|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 12:36:07 GMT 8
ADAB BERJANJI --------------------
JANGAN SESEKALI MEMBUAT JANJI SEKIRANYA ANDA TELAH BERNIAT UNTUK TIDAK MENUNAIKAN JANJI ITU.
JANGAN BERJANJI UNTUK MEMBUAT PERKARA YANG HARAM ATAU UNTUK MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN KEMUDARATAN
JANGAN MEMBUAT JANJI SEKIRANYA DIRI ANDA BERADA DALAM KEADAAN TERGESA-GESA
SEKIRANYA ANDA TELAH MEMBUAT JANJI MAKA TUNAIKANLAH JANJI ITU DAN JANGAN SESEKALI MELANGGARI JANJI ITU JIKA ANDA TIADA ALASAN YANG KUKUH DAN WAJAR
JIKA BERJANJI DENGAN ANAK-ANAK UNTUK MEMBERINYA SESUATU MAKA JANJI ITU WAJIB DITUNAIKAN. ABDULLAH IBN AMIR MERIWAYATKAN SUATU MASA SEMASA BELIAU MASIH KECIL IBUNYA TELAH MEMANGGILNYA DAN BERJANJI AKAN MEMBERIKANNYA SESUATU. RASULULLAH S.A.W YANG KEBETULAN BERADA DISITU TERUS BERTANYA,"APA YANG KAMU NIATKAN UNTUK MEMBERI KEPADANYA?" JAWAB IBU AMIR,"SEDIKIT TAMAR." SABDA RASULULLAH SAW "SEKIRANYA KAMU TIDAK MEMBERIKANNYA MAKA DOSA BERJANJI DUSTA AKAN DICATATKAN UNTUKMU".
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 12, 2004 21:08:24 GMT 8
Memelihara hubungan silaturrahim --------------------------------------------
Hubungan Keluarga Mendatangkan Keberkahan Rezeki Dan Usia. Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Ali Karramallahu wajhahu berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, "Siapa yang suka usianya dipanjangkan, rezekinya dilapangkan, dan dicegah dari kematian yang buruk, hendaklah bertakwa kepada Allah dan memelihara hubungan kekeluargaan". (HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad )
Daripada Abu Ayub bahawa seorang badui menahan Rasullullah SAW ketika baginda dalam perjalanan, lalu memegangi tali unta baginda, seraya berkata, "Ya Rasullullah, beritahukan kepada saya hal-hal yang dapat mendekatkan saya ke syurga, dan menjauhkan saya dari neraka!" Nabi SAW terdiam sejenak. Kemudian baginda melihat kepada para sahabatnya, lalu bersabda, "Orang ini mendapat petunjuk!" Lalu baginda menoleh kepada orang itu dan berkata, "Apa yang engkau tanyakan?" Si badui itu mengulangi lagi pertanyaanya. Maka sabda Nabi SAW menjelaskan, "Engkau mengabdi kepada Allah dan jangan menyekutukanNya dengan apapun, menegakkan solat, mengeluarkan zakat dan menyambungkan tali silaturrahim. Kini lepaskan unta itu!" Sesudah orang itu berlalu Rasullullah bersabda, "Kalau orang itu melaksanakan apa-apa yang saya perintahkan, ia akan masuk syurga". ( HR Bukhari dan Muslim )
Rasullullah bersabda: "Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya, dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim". (HR Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat lain, Ali Karramallahu wajhahu berkata, bahawa Nabi SAW bersabda, "Siapa yang suka usianya dipanjangkan, rezekinya dilapangkan, dan dicegah dari kematian yang buruk, hendaklah bertakwa kepada Allah dan memelihara hubungan kekeluargaan". (HR Abdullah bin Al-Imam Ahmad )
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 14, 2004 19:51:37 GMT 8
Gejala-gejala penyakit rohani -------------------------------------
Perkataan rohani dalam bahasa Malaysia sering dikaitkan dengan : hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi manusia yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan. Gejala itu misalnya: menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya.
