|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 0:18:52 GMT 8
aku laks glamour, bisnes dan pemimpin..aku pun tak tau..tak nak la angkat bakul sendiri..kua..kuaa..wassalam..doakan untuk salah satu sifat tu utk aku yer.. insya-Allah...mudah-mudahan dimakbulkan....
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 0:20:03 GMT 8
ade ape dgn valentine?Pada bulan Februari, kita selalu menyaksikan media massa, mal-mal, pusat-pusat hiburan bersibuk-ria berlomba menarik perhatian para remaja dengan menggelar pesta perayaan yang tak jarang berlangsung hingga larut malam bahkan hingga dini hari. Semua pesta tersebut bermuara pada satu hal yaitu Valentine's Day. Biasanya mereka saling mengucapkan "selamat hari Valentine", berkirim kartu dan bunga, saling bertukar pasangan, saling curhat, menyatakan sayang atau cinta karena anggapan saat itu adalah “hari kasih sayang”. Benarkah demikian? Sejarah Valentine's Day The World Book Encyclopedia (1998) melukiskan banyaknya versi mengenai Valentine’s Day : “Some trace it to an ancient Roman festival called Lupercalia. Other experts connect the event with one or more saints of the early Christian church. Still others link it with an old English belief that birds choose their mates on February 14. Valentine's Day probably came from a combination of all three of those sources--plus the belief that spring is a time for lovers.” Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama –nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara acak dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan obyek hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur. Ketika agama Kristen Katolik masuk Roma, mereka mengadopsi upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998). The Catholic Encyclopedia Vol. XV sub judul St. Valentine menuliskan ada 3 nama Valentine yang mati pada 14 Februari, seorang di antaranya dilukiskan sebagai yang mati pada masa Romawi. Namun demikian tidak pernah ada penjelasan siapa “St. Valentine” termaksud, juga dengan kisahnya yang tidak pernah diketahui ujung-pangkalnya karena tiap sumber mengisahkan cerita yang berbeda. Menurut versi pertama, Kaisar Claudius II memerintahkan menangkap dan memenjarakan St. Valentine karena menyatakan tuhannya adalah Isa Al-Masih dan menolak menyembah tuhan-tuhan orang Romawi. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan. Orang-orang yang mendambakan doa St.Valentine lalu menulis surat dan menaruhnya di terali penjaranya. Versi kedua menceritakan bahwa Kaisar Claudius II menganggap tentara muda bujangan lebih tabah dan kuat dalam medan peperangan dari pada orang yang menikah. Kaisar lalu melarang para pemuda untuk menikah, namun St.Valentine melanggarnya dan diam-diam menikahkan banyak pemuda sehingga iapun ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M (lihat: The World Book Encyclopedia, 1998). Kebiasaan mengirim kartu Valentine itu sendiri tidak ada kaitan langsung dengan St. Valentine. Pada 1415 M ketika the Duke of Orleans dipenjara di Tower of London, pada perayaan hari gereja mengenang St.Valentine 14 Februari, ia mengirim puisi kepada istrinya di Perancis. Kemudian Geoffrey Chaucer, penyair Inggris mengkaitkannya dengan musim kawin burung dalam puisinya (lihat: The Encyclopedia Britannica, Vol.12 hal.242 , The World Book Encyclopedia, 1998). Lalu bagaimana dengan ucapan “Be My Valentine?” Ken Sweiger dalam artikel “Should Biblical Christians Observe It?” (www.korrnet.org) mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang berarti : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”, hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan (karena memintanya menjadi “Sang Maha Kuasa”) dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Dalam Islam hal ini disebut Syirik, yang artinya menyekutukan Allah Subhannahu wa Ta'ala. Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putra Nimrod “the hunter” dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri! nak tau lebih lanjut...rujuk artikel yg ustaz fadlan post kat ruangan agama...
|
|
|
Post by enigma on Feb 15, 2004 16:02:35 GMT 8
ah..yer...banyak info kt situ... baik korang baca
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 15, 2004 20:35:35 GMT 8
atok nyer artikel..dlm malay version..dan diringkaskan..nak lebih padat..gi tgk topic islamic..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 21:54:22 GMT 8
ANTARA SENYUMAN DAN MUKA MASAM MEMANG BANYAK BEZANYA.
