|
Post by john on Jan 21, 2004 12:40:11 GMT 8
pasal bantal ni mmg dah ada org post pon.....
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 21, 2004 14:21:40 GMT 8
ye ke.....
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 23, 2004 3:43:28 GMT 8
bagaimana kalau bantal itu tidak ade seorang pun yang sanggup membaunye....dalam kate lain bantal busuk...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 5:53:10 GMT 8
sume org ade bantal busuk!atok pun ade.. ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 25, 2004 21:12:07 GMT 8
sume org ade bantal busuk!atok pun ade.. ;D atok2.....dah tua2 pun ader bantal busuk lagi.... ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 25, 2004 23:37:48 GMT 8
atok2.....dah tua2 pun ader bantal busuk lagi.... ;D setiap org ade bantal busuk!tak kire tua ke muda..sy kalau xde bantal ucuk sy tu,xleh tdo dibuatnye..sampai nangis marah mak sy sbb mak cuci sarung bantal ucuk tu!hilangla bau ucuk tu.. ::)so,tu bkn bantal ucuk name nye!but hal tu dah 5bln blalu..dan bantal tu still sy anggap sbg bantal ucuk..coz sy xbasuh 5 bln sejak perkara tu.. :)sape ade bantal ucuk?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 27, 2004 0:04:23 GMT 8
salam sahabat.......
sepertimana yang kita tahu.... tujuan utama kita bersama-sama dalam forum ini adalah untuk berkongsi ilmu yang kita ada... membantu sedaya upaya kepada mereka yang memerlukan kemahiran yang kita ada.....
jadi.... saya sertakan di sini petikan bab dari Kitab Dosa-dosa Besar,karangan Imam Alhafizh Muhammad bin Ahmad bin Usman Adz-Dzahaby,terjemahan Syed Ahmad Semait,Pustaka Nasional,Dosa ke-38,muka surat 344 yang bertajuk
=================================
Dosa Mencari Ilmu dan Menyimpan Ilmu
Islam menganjurkan manusia untuk mencari ilmu supaya menjadi pandai, kemudian menyuruh menyebarkan ilmu itu kepada ramai supaya masyarakat sezamannya menjadi berilmu dan pandai, kerana dengan ilmulah ia akan dapat mengenali dirinya, lalu mengenal pula Tuhan Penciptanya
Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang mempelajari ilmu untuk mendapat keridhaan Allah, akan tetapi dia pula mempelajarinya untuk mendapatkan harta kekayaan dunia,maka dia tidak akan dapat mencium bau harumnya syurga" - Riwayat Abu Daud
Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, lalu orang yang ditanya itu menyembunyikan ilmunya (tidak mahu memberitahunya) ,maka dia akan dikekang mulutnya dengan kekang api neraka" - Riwayat A-Hakim
Ilmu itu nur...cahaya...dan ia akan hilang serinya andai ianya tidak diamalkan.....dan salah satu cara mengamalkannya ialah dengan menyebarkan,mengajarkan kepada orang lain.
dan sesungguhnya...kerja menyebarkan ilmu itu adalah besar pahalanya dan mendapat penghargaan yang mulia dalam pandangan Allah Subhanahu wa ta'ala....
==================================
kita renung2kan la bersama.....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 28, 2004 13:26:48 GMT 8
In The Name Of Allah The Most Gracious And Most Merciful SIAPA KATA MELAYU X MAKAN BABI? MINTAK TOLONG SEMUA KAWAN-KAWAN BACA NI SAMPAI HABIS Kes macam ni bukan kes baru. Memang betul cakap Cina tu! daging ayam dan lembu tak cukup lemak untuk membentuk apa-apa shape. Jika sebarang proses tidak menggunakan lemak babi, ia senang pecah. Berdasarkan pengalaman saya dalam industri memproses makanan, boleh dikatakan semua product dari oversea yg bertanda halal sebenarnya tidak halal. Bagi mereka haram itu pork iaitu daging babi manakala pork product yg lain seperti lard (minyak babi),pork fat(lemak babi), ham (ini asal nama hamburger) dan bacon (hirisan nipis daging babi yg biasa serve during breakfast), pork instestine(perut babi) dll tidak apa bagi Muslim. Saya pernah bekerja di Shangri-la Hotel KL, di situ terdapat satu BUTCHER Dept.... 1. Semua jenis sausage menggunakan pork casing. Pork casing adalah saluran usus yg digunakan