|
Post by KomOt on May 21, 2004 9:33:23 GMT 8
o.k...nanti aku e-mail kan utk kau... ok..thank kayu my fren..
|
|
|
Post by KomOt on May 21, 2004 9:38:27 GMT 8
Untuk pengetahuan semua, kami ialah sebuah penerbit buku bumiputera yang beroperasi di Bandar Sungai Long, Cheras. Kami menerbitkan buku-buku perpustakaan sekolah rendah dan insyaAllah, pada tahun 2005, buku perpustakaan sekolah menengah pula. Buat masa ini, buku kami diedarkan ke perpustakaan sekolah sahaja, dan meliputi pasaran yang kecil. Walau bagaimanapun, demi menyahut cabaran Perdana Menteri kita agar lebih ramai usahawan melayu tampil ke hadapan untuk menceburi dunia 'retails' - dalam erti kata lain pasaran yang lebih luas, maka kami berusaha ke arah mencapai matlamat itu. Untuk menghasilkan sebuah buku bukanlah sukar, tetapi untuk memastikan buku tersebut berkualiti dan mendapat sambutan di pasaran adalah cukup sukar. Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran sebuah penerbit buku, contohnya: 1. Buku cerita jenis apakah yang ingin dibaca pembaca? 2. Jika tuan dan puan membeli buku cerita untuk anak-anak, adakah buku tebal menjadi pilihan atau buku nipis? Bagaimana pula dengan saiz buku yang popular di kalangan pembeli buku? 3. Adakah ilustrasi berwarna (4 warna dan 2 warna) memainkan peranan ketika pemilihan buku? Ini adalah antara soalan-soalan yang sering menghantui sesebuah penerbit buku. Oleh itu, kami ingin meminta jasa baik tuan dan puan untuk memberikan kami sedikit gambaran tentang apa yang tuan dan puan inginkan dalam pasaran buku cerita. Pendapat dan buah fikiran tuan dan puan amat dihargai dan akan diambilkira dalam pembikinan buku kami yang bakal diterbitkan kelak. Pendapat tuan dan puan bolehlah ditujukan kepada saya dengan menggunakn alamat e-mail ini, iaitu studioperintis@pd.jaring.my atau layari laman web percubaan kami, iaitu www.perintispublications.netfirms.com Terlebih dahulu kami mengucapkan jutaan terima kasih. Perintis Publications A New Breed Of Books www.perintispublications.netfirms.com
|
|
|
Post by StRiDeR on May 21, 2004 15:21:29 GMT 8
|
|
|
Post by KomOt on May 21, 2004 15:53:05 GMT 8
Telamonia Dimidiata(Labah²)
Tiga org perempuan di KL maut setelah dimasukan ke Hospital dlm tempoh 5 hari dengan tanda2 yg sama - demam, kesejukan & muntah2 diikuti dengan kekejangan otot, lumpuh dan seterusnya kematian. Tidak ada tanda2 trauma. Autopsi menampakan toksid dlm darah mereka. Perempuan2 ini tidak mengenali antara satu sama lain & tak pula ada persamaan. Telah didapati yg depa semua mengunjungi restoran yg sama di Jln Kuchai Lama beberapa hari sebelum kematian. Jabatan Kesihatan telah menutup & menyiasat premis tersebut. Makanan, air dan penghawa dingin telah diperiksa dan diuji tetapi tak ada apa kesan. Mujurlah seorang dari pelayan restoran telah dikejarkan ke hospital dengan tanda2 yg sama. Dia bagitau doktor yg dia baru balik bercuti dan pergi ke restoran hanya untuk mengambil cek gajinya. Dia tak makan atau minum apa2 sewaktu di restoran tetapi telah mengunakan tandas restoran tersebut.
Ketika itu pakar toksin telah diberitahu dan terus mengunjungi restoran ini - dia terus ke bilik air dan mengangkat tempat duduk tandas. Sedikit terselindung adalah seekor labah2. Binatang itu ditangkap dan dibawa ke makmal dan telah dikenalpasti sebagai labah2 'Telamnia 2 Jalur' (Telamonia dimidiata), ia mempunyai badan yang merah dan mengeluarkan bisa yang paling toksik. Ianya hidup di tempat yang lembab dan gelap dan keliling tandas dan bekas air amat sesuai baginya. !
Selang beberapa hari seorang peguam dari JB pula dimasu kan ke hospital dengan tanda2 yg serupa. Sebelum kematiannya dia sempat memberitahu doktor yg dia baru kembali dari luar negara atas urusan perniagaan. Dia kembali dari Indonesia, menukar penerbangan di Singapura sebelum pulang ke JB. Dia tak langsung melewati restoran yg dikenalpasti tetapi mempunyai lubang sengatan di bahagian punggung - yg serupa dgn mangsa2 yg terdahulu. Penyiasatan rapi menunjukan yg penerbangan asal sebelum berlepas dari Indonesia datangnya dari India. Lembaga Aeronotik Awam mengarahkan penyiasatan menyeluruh terhadap semua penerbangan yg berlepas dari India dan telah menghasilkan keputusan bahawa labah2 'Telamonia 2 Jalur' (Telamonia dimidiata) telah membuat sarang di 4 kapal terbang berasingan!!! Sekarang dipercayai, labah2 tersebut berada di merata cerok negara kita...jadi apabila ke ta! ndas - angkat tempat duduknya... dan periksa dulu..ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa kita...
