qorun
Senior Student
Posts: 253
|
Post by qorun on Sept 29, 2003 23:22:50 GMT 8
asalammualaikum... Ana ingin bertanya pada Ustaz,apakah hukum MEROKOK.....ada pendapat yg Ana dengar MEROKOK itu HARAM dan ada juga pendapat lain menyatakan MAKRUH... so apakah pendapat Ustaz....thanks perokok tegar.... salam....
|
|
sham85
Junior Student
Posts: 95
|
Post by sham85 on Sept 30, 2003 13:57:48 GMT 8
assalamualaikum. alhamdulillhirobil alamin wassolatu wassolammu asyrafil anbiya il mursalin. izinkan sham bagi pendapat , didalam satu forum perdana perumahan DBKL baru2 ini saya ada mendengar akan soalan ini yang di ajukan kepada ahli penal forum tersebut. dari situ yang berbahagia USTAZ DARI DBKL juga menjawab bahawa apa-apa saja yg memudaratkan DIRI SEHINGGA IANYA MENGANGGU HUBUNGAN MANUSIA DGN ALLAH MAKA HUKUMNYA HARAM. BETULKAH BEGITU USTAZ! wassalam
|
|
qorun
Senior Student
Posts: 253
|
Post by qorun on Oct 14, 2003 12:28:32 GMT 8
assalamualikum....
"NAFAS BARU DI BULAN RAMADHAN" I rasa bulan Ramadhan ni lah peluang untuk smoker mula meninggalkan tabiat merokok....
"InshaAllah,niat baik di balas baik"
regards....
|
|
|
Post by avocado on Oct 22, 2003 22:02:11 GMT 8
iye ke? ke lepas berbuka terus kejar rokok? atau berbuka dengan rokok? atau lepas ramadhan terus buat balik perangai lama? kalau dah ada niat nak tinggalkan merokok, takyah tunggu ramadhan, masa syaaban atau rejab atau zulhijjah pun bley.. nak seribu daya.. betul tak? ;D
|
|
|
Post by chief on Oct 27, 2003 0:06:12 GMT 8
Tadi masa sembahyang terawih ternampak kat dinding surau, kerajaan negeri Selangor dah keluarkan fatwa pada 7 Disember 1995 yang mengharamkan rokok, dengan alasan ia memudaratkan.
|
|
|
Post by avocado on Oct 28, 2003 18:38:50 GMT 8
kalau dah haram.. maknanya merokok tu berdosa.. betul tak?
|
|
|
Post by atokENSEM on Oct 28, 2003 20:04:52 GMT 8
ASSALAMMUALAIKUM..
AMALKAN 8M INI SEBAGAI PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK
Melengah.. Lengahkan tindak-balas ke atas keinginan merokok. seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Seandainya rokok ada ditangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.
Menarik nafas panjang.. Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
Minum air.. Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
Membuat sesuatu.. Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
Mengunyah sesuatu.. Mengunyah sesuatu seperti gum, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.
Mandi atau basuh tangan.. Kalau berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
Melakukan senaman regangan.. Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
Memohon doa.. Mohonlah doa agar tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok berjaya.
atok..
|
|
|
Post by avocado on Oct 29, 2003 18:39:02 GMT 8
cara paling baik ialah jangan beli rokok.. jangan duduk dekat member yang sedang merokok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Oct 29, 2003 22:44:56 GMT 8
a'kum avocado..?
cara paling baik bukan..memohon doa ke?
-Memohon doa..- Mohonlah doa agar tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok berjaya.
p/s:fikir dulu..sebelum menyatakan nya..
atok..
|
|
|
Post by atokENSEM on Oct 29, 2003 22:46:47 GMT 8
a'kum..
JANGAN BIARKAN JANTUNG ANDA TERCEKIK
• Dalam asap rokok, terdapat lebih dari 4000 bahan kimia yang membahayakan jantung anda dan yang paling merbahaya ialah Nikotin dan Karbon Monoksida. • Nikotin adalah sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan. • Nikotin menambahkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, asid lemak bebas dan kelekitan pletelet. • Karbon Monoksida menggalakkan terjadinya arteriosklerosis. • Merokok merendahkan paras HDL (lemak baik) dalam darah menyebabkan penyakit koronari jantung. • Perokok menyimpan satu persepuluh partikel asap di dalam jantung mereka. • Mereka yang tidak merokok lebih terdedah kepada nisbah nikotin dan karbon monoksida yang lebih tinggi daripada perokok. • Manifestasi pertama yang biasa menyerang pesakit jantung akibat merokok ialah kematian secara mengejut.
atok..
|
|
|
Post by azehri muhamad on Nov 1, 2003 16:15:52 GMT 8
BAHAYA MEROKOK
Tembakau mungkin merupakan satu bahan yang paling merbahaya yang biasa digunakan oleh manusia. Ia boleh dikaitkan dengan kematian.