MENGAPA?
BEGINI CERITANYA........... BILA ANDA SENYUM.....
ANDA AKAN GUNAKAN BERAPA URAT SAJA ANDA AKAN DISENANGI ANDA AKAN GEMBIRA ANDA AKAN DIPIKAT ANDA AKAN MURAH REZEKI
TAPI.................... BILA KORANG MASAM MUKA.............
ANDA AKAN DIGERUNI ANDA AKAN KURANG DISENANGI ANDA AKAN PENDEK REZEKI ANDA AKAN GUNAKAN BERATUS URAT
DAN......................
TAK DER POMPUANNYA NAK KAT ANDA..............
KESIMPULANNYA.................. SENYUMLAH SELALU DAN JGN MARAH-MARAH PASAL ITU ADALAH SINDROM KENCING MANIS BAK KATA APEK SENARIO.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 2:03:31 GMT 8
ANTARA SENYUMAN DAN MUKA MASAM MEMANG BANYAK BEZANYA. MENGAPA? BEGINI CERITANYA........... BILA ANDA SENYUM..... ANDA AKAN GUNAKAN BERAPA URAT SAJA ANDA AKAN DISENANGI ANDA AKAN GEMBIRA ANDA AKAN DIPIKAT ANDA AKAN MURAH REZEKI TAPI.................... BILA KORANG MASAM MUKA............. ANDA AKAN DIGERUNI ANDA AKAN KURANG DISENANGI ANDA AKAN PENDEK REZEKI ANDA AKAN GUNAKAN BERATUS URAT DAN...................... TAK DER POMPUANNYA NAK KAT ANDA.............. KESIMPULANNYA.................. SENYUMLAH SELALU DAN JGN MARAH-MARAH PASAL ITU ADALAH SINDROM KENCING MANIS BAK KATA APEK SENARIO. ooo..mcm tu ye?kalao mcm tu,arilah atok nak senyum..tp takut lak org ingat kite gila! ;D
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 8:38:20 GMT 8
rogol berlaku apabila seseorang itu dipaksa melakukan perhubungan seks. Paksaan adalah melalui kekerasan fizikal, mengugut, menakutkan mangsa. Rogol termasuk dalam paksaan melakukan hubungan seks antara suami isteri dan pasangan kekasih.
Definasi undang-undang
Seksyen 375 Kanun Keseksaan mendefinasikan rogol seperti berikut:-
Seorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia, melainkan dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan-keadaan yang termasuk ke dalam mana-mana perihal yang berikut:-
Pertama: Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
Kedua : Tanpa kerelaan perempuan itu
Ketiga: Dengan kerelaan perempuan itu padahal kerelaan itu telah diperolehi dengan mendatangkan kepada perempuan itu atau mana-mana orang ketakutan mati atau cedera, atau telah diperolehi melalui salah tanggapan fakta dan lelai itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebutz
Keempat: Dengan kerelaan perempuan itu padahal lelaki itu mengetahui bahawa ia bukan suami perempuan itu dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya bahawa lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan
Kelima: Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan
Keenam: Sama ada dengan atau tanpa kerelaan perempuan itu jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun
APA ITU MENCABUL KEHORMATAN? Mencabul Kehormatan diri adalah salah satu aktiviti seksual yang dipaksa ke atas mangsa. Ini adalah salah dari segi undang-undang jika sesorang itu tidak mahu melakukannya. Contoh mencabuli kehormatan adalah seperti meraba, memegang, memasukkan objek kedalam kemaluan.
SIAPAKAH MANGSA JENAYAH SEKS? Mangsa tidak mengenal bangsa, agama dan umur. Golongan mangsa yang paling ramai adalah kanak-kanak.
