|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 21:43:54 GMT 8
Pesan Roh Kepada Manusia ------------------------------------
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:55:29 GMT 8
Empat soalan ditanya pada hari Kiamat ----------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda, seperti yang diceritakan oleh Abi Barzah Nadhlah ‘Ubayd al-Aslamiy, yang bermaksud: “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal terhadap empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?” [/i](Hadis riwayat at-Tirmidzi (hadis ini bertaraf hasan sahih)
Rasulullah dalam hadis itu mengingatkan umat Islam bahawa, di hadapan mahkamah pengadilan Allah, setiap daripada kita akan ditanya empat perkara, iaitu umur, ilmu, harta dan tubuh badannya. Dan kita tidak akan dapat berganjak, selagi tidak menjelaskan setiap persoalan itu.
Pertama, mengenai umur. Nikmat umur yang dikurniakan Allah selama puluhan tahun, di manakah kita menghabiskannya? Katakan umur ketika hidup di dunia 70 tahun, berapa tahunkah yang diperuntukkan untuk melaksanakan amal salih bagi mengaut ganjaran pahala? Bagaimanakah, nasib kita sekiranya umur itu lebih banyak dibazirkan untuk berbuat maksiat dan dosa, sedangkan umur yang digunakan untuk beramal ibadat hanya sekitar 10 tahun? Itu pun selepas berada pada penghujung usia yang senja.
Ke manakah perginya baki 60 tahun umur kita itu? Adakah kita yakin akan dapat mengecapi nikmat syurga dengan nilai pahala selama 10 tahun, sedangkan longgokan dosa yang kita kumpul selama 60 tahun pula begitu tinggi?
Kedua, mengenai ilmu. Bagaimana jawaban kita jika ditanya mengenai ilmu? Apakah tanggungjawab terhadap ilmu yang kita miliki sudah kita tunaikan? Banyak ilmu yang kita tahu, tetapi adakah ia diamalkan?
Kita tahu membezakan perbuatan baik dan buruk, tetapi mengapa kita masih berminat dengan sifat mazmumah (keji)? Kita ada ilmu tetapi mengapa tidak mendidik, membimbing, menegur atau menasihati orang lain apabila melihat mereka berbuat kemungkaran? Mengapa kita tidak menyebarkan kepada orang lain sesuatu ilmu yang kita ketahui?
Ketiga, kita juga akan disoal mengenai harta benda yang kita miliki. Dari sumber manakah kita peroleh harta itu? Adakah daripada punca yang halal atau haram? Ke jalan manakah pula kita belanjakan harta itu? Ke jalan kebajikan atau kemungkaran?
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.”[/i]
Akhirnya, kita akan ditanya mengenai jasad atau tubuh badan kita. Apakah yang kita lakukan dengan tubuh yang sihat dan kuat ini? Adakah kita mensyukuri mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan anggota badan yang lain dan menggunakannya ke jalan yang diredai Allah? Atau kita ingkar nikmat pancaindera itu dan reda dimurkai-Nya?
Itulah empat soalan yang bakal dihadapkan kepada kita untuk dijawab, berdasarkan amalan kita. Semoga kita berjaya menjawabnya dengan bantuan amal salih, keikhlasan ibadat, dan sedekah jariah di dunia.
Justeru, marilah kita lakukan muhasabah diri supaya kita tergolong ke dalam kumpulan yang berjaya melalui ujian itu.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:32:19 GMT 8
Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir... ----------------------------------------------------------
nuratie writes: Antara tanda-tanda kiamat semakin hampir...
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
sumber :fwd mail
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:51:34 GMT 8
Pengajaran Buat Kita Yang Hidup ------------------------------------------
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz. Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup 'istimewa' sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan...takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:52:06 GMT 8
Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. "Lain macam saja ni", fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, "Inilah ujian Allah kepada kita".
Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah....suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, "Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini". Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya". Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik.
Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?
Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup.... na'uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang.
Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata 'TIDAK'. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:17:27 GMT 8
Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah? ---------------------------------------------------------------------
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak petok itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah' Dengan penuh rela dan bersedia Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah' Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
- Zulkiflee Bin Ali
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:18:52 GMT 8
Penghuni Mahsyar merayu dipercepatkan hukuman -----------------------------------------------------------------
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar? Tidak siapapun yang tahu. Perit derita dialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yang tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan yang mengisi perutnya, tanpa setitik air yang membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yang boleh memberikan sedikit kelegaan.
Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pula berdiri dengan kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yang tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti di dunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lima ribu juta tahun.
Waktu yang begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT membiarkan manusia di bumi mahsyar, suatu tempoh deraan yang tidak tertanggung oleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal. Berdiri dalam berhimpit-himpitan seperti yang diibaratkan oleh Rasululluah s.a.w laksana anak-anak panah yang disumbatkan ke dalam bakul dengan bersesak-sesak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas, menahan dahaga bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yang tidak dapat dibayangkan lagi.
Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supaya berpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT kepada ahli mahsyar setelah mereka idak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka,betapa pula apabila mereka diarah menghadap ke arah neraka yang apinya menjulang, dengan arahan itu tidak seorang pun yang dapat berpaling dari neraka kecuali mereka yang mendapat rahmat Allah.
Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk mereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut ahli mahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran kerana air yang dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tinggal tengkorak yang hangus.
Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja yang memerintah pada hari akhirat, suatu hari yang amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yang besar apabila enggan melaksanakan hukum dan peraturan Allah
Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yang Maha Halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yang menghiraukan rayuan Allah.
Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikasn peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yang mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yang sebenar. Ia hanya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama disana.
Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yang menghiris kerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan atau setitik air yang masuk ke perutnya. Ketika itu kedengaran di kalangan mereka yang berkata: "Tidak adakah dikalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman".
Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yang memberikan cadangan agar berjumpa Nabi s.a.w.. Ketika inilah baru mereka ingat akan Nabi s.a.w, ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi, walaupun semasa di dunia dahulu mereka langsung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada yang mendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir,orang gila dan sebagainya.
Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambil berkata "Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hari ini adalah hari bagi tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya, belum pernah Tuhan marah sedashyat hari ini".
Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan meminta agar diri mereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernah dijanjikan , tetapi hanya kepada orang-orang tertentu yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal soleh . Nabi Muhammad s.a.w telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebut didalam Surah Thahaa ayat 109 yang bermaksud: "Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberi keizinan kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya".
Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur panjang, sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujian keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu, sabar menghadapi ancaman seteru-seteru Allah , maka bagi orang itu akan terasa pendek masa yang dilalui di hari Mashyar.
Justeru orang-orang yang beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yang haram, maka banyak masalah yang ditempuhinya , kesukaran dan berbagai ujian kerana mentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaan, maka wajarlah ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di Mashyar.
Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada mereka yang berjihad di dalam harakah Islamiah, kerana berada dalam gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian,dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yang tidak senang. Disebabkan menyokong gerakan Islam, akibatnya dia menerima berbagai sekatan, dihalang dari menerima bantuan, dicerca, dipulau dan dimaki.
Namun kesemua itu akan menjadi suatu yang mendatangkan rahmat kepadanya di mashyar kelak, apabila dia sabar di atas segala rintangan itu. Ketika manusia diperam dan dijeruk didalam lautan keringat dan airmata di hari Mashyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka dengan menjadikan jangka masanya singkat di bumi Mashyar. Walhal bagi orang lain yang tidak mendapat rahmat dan syafaat , tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan juta tahun.
Orang-orang yang beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar yang deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yang lemah tidak mampu menanggung azab yang begitu lama di bumi mashyar, justeru itu dia sanggup menanggung kesusahan yang sebentar di dunia semata-mata kerana hendak mentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua larangan–Nya, serta memperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai di kalangan manusia yang membencinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Kepada orang mukmin yang menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa di dunia".
Oleh itu selagi umur masih ada sayugialah orang-orang mukmin itu berfikir dan berusaha, samada dia benar-benar merasa gerun dengan hari mashyar. Adakah dia memilih ingin rehat di hari mashyar atau hendak membuang umur dan membazirkan waktu dengan sia-sia didunia ini.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:38:47 GMT 8
Keluasan Api Neraka --------------------------
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah."
"Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat".
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 20:50:54 GMT 8
Jangan biar kan ibu hidup sebatang kara ----------------------------------------------------
SEORANG wanita berusia dalam lingkungan 70-an tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah pekan tidak jauh dari Kuala Lumpur. Anak-anaknya yang masing-masing mempunyai keluarga sendiri, tinggal berjauhan termasuk beberapa orang di ibu negara.