khabarkan kepada rakan, taulan dan keluarga...sayangilah diri anda..... beringat sebelum terkena...
|
|
|
Post by KomOt on May 26, 2004 6:54:25 GMT 8
18 DALIL AMERIKA DALANG DI SEBALIK PENYEMBELIHAN NICHOLAS BERG
Minggu lalu, dunia digemparkan dengan pendedahan rakaman video adegan penyembelihan seorang rakyat Amerika oleh sekumpulan lelaki bertopeng. Amerika mendakwa bahawa mangsa itu dikenali sebagai Nicholas Berg, kumpulan lelaki tersebut didakwa sebagai pejuang Al – Qaeda, dan lokasi rakaman penyembelihan dikatakan terletak di sebuah kawasan yang tidak dikenali di Iraq. Pihak CIA Amerika ( Central Intelligence Agent ) mendakwa lelaki bertopeng dalam rakaman tersebut yang berperanan menyembelih Nick ialah Abu Mus'ab Zarqawi, salah seorang pemimpin Al – Qaeda.
Rakaman video yang memakan masa 5 minit 37 saat itu dimulakan dengan ucapan ringkas Nicholas Berg yang memperkenalkan diri dan keluarganya yang hanya memakan masa 15 saat. Kemudian disusuli dengan ucapan berteks dari lelaki bertopeng yang juga penyembelih mangsa yang memakan masa 4 minit 10 saat. Kemudian proses penyembelihan yang memakan masa 1 minit 7 saat. Rakaman diakhiri dengan penyembelih memegang dan menjulang kepala mangsa.
Jika ditonton sepintas lalu, kita mungkin akan menyimpulkan bahawa ini tindakan agresif, radikal lagi ganas pejuang Al – Qaeda ke atas seorang tawanan Amerika yang tidak berdosa. Namun atas fakta apakah kita berkata demikian? Apa hujjah – hujjah konkrit yang mampu membantu kekukuhan dakwaan kita tersebut? Atau kita sekadar terikut rentak simfoni fitnah yang dimainkan oleh Amerika dan media munafiq?
18 Dalil : Amerika Mendalangi Penyembelihan Nicholas Berg akan mengupas dan menjawab segala persoalan, keraguan, kesangsian dan kekeliruan yang wujud serta berlegar – legar di kepala setiap insan di muka bumi ini yang tertanya – tanya, `benarkah ini perbuatan sekumpulan pejuang Islam bergelar Al – Qaeda?'
KESANGSIAN PADA DIRI MANGSA, NICHOLAS BERG
1. Perhatikan kerusi yang diduduki oleh Nick pada awal rakaman video itu iaitu ketika dia membuat ucapan ringkas. Kerusi tersebut adalah kerusi tentera yang serupa dilihat dalam gambar foto berwarna yang ditangkap di Penjara Abu Gharib. Dalam dunia ni ada beribu – ribu jenis kerusi wujud, mustahil pula secara kebetulan pejuang Al – Qaeda menggunakan kerusi dari jenis dan warna yang sama dengan kerusi tentera AS.
2. Dalam video tersebut, Nick memakai `jumpsuit' penjara berwarna oren. Kita semua maklum bahawa hanya tahanan AS sahaja yang memakai pakaian jenis dan warna ini. Pakaian pesalah jumpsuit berwarna oren itu adalah pakaian yang diberi tentera AS kepada tahanan di bawah jagaannya. Pakaian yang serupa dipakaikan kepada tahanan AS yang terdiri daripada pejuang Al – Qaeda dan mujahid Taliban di penjara Kem X-Ray di Teluk Guntanamao, Cuba. Amat sukar untuk mempercayai bahawa Al – Qaeda akan menyediakan jumpsuit tersebut kepada tawanan mereka. Adalah tidak mungkin Nick akan terus memakai uniform tahanan AS sekiranya ia dibebaskan oleh tentera AS sebagaimana yang telah didakwa.
3. Jika kita tonton rakaman ini dari mula hinggalah kepada babak Nick disembelih, Nick langsung tidak menunjukkan rasa takut pada wajah dan perilakunya. Ketika awal ucapan ringkas Nick, dia kelihatan duduk di atas kerusi sambil bercakap dengan tenang dan tidak menunjukkan reaksi dia dipaksa bercakap dsb. Hatta ketika ucapan berteks selama 4 minit 10 saat oleh si penyembelih, Nick hanya duduk terdiam sambil tangan dan kaki terikat. Dia langsung tidak meronta – ronta atau paling kurang cuba `menggagalkan rakaman' tersebut dengan bertindak liar seperti menjerit, berguling – guling atau cuba melepaskan diri.. padahal dia tau yang dia akan mati beberapa minit lagi! Pelik kan?
Selepas selesai ucapan berteks, Nick ditolak oleh penyembelih, rambutnya ditarik dan pisau tersebut terus mencecah lehernya. Hatta ketika disembelih, dia langsung tidak meronta dan tidak menjerit, sedangkan seekor ayam yang disembelih pun meronta – ronta dan berlari – lari apabila dilepaskan.
