|
Post by feimaumania on Apr 16, 2004 14:31:53 GMT 8
SETIAP UNSUR INI ADA PENGERTIAN YG TERSIRAT
q Tanah - hubungan seks dingin - cemburu - rumahtangga mungkin bergolak dan terpaksa berusaha membaikinya - kerjaya cerah dan gemilang biarpun berusaha sederhana
q Air - romantik, lembut ttp pendendam - keinginan seks kuat - kejayaan agak lambat krn sentiasa ada yg menikam dr belakang
q Api - cakap lepas, tegas dan lasak - keinginan seks kuat - kejayaan juga lambat krn sikapnya tidak disukai
q Angin - mood cepat berubah - keinginan seksual sederhana - kejayaan lambat dicapai
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 16, 2004 14:33:24 GMT 8
Sekadar renungan bersama... Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri. Antaranya ialah : 1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. 2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul. 3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. 4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya. 5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. 8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. 9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungan dgn insan lain. 10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut. 11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan. 12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurniakan oleh Tuhan. no 10 n 11 slalu terjadi kat aku....what should i do ha??
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 16, 2004 18:27:18 GMT 8
no 10 n 11 slalu terjadi kat aku....what should i do ha?? aper maksud kau? ...x jelas laa...kan dalam artikel yg aku post tue dah terang kan dah...
|
|
|
Post by enigma on Apr 16, 2004 22:20:03 GMT 8
> > > > Pengantin... utk semua...Pada suatu masa yang > > ditetapkan... > > > > Kita pasti dirisik.. > > Pertunangan sejak azali.. > > Di hujung hidup nanti.. > > > > Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. > > Hantarannya..sakit dan nazak.. > > Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. > > Pengantin dimandikan.. > > > > Dipakaikan baju cantik putih.. > > Wangian gaharu dan cendana.. > > Keranda jadi pelaminan.. > > Pengantin bersanding sendirian.. > > > > Di arak keliling kampung.. > > Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. > > Akad nikahnya bacaan talkin.. > > Berwalikan liang lahat.. > > > > Saksi pula nisan-nisan.. > > Siraman air mawar.. > > Keluarga terdekat menepung tawar.. > > Tiba masa pengantin.. > > Menunggu sendirian.. > > > > Malam pertama bersama KEKASIH.. > > Di kamar bertilamkan tanah.. > > Dan Dia menuntut janji.. > > Sucikah kita tatkala berpadu.. > > > > Pernahkah taubat sepanjang hayat.. > > Atau terkubur bersama dosa-dosa... > > Dan Dia Kekasih itu.. > > Menetapkanmu ke syurga.. > > Atau melemparkan dirimu ke neraka
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 17, 2004 0:15:00 GMT 8
LETEREN WANITA
NABI ADAM, lelaki pertama diciptakan Allah swt. Ternyata Adam sering dihimpit kesunyian kerana keseorangan. Pemerhatian Adam membuktikan bahawa makhluk lain diciptakan berpasangan. Lalu Adam memohon kepada Allah agar dikurniakan pasangan hidupnya. Lalu dianugerahkan Hawa sebagai teman hidupnya.
Lelaki dan wanita saling memerlukan. Tanpa wanita seseorang lelaki dianggap belum sempurna hidupnya. Oleh itu, Islam mewajibkan perkahwinan bagi lelaki yang cukup syarat-syaratnya. Alam rumah tangga pula menuntut seorang lelaki memiliki ilmu secukupnya bagi mengemudi sebuah keluarga agar mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Tanpa ilmu, rumah tangga yang terbina mudah saja runtuh biarpun disebabkan permasalahan kecil.
Sebenarnya dalam melayari alam berumah tangga, soal memahami hati budi isteri adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap mudah. Kadang kala seorang suami belum mengenali siapa isterinya dalam erti kata yang sebenar-benarnya walaupun sudah mendirikan rumah tangga berpuluh-puluh tahun. Oleh itu, saling memahami antara satu sama lain, salah satu kunci kebahagiaan sesebuah keluarga.
Satu sifat utama yang sering dimiliki oleh golongan wanita ialah suka berleter. Kebanyakan wanita yang bergelar isteri memang suka berleter terutamanya apabila sesuatu perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh suami atau anak. Oleh itu bagi lelaki yang panas baran pasti tidak dapat menahan kesabaran maka berlakulah pertengkaran.