Imam Ghazali dalam kitab Ihyaulumiddin menerangkan bahawa roh itu ada dua makna. Pertama berupa jenis yang halus dan bersumber dari rongga hati jasmani dengan perantaraan otot-otot dan urat yang bermacam-macam tersebar ke seluruh bahagian-bahagian badan. Kedua, ianya berupa sifat halus pada manusia yang dapat mengetahui sesuatu dan dapat menangkap segala pengertian. Banyak pengertian yang dikemukakan mengenai jiwa namun begitu belum ada yang dianggap memuaskan.
Keterangan tentang adanya penyakit rohani itu dikemukakan di dalam Al-Quran antaranya:
Firman Allah yang bermaksud: ‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’. (Q.S. Al-Baqarah, ayat 10)
LEMAH DAYA KERJA
Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.
TUMPUL FIKIRANNYA
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’. (Q.S. Al-Haj, ayat 46)
Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.
PENDANGKALAN RASA
Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’ (Q.S. Rum, ayat 33)
GELISAH DAN KELUH KESAH
Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : ‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’. (Al-Maarij, ayat 19-23)
LIAR TERHADAP KEBENARAN
Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.
Allah s.w.t. berfirman yang ertinya: ‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.' (Q.S. An-Nur, ayat 50)
BURUK SANGKA
Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud: ‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’ (Al-Ahzab, ayat 12)
Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’ (Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)
SUKA MENGHASUT (FITNAH)
Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’ (Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)
MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI
Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud: ‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’ (Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)
Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.
con't....
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 15, 2004 14:13:10 GMT 8
untuk ingat-mengingati sesama kita..... terutama sekali saya sendiri.....
Waktu diharamkan solat ialah:
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit. ie subuh from 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am. Therefore from 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari. Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor. Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ie 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak, afdalnya ialah sepertiga malam ie sesudah azan hingga 10.30mlm. Wallahualam.
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 19, 2004 20:34:04 GMT 8
Syukur ---------
Mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada pada kita sesuai dengan yang dikehendaki oleh yang memberi kenikmatan itu. Boleh juga diertikan mempergunakan sesuatu pemberian Allah sesuai dengan yang ditentukan oleh Allah. Dengan itu orang yang tidak mempergunakan kurniaan Allah pada jalan yang diredaiNya maka orang itu kufur terhadap kurniaan Allah atau dia tidak bersyukur kepada Allah. Termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur ialah orang yang tidak mempergunakan pemberian Allah dan membiarkan pemberian itu begitu sahaja dan membazir atau menggunakannya ke jalan maksiat. Dapat disimpulkan syukur bermaksud patuh dan taat.
Antara tindakan yang menandakan syukur itu ialah:
1. Merasa gembira atas sesuatu pemberian yang diterima. 2. Menyatakan kegembiraan dengan ucapan dan perbuatan. 3. Memelihara pemberian dengan baik dan mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh pemberi. 4. Membalas pemberian tersebut. Kalau kepada Allah maka dibalas dengan mempergunakan kurniaanNya dengan landasan patuh dan taat kepadaNya. Kalau kepada manusia, pemberian itu dibalas dengan pemberian lain atau sekurang-kurangnya dengan doa.
Sebab kufur nikmat
1. Sebab kebodohan dan tidak mengerti. Harta kekayaan atau sebagainya yang dianugerahkan oleh Allah tidak dapat mereka fahami sebagai nikmat Allah. Bahkan mereka merasa datangnya atas usaha mereka. Mereka lupa dan lalai bahawa itu ialah nikmat Allah yang perlu dibalas dengan rasa syukur. Apabila mereka ditimpa bencana atau sakit, atau kesusahan, mereka mulai memohon pertolongan Allah.
2. Ada orang yang mengetahui nikmat Allah tetapi enggan bersyukur atau melakukan perkara yang menyatakan syukur. Ini disebabkan mereka terpengaruh oleh hawa nafsu.
3. Kufur nikmat disebabkan mereka yang selalu melihat ke atas dan tidak melihat ke bawah. Disebabkan ia selalu melihat ke atas maka ia biasanya tidak mudah merasa cukup dengan apa yang dia ada. Dia sentiasa mahu menambah apa yang ada padanya dan merasa tidak cukup apa yang ada. Jika ia memandang ke bawah tentu ia merasa syukur kerana ia mempunyai lebih dari orang lain.