4. Sebagaimana yang telah disahkan oleh beberapa doktor pakar bedah, penyembelihan tersebut adalah satu pembohongan. Secara saintifiknya, kepala manusia mengandungi 1.5 gelen darah. Pemisahan kepala dari badan akan menyebabkan limpahan darah yang memancut ke sana sini. Arteri tengkok akan memancutkan darah sepanjang 1 kaki. Tetapi apa yang berlaku ialah darah Nick kelihatan hanya mengalir di bawah lehernya tanpa berlaku percikan atau pancutan darah. Ketika penyembelih itu mengangkat dan menjulang kepala Nick, tidak kelihatan langsung darah yang sewajarnya mengalir dari lehernya!
Secara peribadi, saya pernah melihat video penyembelihan seorang tawanan ketika perang Dunia ke II. Sebaik sahaja pisau memenggal leher tawanan tersebut, darah memancut – mancut dari tengkoknya. Saya juga pernah melihat video penyembelihan seorang pelancong oleh seorang Cannibal. Dalam keadaan pelancong itu duduk di atas tanah, parang dilibaskan ke tengkoknya. Darah memancut ke atas setinggi 2 kaki!
Berdasarkan tiada darah yang memancut, kemungkinan Nick sudah pun mati sebelum kepalanya disembelih. Jika benar, ini menunjukkan si penyembelih tidak berani untuk menyembelih hidup – hidup seseorang yang masih bernyawa lantas memilih `soft method' bagi menyempurnakan tugasannya ( mungkin Nick disuntik dengan `lethal injection' terlebih dahulu, kemudian baru dipotong kepalanya. Kita perlu menyedari bahawa CIA dan FBI mempunyai pelbagai bahan kimia pembunuh untuk mencapai hasrat mereka ).
|
|
|
Post by KomOt on May 26, 2004 6:54:55 GMT 8
5. Lebih menarik lagi, kesan penyembelihan itu begitu kemas dan rapi. Mustahil ini berlaku kerana penyembelihan tersebut kelihatan dilakukan secara kasar dan dengan kelajuan yang pantas menggunakan sebilah pisau. Kepala yang diangkat itu menunjukkan Nick telah disembelih dengan kemas oleh sejenis alat memancung pesalah yang digunakan di Perancis satu masa dahulu yang dikenali sebagai `Guillotine'.
KESANGSIAN PADA DIRI LELAKI – LELAKI BERTOPENG
6. Berdasarkan warna kulit pada pergelangan tangan kelima – lima lelaki bertopeng ini, kita akan pasti yang mereka ni bukan pejuang Al – Qaeda. Kita menyedari bahawa pejuang – pejuang Al – Qaeda terdiri daripada rakyat Arab, Afghanistan, Iraq, Syria dan Negara Timur Tengah yang lain. Mereka ini bukan sahaja memang memiliki warna kulit yang agak gelap sejak lahir, malah setiap hari mereka menjalani latihan ketenteraan dan berkawad di tengah padang pasir ( rujukan rakaman video latihan ketenteraan Al – Qaeda ). Mana mungkin mereka memiliki kulit secerah itu seperti yang tergambar dalam rakaman video tersebut?
Malah jika kita perhatikan dalam video tersebut, lelaki bersenjata paling kanan sekali yang melilitkan mukanya dengan serban hitam putih. Lilitannya agak longgar hingga menampakkan 30% wajahnya. Kelihatan kulit mukanya amat putih, secerah pergelangan tangannya yang memegang senjata. Kelima – lima lelaki bertopeng ini memiliki warna kulit pergelangan tangan yang cerah dan menyerupai kulit tentera AS sendiri.
7. Si penyembelih itu membaca teks dengan merujuk kepada 2 helai teks bertulis yang dipegangnya. Kita fikirkan secara logik... jika 2 helai teks ucapan itu mempunyai 4 halaman bertulis yang perlu dibaca, pastilah penyembelih itu hanya perlu menyelak sebanyak 1 kali untuk membaca halaman berikutnya. Dalam video tersebut, pada minit ke 2 saat ke 41, teks itu diselak & diputar sebanyak lebih dari 4 kali hanya untuk mencari teks berikutnya yang perlu dibaca, seolah – olah susunan teksnya bercampur baur dan tidak tersusun.
Jika benar rakaman ini milik Al – Qaeda, kita akan terfikir.. logikkah sebuah gerakan Jihad yang memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan persenjataan serta telah melaksanakan berpuluh – puluh operasi pengeboman secara licik, efektif dan bersistematik tanpa boleh dikesan oleh risikan CIA, FBI dan pasukan intelligent dunia, tidak mampu menyediakan teks ucapan yang tersusun dan teratur sehingga memaksa si pembaca menyelak dan memutar teks ucapan tersebut berulang kali?
8. Pakar senjata menyatakan bahawa senjata yang dipegang oleh beberapa orang lelaki bertopeng itu bukanlah AK – 47 tetapi sebenarnya adalah `Gilal'. Saya merujuk koleksi majalah yang berkaitan dengan teknologi persenjataan ketenteraan seluruh dunia. Saya mendapati Gilal adalah senjata yang dicipta oleh pakar senjata Israel berdasarkan senjata terkenal AK – 47 buatan Russia. Gilal merupakan klon kepada AK – 47.
