|
Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 5:58:46 GMT 8
Kad dan pin anda
1. Biasanya nombor kredit dan nombor pengenalan peribadi (PIN) adalah amat penting (kunci) utk mengakses perbankan dalam talian.Rahsiakan PIN anda dan asingkan ia dari maklumat kad anda.
2. Jangan simpan maklumat kad & pin anda dalam komputer.
3. Jangan gunakan PIN yang sama untuk khidmat perbankan Internet yang lain.
4. Jika perlu, tukarkan nombor PIN perbankan Internet anda secara tetap, contohnya setiap 30 hari.
5. Pin anda sepatutnya diingati dan tidak direkodkan dimana-mana.
6. Musnahkan salinan cetakan PIN anda yang asal dan jangan catatkan atau merekod nombor kad kredit dan PIN tanpa memindanya agar tidak diketahui.
7. Ingat, janagn sesekali mendedahkan PIN kepada sesiapa sahaja. Elakkan sebarang pendedahan PIN kepada orang yang mungkin menyamar sebagai kakitangan bank atau syarikat kewangan berkenaan."
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 25, 2004 3:27:28 GMT 8
elakkan juga pin baju dari terdedah kepada cahaya matahari nanti karat...
jauhi bende² yang tajam seperti pin dari kanak² bawah 3 tahun...
kenalilah mamat yang bernama karim pin dengan lebih erat lagi...
untuk bermain bowling anda perlu menjatuhkan kesemua pin yang ade...
elakkan penggunaan hon(pin pin)di jalan raya...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 25, 2004 4:46:51 GMT 8
elakkan juga pin baju dari terdedah kepada cahaya matahari nanti karat... jauhi bende² yang tajam seperti pin dari kanak² bawah 3 tahun... kenalilah mamat yang bernama karim pin dengan lebih erat lagi... untuk bermain bowling anda perlu menjatuhkan kesemua pin yang ade... elakkan penggunaan hon(pin pin)di jalan raya... perli nampak artikel atok tu..
|
|
|
Post by john on Jan 26, 2004 12:12:48 GMT 8
elakkan juga pin baju dari terdedah kepada cahaya matahari nanti karat... jauhi bende² yang tajam seperti pin dari kanak² bawah 3 tahun... kenalilah mamat yang bernama karim pin dengan lebih erat lagi... untuk bermain bowling anda perlu menjatuhkan kesemua pin yang ade... elakkan penggunaan hon(pin pin)di jalan raya... cam pinkaiboi.... ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 26, 2004 16:29:16 GMT 8
cam pinkaiboi.... ;D pinkaiboi tu ape?
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 28, 2004 17:59:41 GMT 8
|
|
|
Post by KomOt on Jan 28, 2004 18:12:39 GMT 8
pinkaiboi tu adalah pin yg dipakai oleh koboi..
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 28, 2004 19:15:35 GMT 8
pinkaiboi tu adalah pin yg dipakai oleh koboi.. hehehe..koboi pakai pin ye? ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 29, 2004 20:27:52 GMT 8
Untuk renungan kita bersama..... > > > Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan,
> > > memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian,
> > > pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati
> > > makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki
> > > menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang
> > > ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab
> > > "Tidak, saya sedang makan".
> > > Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan
> > > pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan,
> > > lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu
> > > beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak
> > > dik, saya sudah kenyang."
> > > Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak
> > > pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja
> > > kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia
> > > menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada
> > > usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih
> > > ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini
> > > dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang
> > > dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih
> > > membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba
> > > sederhana ini.
> > >
> > > Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja
> > > kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga
> > > kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda
> > > itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia
> > > mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan
> > > pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, "Dik,
> > > ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja
> > > ini sedekah dari saya buat adik."
> > >
> > > Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu
> > > memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang
> > > meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu.
> > > "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah
> > > diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu
> > > berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau
> > > ambil saja ?"
> > >
> > > Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya
> > > sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih
> > > buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga
> > > pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu
> > > terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil
> > > usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya
> > > menjadi pengemis".
> > >
> > > Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak
> > > kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran
> > > seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa
> > > "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak
> > > kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya, bila dia
> > > tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan,
> > > adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi
> > > pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia
> > > melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan
> > > senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang
> > > terbaik dan menghasilkan wang.
> > >
> > > Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang
> > > dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan
> > > kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak
> > > kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan
> > > mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik.
> > > Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang
> > > erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang
> > > semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana
> > > wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan
> > > kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu,
> > > kalau kita kerjakan dengan sungguh sungguh, pastilah
> > > akan bererti besar.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 30, 2004 5:08:10 GMT 8
Nama baik dalam islam A. NAMA PENUH - MAKNA
Abu Bakar Nama Sahabat Ahmad Terpuji Adam Nama Nabi Anwar Amat bercahaya Amin Amanah Adnan Pendiam/Tunggal Azmi Cita-citaku 'Atha Pemberian
'Arifin Yang banyak mengetahui Abdul Hannan Hamba tuhan yang pengasih Abdul Ghani Hamba tuhan yang maha kaya Abdul Hamid Hamba tuhan yang maha terpuji Abdul Majiid Hamba tuhan yang maha terpuji Abdul Latif Hamba tuhan yang maha bertimbang rasa Abdul Halim Hamba tuhan yang maha berlemah lembut Abdul Ghaffar Hamba tuhan yang maha Pengampun Abdul Aziz Hamba tuhan yang Maha Gagah Abdul Malik Hamba tuhan yang maha memiliki Abdur Rahim Hamba tuhan yang maha mengasihani Abdur Rahman Hamba tuhan yang maha pemurah Abdullah Hamba tuhan Allah Abdul Samad Hamba Allah yang menjadi tumpuan Abdul Wafi Hamba Allah yang setia Abdul Wahab Hamba Allah yang memberi Abdul Wahid Hamba Allah yang Esa Abbas Nama Sahabat Nabi,berani,singa Abidin Yang beribadat Adnan Nama datuk nabi Afiq Yang mulia Ahhwaz Yang bersungguh-sungguh Aiman Yang bertuah Akmal Sempurna,sangat pandai Alim Yang mengetahui Alif Kawan rapat Aliuddin Ketinggian agama Aman Sentosa Amar Yang ramai zuriat Amin Yang Amanah,Yang dipercayai Aminuddin Pengamanah Agama Amir Putera,Ketua,Pemerintah Amiruddin Pembela Agama Amran Yang memakmurkan Anas Kemesraan,cinta,kasih Aniq Yang kacak lagi menawan hari Anis Yang mesra,teman setia Anwar Yang bercahaya Arman Harapan,aspirasi Asri Masaku,kemajuanku mengikut masa Atif Belas kasihan Azhar Yang berseri,yang gemilang Azam keazaman Azim Besar Azman Cita-cita,tekad Azmi Cita-citaku,tekadku Azmil Kawan rapat Azhari Yang berseri,Yang gemilang Azizan Yang mulia,yang kuat,kekasih Aziz Yang mulia,yang kuat,kekasih Azri Kekuatanku,penyokongku Azraei Nisbah Adibah Pendita Aminah Beramanah Asiah Keteguhan Amalina Harapan kami Amnah Aman sentosa Anisah Kacak/comel Aiman Keberkatan A'isyah Kehidupan A'liah Yang Tinggi A'dilah Yang Adil A'zizah Yang Mulia A'zimah Yang Berbahagia A'lawiah Ketinggian Adlina Keadilan kita Afifah Berbudi Bahasa Afrina Putih Kemerah-merahan Afiqah Sangat pemurah,sangat berpengatahuan Aida Keberuntungan Aiman Berkat Aina Mempunyai mata yang cantik Aisyah Hidup Bahagia Amalina Lanjut usi Amirah Puteri Ani Masak ranum Aniqah Cantik,lemah gemalai Arifah Yang mengetahui Aribah Cerdik,terpelajar Asiyah Penawar hati Atifah Bersimpati,penyayang Atikah Pemurah,berani,bersih Atiqah Yang mulia,yang dipilih Atuf Penyayang Azimah Agung,mulia Azizah Dihormati Azra Dara Azza Rusa Azmah Azam,cekal
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 30, 2004 16:47:24 GMT 8
Lelaki tidak mandi 18 tahun ;DBERLIN: Polis Berlin terpaksa campur tangan berikutan seorang lelaki enggan mandi atau bercukur sejak 18 tahun lalu, menurut laporan media, kelmarin. Lelaki selekeh yang hanya dikenali sebagai Mario itu turut membuat pengakuan tidak pernah menukar pakaian sejak 2001. Pegawai penyiasat berkata, mereka tidak rasa sangsi dengan dakwaan Mario berkenaan selepas dipanggil seorang pembersih corong asap yang menemui lelaki terbabit di sebuah rumah kosong. Pembersih itu sedang cuba mencari punca asap tersumbat di situ apabila terserempak dengan lelaki jalanan berkenaan. “Saya ingatkan terjumpa selonggok pakaian kotor di sudut rumah itu, tetapi tidak menyangka pula ia seorang lelaki yang bau badannya amat menjijikkan,” katanya kepada polis. Pegawai polis, Toralf Reinhardt memberitahu sebuah akhbar Berlin, dakwaan pembersih corong asap itu benar. “Sebaik tiba di situ, kami menemui Mario sedang terbaring dan menggigil seperti haiwan ketakutan. “Ia seperti memasuki tempat tinggal haiwan liar kerana baunya amat busuk,” katanya. Selepas menghabiskan semalaman di penjara polis, Mario dihantar ke hospital untuk rawatan. “Kami memanggil sekumpulan pencuci untuk menghilangkan bau busuk dari kereta peronda polis dan penjara itu,” katanya p/s:tak mandi pun kena tangkap..pelik!
|
|
|
Post by enigma on Jan 31, 2004 11:03:46 GMT 8
ye la..bila x mandi ..dia x de kebersihan diri...kalo sehari dua leh trime lg...ni sampai bertahun-tahun.....bau nya leh ganggu ketenteraman awam....so kene la tangkap!
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Jan 31, 2004 15:35:19 GMT 8
bayangkan,manusia tak mandi bertahun2!peh..busuk giler.. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2004 18:00:49 GMT 8
ade jugak org tak mandi bertahun2..kalo atok la..tak selesa kalo satu ari tak mandi..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 1, 2004 11:54:37 GMT 8
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah... .. Anak: Ayah... ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm... .nak tanya apa?
Anak: Ayah... berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih... !!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan... ..
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit... "
"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah... . sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
The moral of this story... Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..
Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... ..
Fikirlah... selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??
fikirkan la kalau dah ader anak tuh ;D
|
|