Tidak tahu mengapa wanita itu enggan tinggal bersama anaknya. Mungkin dia tidak selesa tinggal bersama mereka kerana tiada kebebasan seperti di rumah sendiri.
Anak-anak beliau pula jarang menjenguknya kerana masing-masing kesibukan dengan urusan kerja dan hal-ehwal keluarga.
Pada suatu hari, entah bagaimana salah seorang anak menelefon si ibu. Disebabkan telefon tidak diangkat, dia terus bergegas ke rumah ibunya. Alangkah terkejutnya si anak apabila mendapati si ibu sudah tidak bernyawa lagi di atas katilnya. Menurut doktor, si ibu telah meninggal dunia tiga hari sebelum ditemui.
Ini kisah benar yang diceritakan kepada Mualim oleh seorang rakan yang mempunyai pertalian keluarga dengan wanita berkenaan.
Mualim percaya anak-anak Allahyarham menyesal tidak sudah kerana membiarkan si ibu hidup sebatang kara. Apa salahnya pujuk si ibu supaya tinggal bersama salah seorang daripada mereka. Orang tua memang sensitif. Jika diajak sambil lewa, mereka tidak akan meninggalkan rumah sendiri sekalipun menghadapi pelbagai kesusahan hidup bersendirian.
Andainya si ibu masih berkeras tidak mahu meninggalkan rumah di kampung, apa salah menggaji seorang pembantu untuk menjaganya. Tentulah ada saudara-mara atau jiran yang sanggup menjenguknya setiap hari.
Paling tidak, jika ibu sudah tua dan uzur, pastikan menelefonnya setiap hari. Benarlah kata pujangga bahawa seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi 10 anak tidak boleh menjaga seorang ibu.
Sebenarnya kisah ibu tinggal sebatang kara bukanlah fenomena yang luar biasa pada zaman sekarang. Ini zaman anak-anak tidak lagi tinggal bersama ibu bapa apabila dewasa, apatah lagi apabila sudah berumah tangga.
Ini juga zaman anak-anak kadang kala terlupa kepada ibu bapa, pada hal sebagai umat Islam mereka sentiasa diperingatkan supaya menjaga ibu bapa.
``Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kamu kembali.'' 31:14
Jika difahami maksud ayat ini, barang siapa yang tidak berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa ertinya mereka juga tidak bersyukur kepada Allah.
Perubahan cara hidup ekoran kemajuan pendidikan dan pembangunan yang merubah pertanian kepada industri dan mendorong perpindahan dari desa ke bandar, turut mengubah struktur kekeluargaan besar di kampung kepada famili kecil di bandar.
Di kampung dulu, tali persaudaraan amat kukuh walaupun hubungan darah sudah agak jauh. Saudara dua pupu dirasai bagaikan adik-beradik. Seorang tua yang sakit di kampung akan dirawat oleh ramai sanak-saudara. Di bandar kini, seorang lelaki atau wanita tua yang kehilangan pasangan akan hidup kesunyian jika tidak tinggal bersama anak-anak.
Sepatutnya anak lelaki yang bertanggung jawab menjaga si ibu atau bapa, tetapi lebih lumrah anak perempuan yang memikul tanggung jawab ini.
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda bahawa lelaki sentiasa bertanggungjawab terhadap ibunya, tetapi wanita pula mestilah mengutamakan suami apabila berkahwin. Entah di mana silapnya, kita dapati pada zaman ini anak perempuan pula yang lebih bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
Barangkali kaum lelaki lebih mentaati isteri daripada ibu bapa setelah berkahwin. Si isteri pula mudah merajuk jika suami memberikan lebih perhatian kepada ibu.
Keadaan ini amat pincang. Sepatutnya wanita mestilah memberikan layanan baik kepada ibu mertua kerana ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mentaati suami. Si ibu yang dilayani menantu perempuan dengan baik, hendaklah membalas dengan kasih sayang sama seperti yang diberikan kepada anak lelakinya.
Namun perkara ini hanya mudah dicakap, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana kebanyakan manusia beriman kepada Allah dan Rasul hanya di bibir sahaja. Kepercayaan kepada kitab Allah (al-Quran) hanya bersifat ilmiah, iaitu sekadar untuk mengetahui isi kandungannya. Mengamalkan apa yang dipelajari jauh sekali.
Malahan lebih ramai yang menjaga hubungan dengan ibu bapa berdasarkan norma yang tidak berasaskan agama. Ini bukan sahaja berlaku di kalangan yang tidak berilmu agama, malah di kalangan orang-orang yang bergelar ustaz.
