan, sungguh telah disebutkan dalam firman Allah SWT, Dan, Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Qaaf: 16). Sesungguhnya yang dimaksud dengannya adalah para malaikat, dan sungguh Allah telah menjadikan para malaikat itu mampu melontarkan pikiran/keinginan/ajakan pada diri seorang hamba. Sebagaiman Abdullah bin Masud r.a. berkata, Sesungguhnya malaikat itu memiliki ajakan dan setan juga memiliki ajakan/seruan. Maka seruan malaikat itu adalah membenarkan yang hak dan menjanjikan kebaikan, sedakan ajakan setan adalah mendustakan kebenaran dan menjanjikan kejahatan. (Dikeluarkan oleh At-Tirmizi dan An-Nasai dari hadis Ibnu Masud). Dan, sungguh telah tsabit dari Nabi saw. dalam hadis sahih, Tidaklah seorang pun dari kalian melainkan Allah telah mempercayakan temannya dari golongan malaikat dan temannya dari golongan jin untuk selalu menyertainya. Mereka (para sahabat) bertanya, Dan, kepada engkau juga, wahai Rasulullah? Beliau menjawab, Demikian pula aku, hanya saja sungguh Allah telah menolongku untuk menundukkannya, sehingga ia tidak memerintahkanku melainkan kepada kebaikan. Maka, kejelekan yang dikehendaki oleh seorang hamba apabila hal itu datang dari bisikan/godaan setan, niscaya setan mengetahuinya. Dan, kebaikan yang dikehendaki oleh seorang hamba, jika hal itu datang dari ajakan malaikat, niscaya malaikat juga akan mengetahuinya dengan cara yang lebih utama. Maka, jika malaikat ini saja mengetahuinya, tentunya para malaikat penjaga hamba lebih mengetahui perbuatan-perbuatan anak keturunan Adam a.s. (Fatwa Syekh Ibnu Taimiyah) Sumber: Fatawa Muhimmah min Ajwibati Syaikhil Islam Ibnu Taimiyyah, Abdullah bin Yusuf al-'Ajlan
|
|
|
Iman
Apr 16, 2004 18:35:21 GMT 8
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 18:35:21 GMT 8
Allah utamakan amalan, bukan paras rupaRASULULLAH saw bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu, tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu. *Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya. *Namun pada pandangan Allah, selain tingkah laku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri. *Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada udang di sebalik batu tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas. Maksud ikhlas ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah. *Lawan ikhlas adalah riak iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah. *Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan. Malah, dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan. *Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja bermutu tinggi di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat
|
|