Bencana yang menimpa juga perlu diterima dengan rasa syukur kerana:
1. Setiap bencana yang menimpa kita haruslah diterima dengan rasa syukur kerana Allah boleh menimpakan bencana yang lebih besar. Sebesar manapun kita menerima bencana, Allah Maha Berkuasa menurunkan bencana lebih besar. Bersyukurlah kerana kita tidak ditimpakan bencana lebih besar dari yang kita telah terima.
2. Sesuatu bencana dari Allah di dunia adalah merupakan kifarat kepada dosa yang kita telah lakukan agar kita insaf. Bayangkan jika Allah tangguhkan hukumanNya hingga akhirat, maka kita akan lebih menderita kerana satu hari di akhirat adalah bersamaan 1000 tahun di dunia serta siksaan di akhirat adalah jauh lebih mengerikan. Sabda Rasulullah: "Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hambaNya, maka Ia turunkan siksaanNya di dunia dan jika menghendaki kebinasaanNya, maka ia menangguhkan dosanya hingga Ia membalasnya di akhirat." Durratun Nashihin
3. Bencana yang ditimpakan adalah merupakan peluang untuk seseorang memperolehi ganjaran di sisi Allah iaitu ganjaran kerana ia bersabar. Firman Allah "Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhi pahalanya tanpa ada batas hitungannya." Az Zumar 10.
Keuntungan bagi mereka yang bersyukur
1. Orang yang bersyukur tidak akan disiksa oleh Allah: Firman Allah: "Mengapa Allah menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Allah adalah Maha Mesyukuri lagi Maha Mengetahui." An Nisaa 147
2. Orang yang bersyukur diberi tambahan nikmat oleh Allah. Firman Allah: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya akan Ku tambahkan nikmat Ku dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih" Ibrahim 7
3. Orang yang bersyukur akan merasakan ketenteraman jiwa dan memiliki sifat merasa cukup dengan apa yang ada (qanaah). Dia tidak merasa resah gelisah kerana kekurangan yang ada pada dirinya.
4. Orang yang bersyukur akan memanfaatkan apa yang telah dikurniakan kepadanya sebaik mungkin sebagai suatu nikmat dari Allah.
5. Orang-orang yang bersyukur akan mudah dalam pergaulan dan disenangi masyarakat.
Keuntungan bagi mereka yang sabar
1.Mereka memperolehi pahala yang tiada terkira banyaknya (Firman Allah surah Az Zumar 10)
2. Mereka akan dihapuskan dosanya oleh Allah. Sabda Rasulullah "Tidak ada seorang muslim yang terkena suatu gangguan, baik berupa duri atau lebih dari itu, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon." Riwayat Bukhari dan Muslim.
3. Mereka akan memperolehi kebahagiaan hidup di akhirat. Sabda Rasulullah: "Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan,seperti halnya salah seorang dari kamu menguji emasnya dengan api.Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam." Riwayat Tabrani
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 17, 2004 22:50:40 GMT 8
rahsia memotong kuku kena amalkan ===========================
Sekurang- kurangnya, setiap minggu kita pasti meluangkan masa untuk memotong kuku. ini disebabkan Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan diri. walaupun memotong kuku dilihat seperti suatu ibadah yang remeh, namun, ada kaedah- kaedah yang tertentu yang perlu kita ketahui. RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ; * Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan * Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat * Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit * Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan * Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit * Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 25, 2004 21:39:17 GMT 8
adap menguap ===========
1. Menahan menguap sekadar termampu Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
3. Makruh mengangkat suara ketika menguap Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 13, 2004 12:29:29 GMT 8
ADAB MAKAN DAN MINUMKebetulan saya ada membaca sebuah buku berkaitan kesihatan. Bolehlah agaknya dipaparkan disini sebagai renungan kita semua. Cara yg terbaik utk menjamah makanan dan minuman ialah cara yg dituntukkan oleh Rasulullah S.A.W kerana baginda adalah contoh terbaik bagi umat Islam. Berikut ialah cara yg diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kpd kita:- 1. Menyuap makanan dgn sedikit dan mengunyah makanan sehingga hancur. Kemudian barulah menyuap yg lain 2. Duduk dgn tenang dn tawadhuk tanpa bersandar atau membesar diri 3. Tidak mencaci makanan sama sekali. Makanlah apabila berselera dan tinggalkan sahaja apabila tiada selera 4. Membiasakan makan tamar sebanyak bilangan yg ganjil diantara satu ke tiga biji .Jangan kumpulkan buah tamar dan bijinya didalam satu bekas 5. Tidak meminum dgn banyak ketika makan melainkan kerana terlekat makanan atau terlalu dahaga 6. Tidak memakan makanan ketika masih panas 7. Memakan buah-buahan yg telah masak sahaja dan tidak meminum ubat melainkan benar-benar sakit 8. Rasulullah S.A.W melarang menghembus ke dalam makanan atau bernafas di dlm makanan 9. Baginda juga melarang supaya tidak menjamah cuka dan minyak sekiranya ia disimpan di dalam bekas tembaga 10. Antara tunjuk-ajar baginda ialah bersugi sebelum dan selepas makan 11. Baginda tidak tidur selepas makan melainkan setelah membersihkan sisa makanan di tangan. Bahkan baginda menggalakkan berwudhuk sebelum makan dan selepasnya. Sesetengah ulama menafsirkan berwudhuk di sini ialah membasuh kedua tangan. 