Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 8, 2004 17:47:15 GMT 8
Islam jana penyatuan bukan perpecahan
KEWAJIBAN ibadat puasa dikenakan ke atas semua umat Islam tanpa mengira di mana mereka berada, kedudukan dan pangkat mereka.
Semua yang melaksanakan ibadat puasa bersatu dan mematuhi perintah Allah.
Ajaran Islam yang datang dengan satu akidah dan ibadat membawa agenda penyatuan umat melalui amalan ibadat.
Dalam puasa, umat Islam dididik bukan sekadar bersatu atas ikatan akidah, malah dari segi perasaan kemanusiaan dan mematuhi perintah Allah. Kesatuan yang bukan saja difikirkan, malah dirasakan oleh setiap umat Islam yang melaksanakan ibadat puasa.
Dalam pelaksanaan puasa, umat Islam berkongsi keperitan dan kesusahan yang dirasakan oleh umat Islam yang lain secara praktikal, bukan lagi secara teori.
Semua orang menunaikan tuntutan sama pada masa yang sama di seluruh dunia. Demikian ajaran Islam memupuk dan menyuburkan nilai penyatuan dalam kehidupan.
Pada satu masa kita diwajibkan melaksanakan ibadat dan pembentukan nilai yang murni mengajar kita supaya mementingkan agenda penyatuan dalam kehidupan.
Tanpa mengira pangkat dan kedudukan semua umat Islam adalah sama dalam menunaikan perintah Allah melalui ibadat puasa. Inilah ciri persamaan yang dipupuk oleh ajaran Islam secara praktikal kepada umatnya.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa orang Islam ialah umat yang mementingkan persamaan. Umat Islam mementingkan perpaduan serta penyatuan dalam apa juga kegiatan hidupan.
Umat Islam sepatutnya mampu menjadikan diri sebagai penjana kepada penyatuan bukan pencetus kepada perpecahan.