BAGAIMANA RUPA BENTUK PEROGOL/PENJENAYAH SEKS?
Sesiapa boleh menjadi perogol. Kebanyakkan perogol adalah kenalan mangsa; jiran, teman lelaki, rakan, malah juga ahli keluarga. Kebanyakkan perogol tidak nampak atau bekelakuan ganjil/gila/menakutkan.
Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakkan perogol adalah orang yang tidak dikenali oleh mangsa tetapi kajian dan statistik menunjukkan kebanyakkan kes rogol, mangsa mengenali perogol.
SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN DALAM KES ROGOL?
Ini BUKAN SALAH mangsa rogol. Mangsa rogol TIDAK BOLEH dipersalahkan, tidak kira jika mangsa berpakaian seksi atau tempat yang dikunjunginya. Hanya perogol/pencabul kehormatan yang harus DIPERSALAHKAN! Perogol yang membuat pilihan untuk mencabuli hak seseorang.
APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN JIKA SAYA DIROGOL? Berjumpa dengan doktor JANGAN mandi dan mencuci baju anda. Pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Pemeriksaan ini adalah intuk mendapatkan bukti-bukti. Bukti-bukti dibadan boleh diambil dalam masa 72 jam.
One stop crisis centre (Pusat Khidmat Sehenti) ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan segera kepada mangsa-mangsa rogol. Doktor dan jururawat telah dilatih untuk mengendali mangsa-mangsa rogol.
Membuat laporan polis Berjumpa dan bercakap dengan kaunselor supaya anda tidak memendam perasaan dan mengakibatkan tekanan perasaan Rogol adalah satu pengalaman yang sukar. Selepas mangsa dirogol/dicabuli, mangsa akan merasa marah, menyalahkan diri sendiri, sedih, takut dan malu. Perasaan ini adalah normal. Ia akan menolong mangsa jika mangsa bercakap dengan seseorang, berjumpa kaunselor or menelifon talian bantuan.
Memberitahu ahli keluarga/ rakan/ dll untuk mendapatkan sokongan TIADA MANGSA YANG MAHU MENJADI MANGSA JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA
FAKTA- FAKTA TENTANG ROGOL Sesiapa saja boleh dirogol. Mangsa-mangsa termasuk wanita, kanak-kanak perempuan/lelaki, bayi, nenek dan remaja. Rogol satu unsur keganasan yang melampau. Perogol biasanya orang yang lemah dan dengan cara merogol peerogol merasakan dia mempunyai kuasa ke atas mangsanya. Mangsa rogol tidak patut dipersalahkan. Tiada siapa yang mahu kehormatannya dicabuli. Kebanyakkan perogol tidak mengunakan senjata untuk merogol mangsanya. Ugutan, paksaan fizikal dan emosi adalah cara yang selalu digunakan oleh perogol ke atas mangsa. Jika anda berkata TIDAK dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu adalah ROGOL. Kebiasaannya perogol merancang untuk merogol mangsa. Rogol adalah SALAH dari sisi agama, moral dan undang-undang.
Sumber daripada Polis Di Raja Malaysia Kebanyakan mangsa rogol tidak melaporkan rogol kerana mangsa merasa malu dan hina masyarakat sekeliling memandang serong dan menyalahkan mangsa tidak sanggup untuk melalui prosedur untuk mendapatkan keadilan kerana mengambil masa yang lama takut perkara itu mendapat publisiti media massa tidak mahu memalukan ahli keluarga
Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol?
Tempat Sunyi Elak daripada berjalan seorang di tempat sunyi seperti tempat meletak kereta. Berjalan dengan pantas dan pastikan anda tidak diekori. Semasa menuju ketempat meletak kereta, keluarkan kunci kereta dan selitkan di antara jari supaya anda bersedia jika anda di serang, anda boleh menggunakan sebagai senjata. Memilih jalan yang selamat walaupun jauh.