sebagai kulit sausage. Semua ingredients untuk sausage diblend bersama pork fat untuk membuat sausage itu firm dan tak mudah break. Jadi kalau sausage itu Chicken or beef still contain pork. 2. Pork fat juga digunakan dalam proses membuat turkey roll,chicken roll, meatloft, pastrami dan salami. Benda ni semua boleh didapati di supermarket dan digunakan secara meluas sebagai toping PIZZA 3. Bagi sesiapa yg suka makan buffet.. cold cuts yg disusun lawa-lawa pada buffet table seperti Terrine dan Pate pun ada lemak babi. Menyentuh sedikit aktiviti kaum Cina , saya ada satu kisah yang menarik untuk diceritakan .Salah seorang kawan telah menceritakan kepada saya ini,Bapanya adalah seorang pekerja TNB bahagian pembaik pulih bekalan elektrik.Pada satu hari bapanya bertugas membetulkan bekalan elektirk di kawasan Jenjarum Banting. Semasa pekerja-pekerja lain sedang melakukan kerja-kerja pembaikan pulih bekalan beliau telah merayau-rayau dikawasan sekitar. Setiap pekerja pembaiki pulih bekalan TNB mempunyai kebenaran memasuki kawasan yang melibatkan penggunaan elektrik, jadi secara tidak sengaja beliau telah memasuki sebuah kilang memproses makanan, dilihatnya daging-daging ayam berlongok-longok. Kemudian daging-daging babi berlongok-longok disebelahan. Rupa-rupanya kilang tersebut membuat burger dan daging- daging ayam dan babi tersebut dicampur dan di gaul bersama kemudian dijadikan burger.Beliau telah bertanya kepada tokeh tersebut mengapa dicampurkan daging babi dengan daging ayam! Tokeh tersebut berkata kalau tak campur burger yang hendak dibuat susah untuk melekat dan dibentuk. Dengan mencampurkan daging ayam dan babi burger mudah dibentuk. Katanya lagi, burger ini tidak dijual terus kepada orang Melayu. Tapi jika mana-mana supplier yang tak cukup stok akan ambil burger daripada kilang tersebut. Lu ingat itu supplier cukup ka untuk supply satu Malaysia(Tak tahu supplier mana yang ambil dari dia). Tokeh tersebut siap kata "SIAPA KATA MELAYU TAK MAKAN BABI", menyirap darah bapanya. Balik tu dia buat aduan di JAIS. Bila JAIS buat serbuan tak ada apa-apa yang jumpa,kilang tersebut pun tak ade. Mungkin dah pindah bila menyedari ada orang melayu dah tahu aktiviti beliau. P/S Siapa yang suka makan burger tu berhati-hatilah mungkin ada yang bercampur dengan daging babi. Patut lah bila kes JE timbul rupanya berjuta-juta babi ada kat Malaysia. Purata satu hari babi dikeluarkan dari ladang ternakan beratus ribu.Yang peliknya takan beratus ribu babi ini dilantak oleh orang Cina saja. Mungkin sebahagian darinya dibuat bahan makanan yang lain, lepas tu bagi orang Melayu makan. Yang peliknya lagi kebanyakan yang jual burger tu orang Melayu.Best Regards, Mohd Farid Assamani bin Mohamed Zainon Trainee BUSINESS INFORMATION TECHNOLOGY (M) SDN BHD Tel: 03-80241462 x 212 Hp: 012-3315384 Website: www.bit.com.my email: farid@bit.com.my
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 28, 2004 17:12:45 GMT 8
aku x makan burger pun...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 28, 2004 18:04:58 GMT 8
atok pun tak makan burger..
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Feb 5, 2004 3:14:30 GMT 8
boboy suke makan burger abang man....pipi pun bole tahan gak...apatah lagi ajai...
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Feb 5, 2004 8:48:08 GMT 8
boboy suke makan burger abang man....pipi pun bole tahan gak...apatah lagi ajai... Kau pun apa kurangnya cik kamen yang eksyen...Abang man tu abang angkat kau kan??
|
|
|
Post by CLEO_aries on Feb 5, 2004 9:08:09 GMT 8
Salamz.... untuk keselamatan kite semua...
Ciri² pengenalan anggota polis Seseorang anggota polis adalah dilantik mengikut Seksyen 14 Akta Polis 1967 yang mana mereka ini diberikan satu sijil perlantikan (kad kuasa) dengan terteranya NOMBOR PASUKAN, PANGKAT YANG DISANDANG dan NAMA serta disahkan perlantikan ini oleh seorang pegawai kanan polis.
