|
Post by AnginBayu on Sept 8, 2004 18:28:44 GMT 8
Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya.... Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Sept 8, 2004 19:07:59 GMT 8
elok di pandangan mata makhluk Allah....
|
|
|
Post by AnginBayu on Sept 18, 2004 10:05:58 GMT 8
Wanita Menurut Perspektif Islam
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." An-Nisaa : 124 Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." HR At-Tirmidzi Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud.... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."Al-Bukhary dan Muslim. Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri merek dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka. Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita menurut perspektif Islam adalah : Wanita diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya." Ar Ruum : 21 Wanita sebagai sumber kasih, sayang dan kelembutan. " Dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang."Ar Ruum : 21. Wanita berperanan melahirkan zuriat dan memberi pendidikan. "Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis-jenis kamu sendiri dan menjadikan dari isteri- isteri itu, anak-anak dan cucu-cucu."An Nahl :72
|
|
|
Post by nurkasih on Nov 6, 2004 20:40:17 GMT 8
wanita solehah bukan lagi rebutan hari ini tetapi wanita seksi rebutan menanti..........
waniat beragam bukan lagi pilihan tetapi wanita cantik pilihan utama
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:27:16 GMT 8
wanita solehah bukan lagi rebutan hari ini tetapi wanita seksi rebutan menanti.......... waniat beragam bukan lagi pilihan tetapi wanita cantik pilihan utama dunia semua ni.....
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:30:34 GMT 8
PANTUN UNTUK WANITA.....
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan; Kalau tak ikut gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap; Mini telekung pun orang cakap, Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung, Lebih elok jubah mengurung; Kaki pula mesti bersarung, Di tumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat; Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat; Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat; Orang yang memakai terus dilaknat, Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:31:27 GMT 8
SAMBUNGAN
Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung; Nampak seperti orang yang kudung, Mata terpandang kaki tersandung
Lagilah aneh bila difikir, Baju kebaya tudung berukir; Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah paha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu; Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen; Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak 'make up' biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan; Minyak wangi cuba elakkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi; Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki; Melenggok punggung menggoda hati, Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol; Mahkota disimpan tak jadi bisul, Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat; Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri; Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli; Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan; Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.
|
|