Keluar temu-janji Elak daripada berjumpa di tempat yang membahayakan diri anda. Lebih selamat jika berjumpa di tempat orang ramai. Jika anda menumpang kereta, pastikan melalui jalan yang banyak kenderaan lalu
Alat keselamatan Bawa alat tiup untuk mendapatkan perhatian orang ramai jika anda diserang. Minyak wangi juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada penyerang dengan menyemburkan ke arah muka penyerang.
Seni mempertahankan diri Belajar untuk mempertahankan diri. Ia amat berguna jika anda tahu untuk mempertahankan diri anda daripada serangan
Hukuman Sesiapa yang disabit kesalahan merogol akan dihukum menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain itu, pesalah itu hendaklah juga dikenakan hukuman sebat.
KES MANGSA ROGOL, LIWAT DAN BUNUH
KES 1 : SITI NADIRA BUDAH
Selepas pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001, mangsa yang baru berusia 5 tahun telah dibunuh dengan kejam dan dibenamkan ke dalam lumpur di sebuah kawasan paya.
Mangsa yang ditemui dalam keadaan separuh bogel ini dipercayai turut dicabul setelah didukung ke kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sebuga Besar, Sandakan sebelum dibunuh.
Berikutan kejadian ini, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali mangsa dan ahli keluarga telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
KES 2 : NURUL HANIS KAMIL Malang tidak berbau bagi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub, Jasin, Melaka apabila basikalnya rosak semasa pulang dari sekolah pada 3 Julai 2001.
Mayat mangsa yang dijumpai di dalam semak kira-kira 150 meter dari rumahnya itu disahkan telah dirogol dan diliwat sebelum dibunuh.
Berdasarkan penyiasatan pihak polis, seorang remaja lelaki yang berusia 17 dari sekolah yang sama telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Pelajar yang pernah menjalani pemulihan akhlak ini sedang di dalam proses untuk didakwa di mahkamah.
KES 3 : FARAH DEEBA RUSTAM Pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah, Perak ini tidak pulang-pulang ke rumah selepas keluar ke kedai bersama rakannya.
Mayatnya dijumpai pada 3 Februari 2001 dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang besar dan disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam.
Walaupun pihak polis telah berjaya mengesan remaja yang disyaki melakukan perbuatan tersebut, namun sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dan dakwaan dibuat.
KES 4 : RAFAEZAH RAZALI Pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Lurah Bilut ini hilang selepas pulang dari Kuala Lumpur bersama guru dan rakan-rakan pada 25 Februari 2001.
Mayatnya hanya dijumpai pada keesokan hari di dalam kebun getah yang terletak hanya 100 meter dari kedai kopi di Kampung Lebu, Bentong.
Dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati oleh seorang penganggur berusia 24 tahun.
Lelaki berkenaan telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan mulai Mei lalu.
KES 5 : NORSHUHADA BURAK Belum sempat menjejakkan kaki ke sekolah rendah, mayat kanak-kanak berusia 6 tahun ini ditemui di dalam tangki air di atas loteng rumah bandaran tiga tingkat di Selayang Baru, Gombak pada 21 Oktober 2000.
Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dengan mulut disumbat dengan seluar dalamnya sendiri disahkan telah dirogol sebelum dihumban ke dalam tangki air.
Dengan bukti yang kukuh, seorang remaja lelaki berusia 12 tahun telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Mahkamah Juvana 1947 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Murid yang sepatutnya berada di tahun enam serta dikenali oleh mangsa ini telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
KES 5 : AUDREY MELISSA PATINNATHAN Keadaan kecoh seketika apabila mayat pelajar tingkatan lima di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur dijumpai dekat sebuah pencawang elektrik berhampiran Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1999.
Mangsa disahkan dirogol dan diketuk dengan benda berat sebelum dijerut sehingga mati semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Walau pelbagai usaha dilakukan, sehingga kini, perogol dan pembunuhnya masih bebas.
KES 6 : NOOR SUZAILY MUKHTAR Seluruh negara gempar apabila mayat jurutera yang berusia 24 tahun ini dijumpai di pembahagi jalan dalam keadaan bogel di kawasan projek perumahan Taman Bukit Tinggi, Klang pada 7 Oktober 2000.