Di dalam sijil perlantikan ini dinyatakan seseorang itu seperti berikut :
* "Telah dilantik menjadi seorang PEGAWAI POLIS di bawah AKTA POLIS 1967 dan adalah diletak hak dengan sepatutnya semua kuasa dan keistimewaan setaraf dengan pangkatnya;
* Sijil Perlantikan ini ditandatangani oleh pemilik dan pegawai yang mengesahkan; dan
* Sijil Perlantikan ini adalah pengenalan diri bagi seorang anggota polis".
Jenis-Jenis Kad Kuasa Polis
* Pegawai Kanan Polis - Warna Biru
* Pegawai Rendah Polis & Konstabel - Warna Kuning
* Konstabel Tambahan - Warna Putih
* Pegawai & Anggota Ditahan Kerja - Warna Merah
Nota : Kad berwarna merah bukan kad kuasa tetapi kad pemberitahu sahaja. Pegawai dan anggota polis yang ditahan kerja TIDAK LAYAK MENJALANKAN KUASA-KUASA POLIS.
Disediakan oleh: Cawangan Perhubungan Awam, Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. Tel: 603 - 2262 6310 Faks: 03 - 2272 2710 Email: <mailto:rmp@rmp.gov.my> rmp@rmp.gov.my
untukmu... *CLEO_aries* selamanya...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 3:46:48 GMT 8
Seks seawal 9 tahun Kajian Kementerian Kesihatan dedah fakta mengejutkan
KUALA LUMPUR: Satu kajian mengenai kegiatan seksual remaja di negara ini mendapati ada di kalangan golongan itu terjebak dalam hubungan seks luar nikah seawal usia sembilan tahun. I k l a n
Menurut Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia 2003, selain melakukan hubungan itu dengan pasangan istimewa masing-masing, ramai remaja lelaki, termasuk yang masih bersekolah mendakwa melakukannya buat pertama kali dengan pelacur.
Laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan itu, adalah hasil penelitiannya terhadap 260 penyelidikan dan bahan bertulis antara Jun dan September tahun lalu.
Maklumat mengenai pembabitan remaja sembilan tahun itu terkandung dalam kajian yang dikendalikan Persekutuan Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (FFPAM) beberapa tahun lalu, tetapi masih dianggap relevan.
Kajian FFPAM itu, membabitkan 1,303 remaja berusia antara 15 dan 25 tahun di empat negeri iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Selangor/Wilayah Persekutuan dan Sarawak.
Laporan Kementerian Kesihatan menyifatkan hasil kajian yang ditelitinya, termasuk kajian FFPAM berkenaan, amat mengejutkan.
Walaupun remaja didapati menyifatkan sesuatu perbuatan itu sebagai salah dan melanggar norma kehidupan, ia tidak bermakna mereka tidak melakukan perbuatan itu.
Tahap pengetahuan remaja mengenai kesihatan seksual dan reproduktif pelbagai mengikut kajian yang dijalankan. Namun, apa yang lebih penting ialah walaupun mereka tahu atau faham mengenai sesuatu perkara seperti pentingnya menjalankan hubungan seksual yang selamat, ia tidak diterjemahkan dengan perbuatan.
Generasi muda di negara ini (berusia antara 10 dan 24 tahun) didapati aktif melakukan kegiatan seksual, termasuk hubungan seks, iaitu antara satu peratus dan 54 peratus, masing-masing berdasarkan Kajian Kebangsaan Mengenai Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja 1994/1995 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan kajian Remaja dan Aids 1996 oleh Unit Aids, Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, kaji selidik media yang dijalankan bagi melengkapkan kajian LPPKN itu, mendapati 27 peratus remaja terbabit dalam hubungan seks luar nikah.
Dalam satu kajian yang dijalankan di Kuala Lumpur, sembilan peratus atau 105 daripada 1,181 remaja berusia antara 15 dan 21 tahun mengakui sudah melakukan hubungan seks luar nikah (20.3 peratus daripada 44 peratus responden yang `dating' (keluar dengan pasangan istimewa)).
Kaji selidik Mobiditi Kebangsaan Kedua 1993, mendapati kira-kira dua peratus daripada 30,000 pelajar menengah pernah melakukan hubungan seks, dengan 9.4 peratus daripadanya melakukan perbuatan itu dengan pelacur.
Lebih menakutkan, dalam semua kajian yang dijalankan itu, didapati remaja ini bukan saja terjebak dalam gejala hubungan seks luar nikah malah mereka melakukannya dengan cara yang berisiko tinggi, tanpa memikirkan keselamatan dan kesihatan diri.
Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia 2003 itu menyebut Dasar Kesihatan Remaja Kebangsaan pada masa ini tidak memberi penekanan kepada aspek kesihatan seksual dan reproduktif golongan berkenaan.
