Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 20:37:28 GMT 8
Edisi KL: Pelajar ketua geng samun
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan tiga di kenal pasti sebagai ketua geng samun kedai 7-Eleven paling digeruni di sekitar Lembah Klang, Seremban dan Melaka, sejak setahun lalu.
Pelajar berusia 15 tahun itu menjadi dalang utama kumpulan penjenayah yang terbabit dalam sekurang-kurangnya 20 kes samun kedai beroperasi 24 jam itu menggunakan parang pada awal pagi.
Lebih memeranjatkan, pelajar itu turut mempunyai tujuh ‘orang bawahan’ berusia antara 18 hingga 28 tahun.
Tindakan licik kumpulan penjenayah itu bagaimanapun ditumpaskan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hasil risikan berterusan sejak beberapa bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Datuk Mohd Ghazali Md Amin, berkata enam daripada lapan anggota kumpulan penjenayah itu termasuk ketua mereka berjaya diberkas, baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, anggota IPD Petaling Jaya Utara terserempak sebuah kereta Wira Aeroback yang dilihat mencurigakan berhampiran Jalan Gasing.
Menurutnya, anggota polis kemudian mengejar dan menahan kereta berkenaan yang dinaiki dua lelaki berusia awal 20-an.
“Polis pada mulanya menahan dua remaja lelaki itu selepas mengesyaki kereta itu dicuri berdasarkan cukai jalan dan nombor pendaftaran palsu pada cermin hadapan kereta.
“Polis kemudian menyoal siasat kedua-dua remaja berkenaan sebelum menjejaki sebuah kereta Proton Satria berhampiran Hotel Armada, Petaling Jaya,” katanya.
Ghazali berkata, polis terpaksa mengejar kereta itu selepas menemuinya sebelum menahan empat lelaki di dalamnya.
“Hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, kami menemui topeng dan beberapa parang yang dipercayai digunakan untuk tujuan rompakan.
“Siasatan lanjut mendapati kereta Wira Aeroback yang dirampas itu milik seorang pelanggan kedai 7-Eleven yang turut menjadi mangsa samun geng berkenaan.
“Mangsa ketika itu ingin membeli barang di sebuah 7-Eleven di Puchong tetapi dia turut disamun,” katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati kumpulan perompak premis 7-Eleven itu bergiat pada awal pagi dan pernah melakukan jenayah di premis sama sekitar Lembah Klang, Kajang, Selayang, Petaling Jaya dan Shah Alam.
“Malah, mereka turut dipercayai terbabit dengan beberapa kes samun 7-Eleven di Seremban dan Melaka.
“Berikutan tangkapan enam lelaki berkenaan, polis memburu dua lagi ahli kumpulan itu yang berusia 19 dan 21 tahun,” katanya.
Menurutnya, remaja yang dikehendaki itu dikenali sebagai Noor Aldir Musa, kad pengenalan 850616-10-5937 dan alamat terakhir Parit Satu, Sungai Sireh, Tanjung Karang.
“Seorang lagi remaja yang dicari ialah Mustakim Basran, kad pengenalan 830227-10-2188 dan tinggal di alamat sama,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya, Deputi Superintendan Ahmad Razil Yaacob di talian 03-7956 2222 untuk membantu siasatan.