Noor Suzaily disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh semasa menaiki bas untuk melaporkan diri ke tempat kerja di Klang.
Berikutan itu, seorang pemandu bas, Hanafi Mat Hassan telah di tahan dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan merogol dan membunuh.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:07:35 GMT 8
DI MANA ada kemahuan, di situ ada jalan. Tanpa kemahuan bersungguh-sungguh, amalan buruk merokok memang susah ditinggalkan, apatah lagi jika dikelilingi sahabat setia ‘kaki rokok’ yang sedia menghulur jika kehabisan bekalan.
Tahun 2004 baru beberapa minggu dan masih belum terlambat untuk memasang azam baru, iaitu berhenti merokok. Amalan merokok bukan sekadar suatu kebiasaan, tetapi sebenarnya suatu ketagihan yang kompleks berpunca daripada tiga perkara, iaitu pengaruh dadah nikotin dalam tembakau, tabiat dan psikologi.
Menurut Dr Sallehudin Abu Bakar, Pakar Perubatan (Kesihatan Awam) yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, sebenarnya nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berat berbanding kokain atau heroin, kerana kesan rangsangannya ke atas sistem saraf otak sangat cepat.
Nikotin yang dihisap melalui asap rokok mampu sampai ke otak dalam masa cuma tujuh hingga 10 saat. Kesan rangsangan pada sistem saraf otak ini diperkukuhkan lagi dengan rasa puas yang dikecapi pada mulut perokok ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok.
“Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika bekerja atau memberi ketenangan apabila tertekan. Sebenarnya, semua ini adalah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali.
“Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah suatu kemestian, yang mana tanpanya dianggap tidak sempurna,” katanya.
Selain nikotin, asap daripada sebatang rokok mengandungi lebih 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis kanser, terutama kanser paru-paru.
Mengapa berhenti merokok dan rawatan mengatasi ketagihan nikotin penting? Sebabnya terlalu banyak. Antara yang terpenting adalah untuk mengurangkan kematian akibat penyakit berpunca daripada merokok.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan berhenti merokok saja akan menyelamatkan dua juta nyawa pada 2010 dan empat juta nyawa menjelang 2025.
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Tiada alasan
Keberkesanan menghindarkan penyakit akibat merokok bergantung kepada kadar berhentinya tabiat buruk berkenaan.
Katanya, tiada alasan untuk mengatakan tidak boleh berhenti merokok kerana kini pelbagai rawatan mengatasi ketagihan tembakau disediakan Kementerian Kesihatan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.
Laporan WHO menunjukkan tabiat merokok menjadi faktor paling penting risiko kehilangan jangka hayat yang boleh dicegah iaitu 27 peratus berbanding kolesterol (15 peratus), diet dan tekanan darah tinggi (masing-masing 13 peratus) selain tidak bersenam, gemuk, mengambil alkohol, dadah dan fibrilasi atrial.
“Setiap perokok mempunyai risiko 50 peratus akan mati kerana penyakit berkaitan rokok dan mereka kehilangan antara 20 hingga 22 tahun daripada jangka hayat biasa.
“Kematian akibat rokok boleh dicegah dan masih belum terlewat untuk memulakan rawatan iaitu melalui Terapi Penggantian Nikotin (NRT) sama ada secara kunyah, tampal atau sedut menggunakan alat sedutan khas (inhaler),” katanya.
NRT menggantikan nikotin yang tiada dalam badan dan kandungannya hanya cukup untuk mengatasi gian dan meredakan gejala ‘tarikan nikotin’ daripada kehidupan harian.
Kaedah mengunyah gam nikotin (seperti mengunyah gula getah) akan memenuhi keperluan individu yang menjadi pengganti tingkah laku (pada mulut) dan ia baik untuk mencegah perokok berulang.