Keadaan itu, kata laporan berkenaan, mungkin disebabkan topik itu sensitif pada pandangan masyarakat. Malah, dasar berhubung perkhidmatan di negara ini juga secara umumnya seiring dengan sensitiviti agama dan budaya.
Banyak agensi kerajaan, termasuk Kementerian Kesihatan juga mengekang remaja daripada mendapatkan perkhidmatan berkaitan kesihatan seksual dan reproduktif. Remaja dan golongan yang belum berkahwin umpamanya tidak boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan topik berkenaan, walaupun sekadar kaunseling dan pendidikan.
Berita Harian difahamkan remaja yang belum berkahwin akan dihalau keluar jika ingin mendapatkan nasihat atau maklumat mengenai perkara berkenaan.
Berikutan itu, Laporan Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja di Malaysia 2003 mengemukakan tujuh cadangan bagi meningkatkan tahap kesihatan seksual dan reproduktif remaja. Cadangannya ialah:
* meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya aspek kesihatan seksual dan reproduktif remaja;
* memperbaiki dan memperluaskan pendidikan seks kepada semua peringkat umur, terutama generasi muda;
* mengukuh dan memperluaskan perkhidmatan berkaitan kesihatan seksual reproduktif (termasuk kepada remaja dan kumpulan yang berkahwin);
* melaksanakan dasar sejajar keperluan semasa;
* menguatkuasakan undang-undang sedia ada dan menggubal undang-undang baru jika perlu;
* mengukuhkan kerjasama antara agensi berkaitan; dan
* menjalankan lebih banyak penyelidikan berhubung kesihatan seksual dan reproduktif remaja.
Laporan itu disediakan kumpulan penyelidik yang dianggotai Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Narimah Awin; Timbalan Pengarahnya, Dr Mymoon Alias dan Ketua Penolong Pengarahnya, Dr Nik Rubiah Nik Abdul Rashid.
Selain itu, Pengarah Eksekutif FFPAM, Dr Ang Eng Suan; Ketua Unit Pembangunan Penyelidikan Kesihatan, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Sarinah Low Abdullah dan Pensyarah Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia UPM), Prof Madya Dr Mary Huang Soo Lee, yang juga Setiausaha Kehormat FFPAM.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 20:35:35 GMT 8
KUALA LUMPUR: Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam dijangka menemui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Isnin ini untuk melepaskan jawatannya sebagai anggota Kabinet.
Sumber berkata, Kasitah (gambar) terpaksa menemui Perdana Menteri berhubung kedudukannya sebagai anggota Kabinet berikutan tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
Kasitah yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan rasuah dan menipu ahli Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) ketika menjadi pengerusi eksekutif lembaga itu pada 1996.
Abdullah kelmarin berkata, beliau akan membuat keputusan sama ada Kasitah akan kembali bertugas sebagai anggota jemaah menteri.
Sementara itu, Kasitah, yang juga ketua penaja Umno Bahagian Ranau berada di Ranau pagi semalam, selepas tiba di Kota Kinabalu tengah malam, semalam.
Beberapa anggota jawatankuasa bahagian itu menyambutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berkumpul di rumah Kasitah di ibu negeri itu.
Timbalan ketua bahagian itu, Datuk Masidi Manjun, berkata mereka berkumpul untuk menyatakan ‘simpati’.
“Kami juga menyatakan kepada beliau pendirian kami bahawa beliau tidak bersalah selagi belum disabitkan,” kata Masidi ketika dihubungi Bernama.
Ditanya mengenai reaksi Kasitah, Masidi berkata Kasitah memberi jaminan kepada anggota parti beliau akan terus berkhidmat untuk parti dan Barisan Nasional.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman pula berkata, kedudukan Kasitah sebagai ketua penaja Umno bahagian Ranau akan ditentukan pada mesyuarat perhubungan Umno negeri akan datang.
Setakat ini, katanya, Umno negeri belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Kasitah.
“Kita akan bincang pada peringkat badan perhubungan negeri, dan kita juga akan mendapatkan pandangan Umno Pusat sebelum menentukan kedudukannya sebagai ketua penaja Umno bahagian Ranau,” katanya selepas menghadiri taklimat khas gerak raya anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Kota Kinabalu semalam.
Musa turut menasihati penyokong Kasitah khususnya di kawasan Ranau supaya tabah dan sabar dalam menghadapi situasi seumpama itu kerana ia adalah proses undang-undang dan “biarlah mahkamah menentukannya”.p/s: selepas ni..sapelah lagi menteri yg main rasuah ni..adakah dato seri rafidah?
|
|