Banyak berita memaparkan tentang pelbagai penyakit akibat tabiat merokok. Antaranya, batuk kering, kanser paru-paru, kanser mulut dan sebagainya. Merokok juga boleh menimbulkan perasaan takut, gementar, risau, bimbang, resah, melemahkan akal, mengurangkan nafsu makan, menguningkan wajah dan gigi, menyempitkan pernafasan, menjadikan manusia malas dan lemah, dan sebagainya.
Mengapa manusia masih merokok, walaupun mereka tahu ia merbahaya? Jawapannya ialah KETAGIHAN. Nikotin adalah sejenis dadah di dalam semua produk tembakau yang memberi ketagihan kepada penggunanya. Kesannya sekuat dadah yang haram seperti heroin atau kokain. Ia menyerang sedikit-sedikit dan meletakkan penggunanya di ambang maut!
Rokok membunuh ramai penghisapnya - beribu manusia setiap tahun. Sekiranya anda merokok, dapatkanlah bantuan untuk berhenti. Proses menghentikannya memanglah susah, tetapi itulah satu-satunya cara untuk menyelamatkan kesihatan anda. Sekiranya anda bebas daripada tembakau, jangan cuba mengubahnya!
TAHUKAH ANDA? KESAN MEROKOK...
...kepada kanak-kanak
Kanak-kanak kecil yang dipegang oleh seorang yang merokok akan menyedut bahan-bahan kimia yang menyebabkan barah lebih banyak daripada perokok itu sendiri.
Kanak-kanak yang ibubapanya merokok, lebih kerap batuk dan lelah, lebih ramai mempunyai jangkitan telinga, lebih kerap pergi hospital kerana bronkitis dan pneumonia, dan mempunyai paru-paru yang kurang berfungsi.
Kanak-kanak asma lebih kerap mendapat serangan asma yang teruk sekiranya ibubapa merokok.
Terdapat satu kaitan yang mungkin di antara ibu-ibu yang merokok dengan SIDS (sindrom kematian bayi secara tiba-tiba).
...kepada bayi yang belum lahir
Nikotin melajukan kadar jantung janin, dan juga menyebabkan paru-paru dan saluran udaranya lambat mengembang.
Nikotin boleh menyebabkan keguguran dan kematian bayi sewaktu lahir.
Karbon Monoksida daripada asap rokok orang lain boleh mengurangkan pembekalan udara kepada janin sebanyak 25%, menyebabkan perkembangan terbantut.
Ibu-ibu yang merokok biasanya mempunyai bayi-bayi yang lebih kecil.
...kepada perokok
Asap tembakau membunuh ramai manusia - lebih ramai daripada yang mati kerana AIDS, kemalangan jalanraya, membunuh diri, pembunuhan, kebakaran, keracunan dan lain-lain.
Merokok boleh mempercepatkan proses penuaan bagi wanita dan menyebabkan impoten bagi lelaki.
Barah paru-paru membunuh lebih ramai wanita daripada barah payu dara.
Wanita yang merokok mendapat lebih batuk, selesema dan penyakit-penyakit yang ringan.
8 daripada 10 orang yang cuba merokok menjadi ketagih kepada rokok.
Wanita yang merokok mengalami penyusutan ketumpatan tulang (osteoporosis) dan bertambahnya risiko tulang patah.
Wanita yang merokok dan menggunakan pil pencegah kehamilan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat strok atau sakit jantung.
Kematian disebabkan strok adalah lima kali lebih tinggi bagi wanita yang merokok.
Rokok-rokok rendah nikotin/rendah tar tidaklah lebih selamat.
Merokok menggandakan risiko barah serviks.