Jika pertengkaran kecil dapat dikawal mungkin menyelamatkan berlakunya perceraian. Namun, jika kedua-dua pihak tidak mahu mengaku kalah maka terjadilah perceraian. Perceraian pula mengundang pelbagai masalah terutama kepada masa depan anak.
Sepatutnya. suami seharusnya memahami bahawa sifat semula jadi wanita ialah suka berleter. Jika leteran yang keluar daripada mulut wanita itu ternyata ada kebenarannya maka suami hendaklah banyak berdiam diri. Apabila isteri puas berleter maka terlepas segala yang dipendamnya. Suami seharusnya mendiamkan diri - mendiamkan diri mendengar setiap leteran bukanlah sesuatu yang mudah bagi lelaki terutama bagi lelaki kuat egonya. Berdiam diri bukan bererti kalah terutama jika apa yang dileterkan itu ternyata ada benarnya.
Sejarah membuktikan bahawa Sayyidina Umar as, lelaki yang bengis. Ketika menjadi khalifah pernah terjadi isterinya sedang berleter tetapi beliau tetap berdiam diri. Ketika itu secara kebetulan seorang hamba Allah datang ke rumahnya untuk mengadu bahawa isterinya juga kuat berleter. Tetapi apabila didengarnya seorang khalifah juga dileteri oleh isterinya maka dia pun berpatah balik.
Kedatangan hamba Allah itu disedari Amirul Mukminin lalu bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu menjawab: "Saya ingin mengadu kepada Amirul Mukminin bahawa isteri saya yang mempunyai sikap kuat berleter. Tetapi apabila saya mendengar bahawa isteri Amirul Mukminin juga suka berleter sebab itulah saya berpatah balik dan tidak jadi untuk mengadu hal kepada Amirul Mukminin," jelas lelaki itu.
Cerita lain yang berkaitan ialah seorang suami yang beristerikan seorang gadis cantik tetapi bisu. Lelaki itu cuba berjumpa wali Allah untuk memohon agar dimakbulkan doanya agar isterinya dapat bercakap. Wali Allah bertanya adakah dia tidak akan menyesal nanti jika isterinya dapat bercakap. Dia berjanji bahawa dia tidak akan menyesal malah akan berbangga memiliki isteri yang bukan saja cantik tetapi dapat berkomunikasi dengannya.
Doa itu dimakbulkan. Isteri cantik itu dapat bercakap. Lama-kelamaan orang itu datang pula berjumpa Wali Allah untuk mengadu agar isterinya dibisukan semula kerana tidak tahan dengan leteran isterinya.
Itulah dua kisah yang boleh dijadikan pengajaran berkaitan dengan sikap wanita bergelar isteri yang suka berleter. Oleh itu kepada lelaki, fahami isteri anda. Anggaplah setiap leteran itu, sifat semulajadi yang dimiliki oleh kaum wanita. Leteran juga ada kebaikannya jika direnungkan terutamanya apabila kita sebagai lelaki yang mencetuskan punca kepada berlakunya leteran itu.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 17, 2004 0:18:16 GMT 8
Buat Para2 Suami & Bakal2 Suami , juga untuk isteri2 (diberi pd suami) > >SALAM >+++ >Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong > hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan > anak sulung mereka.setelah beberapa > jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. tiba-tiba, seorang > doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya. > > "Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya > penuh harap. "Maaf encik , > kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal si ibu > sudah tak sedarkan diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana > doktor ... ?" "Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, > tapi... masih ada harapan. > Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau > menyelamatkan si bayi > Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat > berkata-kata... ... . > > "Maaf encik, setiap saat amat berharga, > tolong cepat untuk membuat > pilihan!" desak doktor itu. > Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun > berkata dengan nada sayu, > "Doktor, saya sangat bingung... Saya > serahkan sepenuhnya kepada doktor. > Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya. > > Doktor pun bergegas kembali ke ruang >persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti >ini. > >Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya. > Ini adalah salah satu contoh, bagaimana > keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting. > Seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha > menyelamatkan si anak, dan > mengorbankan si ibu. > >Bagi doktor muslim, ia akan berusaha >menyelamatkan si ibu, dan >mengorbankan si bayi. memang benar, >dua-duanya adalah pilihan yang >sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat. > >Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian? >Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang > lahir sudah > membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan > "dosa waris" atau "dosa asal". > > Manusia yang lahir sudah menanggung dosa > Nabi Adam dan Hawa untuk > menebusnya ia harus mengikuti seorang > penyelamat yakni penebus dosa. > (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian > itu akan berjuang sedaya >supaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat > lahir dengan sihat dan > selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. > > Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia > akan mendapat kesempatan > untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus >dosanya. Jika si anak meninggal > sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum > sempat ditebus. > >Dalam ajaran Islam, setiap manusia yang >lahir dalam keadaan fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang >menyelamatkan si ibu, kerana dia >tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. > >Dengan terselamatkannya si Ibu, insyaAllah >setelah sihat kembali >akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan >mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.sedangkan anak yang tak sempat >terselamatkan, biarlah ia kembali ke penciptaNYA dalam keadaan suci. >Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh >tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang >tersesat. > >Demikianlah, dalam keadaan serba salah >lelaki tadi tak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah >berserah sepenuhnya kepada doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan. > >Kita akan sering dihadapkan pada >pilihan-pilihan yang lebih sukar, >dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kisah >di atas adalah salah satu daripada contohnya. > >Beruntunglah orang yang selalu diberi >jalan untuk mencari Ilmu yang >bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman >dalam mengambil keputusan >dari sekian banyak pilihan yang ada. > >Kerana itu saya ingin berpesan kepada >saudara-saudaraku kaum muslimin dan muslimat, >teruslah mengkaji ilmu-ilmu agama, >mudah-mudahan pengetahuan yang kita peroleh akan semakin memantapkan kita >dalam memutuskan suatu masalah, dan semoga akan lebih >mendekatkan kita kepada Allah SWT. > >Wassalam
*camna yek..keliru gak tu..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 17, 2004 0:19:42 GMT 8
Beberapa info untuk kawan2, >>> >>>Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali >>>sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak >>>paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico >>>Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah >>>kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan >>>nama papa Razzi. >>> >>>Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku >>>kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis >>>M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera >>>pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak >>>terkenal Maideen >>> >>>Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah >>>adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja >>>sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama. >>> >>>Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi >>>berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik >>>butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah >>>untuk menarik kereta bukanlah magnet. >>> >>>Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir >>>sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, >>>walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan >>>lempeng apabila dia berasa lapar. >>> >>>Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan >>>masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api >>>elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya >>>selama tiga bulan. >>> >>>Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang >>>ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. >>> >>>Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak >>>kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal >>>tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya. >>> >>>Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya. >>> >>>Wassallam
*beringatlah sebelum Izrail menjemput
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 17, 2004 3:16:03 GMT 8
Mai BlaJaQ BaHsa UtaRa !!
Nie nak habaQ mai, sapa yang teringin nak blajaQ bahasa utara leh blaJaQ kat sini :::
::: Nama Panggilan :::
1. Hang - Awak / Kamu 2. Depa - Mereka 3. Chek - Saya
::: Ayat Tanya :::
1. Awat / Pasaipa - Mengapakah 2. Mengkala - Bilakah 3. Tang Mana - Di manakah 4. Sapa - Siapakah 5. Hat mana - Yang manakah
::: Kenderaan :::
1. Gerek - Basikal 2. Qeta - Kereta 3. Mutu - Motorsikal 4. Qetapi - Keretapi 5. Pek Ho - Traktor 6. Kapai Terebang - Kapal terbang 7. Baih - Bas
::: Lain - Lain :::
1. Kupang - Sen 2. Si'a - Tupperware Bertingkat 3. Toqu'a - Tauhu 4. Ayaq - Air 5. LoQLaQ / Cemerkap - Kalut
::: Banyak Lagik La :::: ::: Nanti la lagik aku ajaQ Hangpa Semua :::
Tungguuuuu !!!!
|
|
|
Post by enigma on Apr 18, 2004 0:44:53 GMT 8
What is it in brain that makes you sleep better during the night than during the day?
You h a v e a biological “clock” in your brain. This controls your cycles of sleep and wakefulness. Most people are “set’ to sleep at night and wake during the day. This is because people are daytime creatures. Nocturnal (night living) mammals have different cycles. You can change your sleep cycles over time and when that happens you will sleep just as well anytime.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 18, 2004 3:34:10 GMT 8
Mai BlaJaQ BaHsa UtaRa !!