Jika berilmu tetapi tidak melaksanakannya, ertinya seorang itu sudah fasik. Lama kelamaan dia boleh kehilangan iman yang masih ada sedikit dalam dirinya.
Mualim tidak sengaja mengada-adakan cerita sebagai bahan ruangan ini. Seorang rakan Mualim yang berkelulusan Al-Azhar telah tidak bertegur sapa dengan ibu bapanya sendiri kerana perselisihan faham mengenai isterinya.
Akhirnya si ibu rakan Mualim itu meninggal dunia sebelum anaknya sempat menuntut maaf. Menangis air mata darah sekalipun, Mualim pasti si ustaz itu tetap melakukan satu dosa besar yang tidak patut dilakukannya. Nauzubillah
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 8:39:37 GMT 8
Allah Maha Besar -----------------------
Assalammualaikum wrbt... izinkan saya kongsi sesama kisah ini dengan kenkawan semua... Insya Allah moga kita semua akan mendapat keredhaan dari ALLAH Subhanahu wa ta'ala.KEADAAN MAYAT DIDALAM KUBUR. Mati telah memisahkan roh dan jasad manusia dengan kehendak Allah.Jasad yg dijadikan dari setitis air mani,kemudian menjadi segumpal darah dan disaluti pula oleh tulang termulang akan dikubur didalam tanah bersama amal kebajikannya dan dosa kemungkarannya.Sementara roh sebagai jisim yg halus dan ghaib akan tetap mejadi rahsia Allah(akan tempat dan darjatnya).Alam kubur merupakan alam ketiga dalam kehidupan manusia,tapi adalah tahap pertama dalammenuju alam akhirat.Ini seperti yg telah disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.dalam sebuah hadisnya yg bermaksud, "sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat.Bila mana sesorang itu telah selamat didalam tahap pertama ini,maka untuk tahap seterusnya akan lebih ringan lagi.tetapi jika tidak selamat dalam tahap pertama tersebut maka tahap-tahap seterusnya lebih dasyat lagi." Setiap hari bumi(tanah)akan memanggil manusia dengan 10 panggilan: 1.Wahai anak adam!kamu berjalan diatas punggungku,tapi tempat kembalimu adalah didalam perutku. 2.Kamu melakukan maksiat diatas punggungku dan kamu diseksa didalam perutku. 3.Kamu bergurau diatas punggungku tapi kamu menangis didalam perutku. 4.Kamu makan benda haram diatas punggungku tapi seluruh cacing akan memakan kamu didalam perutku. 5.Kamu bergembira diatas punggungku tapi kamu akan susah didalam perutku. 6.Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku. 7.Kamu sombong diatas punggungku tapi kamu menjadi hina didalam perutku. 8.Kamu berjalan megah dan sukaria diatas punggungku tapi kamu jatuh kesedihan didalam perutku. 9.Kamu berjalan dalam cahaya diatas punggungku tapi kamu akan duduk dalam kegelapan didalam perutku. 10.Kamu berjalan beramai-ramai diatas punggungku tapi kamu akan sendirian dalam perutku. Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi bermaksud, "Adakah kamu dapat mengelak dari maut itu?Adakah kamu berkuasa melepaskan diri daripada masuk ke neraka?Adakah kamu sudah wajar menerima balasan syurga?Sudahkah ada hubungan kasih sayang antara kamu dengan Allah?Adakah nikmat dan kesenangan melekakan kamu?Adakah kamu telah binasa kerana kebaikan dan kamu terpedaya oleh dunia dengan panjang angan-angan?Mengapa kamu tidak mempergunakan kesihatan dan keselamatan?Tempoh kamu sudah ditentukan dan nafas kamu ada batasnya.Berbuatlah sesuatu yg memberi kebaikan bagi kamu selagi kamu mempunyai kesanggupan.Wahai sekalian manusia,sesungguhnya kamu masih leka dalam perbuatamu sedangkan setiap hari engkau terus menerus menghabiskan umurmu.Semenjak engkau keluar dari perut ibumu,setiap hari engkau semakin dekat menuju kubur dan engkau pasti memasukinya." Begitulah dalil yg Allah tunjukkan mengenai adanya alam kubur kepada manusia.Seperti adanya mati bagi mengakhiri hayat manusia,begitu juga adanya kubur sebagai tempat menunggu untuk menerima balasan baik dan jahat dari Allah.Oleh yg demikian kubur juga akan memanggil manusia itu dengan peringatannya sebanyak 5 kali sehari:- 1.Aku rumah yg terpencil,maka hendaklah kamu senang membaca Al-Quran. 2.Aku adalah rumah yg gelap,maka terangilah aku dengan mengerjakan solat malam. 3.Aku adalah rumah berdebu,maka bawalah amal soleh. 