Orang awam seperti kita amat sukar untuk membezakan antara AK – 47 dengan Gilal. Al – Qaeda mahupun pejuang Iraq seperti Fedayeen, Syiah dsb rata – rata menggunakan AK – 47, hatta jarang sekali menggunakan M – 16 apatah lagi Gilal yang amat sukar diperolehi dan bilangan pengeluaran amat kecil serta penggunaannya hanya terhad kepada tentera Israel dan segelintir unit – unit kecil dalam battalion tentera AS.
9. Menurut laporan tentera AS, lelaki bertopeng yang menyembelih Nick ialah Abu Mus'ab Zarqawi, iaitu seorang rakyat Jordan. Pakar Bahasa Arab berkata bahawa lelaki bertopeng dalam video itu tidak pun bercakap dalam dialek ( loghat ) Jordan. Ada pihak berpendapat bahawa yang lelaki bertopeng yang membaca teks bertulis itu mungkin bukan penutur asal dalam bahasa Arab.
|
|
|
Post by KomOt on May 26, 2004 6:55:22 GMT 8
10. Perhatikan rakaman video tersebut dengan teliti… penyembelih yang dikatakan sebagai Abu Mus'ab Zarqawi itu memakai cincin emas. Mustahil seorang pemimpin gerakan Jihad yang berpegang teguh kepada Islam melakukan perbuatan yang diharamkan oleh Allah?
11. Pada minit ke 4 saat ke 27 rakaman video tersebut, kedengaran suara seorang lelaki ( tiada dalam visual rakaman kerana berada di belakang kamera ) melaungkan kalimah "Allahuakbar" dan disusuli oleh laungan 2 lelaki lain dari posisi yang sama. Turut kedengaran suara seorang perempuan juga melaungkan kalimah yang sama. Pada ketika itu si penyembelih yang sedang membaca teks tersebut terdiam dan menghentikan ucapannya. Dia kelihatan terpaku dan terpinga – pinga. Sekejap dia toleh ke arah rakannya yang melaungkan takbir di belakang kamera tadi, sekejap dia renung teksnya kembali.
Situasi `tidak tau nak buat apa' itu berlaku selama 7 saat. Mungkin lelaki ini terkejut kerana rakannya tidak mengikut kronologi lakonan yang mereka telah rancang? Pada minit ke 4 saat ke 34, dalam keadaan terpinga – pinga itulah lelaki ini mengeluarkan pisau panjang dari `vest'nya dan menolak Nick lalu terus menyembelih tanpa menghabiskan bacaan teks yang terbantut tadi.
12. Ketika proses penyembelihan berlaku, laungan takbir dan jeritan ( bukan jeritan Nick ) kedengaran tanpa henti. Jeritan yang kedengaran telah ditafsirkan sebagai jeritan orang perempuan oleh ramai pemerhati. Beberapa pakar teknologi rakaman pita video memperkatakan bahawa jeritan itu telah disadur masuk secara amatur ke dalam rakaman tersebut.
13. Anda perhatikan dengan teliti… lelaki bertopeng hitam yang membaca teks ucapan itulah yang bertanggungjawab menolak Nick, menarik rambutnya dan akhirnya menyembelih leher mangsa dengan pisau. Tiba – tiba selepas leher Nick putus dan benar – benar terpisah dari tengkuknya, didapati lelaki bertopeng putih pula yang memegang pisau di tangan kanannya dan mengangkat kepala Nick di tangan kirinya. Eh, bila masa pula si penyembelih bertukar orang? Seolah – olah penyuntingan berlaku pada rakaman tersebut!
KESANGSIAN PERISTIWA PENYEMBELIHAN INI SECARA GLOBAL
14. CIA mendakwa pihaknya telah melakukan kajian ke atas pita video berkenaan dan mengatakan bahawa lelaki bertopeng yang membaca teks ucapan dan yang menyembelih Nick itu adalah Abu Mus'ab Zarqawi, salah seorang pemimpin tertinggi Al – Qaeda. Walau bagaimanapun, bagi anda atau sesiapa pun yang pernah melihat rakaman video berkenaan pasti mendapati amat sukar untuk mengenali bahawa benarkah lelaki bertopeng tersebut ialah Zarqawi? Malah amat mustahil juga bagi sesiapa jua untuk mengenali 4 lelaki lain yang berlilitkan serban di muka masing – masing.
15. Menurut laporan tentera AS dalam bulan April 2003, Zarqawi telah terbunuh dalam satu serangan helikopter AS di Fallujah, Iraq. Tetapi selepas pendedahan video penyembelihan ini, mereka mengatakan Zarqawi bertanggungjawab menyembelih Nick… eh, Zarqawi hidup balik ke?