Mengunyah gam nikotin pun ada caranya bagi mengeluarkan nikotin secara terkawal. Perokok perlu mengunyah perlahan-lahan sehingga rasanya menjadi lebih kuat. Kemudian ia perlu diletakkan di antara gusi dan pipi sehingga rasa gam tadi berkurangan dan dikunyah sekali lagi. Proses ini hendaklah diulang selama 20 hingga 30 minit. Gam ini diambil hanya apabila ada keinginan untuk merokok.
Kaedah tampalan lebih mudah kerana ia hanya perlu ditampal pada belakang badan. Setiap tampalan dengan sukatan 15, 10 dan lima miligram membekalkan nikotin secara tetap selama 16 jam dan ia terbukti berkesan menghilangkan tabiat merokok dalam masa 12 minggu.
Manakala alat sedutan iaitu kaedah NRT terbaru sesuai digunakan bagi mereka yang tidak boleh berhenti kerana tabiat (pergerakan tangan ke mulut) dan ia mengawal pergantungan fizikal terhadap rokok.
Kata Dr Sallehudin, perokok mesti mempunyai azam dan disiplin tinggi. Sepanjang tempoh rawatan, mereka tidak boleh merokok kerana sudah mengambil bekalan nikotin. Jika engkar, ia boleh memberi kesan buruk kerana dos nikotin akan menjadi dua kali ganda di dalam badan.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:17:59 GMT 8
topic rogol 2 dah penah postla infinitie....dlm ruangan 'GIRL'S POWER' bhg 'Mencari wanita Sempurna'...
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Feb 16, 2004 10:15:51 GMT 8
dia tak marah lah tapi suka kot...................
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 11:43:59 GMT 8
topic rogol 2 dah penah postla infinitie....dlm ruangan 'GIRL'S POWER' bhg 'Mencari wanita Sempurna'... ok sorry ....ni tuk peringatan jer...
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 15:44:42 GMT 8
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai... MENCURI
Mencuri ialah perbuatan jenayah, bukan kecacatan perangai.
Bukanlah dinamakan 'meminjam' sekiranya tidak mendapat keizinan yang jelas daripada pemiliknya.
Mencuri benda-benda murah juga masih dikira mencuri. Anda tidak mungkin dibicarakan dengan mengambil sebatang pen daripada meja orang lain tetapi percayalah, ini masih mencuri namanya.
Jika sesuatu barang itu kepunyaan ahli keluarga atau kawan serumah, tidaklah secara automatik menjadi kepunyaan anda juga. Anda masih perlu meminta sebelum menggunakan barang-barang kepunyaan mereka.
Mencuri menunjukkan kurang hormatnya terhadap hak milik orang lain dan terhadap undang-undang secara umumnya.
Orang yang mencuri besar kemungkinan akan melibatkan diri dalam perbuatan-perbuatan lain yang membinasakan termasuklah tindakan-tindakan yang merosakkan dan membahayakan diri sendiri.
Mencuri barang-barang di kedai adalah satu bentuk kecurian yang paling biasa melibatkan remaja-remaja. Ini bukanlah satu jenayah yang tidak melibatkan mangsa. Tidak kira berapa besar atau kaya syarikat itu, ia tetap merupakan mangsa mencuri.
Sungguh menyedihkan sekali sekiranya seseorang mencuri daripada orang yang paling rapat dengan mereka. Remaja-remaja yang mencuri daripada ibubapa mereka selalu mengatakan yang mereka tidak menganggap tindakan itu sebagai mencuri. Inilah masalahnya. Ibubapa anda tidak berhutang pada anda segala yang mereka ada dan harta benda mereka tidak secara automatik menjadi kepunyaan anda.
Mencuri yang kronik, terutamanya mencuri apabila anda tahu anda akan ditangkap, biasanya inginkan perhatian dan juga satu tanda tekanan perasaan di kalangan remaja (kleptomania).