4.Aku adalah rumah ular maka bawalah ubat iaitu bacaan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dengan cucuran air mata. 5.Aku adalah rumah untuk pertanyaan Munkar dan Nakir,maka perbanyakkanlah membaca LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULLULLAH di atas punggungku supaya kamu dapat menjawap semuapertanyaannya.Setelah mayat dikuburkan dan semua yg mengiringi telah pulang,Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman:= "Wahai hambaku,kamu tetap terpencil dan sendirian.Semua manusia sudah pergi dan pulang meninggalkan kamu dalam kegelapan kubur.Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana manusia,kerana isteri dan kerana anak.Namun aku sangat kasihan kepadamu hari ini dengan limpahan Rahmat yg denganya semua makhluk sama kagum.Dan aku kasihan kepadamu lebih daripada kasih ibu kepada anaknya."
.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 8:39:58 GMT 8
Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam,setelah mayat dikuburkan masuklah seorang malaikat sebelum munkar dan nakir.Malaikat itu bernama Rumman,yang mempunyai wajah yg bersinar seperti matahari.Ia akan dudk dan berkata, "Tulislah apa yg kamu telah kamu perbuat dari kebaikan dan kejahatanmu." Mayat menjawab, "Dengan apa yg hendak aku tuliskan?? Sahuut malaikat itu, "Ludahmu adalah dakwat dan jarimu adalah pena."Maka mayat berkata lagi, "Di atas apa akan aku menulis padahal aku tidak mempunyai buku Lalu malaikat memotong tali kafan dan mengoyakkan secebis kain kafan dan memberikan kepada mayat itu sambil berkata, "Inilah bukumu!Maka tulislah!"Mayat kemudian menulis semua kebaikan yg dilakukan di dunia semasa hidupnya.Bila sampai masa untuk menulis semua kejahatannya,ia merasa malu untuk menuliskannya.Maka malaikat itu akan berkata, "Wahai orang yg salah(berdosa),kenapakah kamu tidak mau kepada Zat yg menciptakan kamu(Allah) semasa kamu melakukan perbuatan didunia,dan sekarang kamu merasa malu kepada saya?" serentak dengan itu malaikat itu mengangkat tonggak pemukul dan memukulnya hingga mayat itu menulis semua kejahatannya.Setelah siap malaikay menyuruhnya melipat dan mengecapnya.Mayat lalu bertanya, "Dengan apa aku akan mengecapnya padahal aku tidak mempunyai cap.? Malaikat menjawab, ?Kamu capkan denga kukumu." Lalu mayat akan mengecapkan catitannya tadi dengan kukunya dan malaikat akan mengalungkannya di lehernya sampai hari kiamat.Hal ini ada disebutkan Allah dalam firmanNya: "Tiap-taip manusia itu Kami ikatkan usahanya(amalanya)pada lehernya.Pada hari kiamat Kami keluarkan kepadanya sebuah kitab yg diterimanya dengan terbuka."(Surah Al-Israk:13) Kedatangan Munkar Nakir untuk menyoalaripada Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda: "Keberangkatan mayat itu akan diiringi oleh 3 perkara iaitu keluarganya,harta bendanya dan amal kebajikkannya.Yang dua (keluarga dan harta bendanya) akan pulang,sedang yg tetap tinggal adalah amalnya." Dengan amalnya yg sedikit atau yg banyak itulah manusia itu akan berhadapan dengan soalan-soalan Munkar dan Nakir.Ketika mayat diletakkan di dalam kubur,ia akan mendedngar semua yg dikatakan oleh setiap rakan dan taulan serta ahli keluarganya dan juga ia akan mendengar gesekan bunyi langkah orang-orang yg mengiringinya meninggalkan kawasan perkuburan.Apabila ia mayat seorang mukmin,semua amalnya berkumpul di sekelilingnya.Solatnya berada disamping kepalanya,puasanya akan berada disebelah kanannya,zakat disebelah kirinya,dihujung kedua kakinya pula akan berkumpul semua kebaikanya berupa sedekah,silatulrahim dan kebajikannya yg lain.Ketika Munkar dan Nakir mendatangi kepala mayat itu,berkatalah solatnya: "Janganlah kamu berdua mendatangi mayat disekitarku,kerana bukan sedikit solat yg dilakukan setiap siang dan malam kerana takutkan tempat ini.Kemudian kedua malaikat itu akan mendatangi sebelah kanan mayat itu.Puasa pula akan berkata, "Tidak ada jalan dari arahku,kerana ia letih dan dahaga kerana takutkan tempat ini."Mereka mendatangi pula dari arah kiri.Zakat akan berkata, "Tidak ada tempat dari arahku."Lalu