|
Post by firdaus803 on Jul 6, 2004 10:31:16 GMT 8
JLN MUDAH KE SYURGA… Betul ke ada jln mudah utk ke syurga?yer betullah tu…jwpnnya mestilah solat… Tapi tahukah anda cukup sukar utk khusyuk dlm solat… Bila takbiratulihram…jer mulalah si jenab, faizal, hidayah ker dtg mengganggu…betul tak? Betullah tu… Tapi,ingatlah solat itu tiang agama…tak der tiang robohlah rumah…tak sembahyg tak trbntuklah agama…bila ditanya banggalah mnjwbnya,kiterkan Islam…at least diseksa kat neraka pun…lastly masuk syurga juga…tapi jgn lupa…sehari di akhirat berjuta² thn di dunia…larat ker.saya mmg tak larat..sama²lah kita saling ingat mengingati ke jln Allah s.w.t…saya pun ingin sedarkan diri sndiri bila bc balik posting ni Solatlah yg akan mmbentuk peribadi…pincg solat, pincanglah kelakuan kita…tak caya cuba bndingkan telatah kita ketika mghadp Ilahi dgn perangai kita…betullah tu…tak caya Tanya ustaz Fadhlan ke Encik Izwan ke… Ramai jer diklgn kiter yg selalu tinggalkan solat…maybe slh seorgnya pun tgh baca posting kiterkan?mengaku jerlah..bukn org nmpk pun.at least tak malulah pd Tuhan, ngan org lain bolehlah kita bohong tapi ngna Dia tak pyhlah…kalau zmn Rasulullah s.a.w…Allah s.a.w akan terus menurunkan bala pd hamba²nya…tapi,knp bila zmn Siti Nurhaliza,zmn Linkin park tak pulak disegerakan balasannya.anyway adalah hikmahnyer tu…Dia Maha Kuasa!..ketahuilah teman…tntg satu kisah pd zmn Rasulullah s.a.w...seorg hmba yg tak prnah solat selama hidupnya…tiba saat kematiannya…wajahnya tlh bertukar mnjadi seekor babi hutan!!! Bersyukurlah,at least,kita solat jugakkan.. ;)wlupun tak pernah cukup…
|
|
|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 7:09:32 GMT 8
ORANG YANG BERTAQWA REZEKINYA MURAH.
EMPAT MACAM REZEKI DARI ALLAH Menuju masarakat yang bermanfaat didunia bererti di akhirat. Berzikir, fikir dan ikhtiar. Keep your hands busy with works; keep your mouth busy with remembrance of Allah and leave inheritance as much as possible
Bismilahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wr wb Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki. Allah akan jamin hidup manusia dimuka bumi ini. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan kerjanya. Allah akan tambahkan rezeki, sekiranya pandai bersyukur. Allah sediakan semua keperluan manusia tanpa bayar satu senpun. Ada sebuah ungkapan mengatakan "hidup adalah untuk makan ataukah makan adalah untuk hidup?"
Setelah saya membaca buku pedoman hidup manusia, pendapat ungkapan di atas adalah tidak benar. Pepatah yang diatas hanya sesuai untuk makhluk-makhluk Tuhan lainnya yaitu : "binatang". Mereka memang setiap hari mencari makan (rezeki), setelah selesai makan mereka bermain-main dan kemudian tidur, beranak, dan membesarkan.
Mereka tidak pernah memikirkan bagaimana mempunyai rumah yang indah, dan mempunya alat pengangkutan yang canggih. Begitu pula mereka tidak memikirkan siapa Tuhannnya, siapa yang menciptakannya, dan mahu kemana setelah mati. Semenjak dulu lembu dan kambing tidak punya rumah. Makanannya tetap sahaja rumput semenjak dulu kala. Hidupnya sehari-harian adalah mencari makan untuk hidup. Tidak lebih daripada itu. Apakah manusia yang mempunyai akal sama dengan binatang?
Apakah hidup hanya untuk mencari makan setiap hari? Apakah tidak ada lagi yang harus dikerjakan untuk kebaikan (amal sholeh) atau memproduksi karya-karya yang bermanfaat untuk kemajuan manusia?
Setelah saya membaca buku pedoman hidup, saya menemukan apa tugas manusia sebenarnya di dunia ini menurut Tuhan yang menciptakan kita.