Nie nak habaQ mai, sapa yang teringin nak blajaQ bahasa utara leh blaJaQ kat sini :::
::: Nama Panggilan :::
1. Hang - Awak / Kamu 2. Depa - Mereka 3. Chek - Saya
::: Ayat Tanya :::
1. Awat / Pasaipa - Mengapakah 2. Mengkala - Bilakah 3. Tang Mana - Di manakah 4. Sapa - Siapakah 5. Hat mana - Yang manakah
::: Kenderaan :::
1. Gerek - Basikal 2. Qeta - Kereta 3. Mutu - Motorsikal 4. Qetapi - Keretapi 5. Pek Ho - Traktor 6. Kapai Terebang - Kapal terbang 7. Baih - Bas
::: Lain - Lain :::
1. Kupang - Sen 2. Si'a - Tupperware Bertingkat 3. Toqu'a - Tauhu 4. Ayaq - Air 5. LoQLaQ / Cemerkap - Kalut
::: Banyak Lagik La :::: ::: Nanti la lagik atok ajaQ Hangpa Semua :::
Tungguuuuu !!!!
take sape kat sini org kedah ke?
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 18, 2004 17:12:51 GMT 8
Hati Seorang Ayah Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya. Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda. Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki." Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti". Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan. Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan. Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?" Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian." Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah- olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini. "Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung." "Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya." "Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya". "Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya." "Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya". "Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara." "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya." "Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi." "Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya." "Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat." Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya. "Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah." Nota : Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.
|
|
|
Post by KomOt on Apr 19, 2004 10:23:22 GMT 8
take sape kat sini org kedah ke? take?? ler..ingat kan ape..ni mesti kes salah taip lagi ni..takpe,saya memahami atok.. ;D
|
|
|
Post by enigma on Apr 20, 2004 0:36:36 GMT 8
5 Perusak Hati
Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rusak, rusak pula perbuatannya. Maka menjaga hati dari kerusakan adalah niscaya dan wajib. Tentang perusak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara, 'bergaul dengan banyak kalangan (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'
Bergaul dengan banyak kalangan Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.
Dalam tataran riel, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya out put semacam ini, karena motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia. Karena itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal berat karena salah pergaulan. Allah berfirman:
"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zhalim menggigit dua tangannya seraya berkata, 'Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu telah datang kepadaku." (Al-Furqan: 27-29).
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa." (Az-Zukhruf: 67). "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebagian kamu mengingkari sebagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong." (Al-Ankabut: 25).
Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat. Karena itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan ridha Allah. Larut dalam angan-angan kosong Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ia adalah lautan tempat berlayarnya orang-orang bangkrut. Bahkan dikatakan, angan-angan adalah modal orang-orang bangkrut. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta senantiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai. Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah.
Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangan-kan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melim-pah, atau isteri yang cantik jelita. Tapi itu hanya angan-angan belaka.
Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal shalih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi n memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan. Bergantung kepada selain Allah Ini adalah faktor terbesar perusak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.
Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, artinya:
"Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka." (Maryam: 81-82)
"Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka." (Yasin: 74-75)
Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah laba-laba. Dan rumah laba-laba adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.
Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, artinya: "Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)." (Al-Isra': 22)
Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong. Makanan Makanan perusak ada dua macam.
Pertama , merusak karena dzat/materinya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang diharamkan karena hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan karena hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik karena paksaan, malu atau takut terhina.
Kedua , merusak karena melampaui ukuran dan takarannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewat batas. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya. Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan karenanya ia mudah mengikuti komando setan. Setan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalannya setan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat setan betah tinggal berlama-lama. Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:
"Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya." (HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani). Kebanyakan tidur Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.
Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau sore hari. Bahkan tidur pada sore dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.
Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara shalat Shubuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategis. Karena itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mau tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rizki, saat diberikannya barakah. Maka masa itu adalah masa yang strategis dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Karenanya, tidur pada waktu itu hendaknya karena benar-benar sangat terpaksa.
Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada dokter. Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasul Shallallahu 'alaihi wa sallam .
(Disadur dari Mufsidaatul Qalbi Al-Khamsah, min kalami Ibni Qayyim Al-Jauziyyah/Abu Okasha Ainul Haris)
|
|
|
Post by StRiDeR on Apr 20, 2004 15:17:37 GMT 8
Jangan Ceraikan Anak!!! (utk yg dah berumahtangga)
"MAMA, kenapa kita sekarang tinggal bersama abang dan Nenek? Papa tinggal di mana, Ma? Kasihan ya Papa tinggal sendirian, tidak bersama kita lagi. Papa pasti kesepian, Ma. mari kita tinggal bersama Papa lagi, Adeq rindu... sangat dengan Papa.