mereka akan mendatangi kedua kakinya yg mengumpulkan semua kebajikannya semasa didunia.Sedekah,silatulrahim dan kebajikan-kebajikannya itu akan berkata kepada Munkar dan Nakir, "Janganlah kamu mendatnginya sekitar kami,kerana ia berjalan bersama kami untuk melakukan perkara-perkara yg baik." Lalu Munkar dan Nakir akan berkata, "Duduklah!" Maka mayat itu akan duduk.Kepadanya ditunjukkan seolah-olah matahari yg hampir terbenam.Kemudian kedua malaikat itu mula menanyakan beberapa perkara dalam bahasa Arab(setiap mayat orang-orang mukmin akan mendapat menjawapnya walaupun dia tidak fasih berbahsa Arab).Mayat itu berkata, "Tinggalkan aku dahulu kerana aku hendak solat.? Dijawab oleh malaikat, "Engkau nanti akan dapat solat,jawablah dulu beberapa perkara dari kami.? Maka malaikat Munkar dan Nakir akan bertanya, "Siapa Tuhanmu?" Mayat akan menjawab, "Tuhanku adalah Allah." Malaikat bertanya lagi, "Apa agamamu?? Mayat menjawab lagi, "Agamaku adalah Islam."Kemudian malaikat bertanya lagi, "Siapakah lelakim yg disifatkan begini?.begini?yg diutuskan kepada kamu?" Mayat menjawab, "Dia adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam." Akhirnya malaikat itu akan bertanya, "Dari mana kamu tahu?" Mayat menjawab, "Aku tahu dari kitab Allah(Al-Quran),kemudian aku beriman kepadanya.? Serentak dengan itu akan terdengarlah satu seruan dari langit, "Benarlah hambaKu itu.Berikan dia permaidani syurga dan bukkan kepadanya permandangan dari syurga." Lalu bertipulah angin dari syurga dan diluaskan pemandangan kuburnya seluas mata memandang.Dari tepi kepalanya akan dibukakan satu lubang.Dari lubang itulah mayat akan dapat melihat keindahan syurga selama ia berada dikubur sampai hari kiamat. Malaikat Munkar dan Nakir akan berkata kepada mayat itu, "Tidurlah kamu sebagaimana tidurnya mempelai."Kemudian mayat itu berkata, "Izikan aku pulang menemuui keluargaku supaya aku dapat bercerita kepada mereka.? Malaikat akan menjawab, "Tidurlah??.?Kemudian akan dating seorang lelaki yg tampan dan berpakaian kemas dengan bauan yg harum.Mayat itu akan bertanya, "Siapakah engkau?Engkau sungguh baik dan tampan.? Lelaki itu menjawab, "Aku adalah amalan baikmu semasa didunia." Lalu mayat itu berdoa kepada Allah, "Ya Tuhanku,kiamatkanlah dunia ini supaya aku segera mendapat kesenangan dan berjumpa dengan keluargaku." Maka mayat itu akan tidur dengan penuh ketenangan sehingga dibangkitkan Allah pada hari kiamat nanti.Sementara rohnya pula akan mengikut darjat amalan mereka.Bagi orang kafir dan munafik pula,keadaan sebaliknya akan berlaku.Ia tidak akan dapat menjawab semua perkara yg diajukan kepadanya dengan hanya berkata, "Aku tidak tahu!"Lalu ia dipukul oleh kedua malaikat itu terus menerus sehingga ia dapat menjawab soalan-soalan itu.Kertika itu akan kedengaran seruian dari langit, "Bohong dia!Berikan dia tempat di neraka dan bukakan kepadanya pintu ke neraka."Kemudian terasalah semburan panas api neraka kepadanya dan kubur itupun menghimpitnya sehingga patah tulang-tulang rusuknya.Lalu akan dating seorang lelaki yg buruk dan busuk dengan berkata, "Rasakanlah!Akibat amal buruklmu itu dan inilah hari yg telah dijanjikan kepadamu."Mayat itu bertanya, "Siapakah kamu,engkau cukup busuk dan kotor.Tidak pernah aku melihatnya semasa di dunia?" Lelaki itu menjawab, "Akulah amal jahatmu itu."Maka mayat itu berdoa, ?Ya Tuhanku,janganlah dulu kiamatkan dunia ini.? Lalu tinggallah mayat itu dalam keadaan azab dan sengsara.Begitulah keadaannya yg berlaku di dalam kubur.Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. pernah bersabda, "Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lulbang dari lubang-lubang neraka." Wallahualam
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:07:19 GMT 8
KUBURAN MENUNGGU KITA
Pernahkah anda melihat kuburan? Pernahkah anda melihat gelapnya kuburan? Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat? Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang selain anda? Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat anda diusung dari dunia fana ini ke kuburan?
Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat... Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada kekerasan tanah dan ulat-ulat ... Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah... Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada bersendirian yang mengerikan... Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan.
Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siap kerananya.
Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah janggotnya'.
Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?
Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Kuburan adalah awal kehidupan akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."
Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya." HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Al-Albani
Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para sahabatnya, diantaranya beliau berkata:
Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah mereka. Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka? Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka? Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara, sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?. Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka? Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan.
Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia? Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka? Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang tinggi? Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur? Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal? Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka? Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka? Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi? Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja? Bukankah mereka berada dalam kegelapan? Mereka telah terputus dengan amal mereka. Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta dan segenap keluarganya.
Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan! Kenapa engkau terpedaya dengan dunia? Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah dikuburkan.
Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri, 'Celaka engkau wahai Yazid!, siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati? Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati? Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?'
Lalu dia berkata, 'Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap kepada dirimu atas sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburan sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang sangat mengerikan. Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?' Lalu beliau rahimahullah menangis.
NASIHAT TENTANG KUBUR
Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata,'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia membayangkan keadaan mereka. Betapa baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekedar melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur. Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik dengan urusannya sendiri.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 15, 2004 21:08:10 GMT 8
'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan dunia. Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.'
Penyair lain berkata: "Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga di kuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?"
Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa manakala seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami? Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang mendahuluimu? Bukankah engkau mengetahui bahawa amal kami telah terputus, sementara engkau masih diberi tempoh waktu? Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara- saudaramu?
FITNAH KUBUR
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di kuburan? Tidakkah engkau tahu, bahwa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama dan orang-orang sholeh menangis.
"Suatu hari pasti aku tinggalkan tempat tidurku (dunia), dan ketenangan pun menghilang dariku. Berada di kuburan pada malam pertama, demi Allah, katakanlah kepadaku, apa yang terjadi di sana?"
Kerana untuk senantiasa mempersiapkan malam tersebut, diceritakan bahwa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal sholeh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." Al-Mu'minun: 99-100
Kemudian ia menjawab sendiri, 'Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'. Dan kerananya ia didapati pada hari-hari setelahnya senantiasa dalam keadaan ibadah dan takwa kepada Allah.
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
SEBAB SIKSA KUBUR
Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya: 1. Melaga-lagakan dan mengampu. 2. Tidak cebok sehabis buang air kecil. 3. Sholat tanpa bersuci. 4. Berdusta. 5. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat. 6. Tidak mengeluarkan zakat. 7. Zina 8. Mencuri 9. Berkhianat 10. Menfitnah sesama umat Islam 11. Makan riba 12. Tidak menolong orang yang dizalimi 13. Minum khamar ( tuak, minuman keras ) 14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki 15. Membunuh 16. Mencaci sahabat 17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, 'Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa. Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.'
YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa. Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.
Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat. Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan. Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.
Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu, senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.
Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya: 1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah. 2. Mati syahid di jalan Allah. 3. Membaca surat Al-Mulk. 4. Meninggal kerana sakit perut. 5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.
MANFAAT ZIARAH KUBUR
Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata, 'Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana'ah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda- nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah.
'Al-Hasan berkata, 'Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.'
SAKITNYA SAKARATUL MAUT
Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra.berkata, 'Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya." HR. Al-Bukhari
Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: "Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut." HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim
Yang dimaksud dengan sakarat yaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.
