|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 15:42:28 GMT 8
kihkihkih.. shhh.. ko jgn cakap kt dia tau.. ;D wokeh2...set jer....
|
|
|
Post by KomOt on Mar 15, 2004 15:47:29 GMT 8
wei,apsal ko offline lak??
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 16:00:46 GMT 8
wei,apsal ko offline lak?? sorilah, komot...aku gi makan jap tadi...
|
|
|
Post by enigma on Mar 15, 2004 16:01:30 GMT 8
wei,apsal ko offline lak?? saper yg off ni?
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 16:06:56 GMT 8
dia tanya kat aku...tadi aku offline jap... ;D
|
|
|
Post by KomOt on Mar 15, 2004 16:30:39 GMT 8
ape la eureka ni..ish..tak peka langsung..
|
|
|
Post by kuzy on Mar 16, 2004 14:48:47 GMT 8
bukan la maksud aku abstrak tu stand for what... hensemke kalau aku sorang yg abstrak ;D
|
|
|
Post by KomOt on Mar 16, 2004 16:33:13 GMT 8
ape ko ni?? topik ape yg sedang ko bincangkan??
|
|
|
Post by kuzy on Mar 16, 2004 17:54:02 GMT 8
silap tu yang due ari lepas... ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 16, 2004 23:24:30 GMT 8
bukan la maksud aku abstrak tu stand for what... hensemke kalau aku sorang yg abstrak ;D hensem tue kan luaran....abstrak nie dari segi personaliti...kan x sama tue...kira kau nie abstrak org nya...susah skit org nak paham...lau maksud kau...adakah orang akan tertarik pada org yg abstrak nie...mungkin jawapan dia ader gak yg minat...tapi lau dah lama jadi pening lak...sebab semua x paham....kenapa kau cakap camnie...kenapa kau buat camtue...lama2 jadi rimas lak...emm, kadang2 jadi org abstark (kira misteri lah jugak) tue boleh...tapi jgn lah keterlaluan sangat...aku harap kau paham ngan aper yg aku terangkan nie...
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 0:25:29 GMT 8
Harga Diri... Dimanakah harga diri kita??? ----------------------------------------------------
Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini >dilambung > >graviti. Ery duduk disebelah sudahberapa kali bangun tidur, dengkurnya > >makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap > >radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya. Aku > >terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang > >kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka > >yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya > >tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat > >tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan > >garang. > > > >Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan > >bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan > >jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek > >dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru > >beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai > >seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam. > > > >Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut di > >sambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh > >menggelepar diluar meliar mata mencari shafik, tunangnya. Aku duduk > >sahaja di dalam kereta, aku bencikan pantai hanyir seperti ini. >Beberapa > >gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. > >Aku hempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti > >mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol! > > > >Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit > >marah, mengetap bibir. > > > >"Nak apa?!" > > > >Dia terketar terkejut, sedikit berundur. > > > >" Assalammualaikum Nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." > > > >Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan >seperti > >takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak >di > >bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan > >dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. > >Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan. > > > >" Basuh sajalah, tapi, awas. Kalau calar kereta aku. Tahulah macamana > >aku > >nak ajar kau." > > > >Berkata sambil meliarkan mata pada Ery. Tengah tersengih-sengih > >meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, > >membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di > >rumah itu di tutup rapat. > >Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin >seperti > >ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia > >menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, > >meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. > >Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. > >Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. > >Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak > >mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah > >hidup susah seperti itu. Bodoh! > > > >" Sudah nak?" > > > > Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak tengok, >dan > >bagi sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti > >dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit > >itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap > >mata dengan hujung kemeja. > > > > "Kenapa ni? Gila?!" > > > >" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik >kelapa, > >mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah >pakcik > >terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun seringgit." > > > >Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit > >simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati >keras > >aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di > >dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan > >baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku pandang sahaja dengan > >kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar >dalam > >hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian > >keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. > >Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja. > > > >Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit , > >melayan meluat- melihat ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu > >dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing > >dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 > >dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada > >duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin. Dengan rasa ragu, aku > >menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga > >bertanya terus. > > > >" eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang > >banyak > >macam ini?" . > > > >Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.Dia diam dan > >tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di > >atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar. > > > >Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan >tadi > >dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. > > > >" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, > >dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah > >ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih > >tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. >Harga > >diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah > >memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang > >tual sial yang berpura-pura susah? Ambillah semula, nak." > > > >Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, > >berkali-kali.Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu > >menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. > > > >" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan > >sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan > >kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah > >ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang > >ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, > >jangan sampai kelaparan, jangan mati." > > > >Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan > >ombak.Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima > >ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula > >dihurung lalat.Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang > >yang boleh membelisegala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli > >sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu. > >Harga diri. > >
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 17, 2004 2:43:31 GMT 8
..mmg tinggi harga diri buat seseorg mnausia
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 9:10:43 GMT 8
lau kau sendiri x paham...aku lagi lah x paham... ;D argh.... fenin
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 17, 2004 14:17:50 GMT 8
naper kau pening lak?...betul la aper yg aku taip nie kan....
|
|
|
Post by kuzy on Mar 17, 2004 15:28:14 GMT 8
hensem tue kan luaran....abstrak nie dari segi personaliti...kan x sama tue...kira kau nie abstrak org nya...susah skit org nak paham...lau maksud kau...adakah orang akan tertarik pada org yg abstrak nie...mungkin jawapan dia ader gak yg minat...tapi lau dah lama jadi pening lak...sebab semua x paham....kenapa kau cakap camnie...kenapa kau buat camtue...lama2 jadi rimas lak...emm, kadang2 jadi org abstark (kira misteri lah jugak) tue boleh...tapi jgn lah keterlaluan sangat...aku harap kau paham ngan aper yg aku terangkan nie... ok paham macam misteri nusantaralakan... asyik tergantung jer misterinya... boring
|
|