|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 3:53:39 GMT 8
"ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy
OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime
SHOPPING MATH
A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.
GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.
HAPPINESS
To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little.
To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.
LONGEVITY
Married men live longer than single men do, but married men are a lot more willing to die.
PROPENSITY TO CHANGE
A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
A man marries a woman expecting that she won't change, and she does.
DISCUSSION TECHNIQUE A woman has the last word in any argument.
Anything a man says after that is the beginning of a new argument.
HOW TO STOP PEOPLE FROM BUGGING YOU ABOUT GETTING MARRIED
Old aunts used to come up to me at weddings, poking me in the ribs and cackling, telling me, "You're next." They stopped after I started doing the same thing to them at funerals."
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 6, 2004 19:13:30 GMT 8
ha..tulah!byk sgt post..kan pening.. x pening...keliru jer...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 6, 2004 23:52:45 GMT 8
Tips for your first date =================
1.Turn up early. You won't make a good impression if you're half an hour late.
2.Meet in a public place. This is so that if your date is up to no good, you can run and escape easily.
3.Choose a restaurant/activity that you're comfortable with.
4.Do not wear too much perfume. Remember - you want to impress him, not kill him!
5.Try not to wear white clothes (especially if you're planning on eating laksa).
6.Do not be afraid of silence during conversations. It's ok if you cannot think of things to say.
7.Most importantly, be yourself! There's nothing worse than seeing someone who's trying to put on a mask and make themselves appear someone they're not.
Sometimes getting to know someone as a really good friend first before going out with him saves a lot of heartaches later. That's because you know all his strengths and weaknesses already!
Trust your instincts. Sometimes that voice deep down inside of you can tell you lots of things.
|
|
|
Post by enigma on Feb 7, 2004 8:21:34 GMT 8
7.Most importantly, be yourself! There's nothing worse than seeing someone who's trying to put on a mask and make themselves appear someone they're not.
ni yg penting....bg lelaki ...jgn nnk berlagak macho....bg pompuan plak...jgn nk control ayu lebih2....
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 7, 2004 11:11:05 GMT 8
7.Most importantly, be yourself! There's nothing worse than seeing someone who's trying to put on a mask and make themselves appear someone they're not.
ni yg penting....bg lelaki ...jgn nnk berlagak macho....bg pompuan plak...jgn nk control ayu lebih2.... a'ah...tul tue...saya setuju ngan pendapat kau tue...just show your true colour...
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 7, 2004 11:53:51 GMT 8
tips mengurangkan tekanan ====================
Terdapat beberapa tips yg kita blh amalkan btujuan mengurangkan tekanan kerja. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
5) Bersangka baik dengan Allah Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
8) Menangis dengan sepuas hati Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9) Hargai kebolehan diri sendiri Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
10) Cintai diri sendiri "Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapatdiselesaikan dengan jayanya.
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 3:06:33 GMT 8
atok dah post artikel kat atas ni...tak ingat pages bape!sbb..ade netterz yg mtk atok kuarkan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 9, 2004 19:43:15 GMT 8
atok dah post artikel kat atas ni...tak ingat pages bape!sbb..ade netterz yg mtk atok kuarkan.. ye ke?....gomenasai....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 9, 2004 20:50:14 GMT 8
kat dlm topic ni gak...nak di check..byk pages lak!
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 11, 2004 21:12:00 GMT 8
Anda ingin lebih cantik dan menarik # Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih. # Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis. # Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman. # Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan. # Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan. # Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah. # Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian". # Bedakkanlah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di dunia dan akhirat.
|
|
|
Post by enigma on Feb 11, 2004 22:25:25 GMT 8
insyaAllah...akan ku cuba jadi begitu...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 11, 2004 23:28:12 GMT 8
Tips Melupakan Kekasih Anonymous writes "1.Korang tulis 10 pucuk surat dan korang poskan kat diri korang sendiri, pastu balasler balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...
2.Jauhkan diri korang daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung
3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau wat sesi berkenalan tepi-tepi jalan.... Bukak ler warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..