Perokok-perokok pertengahan umur mungkin sama kedutnya dengan bukan perokok 15 - 20 tahun lebih tua daripadanya.
Merokok boleh menyebabkan barah di seluruh badan: - barah mulut - barah sinus - barah esofagus - barah otak - barah dada - barah uterus - barah pundi kencing - barah buah pinggang - tiroid - leukemia - kelenjar limfa
Adakah anda fikir semua kawan-kawan anda merokok dan anda mahu turut serta? Fikir semula. 84% daripada remaja 15 - 19 tahun tidak merokok, dan jumlah ini terus meningkat.
...kepada orang yang berdekatan
Nikotin boleh dijumpai di dalam saluran darah bukan perokok 2 - 40 jam selepas terdedah kepada asap rokok orang lain.
Kesan-kesan segera yang dialami oleh orang yang berdekatan dengan orang yang merokok termasuklah: - iritasi mata - sakit kepala - hidung rasa tidak selesa dan bersin - batuk dan sakit tekak - mual dan pening - bertambahnya kadar jantung dan tekanan darah.
...kepada persekitaran
Satu puntung rokok mengambil masa selama 5 tahun untuk "biodegrade'.
Puntung-puntung rokok dari tepi jalan, rumput dan longkang biasanya akan berakhir di dalam sistem perparitan, lalu mengalir ke dalam tasik-tasik dan sungai-sungai yang berdekatan di mana burung-burung menghadamkannya.
Satu batang pokok hanya membuat 300 pembungkus rokok.
Pengilang-pengilang rokok menggunakan sehingga 4 batu kertas setiap jam.
...kepada kewangan
Sebagai contoh, seseorang yang mula merokok pada umur 13 tahun dan merokok 1 kotak sehari. Apabila umurnya mencecah 30 tahun, dia telah membelanjakan lebih kurang RM21,000 ke atas rokok pada harga sekarang ... cukup untuk membayar deposit rumah!.
Apabila sampai masa orang yang sama untuk bersara, merokok telah menyebabkan tambahan kos sebanyak lebih kurang RM63,000 lagi ---perbelanjaan perubatan!
KETAGIHAN MEROKOK
Ketagihan
Dalam kebanyakan kes, ketagihan merupakan penyebab mengapa terlalu susah untuk berhenti daripada merokok. Dengan merokok anda memperkenalkan bahan-bahan asing kepada badan seperti nikotin. Nikotinlah sebenarnya yang menyebabkan ketagihan kepada rokok. Bukan rokok yang menghasilkan ketagihan tersebut tetapi bergantungnya badan terhadap nikotin yang terdapat di dalam rokok. Walaupun nikotin adalah salah satu daripada beribu bahan-bahan di dalam asap rokok, tetapi ia adalah satu-satunya yang akan terus membuat anda kembali untuk mendapatkan satu lagi rokok. Merokok boleh menjadi satu tabiat yang susah dihentikan.
Nikotin
Nikotin adalah dadah yang mempengaruhi otak dan sistem saraf. Ia merupakan dadah terbentuk semula jadi yang terdapat dalam daun tembakau. Nikotin tidak pernah dijumpai di mana-mana bahan atau pokok-pokok yang lain. Nikotin pada dos yang rendah boleh merangsang sel-sel saraf, menimbulkan rasa kewaspadaan atau ketenangan. Pada dos yang tinggi, nikotin telah digunakan di dalam beberapa racun serangga.
Kesan-kesan
Nikotin adalah dadah yang kuat. Ia boleh mempengaruhi otak dan sistem saraf. Apabila asap daripada rokok disedut, ia akan terus masuk ke paru-paru. Dari sana semua bahan-bahan berpotensi merbahaya masuk ke dalam saluran darah badan. Lebih kurang 7 saat, satu perempat daripada nikotin dibawa terus ke otak. Tiga perempat daripadanya pergi ke tempat-tempat lain.
"Buzz" (dengung?) yang boleh diperolehi daripada merokok adalah sebenarnya nikotin yang sedang bekerja. Apabila nikotin telah memasuki otak melalui saluran darah, saraf penerima otak yang kecil menimbulkan satu kesan dalam memberi respon kepada nikotin. Kesan ini yang menghasilkan kenikmatan merokok. Antara kesan-kesannya ialah perasaan kewaspadaan, kebolehan untuk menumpukan perhatian, pencapaian dan "mood". Nikotin menyebabkan peningkatan degupan jantung dan kadar pernafasan. Satu ciri nikotin yang menghairankan ialah ia boleh berfungsi sebagai satu rangsangan atau satu sedatif.