12. Baginda makan dgn menggunakan tida jarinya. Adakalanya baginda menggunakan 4 jari 13. Baginda tidak makan melainkan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang. Antara tunjuk ajar baginda juga ketika makan ialah : baginda menggalakkan makan beramai-ramai pada satu hidangan, kerana ada keberkatannya. Rasulullah S.A.W bersabda ertinya " Makanan yang paling disukai disisi Allah ialah makanan yang dijamah oleh banyak tangan" (HR. Abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi daripada Jabir r.a)
|
|
|
Post by KomOt on Apr 14, 2004 22:07:18 GMT 8
Padahnya Tak Mandi Hadas >> > >> > Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada >> > masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. >> > >> > Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi >> > oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui >> > maut. >> > >> > Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke >> > tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. >> > >> > Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di >> > situ begitu sepi sekali. >> > >> > Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan >> >> > jenazahnya. >> > >> > Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan >> > keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. >> > >> > Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka >> > begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama >> > bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. >> > >> > Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat & >> > tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang >> > lahad, menunggu mayat di kebumikan. >> > >> > Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi >> >> > hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam >> > mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. >> > >> > Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu >> > dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana >> > harimau yang memerhatikan mangsanya. >> > >> > Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali >> > satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama >> > sama binatang misteri itu. >> > >> > Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah >> > liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. >> > >> > Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu suda >> > pun berada di dalam lubang itu. >> > >> > Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum >> > kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya >> > dengan binatang tersebut. >> > >> > Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut >> > bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. >> > >> > Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan >> > dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang >> > berada di tanah perkuburan itu. >> > >> > Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada >> > perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. >> > >> > Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang >> > lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, >> >> > suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan mandi hadas setiap >> >> > kali selepas melakukan persetubuhan. >> > >> > Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar, apabila >> > dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina & terlaknat dari >> > neraka. >> > >> > Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. >> > >> > Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah >> > azabnya sangat pedih .... >> > >> > Wassalam
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 28, 2004 23:15:14 GMT 8
Etika Memberi Salam
1. Makruh memberi salam dengan ucapan: Alaikumus salam karena di dalam hadits Jabir Radhiallaahu 'anhu diriwayatkan bahwasanya ia menuturkan : Aku pernah menjumpai Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam maka aku berkata: Alaikas salam ya Rasulallah. Nabi menjawab: Jangan kamu mengatakan: Alaikas salam. Di dalam riwayat Abu Daud disebutkan: karena sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati. (HR. Abu Daud dan At-Turmudzi, dishahihkan oleh Al-Albani).
2. Dianjurkan mengucapkan salam tiga kali jika khalayak banyak jumlahnya. Di dalam hadits Anas disebutkan bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam apabila ia mengucapkan suatu kalimat, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali (HR. Al-Bukhari).
3. Termasuk sunnah adalah orang mengendarai kendaraan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki, dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua. Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaqalaih.