Kleptomania bukan setakat mencuri yang berulang kali, ia merupakan satu gangguan patologi yang dapat dikesan oleh golongan psikiatrik dengan siri rawatan terapeutik. Tanda-tanda Kleptomania termasuklah; mencuri tanpa menyedari anda melakukannya, mencuri benda-benda yang anda mudah memperolehinya melalui cara yang sah (seperti membeli, meminjam), mencuri sebab barang-barang itu berada di depan mata, mencuri untuk mendapat perhatian ditangkap dan mencuri tanpa niat jahat. Sekiranya anda mengesyaki yang anda atau seseorang yang anda kenali mengidap Kleptomania, dapatkan bantuan profesional. Kleptomania jarang berlaku tetapi serius.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 18:24:52 GMT 8
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Mengenai... MENCURI
Mencuri ialah perbuatan jenayah, bukan kecacatan perangai.
Bukanlah dinamakan 'meminjam' sekiranya tidak mendapat keizinan yang jelas daripada pemiliknya.
Mencuri benda-benda murah juga masih dikira mencuri. Anda tidak mungkin dibicarakan dengan mengambil sebatang pen daripada meja orang lain tetapi percayalah, ini masih mencuri namanya.
Jika sesuatu barang itu kepunyaan ahli keluarga atau kawan serumah, tidaklah secara automatik menjadi kepunyaan anda juga. Anda masih perlu meminta sebelum menggunakan barang-barang kepunyaan mereka.
Mencuri menunjukkan kurang hormatnya terhadap hak milik orang lain dan terhadap undang-undang secara umumnya.
Orang yang mencuri besar kemungkinan akan melibatkan diri dalam perbuatan-perbuatan lain yang membinasakan termasuklah tindakan-tindakan yang merosakkan dan membahayakan diri sendiri.
Mencuri barang-barang di kedai adalah satu bentuk kecurian yang paling biasa melibatkan remaja-remaja. Ini bukanlah satu jenayah yang tidak melibatkan mangsa. Tidak kira berapa besar atau kaya syarikat itu, ia tetap merupakan mangsa mencuri.
Sungguh menyedihkan sekali sekiranya seseorang mencuri daripada orang yang paling rapat dengan mereka. Remaja-remaja yang mencuri daripada ibubapa mereka selalu mengatakan yang mereka tidak menganggap tindakan itu sebagai mencuri. Inilah masalahnya. Ibubapa anda tidak berhutang pada anda segala yang mereka ada dan harta benda mereka tidak secara automatik menjadi kepunyaan anda.
Mencuri yang kronik, terutamanya mencuri apabila anda tahu anda akan ditangkap, biasanya inginkan perhatian dan juga satu tanda tekanan perasaan di kalangan remaja (kleptomania).
Kleptomania bukan setakat mencuri yang berulang kali, ia merupakan satu gangguan patologi yang dapat dikesan oleh golongan psikiatrik dengan siri rawatan terapeutik. Tanda-tanda Kleptomania termasuklah; mencuri tanpa menyedari anda melakukannya, mencuri benda-benda yang anda mudah memperolehinya melalui cara yang sah (seperti membeli, meminjam), mencuri sebab barang-barang itu berada di depan mata, mencuri untuk mendapat perhatian ditangkap dan mencuri tanpa niat jahat. Sekiranya anda mengesyaki yang anda atau seseorang yang anda kenali mengidap Kleptomania, dapatkan bantuan profesional. Kleptomania jarang berlaku tetapi serius.
betul tu..mencuri adlh satu kesalahan yg besar..kalo di zaman nabi tu,tgn akan dipotong jika mencuri..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 16, 2004 18:42:31 GMT 8
betul tu..mencuri adlh satu kesalahan yg besar..kalo di zaman nabi tu,tgn akan dipotong jika mencuri.. betul tue...tapi kadang2 hairan gak...diorang ader duit, leh katakan anak kayalah gak...tapi still nak curi...x paham..x paham...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 17, 2004 1:53:36 GMT 8
betul tue...tapi kadang2 hairan gak...diorang ader duit, leh katakan anak kayalah gak...tapi still nak curi...x paham..x paham... maybe tak cukup lg kot!
|
|