16. Media AS pernah mendakwa bahawa Zarqawi telah kehilangan sebelah kakinya dalam tahun 2001. Jika benar Zarqawi telah kehilangan sebelah kakinya dan telah dipulihkan dengan kaki palsu yang semestinya tidak mungkin menyamai kaki asal serta tidak sempurna fungsinya, pasti dia akan kelihatan terjengkot – jengkot atau tangannya berpaut pada rakan di sebelahnya dalam rakaman tersebut. Tetapi ini tidak berlaku, malah kedua – dua tangan lelaki bertopeng yang didakwa sebagai Zarqawi itu memegang erat teks ucapannya, dan dia kelihatan begitu `sihat' tanpa masalah ketika berdiri sambil sekali sekala menggoyangkan badannya.
|
|
|
Post by KomOt on May 26, 2004 6:55:45 GMT 8
17. Media AS berkata bahawa Nick telah dibunuh kerana Al – Qaeda ingin membalas dendam di atas perbuatan tentera AS yang menyeksa dan mengaibkan rakyat Iraq di penjara Abu Gharib. Kita sedia maklum bahawa penyeksaan dan penderaan ke atas rakyat Iraq di penjara Abu Gharib telah berlarutan selama lebih dari 1 tahun. Jika Al – Qaeda mahu membalas dendam di atas penderaan tersebut, mereka pasti telah melakukannya sejak dari dahulu lagi. Tetapi mengapa setelah Mirror Daily mendedahkan penderaan ini dan mendapat liputan meluas dari media seluruh dunia, Al – Qaeda baru hendak bertindak? Logikkah Al – Qaeda perlu menunggu laporan dari media terlebih dahulu baru mereka boleh bertindak?
18. Pihak tentera AS telah menyatakan yang Nick tidak pernah ditahan oleh tentera AS dan mendakwa bahawa Nick ditahan oleh polis Iraq. Pihak polis Iraq pula berkeras menafikan yang Nick pernah ditahan di bawah mereka. Pada 1 April 2004, sebuah e – mail dari Beth A. Payne, seorang Pegawai Perunding AS di Iraq yang dihantar kepada keluarga Nick. E – mail itu menyatakan yang beliau telah berjaya menjejaki Nick yang ketika itu berada dalam tahanan tentera AS. Tetapi hari ini, Nick didapati hilang dari tahanan AS. Visual rakaman yang memperlihatkan dia berpakaian `jumpsuit' berwarna oren menguatkan lagi dakwaan bahawa sememangnya Nick berada dalam tahanan tentera AS sebelum dia dibunuh, bukan dalam tahanan polis Iraq.
KEMUNGKINAN BESAR
1. Nicholas Berg ditahan oleh tentera AS dan dipakaikan pakaian tahanan `jumpsuit' oren. Dia diarahkan memperkenalkan diri di hadapan kamera ( ini prosedur biasa bagi setiap tahanan AS, seperti yang anda dapat lihat di awal video penyembelihan ini ).
2. Ketika rakaman adegan pembacaan teks oleh lelaki bertopeng, Nick kelihatan duduk dengan tenang sambil tangan dan kaki terikat. Kemungkinan, pengarah video menerangkan kepada Nick bahawa lakonan ini hanya untuk rakaman, tidak lebih dari itu dan Nick hanya perlu duduk diam. Nick juga tidak dimaklumkan bahawa dia bakal dibunuh ( sebab itu dia hanya duduk diam seperti yang diarahkan ).
3. Selepas membaca teks, lelaki bertopeng hitam itu menolak Nick dan jika kita perhatikan dengan teliti, sebaik sahaja pisau itu mencecah leher Nick, sudut posisi kamera telah berubah. Pada pandangan saya, sebaik sahaja pisau itu mencecah leher Nick, rakaman itu telah dihentikan. Kemudian Nick dibunuh dengan cara lembut yang tidak menjejaskan tubuh badannya samada melalui racun atau suntikan.
4. Beberapa jam setelah Nick mati, rakaman tersebut disambung semula. Untuk rakaman kedua ini, posisi kamera telah berubah dan tidak lagi berada di posisi babak terakhir dalam rakaman pertama. Dalam rakaman kedua ini, leher Nick disembelih dengan pisau tanpa reaksi rontaan dari tubuhnya ( ini membuktikan Nick telah pun mati sebelum disembelih lagi ).
5. Sebaik sahaja kepala Nick terpisah dari tubuhnya, hanya sedikit darah yang mengalir membasahi lantai. Tidak wujud pancutan darah dari tengkoknya ( membuktikan Nick telah mati sebelum disembelih lagi ).
6. Akhir sekali, kepala Nick diangkat dan dijulang oleh lelaki bertopeng putih. Dan seperti yang disaksikan dalam rakaman video tersebut, tiada setitik darah pun menitik dari leher kepala Nick ( membuktikan Nick telah pun mati sebelum disembelih lagi ).
Bagi AS, apalah sangat harga nyawa seorang rakyatnya jika dibandingkan dengan kepuasan serakah mereka untuk menfitnah Al – Qaeda dan Islam. Tolong sebarkan kepada umum. Ini jihad kita untuk memulihkan kembali imej Islam. Biar umum tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Allahuakbar !!!
|
|
|
Post by enigma on May 27, 2004 7:17:24 GMT 8
10 perkara sia-sia.