Allah berfirman : "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." Q.S Az-Zaariyaat : 56
Pada ayat yang lain Allah berfirman : "Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Sholeh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya." Q.S Hud : 61
Allah juga berfirman : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Manusia diangkat menjadi khalifah (wakil) Allah di muka bumi ini." Q.S Al-Baqarah : 30
Jelas sekali tugas yang diberikan oleh Allah kepada manusia, iaitu sebagai wakil Allah untuk bekerja untuk Allah di dunia dengan mengikuti perintah-perintahNya yang ada dalam Al Quran dan Hadith, dalam membangun atau menyejahterakan manusia dan agar manusia dapat beribadah dengan baik kepada Allah swt.
Apa-apa yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sudah disediakan. Baik di dalam isi bumi yang berupa minyak, emas, timah dan lain-lain, di kulit bumi berbentuk tanam-tanaman dan binatang ternakan, dan di laut ada bermacam-macam ikan dan rumput laut. Semua itu adalah untuk manusia dan makhluk Tuhan lainnya. Yang demikian itu agar manusia dapat mensyukurinya.
Binatang-binatang yang tidak mempunyai akal, kehidupannya tidak berubah banyak dari generasi ke generasi. Sedangkan kehidupan manusia cepat berubah. Jika dulu orang hanya ada unta atau kuda sebagai kenderaan. Sekarang ada kereta, pesawat yang canggih, kapal laut dan sebagainya.
Begitu pula bentuk rumah, sudah sangat berbeza-beza dan bermacam-macam reka bentuk dan rupanya. Dari rumah kaca sampai kerumah aluminium. Dari rumah di bawah tanah, sampai rumah bertingkat-tingkat (kecuali manusia yang masih hidup di hutan-hutan tertentu seperti yang ada di Brazil, dari generasi ke generasi bahkan sampai sekarang masih hidup bertelanjang bulat).
Mengenai rezeki, manusia juga bermacam macam, ada yang miskin ada juga yang kaya sekali. Sesungguhnya Allah tidak menginginkan manusia hidup susah dan miskin. Allah menginginkan manusia hidup bahagia, sejahtera, aman dan harmonis. Oleh kerana itu Allah menurunkan buku pedoman hidup manusia ke dunia iaitu Taurat, Zabur, Injil dan terakhir yang sempurna, Al Quran. Kalau tidak, manusia akan seperti mereka yang ada di hutan-hutan yang hidup bertelanjang bulat, tanpa pakaian dan tiada malu. Itulah sesungguhnya manusia jika hidup tanpa buku pedoman hidup, tanpa ilmu.
Mengenai rezeki yang diterima oleh manusia, atau berapa besar rezeki yang diberikan oleh Allah kepada manusia sangat tergantung kepada 4 perkara.
Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana kepada makhluknya. Hanya Allah memberi peringatan-peringatan kepada manusia dalam Al Quran, agar manusia tidak sesat atau tidak salah pilih diantara dua jalan, iaitu jalan Allah yang ada dalam Al Quran atau jalan sesat yang mengikuti kemahuan syaitan atau nafsu yang tidak terkendali.
Allah berfirman : "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." Q.S Al-Faatihah : 1
"Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ia adalah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira." Q.S Aali Imran : 37
"Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." Q.S Al-Baqarah : 29
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." Q.S Hud : 6
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;" QS An-Najm : 39
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." Q.S Ibrahim : 7
"Orang orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga." Q.S
Dari firman-firman diatas, jelas sekali Rasulullah saw memberi keterangan kepada umatnya yang berbentuk peringatan-peringatan dan khabar gembira.
|
|
|
Post by KomOt on Jul 22, 2004 7:10:01 GMT 8
Ada 4 tingkat rezeki dari Allah: 1. Rezeki yang dijamin oleh Allah swt untuk setiap makhluk, termasuk manusia yang berakal. Ertinya Allah akan memberikan makan, minum untuk makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah, seperti kita lihat orang-orang yang tinggal di hutan-hutan, mereka dapat tetap hidup walaupun tanpa ilmu Al Quran, Injil ataupun Taurat. Begitu pula orang-orang yang tinggal di kota-kota, walaupun ia tidak ada ilmu atau malas bekerja, ada sahaja orang yang membantu mereka untuk memberi makan. Apakah Anda ingin seperti itu? Jika mahu Anda pasti akan mendapat bantuan dari orang lain atau famili. Tak usah takut kalau tidak akan makan. Semua rezeki dijamin Allah swt. Pertanyaannya, apakah hidup kita ini hanya untuk makan?
