|
Post by atokENSEM on Dec 26, 2003 3:15:04 GMT 8
hihihi ;D lucunye tgk pict monyet tu!!macam manusia kan? rase atok..monyet ni di clonekn dgn manusia kot..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 27, 2003 2:40:07 GMT 8
Bohsia ! Bohsia ! : Masih Tak Terkawal
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Gejala bohsia terus menghantui kalangan remaja di negara ini yang mahu mencari keseronokan dalam hidup mereka. Gejala tidak bermoral itu jelas membimbangkan masyarakat kerana pergaulan bebas sesama mereka memudahkan berlakunya seks rambang atau kenduri seks dalam usia mentah tanpa memikirkan kesan dihadapi.
Apa yang menyedihkan, kebanyakan bohsia masih terikat dengan persekolahan. Mereka tidak pernah berasa bersalah pada ibu bapa, apatah lagi pada diri sendiri, kerana gemar berpeleseran pada waktu malam, terutama hujung minggu.
Bagaimanapun, ada juga antara mereka yang terjebak dalam kancah bohsia kerana institusi keluarga yang rapuh.
Perhatian yang diabaikan keluarga, mengakibatkan bohsia mencari hiburan bagi meredakan tekanan di luar rumah.
Gejala bohsia barangkali dilihat cuma masalah sosial golongan tertentu berbanding najis dadah.
Namun, hakikatnya bohsia perlu ditangani secara serius kerana ia membabitkan generasi pelapis harapan bangsa.
Betapa seriusnya gejala bohsia ini dan sudahpun menular ke seluruh negara boleh dilihat dengan tindakan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang terpaksa mengeluarkan arahan 'perintah berkurung' selepas jam 8 malam buat remaja bawah 17 tahun.
Tindakan Shahidan membuktikan gejala yang membabitkan remaja, terutama wanita atau bohsia itu, memang serius dan banyak kes sosial yang membabitkan mereka, jelas menakutkan sebilangan besar ibu bapa di negara ini.
Paling ketara, bohsia atau remaja wanita bawah umur yang berpeleseran pada waktu malam, terutama di ibu kota, tidak lagi mencari Mat Motor, sebaliknya memilih lelaki berusia, berpangkat dan berpendapatan tinggi sebagai mangsa mereka.
Golongan itu dikatakan lebih rela 'dikendurikan' dengan menjadi perempuan simpanan lelaki tua, asalkan menikmati kemewahan.
Polis mengesan kewujudan bohsia yang masih bergiat cergas di beberapa hotel di ibu kota. Jurucakap polis memberitahu, pihaknya mengesan kehadiran kumpulan gadis bawah umur di dua kawasan sekitar ibu negara.
Menurutnya, kumpulan berkenaan didapati berkumpul di beberapa hotel, selain berhampiran beberapa premis makanan segera di jalan utama di ibu kota, di sini.
Katanya, selain itu, kumpulan remaja berkenaan didapati sering berkumpul di tempat terbabit pada malam minggu.
"Kumpulan remaja itu dikatakan tidak lagi mudah mengikut Mat Motor, sebaliknya memilih orang yang hendak ditiduri.
"Mereka mengenakan syarat dan bayaran tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan seks," katanya kepada Metro Ahad.
Kumpulan remaja itu muncul dengan penampilan baru yang ringkas, seksi dan mengghairahkan sesuai dengan perkembangan semasa.
Dengan pakaian jarang dan bertali halus, berseluar pendek, serta mengenakan pakaian hingga menampakkan bahagian payudara, mereka didapati sering berkumpul di bahagian bawah beberapa hotel di sini.
Tinjauan Metro Ahad mendapati, kebanyakan gadis berkenaan tidak lagi mudah mengikut lelaki Mat Motor seperti sebelum ini, sebaliknya mengenakan bayaran tertentu jika ingin meniduri mereka.
Lelaki yang berminat meniduri mereka terpaksa membuat perbincangan dan memenuhi tuntutan mereka dan tuntutan yang diminta tidak semestinya wang.
Kebanyakan mereka yang berasal dari keluarga bermasalah itu turut mengaku mendapat kebenaran daripada teman lelaki untuk berbuat demikian.