Membaca percakapan di atas, tentulah kita sudah boleh membayangkan apa yang sesungguhnya sedang terjadi dalam keluarga tersebut, perceraian.
Masa ketika perceraian terjadi merupakan masa yang kritis buat anak, terutama menyangkut hubungan dengan orang tua yang tidak tinggal bersama. Berbagai perasaan berkecamuk di dalam batin anak-anak. Pada masa ini anak juga harus mulai beradaptasi dengan perubahan hidupnya yang baru.
Hal-hal yang biasanya dirasakan oleh anak ketika orang tuanya bercerai adalah tidak aman (insecurity), tidak diinginkan atau ditolak oleh orang tuanya yang pergi, sedih dan kesepian, marah, kehilangan, merasa bersalah, menyalahkan diri sendiri sebagai penyebab orang tua bercerai.
Perasaan-perasaan tersebut oleh anak dapat termanifestasi dalam bentuk perilaku. Boleh dilihat dengan keadaan yang suka mengamuk, menjadi kasar, dan tindakan agresif lainnya, menjadi pendiam, tidak lagi ceria, tidak suka bergaul, sukar berkonsentrasi, dan tidak berminat pada tugas sekolah sehingga prestasi di sekolah cenderung menurun, suka mengelamun, terutama mengkhayalkan orang tuanya akan bersama lagi.
Proses adaptasi pada umumnya memerlukan waktu. Pada awalnya anak akan sulit menerima kenyataan bahawa orang tuanya tidak lagi bersama. walaupun banyak anak yang dapat beradaptasi dengan baik, banyak juga yang tetap bermasalah bahkan setelah bertahun-tahun terjadinya perceraian.
Anak yang berhasil dalam proses adaptasi tidak mengalami kesulitan yang berarti ketika meneruskan kehidupannya ke masa perkembangan selanjutnya, tetapi bagi anak yang gagal beradaptasi, ia akan membawa hingga dewasa perasaan ditolak, tidak berharga dan tidak dicintai. Perasaan-perasaan ini dapat menyebabkan anak tersebut menjadi takut gagal dan takut menjalin hubungan yang dekat dengan orang lain atau lawan jenis.
Beberapa indikator bahwa anak telah beradaptasi adalah menyadari dan mengerti bahwa orang tuanya sudah tidak lagi bersama dan tidak lagi berfantasi akan persatuan kedua orang tua, dapat menerima rasa kehilangan, tidak marah pada orang tua, dan tidak menyalahkan diri sendiri, menjadi dirinya sendiri lagi.
Lantas apa yang sebaiknya dilakukan orang tua? Berhasil atau tidaknya seorang anak dalam beradaptasi terhadap perubahan hidupnya ditentukan oleh daya tahan dalam dirinya sendiri, pandangannya terhadap perceraian, cara orang tua menghadapi perceraian, pola mengasuh dari si orang tua tunggal dan terjalinnya hubungan baik dengan kedua orang tuanya. Bagi orang tua yang bercerai, mungkin sukar untuk melakukan intervensi pada daya tahan anak kerana hal tersebut bergantung pada peribadi masing-masing anak. Akan tetapi sebagai orang tua mereka dapat membantu anak untuk membuatnya memiliki pandangan yang tidak buruk tentang perceraian yang terjadi dan tetap mempunyai hubungan baik dengan kedua orang tuanya.
**
MENURUT psikologi yang banyak menangani masalah pernikahan, menyatakan bahwa Anak perlu selalu diyakinkan bahawa sekalipun orang tua bercerai, tetapi mereka tetap mencintai anak. Ini sangat penting dilakukan terutama dari orang tua yang tidak lagi tinggal bersama. Caranya boleh dilakukan dengan berkunjung, menelefon, mengirim surat, atau gambar Buatlah si anak tahu bahawa dirinya selalu diingat dan ada di hati orang tuanya.
Bila anak tidak tinggal bersama suami, berusahalah meyakinkan anak bahawa sebenarnya kita menyetujui anak tinggal dengan ibunya (istri-red.). Apalagi sampai boleh memberi semangat anak agar menyukai tinggal bersama ibunya.
Isteri yang tinggal bersama anak harus memperbolehkan anak bertemu dengan ayah kandungnya. Yakinkan padanya, kita menyetujui pertemuan tersebut dan memberi semangat anak untuk menyukai pertemuan tersebut.