4. Disunnatkan keras ketika memberi salam dan demikian pula menjawabnya, kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur. Di dalam hadits Miqdad bin Al-Aswad disebutkan di antaranya: dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bagian minum dari kami, dan kami sediakan bagian untuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam Miqdad berkata: Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang yang sedang tidur, namun dapat didengar oleh orang yang bangun.(HR. Muslim).
5. Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan meninggalkannya. Karena hadits menyebutkan: Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).
6. Disunnatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong, karena Allah telah berfirman yang artinya: Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian (An-Nur: 61) Dan karena ucapan Ibnu Umar Radhiallaahu 'anhuma : Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah ia mengucapkan : Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin (HR. Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan disahihkan oleh Al-Albani).
7. Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang di WC (buang hajat), karena hadits Ibnu Umar Radhiallaahu 'anhuma yang menyebutkan Bahwasanya ada seseorang yang lewat sedangkan Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya. (HR. Muslim)
8. Disunnatkan memberi salam kepada anak-anak, karena hadits yang bersumber dari Anas Radhiallaahu 'anhu menyebutkan: Bahwasanya ketika ia lewat di sekitar anak-anak ia memberi salam, dan ia mengatakan: Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam. (Muttafaqalaih).
9. Tidak memulai memberikan salam kepada Ahlu Kitab, sebab Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani... .. (HR. Muslim). Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan wa `alaikum saja, karena sabda Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam : Apabila Ahlu Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah: wa `alaikum.(Muttafaqalaih).
10. Disunnatkan memberi saam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal. Di dalam hadits Abdullah bin Umar Radhiallaahu 'anhu disebutkan bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam : Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal. (Muttafaqalaih).
11. Disunnatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam lewat orang lain dan kepada yang dititipinya. Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam lalu berkata: Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab : `alaika wa `ala abikas salam
12. Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali ada uzur, seperti karena sedang shalat atau bisu atau karena orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Di dalam hadits Jabir bin Abdillah Radhiallaahu 'anhu diriwayatkan bahwasanya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda: Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, karena sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan. (HR. Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani).
13. Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya. Hadits Rasulullah mengatakan: Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah (HR. Abu Daud dan dishahihkan oleh Al-Albani).
14. Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang dibattangani itu melepasnya. Hadits yang bersumber dari Anas Radhiallaahu 'anhu menyebutkan: Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam apabila ia diterima oleh seseorang lalu berjabat tangan, maka Nabi tidak melepas tangannya sebelum orang itu yang melepasnya... . (HR. At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).
15. Haram hukumnya membungkukkan tubuh atau sujud ketika memberi penghormatan, karena hadits yang bersumber dari Anas menyebutkan: Ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, kalau salah seorang di antara kami berjumpa dengan temannya, apakah ia harus membungkukkan tubuhnya kepadanya? Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam menjawab: Tidak. Orang itu bertanya: Apakah ia merangkul dan menciumnya? Jawab nabi: Tidak. Orang itu bertanya: Apakah ia berjabat tangan dengannya? Jawab Nabi: Ya, jika ia mau. (HR. At-Turmudzi dan dinilai shahih oleh Al-Albani).
16. Haram berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam ketika akan dijabat tangani oleh kaum wanita di saat baiat, beliau bersabda: Sesung-guhnya aku tidak berjabat tangan dengan kaum wanita. (HR.Turmudzi dan Nasai, dan dishahihkan oleh Albani).
|
|
|
Post by KomOt on May 18, 2004 15:26:10 GMT 8
Adab² Tidur..
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik – baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkara – perkara yang baik , tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surah – surah tertentu terlebih dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al – Ikhlas , Al – Falaq dan
Al – Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua – dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut – turut .
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al – Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .
|
|
|
Post by KomOt on Jul 8, 2004 8:52:20 GMT 8
Adab menguap > Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup > pandangan > yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk > ke dalam mulut. Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran > langsung. > Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah swt. kerana menguap > adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan. Rasulullah saw. bersabda: > Dari > Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda "Sesungguhnya Allah swt. sukakan > bersin dan benci akan menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji > Allah swt., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan > "YarhamukAllah". Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang > kamu > menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, > kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya. Riwayat > Bukhari.Rasulullah saw. bersabda dari Abu Hurairah r.a. katanya, "Menguap > dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap > maka > hendaklah ia berusaha menahannya (dari membuka mulut lebar-lebar).
|
|