Sufyan at-Tsauri, seorang ulama hadis yg terkemuka menyatakan bahawa ada 10 hal yg termasuk dlm kategori sia-sia:
1) lelaki atau wanita yg berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin. 2) Orang yg kerap membaca Al-Quran, tetapi tidak membaca tertib sampai seratus ayat tiap-tipa hari 3) Lelaki yg masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid itu tanpa megerjakan solat tahiyatul masjid. 4) Orang-orang yg melewati tanha perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka. 5) Lelaki yg masuk pada ahri Jumaat ke suatu kota. Kemudeian ia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah. 6) Lelaki atau wanitayang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulma tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengatahuna. 7) Dua orang lelaki yg bersahabt, tetapi mereka tidak saling bartanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya. 8) Lelaki yg mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayan tetamunya itu. 9) Orang muda yg membiarkan zaman yg berharga tu utk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti. 10) Orang yg tidak menyedari tetangganya yg sedang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 27, 2004 9:48:36 GMT 8
Bukti Baru Talian Kuasa Elektrik Menyebabkan Kanser
Bukti baru betapa talian elektrik kuasa tinggi menyebabkan kanser dengan menjadikan butiran pencemaran melekat ke paru-paru manusia telah didedahkan oleh pasukan kajian dari Universiti Bristol.
Kajian pasukan itu menunjukkan yang butiran asap kereta mendapat charge elektrik dari talian kuasa elektrik yang menjadikan mereka ‘melekit’- menyebabkan orang yang tinggal berhampiran talian itu terdedah kepada 2 atau 3 kali dos harian bahan cemar yang berpotensi merosakkan peparu mereka.
David Henshaw dari Universiti Bristol berkata penemuan itu ialah ‘hubungkait yang hilang’ yang menunjukkan bagaimana talian kuasa boleh menyebabkan kejadian kanser secara berkelompok- sesuatu yang industri elektrik sejagat telah belanjakan jutaan Pound mengkaji tanpa mendapat jawapan yang tepat.
Kaji selidik beliau telah disokong oleh Dr Alan Preece di Sekolah Perubatan Bristol di mana kajian di Barat negara itu telah menunjukkan betapa penduduk yang tinggal 500 meter di bawah tiupan angin talian kuasa mempunyai 29 peratus peluang mengidap penyakit kanser paru-paru. Penemuan ini mengesahkan bagaimana kawasan habuk yang ‘melekit’ dari ekzos kereta dibawa arah angin dari talian kuasa itu.
Kedua lelaki terpelajar itu percaya yang pembinaan rumah baru berhampiran talian kuasa atau membenarkan pembinaan talian kuasa elektrik baru berhampiran rumah wajar dihentikan sehinggalah kajian mereka disiasat. Larangan sebegitu telah pun wujud di AS dan Sweden. (bagaimana dengan di Malaysia??- Penterjemah) Saintis itu telah pun mendapat sokongan dari William Hague, ketua parti Tory. Northallerton, dalam kawasan Parlimennya telah mengidap kanser yang tidak dapat diterangkan dan tinggal berhampiran talian kuasa.
Kajian bagi mencari hubungan antara talian kuasa dan kanser telah berjalan selama 20 tahun, tetapi saintis telah mengkaji penyebab yang lain- kesan medan elektromagnet yang dihasilkan oleh talian itu.
Apa yang pasukan Prof Henshaw temui bukanlah kesan langsung ke atas badan tetapi kesan mekanikal tidak langsung yang menyebabkan pengumpulan bahan cemar dalam paru-paru.
Pengukuran yang diambil di UK dan Eropah menunjukkan semua talian kuasa dikelilingi oleh korona ion yang bercaj. Semakin lama dan kasar talian itu, semakin besar korona tersebut. Ion dari korona itu dibawa aliran angin mengikut angin, melekatkan diri mereka kepada 15,000 butiran debu bagi setiap satu meter kubik pencemaran yang terapung di udara. .
Ion itu menyebabkan debu memperolehi caj elektrik dan menyebabkan mereka melekit ke permukaan. Apabila mereka masuk ke kapilari darah dalam paru-paru ianya tertarik ke permuakaan dan melekat.
Prof Henshaw berkata: “ini tidak akan berlaku sekiranya talian itu dibumikan (ditanam). Kita memiliki teknologi itu cuma harganya begitu tinggi.”
Dr Preece seorang Epidemiologis di jabatan onkologi (barah) Bristol akan memberitahu dalam rancangan Radio 4 hari ini yang ia melihat kejadian kanser di seluruh Barat Daya England bagi menghakimi risiko relatif bagi mereka yang tinggal dalam jarak 400 meter dari talian kuasa.
“Kami menjumpai berlebihan angka mereka yang mengidap barah paru-paru dalam kumpulan itu yang tinggal sekitar 400 meter dari rtalian kuasa ketika diagnosis dibuat.” Beliau berkata elemen yang paling mengejutkan ialah kanser itu hanya berlaku di kawasan bawah angin dari talian (downwind).
Dr Preece enggan membincangkan penemuannya itu secara mendalam sehingga ianya diteliti oleh saintis lain tetapi laporan yang dibuat kepada ‘Bioelectromagnetics Society’ di Munich awal tahun ini berkata angka itu 29 %- dan ianya telah pun mengambil-kira kesan merokok.