Menurutnya, polis memandang berat perkembangan ini kerana golongan remaja itu berani memperdagangkan diri sendiri.
Katanya, polis boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap gadis berkenaan jika mereka masih di bawah umur.
Beliau berkata, polis akan terus meningkatkan pemantauan dan mengadakan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan itu di ibu negara.
|
|
|
Post by enigma on Dec 27, 2003 8:28:16 GMT 8
hai...bilalah gejal ni akan berakhir....mintaklah supaya kita dijauhkan drpd perkara2 yg bohsia ni buat......kalu ada problem sekalipun...jgnla sampai buat camtu skali....menjual diri sendiri....kesian mak bapak yg melahirkan dan menjaga nya ....dr dia kecik.....
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Dec 27, 2003 12:41:26 GMT 8
Entahla.Benda2 macam ni susah nak cakap.
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 27, 2003 13:02:21 GMT 8
bohsia tok......si aira tu sape.....ish....xde maruah sggh pompuan2 bohsia ni....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 27, 2003 16:55:32 GMT 8
if i go to the mall..ramai gile bohsia!ade tu..under age yg hanya memakai tiup je!astarfillah al azim..
|
|
|
Post by enigma on Dec 27, 2003 19:22:07 GMT 8
huh..nauzubillahiminzalikh...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 28, 2003 5:06:44 GMT 8
if i go to the mall..ramai gile bohsia!ade tu..under age yg hanya memakai tiup je!astarfillah al azim.. btul..atok pun ade nampak gak!biasalah..bdk2 br nk up!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 31, 2003 14:37:09 GMT 8
hooo..bdk nak up tu,bdk baru nak menjinak2kan diri dalam dunia fesyen ye tuk? ::)tp sy kalau keluar pegi depan maju junction,setiap malam..byk org racing!dorg tak ingat mati ke ha!
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 1, 2004 18:06:34 GMT 8
RENUNGKANLAH..
1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8.30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau 2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1 - 1.30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka, makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka,
menggilai dan membanggakan artis Hollywood dan ada antara kita menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang sarat dengan propaganda terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita menentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi, melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (boleh la dikira saham Akhirat) untuk membantu manusia yang memerlukan, nak mengumpukan RM1 juta pun payah dari rakyat Malaysia yang bilangannya lebih dari 22 juta orang ini malah ada yang ambil masa berbulan bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta? Amanah Saham untuk masa depan di dunia atau Amanah Saham untuk masa depan di akhirat?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang sensitif dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah (mengenalkannya Allah, mengajar sembahyang, mendidik anak menjaga aurat dan kehormatan dirinya dan sebagainya) agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan terseksa di Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka?
5. Kita selalunya akan mudah ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Allah yang memberikan kita nyawa dan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya sehingga tak termampu untuk dibalas, setiap detik dan setiap masa kita jarang (mungkin juga tak pernah) terhutang budi dan berterima kasih kepadaNya dengan cara yang dituntutNya. Payah benarkah?
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI kita tidak sikit pun rasa malu dengan Allah yang sudah sedia tahu kesalahan kita zahir dan batin, kecil dan besar.
7. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah dan sebagainya sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
*Hidup Hanya Sekali, Jadikanlah Hidup Kita Hanya Kerana Allah* *Mati Hanya Sekali, Jadikanlah Matinya Kita Di Jalan Allah*
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 5:20:14 GMT 8
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka, makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka,
|
|
|
Post by duo on Jan 2, 2004 9:18:04 GMT 8
berntila isap rokok amerika wahai kawan2.. isapla rokok kretek.. ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 2, 2004 13:05:41 GMT 8
berntila isap rokok amerika wahai kawan2.. isapla rokok kretek.. ;D rokok kretek tu rokok yg balut dgn tembakau tu ye duo?
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 2, 2004 18:36:26 GMT 8
tul lah tu s.girlz..tp atok tak pernah hisap rokok lah!
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 2, 2004 19:19:30 GMT 8
tul gak kata sweet girlz tue.... insaf aku sekejap...rasa sedih pun ader .....
|
|