Wallahu'alam Bisshawab
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 19, 2004 20:49:03 GMT 8
Lidah Tergamam Apabila Tangan Bertutur -----------------------------------------------------
Kehidupan di dunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yang cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.
Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun di dataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para rasul sudah menyediakan garis panduan yang selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yang mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yang lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yang berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yang bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.
Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; "Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa."
Setelah dibentangkan di hadapan mereka jalan yang lurus andainya masih ada juga yang menyimpang ke jalan yang membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan, kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.
Ketika manusia terdampar di dataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), di kala mengharungi kesengsaraan yang amat dashyat, ramai di kalangan penghuni Mashyar yang terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yang diberitahu oleh para Rasul dahulu. Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud :
"Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
Kesedaran yang terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yang dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup di dunia dahulu?
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Di hari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia: Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan?
Empat soalan penting yang di kemukakan oleh Allah SWT di akhirat ialah yang pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yang terkandung di dalam syariat.
Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan, kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua, bererti Tuhan telah mengurniakan umur yang panjang. Mengharungi kehidupan yang panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yang berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga, mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?
Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yang mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yang dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yang terpendam di perut bumi, kekayaan di lautan, kekayaan di daratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yang mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut, samada dengan cara betul dan halal atau cara yang terlarang. Untuk apa pula dipergunakan harta yang melimpah ruah, adakah untuk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala yang bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah di antara soalan yang mesti dijawab di dataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri di dalam neraka (wal iyazu billah)
Persoalan ke empat did alam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu. Tuhan bertanya, "Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan?"
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 31; "Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman "Sebutkanlah kepada–Ku nama benda–benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar".
Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud, "Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana".
Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud, "Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat".
Di samping itu, Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w;yang bermaksud, "Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.
Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yang di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia. Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.
Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud; "Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu".
Soalan di hari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulitpun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera, iaitu tangan-tangan mereka, sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud "Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."
Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu...
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 26, 2004 23:51:38 GMT 8
Assalamualaikum..
Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu :
1. Alam Roh Alam dimana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya. Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.
2. Alam Rahim selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh)
3. Alam Dunia Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya. Hidup sehingga 65thn-75thn
4. Alam Kubur Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 thn bersamaan 1000 thn didunia. Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi'Sa'iid ; Rasulullah saw
bersabda :" Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka"
5. Alam Mahsyar Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia. Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil. Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yg kedua menghidupkannya kembali dimana bumi memuntahkan isinya.
* Dlm riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yg mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat utk mati ditempat yg lain. Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa sallam yg pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bertanya pada Jibrail " Dimana kamu tinggalkan umatku"
# Didalam Surah Al-Waaqi'ah Allah menyebutkan dipermulaan keadaan/suasana Kiamat Besar dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan :
1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua) 3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial). Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil dimana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu;
1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat. Peristiwa di Padang Mahsyar
Manusia dibangunkan dlm keadaan telanjang melainkan mrk yg beriman. Jln masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat , Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yg lain (para Nabi, Sahabat dan mrk yg beriman).
7 golongan :
1. Pemimpin yang adil 2. Lelaki yg terikat hatinya dgn masjid 3. Lelaki yg bersedekah tetapi tidak diketahui 4. Orang muda yg taat kepada perintah Allah 5. Lelaki yg diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata " Aku takut pada Allah" 6. Lelaki yg senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah 7. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. (Didalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan) Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 thn bersamaan 50,000 thn didunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mrk yg beriman, kemudian terdengar suara "pergilah berjumpa dgn para Nabi".. maka yg mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam ttp usaha mereka gagal krn Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa krn memakan buah larangan di syurga.. maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat
- Soal Jawab -Membaca catatan amalan -Hisab
*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam. "Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam." Surah Maryam Ayat 68 Kemudian manusia meniti SiratulMustakim yg mana perjalanannya mengambil masa 15,000 thn perjalanan (persamaan didunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yg meniti hanya tinggal 1 sahaja yg akan berada di titian sirat (iaitu mrk yg beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mrk yg beriman) . 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yg meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya diatas sirat).
*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,Di sisi "Sidratul-Muntaha"; Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa "Sidratul-Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16
*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yg masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran dimana manusia akan menyesali diatas kelalaian mereka didunia sebaik sahaja melihat api neraka ;
Wallahuwa'lam.
|
|