Hague berkata dalam konstituensinya ia mempunyai lapan kes leukemia kanak-kanak, kanser hati dan lain penyakit berhampiran talian kuasa. Selepas berjumpa Prof Henshaw, beliau berkata: “berkaitan dengan pembinaan talian baru, Grid Nasional wajar menyelidik bukti baru sebelum meneruskan juga projek itu."
Dr John Swanson, penasihat Saintifik kepada Grid Nasional dan penasihat tentang elektrik dan medan magnetik kepada Persatuan Elektrisiti berkata ia menerima bukti yang dibawa Prof Henshaw yang menunjukkan talian kuasa memberi kesan ke atas debu yang dibawa angin. “Saya tidak percaya yang ia telah menunjukkan bahan itu mempunyai kesan ke atas kesihatan.”
“Kita tidak pernah mengatakan secara kategorinya yang talian kuasa selamat, itu bukanlah suatu yang jujur. Apa yang kita katakan ialah apabila anda melihat kajian secara menyeluruh anda akan membuat konklusi yang keseimbangan bukti yang talian kuasa tidak mempunyai kesan ke atas kesihatan.” Tamat
Terjemahan E-SPAR (suntingan M@RHAEN)
|
|
|
Post by KomOt on May 28, 2004 9:09:21 GMT 8
KISAH BENAR-NASI BERIANI-RESTORAN INSAF, JLN TUANKU ABDUL RAHMAN Assallamualaikum...last week kawan saye gi makan kat RESTORAN INSAF kat Jln TAR .. Lepas makan tu, dia nak gi basuh tangan kat belakang kedai, lepas selesai membasuh & menyabun tangan yang bau kari tu....dia gi kat tempat lauk untuk tapau sebungkus nasi beriani lagi untuk member. Nak jadikan citer......kawan saya ni............. ternampak BEKAS NASI BERIANI YANG DIGUNAKAN DISALUTI DENGAN SPENDER LELAKI CAP BUAYA BERWARNA PUTIH..TANG GETAH SPENDER DIIKAT NGAN GETAH...apa lagi........dia terus mintak cancel dan bayar nasik yang telah ditelan tadi........sampai kat opis.... dia terus muntahkan nasik tadi dan sebarkan kat kengkawan lain yang tak pergi...... Satu lagi sesiapa yang suka makan makanan mamak, AWASLAH! BUKAN SEMUA MAMAK TU ISLAM!! Jangan asal nampak macam mamak jer terus pergi makan. Contoh paling jelas, sesiapa yang selalu ke Wisma Central, ada satu stall bawah accelator/tangga,dekat2 dengan kedai2 handphone tu...Tengok satu stall namanya "BK CORNER" (mungkin Bala Krisnen Corner!!). Kalau terlalu lapar dan tengok sekali imbas nampak OK! Yang kerja kat situ ada dua orang pompuan Indon! TAPI CUBA TELITI SIKIT...! Tengok pada dua orang India/Mamak tu... tengok kat tangannya ada ikat benang kuning??!! Dan kalau datang awal2 pagi 7.00-7.30, mereka akan pakai 'calit sarjan' kat dahi... MAMAK KE TU?? Lagi satu sesiapa yang selalu ke pasar Pudu, ada satu stall kat belakang stesen minyak ESSO Kat situ ramai kita tengok orang Melayu singgah makan roti canai! Buta ke mereka?? Cuba perati sah-sah pompuan India tu pakai benang merah kat lengan dan kekadang dia laki-bini pakai 'calit-sarjan kat dahi'!! Kenapa tak mau susah sikit, cross jln kenapa makan makanan yang was-was macam tu??? Wallahuaklam.. BANYAK lagi kisah yg saya telah dengar dari kekawan contohnya Restoran (mamak) SHAH JAHAN MAJU di Setia Wangsa. Kawan kpd kawan saya telah terjumpa benda yg berketul di dalam kuah roti canai. Pada mulanya dia sangkakan ianya biji asam jawa tetapi setelah diamati betul2 rupa-rupanya adalah najis yg beku(mungkin kepala taik krn ianya keras sedikit). Tuan restoran tersebut mahu menutup mulut kawan saya dgn memberi RM2000.00. Mungkin pekerja restoran tak tahu dan telah mencedok di peringkat paling bawah dlm periuk kuah dal atau kari. Sekarang restoran ini tak berapa maju jika dibandingkan dgn sebelumnya. Hanya org yg tak tahu sahaja yg terus makan di restoran tersebut. Ini semua adalah manderam ataupun sihir dgn tujuan utk melariskan makanan mereka walaupun pada hakikatnya tidak sesedap jika dibandingkan dgn tempat lain. Makanan yg bersih jika dicampurkan dgn bahan kotor akan menjadi kotor secara automatik. Di lebuh Ampang KL, ada sebuah restoran mamak yg baru dibuka iaitu RESTOTAN MAJU CURRY HOUSE IAITU RANGKAIAN SHAH MAJU. Kemana perginya nama Jahan itu? Sama juga spt yg berlaku di kedai NASI LEMAK ANTARABANGSA yg terletak di kg Baru, KL. Satu hari seorg lelaki yg alim telah dipelawa oleh kawannya utk belanja makan di kedai tersebut. Tiba2 beliau ternampak seekor toyol sedang kencing di dlm periuk nasi lemak. Dia pun menyuruh kawannya cancel order dan menceritakan kenapa sebabya dia tak nak makan di kedai itu. Mungkin tuan punya kedai telah meminta pelaris dari tok bomoh tanpa mengetahui tentang toyol tersebut krn bomoh sememangnya takkan beritahu. Tambahan pula tuan kedai tidak boleh melihat toyol dgn mata kasar.... Wallahualam.... p/s : Mencari rezeki biarlah yang halal, untung & pahala kenalah selari baru berkat hidup kita, Insyaallah.
