|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 9:17:00 GMT 8
Adab memakai cincin.... ------------------------------------------
Assalamualaikum. Artikel ini untuk panduan muslimin dan muslimat
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu, kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala. Wallahu a'lam
Wassalam.
Beramal dengan Ilmu.
|
|
|
Post by enigma on Jan 3, 2004 9:22:10 GMT 8
bagus artikel awak ni....
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 3, 2004 9:26:25 GMT 8
mekacih....saya akan cuba berkongsi ilmu ngan korang semua ;D.....
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 10:20:31 GMT 8
CAMPURAN AIR MADU DAN AIR SEJUK ---------------------------------------------------- Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir) 2. Mencuci perut 3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar 4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu 5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Di dalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk" Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan adab minum 1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan 2. Bacalah " Bismillah" 3. Minum dengan tiga nafas 4. Minum dalam keadaan duduk 5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain. 6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah 7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minumsambil berdiri 8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain.Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit 9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Jazakallah hu khairan kathiraa.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 5, 2004 20:22:31 GMT 8
Tiga bahaya besar jika makanan tidak halal --------------------------------------------------------
Kepentingan memilih makanan dan minuman yang bersih serta halal, sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini bertujuan memastikan makanan dan minuman itu tidak memudaratkan manusia.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” [/b](Hadis riwayat Muslim)
Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya pada masa yang sama, perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.
Sabda Rasulullah, yang bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.” [/b](Hadis riwayat at-Tirmizi)
Islam begitu menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin kepada kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, pasti akan lahir dalam dirinya nur keimanan yang membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan termasuk pakaian, tempat tinggal dan tubuh badan.
Dalam ibadat asas agama itu sendiri iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hamba-Nya dalam keadaan kotor dan hina. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.”[/b]
Pemilihan makanan bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah."[/b]
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [/b](Surah an-Nahl, ayat 114-115).
Makanan yang haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal, akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.
Pertama, makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kerja kebajikan dan ketaatan. Kedua, sebarang doanya tidak akan dimakbulkan Allah. Ketiga, dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari akhirat kelak.
Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.
Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa. Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan.
Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.
Dari aspek adab pemilihan makanan pula, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya.
Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya.
Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika salihah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya.
Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”
Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya.”
Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.
Sementara ‘berhenti sebelum kenyang’ pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah ‘kilang’ dalam perut untuk memprosesnya.
Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan.
Harus kita insaf bahawa kelalaian dan kealpaan kita mengurus dengan baik segala nikmat dan anugerah kurniaan Allah, akan membawa padah kepada diri kita sendiri.
|
|
|
Post by enigma on Jan 6, 2004 13:24:41 GMT 8
BERANGKAT KE MASJID
1. Mulai dengan kaki kanan. 2. Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju Masjid: "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya"
--------------------------------------------------------------------------------
ADAB MASUK KE MASJID
1. Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu" 2. Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekira tiada oarang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih" 3. Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )
--------------------------------------------------------------------------------
ADAB DALAM MASJID
1. Duduk menghadap Qiblat. 2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya. 3. Sentiasa menyebut nama Allah. 4. Menghadirkan Ahhala dalam hati. 5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia. 6. Jauhi dari menghina Islam. 7. Bezikir dengan suara perlahan.
--------------------------------------------------------------------------------
ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN
1. Berdiam diri. 2. Menjawab seruan Azan. 3. Berdoa setelah selesai Azan. 4. Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan. 5. Kerjakan solat sunat Rawatib.
--------------------------------------------------------------------------------
ADAB KELUAR MASJID
1. Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar. 2. Berniat untuk datang kembali. 3. Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk". 4. Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.
|
|
jaga_um
Senior Student
eidolon..eidolon..eidolon... warg..warg..warg... i summon the fire ice...
Posts: 320
|
Post by jaga_um on Jan 6, 2004 14:13:01 GMT 8
baik nyer budak nie..cam aku kenal je....???wondering la... ;D
|
|
|
Post by enigma on Jan 6, 2004 15:58:37 GMT 8
baik nyer budak nie..cam aku kenal je....???wondering la... ;D what r u wondering to? ...tell me?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 6, 2004 20:17:12 GMT 8
Adab-Adab berdoa ------------------------
Adab-Adab berdoa telah dijelaskan oleh Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin. Maka apabila seseorang hendak berdoa, memohon sesuatu yang dihajatinya kepada Allah, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik-baik dan secermat-cermatnya, dengan memelihara adab-adab doa seperti di bawah ini.
1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdal), seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
2. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari segala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.
3. Dengan menghadap kiblat
4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang di sisi kita.
5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajak dalam doa itu. Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana, sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidak perlu dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklah kiranya, jika kita memilih lafaz-lafaz doa yang diterima dari Rasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai dengan apa yang kita doakan pula.
6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa kita yang halus.
7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.
8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika ia baca berulang-ulang hingga dua tiga kali.
9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.
10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh-sungguh kepada Allah.
Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid (puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 7, 2004 20:28:37 GMT 8
Adab Menziarah Kubur ----------------------------
Menziarahi kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi perempuan. Orang perempuan makruh berbuat demikian kerana sifatnya yang lemah, cepat berasa susah dan bimbang mereka akan mencucuri air mata sehingga lupa kekuasaan Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Daripada Buraidata, dahulu kau telah melarang kamu berziarah kubur, sekarang Muhammad telah mendapat izin untuk menziarahi kubur ibunya. Maka ziarahlah kamu kerana sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan akhirat.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Anas bin Malik berkata, Nabi Muhamad s.a.w pernah berjumpa seorang wanita sedang menangis di sisi sebuah kubur lalu baginda bersabda, “Takutlah hai wanita kepada Allah dan bersabarlah.”