2. Rezeki tingkat kedua adalah Allah akan memberikan rezeki kepada manusia dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Ertinya kalau ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Kalau kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih bersungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Allah Maha Adil. Kalau orang ingin mendapatkan rezeki lebih banyak, ia haruslah belajar lebih banyak dan bersungguh-sungguh bekerja. Itu adalah kuncinya.
3. Rezeki tingkat ketiga adalah rezeki yang "ditambah" oleh Allah swt. Inilah rezeki yang disayangi yang kepada yang diinginkan oleh Allah swt. Kalau kita pandai pandai mensyukuri pemberian Tuhan dan manusia, Allah akan tambahkan. Kita dapat merasakan kasih sayang Allah swt kepada kita, kerana rezeki dan kebahagian selalu ditambahkan. PemberianTuhan : waktu, akal, panca indera digunakan untuk mencari ilmu dan bekerja bersungguh-sungguh, maka rezeki akan jauh lebih baik dari pada orang orang yang tidak ada ilmu, seperti contoh orang-orang hutan Brazil. Bertahun-tahun rezekinya tetap sahaja mencari akar tumbuh-tumbuhan. Atau orang-orang kota yang kurang ilmunya (malas) maka rezekinya lebih sedikit. Atau suatu bangsa yang rajin membaca buku, maka bangsanya lebih makmur daripada bangsa yang malas mencari ilmu. Lihatlah Jepun atau negara-negara Barat yang rajin membaca buku yang bermanfaat dan sudah menjadi budaya pada rakyatnya. Hidup mereka lebih sejahtera. Contoh kedua: orang yang pandai mensyukuri bantuan dari teman-temannya, atau dari siapa sahaja, ia akan mudah mendapat bantuan selanjutnya, tapi kalau ia tidak pandai mensyukuri, atau tidak pandai berterimakasih akan bantuan yang sudah diterimanya (bukan hanya berterimakasih dimulut sahaja) maka ia tidak akan dapat bantuan lagi. Hidupnya akan susah lagi. Bukan Allah yang menghendaki, tetapi ia sendiri yang tidak pandai bersyukur.
Orang-orang yang pandai, bersyukurlah kerana mendapat rezeki dan kebahagian yang lebih banyak. Janji Allah tidak meleset sedikit pun! Orang yang pandai bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usaha-usahanya akan mendapat kejayaan, kerana Allah tambahkan selalu. Kekayaannya digunakannya di jalan Allah, sangat dermawan, pangasih penyayang, taat menjalankan ibadah. Semoga Allah menggolongkan kita kepada golongan orang-orang pandai bersyukur.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." Q.S Luqman : 12
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." QS Luqman : 14
"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini)." QS An-Nisaa' : 79
"Orang-orang yang pandai bersyukur kepada Allah bererti ia pandai pula bersyukur kepada manusia, begitu pula sebaliknya." HR Baihaqi
4. Rezeki ke empat Allah berfirman; "Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga." Q.S
Jadi rezeki yang ke empat ini amat istimewa, tidak semua orang yang boleh menerimanya, kecuali orang yang betul-betul bertaqwa kepada Allah swt.
Tanda orang bertaqwa adalah; Kalau disebutkan ayat-ayat Allah kepadanya maka menggigil hatinya ketakutan. Cuba kaji diri bagaimana ketaqwaan kita kepada Allah? Sudahkan kita ketingkat orang yang bertaqwa seperti diatas?
Semakin diri ini kenal dan takut akan Allah dan mencintai Allah, ertinya makin bertaqwa maka Allah akan bantu. Rezeki Allah akan tambah dari sumber yang tidak diduga. Jadi orang bertaqwa rezekinya banyak dan mudah. Kalau sedikit rezeki (miskin) pertanda ia kurang bertaqwa kepada Allah swt. Demikianlah Allah mengatakan dalam Al Quran. Janji Allah tidak pernah meleset dan selalu tepat.
Demikianlah, semuga ada manfaatnya. Kalau ada yang benar itu datang dari Allah dan kalau ada yang salah datang dari kelemahan kami jua. Mohon dimaafkan dan ditegur.
|
|
|
Post by firdaus803 on Aug 14, 2004 11:27:46 GMT 8
askum..
well....komot! article yg bagus untuk membersih minda dan rohani... harap hati,rohani dan minda komot dah bersih yer..... at least, kalau tak sesuci manapun...kiter dah ada kemajuan utk mencari article² yg terbaik... bukan loyar buruk smata². laawak itu wajar dalam hidup...tapi..kdg² kalau kiter send artilce yg bermutu khas utk minda² student... itu lagi afdhal.....
so....
|
|