4.Buat perusahaan menternak itek... Nanti bila itek korang bertambah, korang pasti akan lupa kat pasangan korang tu, sebab korang terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo korang....
5.Sibukkan diri korang dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah lebat nanti, korang carikk ajer yang lain, ngawin terus, senang idup tak yah susah-susah nak sakitkan kepala...
6.Korang pi ngadap cermin korang yang sememangnya setia ngan korang... Korang buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu korang gelak ler sendiri...
7.Ulang perbuatan nih sampai 3x Uhh huuu Uhh huuu...
8.Kalo korang still teringat kat pasangan korang tuh, korang pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, korang wat-wat terjatuh dari tangga, sampai korang terus ilang ingatan, nescaya ler.. korang akan luperkan terus pasangan korang tuh...dengan diri sendiri pun korang tak akan ingat lagi..
9.Kalo ingatan korang masih ada, pi jerk rumah jiran sebelah, minjam tukol, pastu korang wat ler tak tau sambil ketuk pala korang sendiri sampailer ilang ingatan...
NOTE: A.kalo jiran korang tak bagi minjam tukol, korang curikk jerk, pastu lari ler..takkan dok wat sesi berkenalan ngan jiran korang lak..
B.Kalo susah sangat... korang hantuk jerk pale korang tuh kat dinding ngumah, buat ler sampai korang rasa dah bosan dengan hantukan korang tuh...
10.Gantung gambor si-dia kat dinding .. korang kutuk, korang karate, gusti, giget, mamam, telan... wat ler pe-pe je asal ati rasa pueih..
11.Wat-wat giler kejap.. sajer layan perasaan sendirik.."
|
|
|
Post by enigma on Feb 11, 2004 23:39:33 GMT 8
berkesan ke ni tok?
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 12, 2004 0:14:11 GMT 8
berkesan la kot..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 13, 2004 21:39:20 GMT 8
khasiat bawang: 1. pening kepala: potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot: ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema: telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. susah hadam: rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.
5. serangan angin: campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.
6. serangan cacing: amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.
1. menghilangkan karat kepada pakaian: perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.`
2. hampas teh suburkan tanaman: taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
3. mengatasi sengal tulang: patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.
4 merawat kulit berkedut: parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.
5. daun puding atasi gatal: bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu.
6. legakan sakit gigi: celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.
7. segarkan mata: sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.
8. kunyit atasi hidung bayi tersumbat: Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.
9. kulit limau hilangkan bau badan: potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu.
10. engurangkan dengkur: tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.
11. cara menghilangkan ketuat: sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
12. menaikkan seri muka: basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.
13. mengelakkan nafas berbau: sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. minumlah air suam selalu.
14. limau nipis mewangikan rambut: potong dua biji limau nipis melintang. kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
15. mengelakkan cermin kenderaan kabur: basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi.
16. mengelak keguguran rambut: ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala se-eloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.
17. ubati bibir yang pecah: bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali.
18. menghilangkan kembong perut. ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.
19. atasi tumit pecah: gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi.
20. ubat sakit angin: kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir.
21. menghaluskan kulit muka: didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
22. melembutkan tapak kaki: ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya.
`23. mengatasi mabuk perjalanan jauh: bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.
24. menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung: belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu.
25. mencantikan telur rebus: rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu.
26. menghalau semut: masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.
27. mengelakkan lipas: ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.
28. mengelakkan sawang atau sarang laba-laba: bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu.
29. hilangkan lebam di bawah mata: sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.
30. menghilangkan bau mulut: tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali.
31. merawat sakit lecur: titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur.
32. meredakan batuk: rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin.
33. mengembalikan seri muka selepas bersalin: rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. se-eloknya pada waktu pagi dan malam.
34. mencantikan kulit janin: amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin.
35. mengembalikan kesegaran kepala: ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang.
36. menghaluskan kulit muka: bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas.
37. mencabut kutu babi: petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
|
|