Lebih ketagihan
Penyelidikan-penyelidikan menunjukkan nikotin dalam produk tembakaulah yang menyebabkan peningkatan yang tinggi dalam tabiat merokok. Perokok-perokok menjadi lali atau membina toleransi terhadap dadah dan bergantung pada nikotin yang lebih banyak untuk memenuhi permintaan badannya terhadap dadah. Disebabkan toleransi ini, pengguna tembakau mesti menambahkan penggunaan tembakau untuk mengalahkan atau melangkau toleransi ini.
MAHU BERHENTI MEROKOK?
Semua orang tahu bahawa untuk berhenti daripada merokok adalah satu proses yang susah, dan ia boleh menjadi lebih sukar apabila rakan-rakan anda masih merokok dan mempersendakan anda yang mahu cuba berhenti merokok. Tetapi, jangan rasa kecewa. Cuba yakinkan setengah daripada rakan-rakan anda atau saudara-mara anda untuk berhenti merokok bersama anda. Ia mengambil lebih kurang 12 - 15 percubaan untuk seseorang berjaya menghentikannya, dan ingatlah bahawa tiada kegagalan apabila mencuba untuk berhenti merokok.
Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Di bawah ini diberikan tip-tip untuk menghadapi dan mengatasi ketagihan, atau untuk menghadiahkan diri anda sendiri sebagai ganti kepada satu bungkus rokok yang anda tidak hisap.
Mengapa anda rasa mahu menghisap rokok? Mengapa tidak anda...
Gementar Bersantai Susah menumpukan perhatian Bertukar-tukar aktiviti Sembelit Makan buah-buahan Merungut Tarik nafas panjang Letih Dapatkan tidur yang cukup Mulut kering Minum air berais Batuk Mandi air pancuran hangat Pening Dapatkan udara segar Susah tidur Berendam di dalam air yang hangat Tegang Bersenam Sedang menelefon Menconteng-conteng atas sehelai kertas Memandu Menyanyi! Lapar Minum air Bosan Terus aktif Tiada tenaga Rehat Murung Baca buku atau majalah
Tahniah! Anda telah bersih untuk... Mengapa tidak anda beli...
1 hari = RM3.50 Burger 2 hari = RM7.00 5 tin Coke 3 hari = RM10.50 Satu set value meal KFC 5 hari = RM17.50 Kaset penyanyi antarabangsa 1 minggu = RM24.50 Tiket menonton wayang untuk 3 orang 2 minggu = RM49.00 Hidangan pizza untuk anda dan 3 orang rakan 3 minggu = RM73.50 Kemeja T berjenama 1 bulan = RM147.00 Sepasang kasut sukan 2 bulan = RM196.00 Sepasang jeans berjenama 3 bulan = RM294.00 Stereo walkman 6 bulan = RM588.00 Pemain CD mudah alih 1 tahun = RM1176.001 Set Hi Fi 1 1/2 tahun = RM1,764.001 Set pemain DVD 4 tahun = RM5,110.00 Komputer multimedia TEXT
|
|
|
Post by avocado on Nov 1, 2003 22:41:53 GMT 8
WOW tak sangka buah cempedak rupa2nye bukan buah nangka.. seperti kata chief.. 'un sangkarable'.. dasyat sungguh mudarat rokok nih.. elok sungguh kalau perokok2 baca artikel brader azehri nih..
|
|
qorun
Senior Student
Posts: 253
|
Post by qorun on Nov 4, 2003 15:59:29 GMT 8
askum.... i harap u all yg menghisap rokok tu dah boleh biasa kan diri di bulan ramadhan nie....hopefully dapatlah benti rokok nanti...... i ok... steady o ready...! cayalah.....!
|
|
|
Post by avocado on Nov 6, 2003 5:38:32 GMT 8
sokong saranan qarun 101%.. berentilah merokok.. atau berusahalah kasi berenti pelan2..
|
|
|
Post by gothica on Jun 28, 2004 11:56:02 GMT 8
............ustaz...your opinion pls...based on hadith and aquran...
|
|