Selain itu, boleh pula kedua orang tua merancang rencana pertemuan yang rutin, pasti, terprediksi, dan konsisten antara anak dan orang tua yang pergi. Kalau anak sudah mulai beradaptasi dengan perceraian, jadual pertemuan boleh dibuat dengan fleksibel. Penting buat anak untuk tetap boleh bertemu dengan kedua orang tua kandung.
Tetap bertemu dengan kedua orang tua kandung membuat anak percaya bahawa ia dikasihi dan diinginkan. Kebanyakan anak yang membawa (hingga dewasa) perasaan-perasaan ditolak dan tidak berharga adalah akibat kehilangan kontak dengan orang tua kandungnya.
Hal lain yang patut diperhatikan ketika perpisahan terjadi, sebaiknya tidak saling mengkritik atau memualkan salah satu pihak orang tua di depan anak kerana ini akan menempatkan anak di tengah-tengah konflik. Misalnya dengan menjadikan anak sebagai pembawa pesan antara kedua orang tua, menyuruh anak berbohong kepada salah satu orang tua, menyuruh anak untuk memihak pada satu orang tua saja. Anak menyayangi kedua orang tuanya, menempatkannya di tengah konflik akan membuatnya bingung, cemas, dan mengalami konflik kesetiaan.
Tidak menjadikan anak sebagai senjata untuk menekan pihak lain demi membela dan mempertahankan diri sendiri. Misalnya mengancam pihak yang pergi untuk tidak boleh lagi bertemu dengan anak kalau tidak memberikan tunjangan; atau tidak diperbolehkan untuk bertemu dengan anak supaya pihak yang pergi merasa sakit hati, sebagai usaha membalas dendam.
Orang tua bercerai hendaknya tetap mengasuh anak bersama-sama dengan menyembunyikan perselisihan. Selain itu, mereka harus memperkenankan anak untuk mengekspresikan emosinya. Beresponslah terhadap emosi anak dengan kasih sayang, bukan dengan kemarahan atau celaan. Anak mungkin bingung dan bertanya, biarkan mereka bertanya, jawablah pertanyaan tersebut baik-baik, dan bukan berkata "Anak kecil mahu tahu saja urusan Mama Papa."
Dari saran-saran di atas terlihat jelas betapa pentingnya kerja sama antaraorang tua agar anak dapat beradaptasi dengan sukses dan betapa penting erti keberadabsn orang tua bagi si anak. Saran-saran di atas bukanlah hal yang mudah dilakukan, apalagi jika perceraian diakhiri dengan perselisihan, ketegangan, dan kebencian satu sama lain. Keinginan untuk menarik anak kesalah satu pihak dan menentang pihak yang lain akan sangat menonjol pada model perceraian tersebut.
Namun bila itu dilakukan, bererti orang tua sungguh-sungguh merupakan individu egois yang hanya memikirkan diri sendiri dan tidak memikirkan kesejahteraan dan masa depan anak. Mungkin ada yang berpikir, "Anak saya sentiasa bersikap positif , dia tidak apa-apa meskipun tidak ada ibunya/ayahnya. Lihat dia ceria-ceria saja, badannya sihat, sekolahnya juga rajin." Akan tetapi apakah kita tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati si anak?
Kalau perceraian memang tak terhindari lagi, mari membuat perceraian tersebut menjadi perceraian yang tidak merugikan anak. Suami isteri memang bercerai, tetapi jangan sampai anak dan orang tua ikut juga bercerai. Anak-anak sangat memerlukan cinta dari kedua orang tua dan menginginkan kedua orang tuanya menjadi sebahagian dalam hidup mereka.
Bagi anak, rasa percaya diri, rasa diterima, dan bangga pada dirinya sendiri bergantung pada ekspresi cinta kedua orang tuanya. Bagi yang akan, sedang, atau telah bercerai, cubalah untuk mengingat kembali masa depan anak. Perhatian berupa materi memang perlu, namun itu saja sangat tidak memadai untuk membuat anak mampu beradaptasi dengan baik kerana kasih sayanglah yang sesungguhnya diperlukan anak.
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 20, 2004 17:40:00 GMT 8
aper maksud kau? ...x jelas laa...kan dalam artikel yg aku post tue dah terang kan dah... aku ni jenis yg camtu, berbeza sgt dgn ape yg ko trgkan tu...camne tu
|
|