|
|
|
Post by KomOt on May 28, 2004 9:32:28 GMT 8
Wallahua'lam... Berita terkini dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka. MERM (MARS Exploration Rover Mission)-24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occurs soon and we are aware of it. Menurut Hadith Nabi saw. Rasullullah saw bersabda : " Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya...matahari terbit disebelah barat.Pada masa ini, taubat sudah tiada " hadith Muslim. Menurut Syariah Muhammadiah. "Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada disebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit disebelah timur dan seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya." Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur kebarat.berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat. Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah saw pernah berkata : "Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat)sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka mereka itu". hadith Al-bukhari,Muslim.
Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet didunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit disebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. tapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima. Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan.Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita.
|
|
|
Post by StRiDeR on May 28, 2004 16:16:14 GMT 8
Wallahua'lam... Berita terkini dari NASA tentang Planet MARS yang kini dalam ujian dan kajian mereka. MERM (MARS Exploration Rover Mission)-24th March 2004 The science of astronomy states that the speed of planet MARS has been decreasing in its course orbit toward the eastern direction in the few past weeks to the level we notice the "waver" between the east and the west, and on wednesday the 30th July 2004, expected the planet movement will stop going towards the eastern direction. Then in the months of August and September 2004, MARS will changed its course in the opposite direction to the west - and that until the end of September 2004. which means the sun will rise now from the west on MARS! This Weird phenomenon of the opposite movement called "Retrograde Motion". Most astronomy scientist states that all the planets in the universe will go through the same once at least and our planet EARTH is one of them. Planet Earth will move in the opposite direction someday and the sun will rise from the West!!! This might occurs soon and we are aware of it. Menurut Hadith Nabi saw. Rasullullah saw bersabda : " Salah satu tanda akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya...matahari terbit disebelah barat.Pada masa ini, taubat sudah tiada " hadith Muslim. Menurut Syariah Muhammadiah. "Terbitnya matahari disebelah Barat hanya akan berlaku sekali pada masa dan ketika itu, matahari terus berada disebelah barat. Dan seterusnya, matahari akan kembali terbit disebelah timur dan seterusnya pada hari hari yang berikut sehingga Allah menghendaki dan menetapkannya." Inilah apa yang akan berlaku pada planet MARS. Bergerak dari timur kebarat.berhenti. bergerak ke barat dalam masa yang pendek. dan kemudian bergerak semula ke arah timur ke barat. Abu Hurairah r.a berkata, Rasullullah saw pernah berkata : "Tidak berlaku dan tiba nya kemusnahan dunia (Kiamat)sehingga terbitnya matahari dari barat. Apabila tiba masanya ini, semua makhluk di dunia akan segera tersedar dan percaya akan kekuasaaan Allah. Tetapi pada masa ini, semuanya sia sia belaka. Tiada satu pun pintu taubat dibuka. Sesungguhnya pada masa dan tatkala ini, rugilah bagi mereka mereka itu". hadith Al-bukhari,Muslim. Matlamat utama, ingin saya menyeru pada rakan semua. Setiap planet didunia akan mengalami fenomena yang sama. Tahun ini, planet Marikh akan berlaku matahari terbit disebelah barat. Kita tak tahu, mungkin planet planet lain sudah pun mengalami fenomena ini, dan mungkin hanya bumi sahaja yang belum, kita tak tahu, hanya Allah yang tahu. Secara kebetulan, Allah Maha Pengasih dan Penyayang, Dia sudah pun memberi tanda awal, walaupun melalui hambanya yang bukan Islam. tapi bagi kita yang sudah beriman ini, sedarlah selagi ianya tidak terlambat. Kerana sekiranya berlaku, taubat sudah tidak diterima. Dunia ini hanya sementara. Bertaubatlah dari segala dosa yang kita lakukan.Berzikirlah, walaupun hanya pada sisa sisa masa yang terluang kerana zikir itu juga penghapus dosa kita. aku baru jer tau citer pasal nie mlm semalam....
|
|
|
Post by KomOt on May 31, 2004 3:46:52 GMT 8
ko tgk kt tv ke,ko dapat email??
|
|
|
Post by enigma on Jun 2, 2004 10:50:15 GMT 8
-----> Pesanan Penting > Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah > kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. > Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, > namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan > kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" > yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan > kemudian "mencuci" mereka. > > Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk "mencuci"haiwan > besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah > "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan > Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat > apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam > tersebut. > Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci"agar simangsa > tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan diperogol tidak > bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. > Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa. > Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang > mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh > memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau > mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa > di kampus-kampus. > > Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman > wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan > minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.
|
|