Berdasarkan hadis itu, boleh dibuat kesimpulan bahawa pada dasarnya Nabi Muhamad s.a.w tidak melarang wanita menziarahi kubur, tetapi baginda menasihatinya supaya bersabar.
Bagaimanapun, perlu diingatkan wanita yang ingin menziarahi kubur supaya menjaga diri daripada fitnah dengan memelihara kehormatannya seperti menutup aurat dan sebagainya. Wanita boleh menziarahi kubur atau menghantar jenazah ke kubur dengan syarat tidak bercampur atau berasak dengan lelaki yang boleh menimbulkan fitnah dan hendaklah mengawal emosi mereka dengan baik.
Menziarahi kubur menurut ajaran Islam bertujuan:
*Memberikan pengajaran. *Mengingati hari akhirat. *Menjadikan seseorang itu tidak mencintai dunia. Islam *menggalakkan mencari kemajuan, tetapi melarang daripada mencintai dunia.
Antara adab menziarahi kubur adalah seperti berikut.
1.Berwuduk. 2.Sunat mengucapkan salam kepada ahli kubur. 3.Memohon doa dan keampunan bagi yang mati dan yang hidup serta berasa belas kasihan terhadap ahli kubur. 4.Membaca al-Quran atau wirid. 5.Dilarang meratapi orang yang mati, tetapi tidak mengapa menangis dengan tidak mengeluarkan kata ratapan. 6.Dilarang memaki dan mengeluarkan kata yang buruk terhadap si mati. 7.Dilarang duduk di atas kubur. 8.Dilarang solat menghadap kubur. 9.Dilarang lalu di atas kubur.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 8, 2004 23:00:56 GMT 8
ADAB BERCAKAP ----------------------- Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".
Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar
Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.
Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.
Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama
Jangan bercakap secara berkumam mulut
Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang
Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.
Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya
Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 9, 2004 19:02:20 GMT 8
Menangis yang dibenar oleh syariat -----------------------------------------------
Kata ahli Hikmah, Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.
Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."
Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: "Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total... Jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah." (Riwayat Attirmizi).
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Jan 11, 2004 1:28:21 GMT 8
first time join nie..bagus gak rupa2nya...br la tau ape2 yg patut tahu..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:20:06 GMT 8
first time join nie..bagus gak rupa2nya...br la tau ape2 yg patut tahu.. diharapkan kAsuTbAtA mendapat manfaat daripada ruangan forum nie.... ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 11, 2004 10:23:08 GMT 8
Mandi Sunat ----------------
Tujuan utama kita mandi ialah untuk membersihkan seluruh anggota daripada sebarang kekotoran. Selain menghilangkan kekotoran, mandi juga menyegarkan tubuh badan. Di dalam Islam, umatnya diwajibkan mandi apabila mereka berhadas besar seperti berjunub, keluar darah haid dan nifas atau melakukan persetubuhan. Hukumnya wajib seseorang itu mandi sebelum menjalankan ibadat lain terutama sembahyang.
Bagaimanapun ada juga mandi sunat yang digalakkan kita melakukannya dan Allah s.w.t pasti akan memberikan ganjarannya. Mandi sunat yang dimaksudkan ialah mandi sunat Aidilfitri dan Aidiladha. Masanya ialah masuk awal waktu tengah malam hari raya hingga terbit matahari.
Selain mandi sunat hari raya, terdapat juga mandi lain yang diberi ganjaran pahala sunat iaitu:
*Mandi untuk sembahyang Jumaat. Masanya dari awal waktu Subuh hingga sebelum habis waktu Jumaat *Mandi kerana gerhana matahari atau bulan. Masanya apabila kelihatan gerhana telah bermula hingga keadaan seperti biasa (normal) *Mandi sebelum memandikan jenazah *Mandi kerana memeluk Islam (bagi saudara baru) *Mandi setelah pulih daripada pitam atau gila *Mandi apabila hendak memakai ihram haji atau umrah *Mandi kerana wukuf, mandi di Muzdalifah dan Mina *Mandi kerana hendak melontar tiga jamrah (10, 11 dan 12 Zulhijjah) *Mandi sebelum melakukan perjalanan jauh *Mandi ketika hendak melakukan solat fardu *Mandi ketika bangkit daripada tidur *Mandi ketika badan terlalu lesu dan letih *Mandi ketika badan kotor
Selain mandi sunat, terhadap perkara-perkara yang menyebabkan kita mandi wajib. Mandi wajib kerana hadas besar juga dipanggil mandi junub. Mandi wajib (mengangkat hadas besar) menurut istilah ialah membersihkan seluruh anggota tubuh dan meratakan air ke seluruh kulit dan bulu dengan mandi dan disertakan dengan niat.
Bukti menunjukkan mandi wajib (mengangkat hadas besar) adalah wajib berdasarkan Firman Allah Surah al-Maidah bermaksud: “Dan jika kamu berjunub maka hendaklah bersuci (mandi).”
Antara fadilat mandi wajib ialah seperti berikut.
*Dengan mandi wajib itu, membolehkan seseorang jika mereka berjimak atau berada dalam hadas besar dapat kembali segar dan bertenaga semula untuk memulakan pekerjaan yang lain. *Mandi ini juga menjadikan badan kita segar, berbau wangi, bersih daripada sebarang kekotoran dan sihat semula.
|
|