Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 9:52:38 GMT 8
Arafat meninggal
PARIS: Yasser Arafat, 75, yang menjadi simbol perjuangan rakyat Palestin sejak empat dekad lalu, meninggal dunia di Hospital Tentera Percy, Clamart, di pinggir bandar raya ini semalam, sekali gus mencetuskan kebimbangan kemungkinan huru-hara di Asia Barat.
Kematiannya pada jam 3.30 pagi waktu tempatan (jam 10.30 waktu Malaysia) diumumkan Ketua Doktor hospital berkenaan, Christian Estripeau pada sidang akhbar.
Ketua pejabat Arafat di Ramallah, Palestin, Tayeb Abdelrahim, berkata kepemimpinan dan rakyat Palestin berkabung bersama dunia Arab dan seluruh manusia sejagat terhadap kehilangan presiden yang juga simbol nasionalisme moden dan wira kebebasan.
Sejak pertengahan minggu lalu, Arafat amat tenat dan terpaksa dibantu alat bantuan hayat.
Penyakit sebenar Arafat tidak pernah diumumkan tetapi pegawai Palestin sebelum ini menyatakan hati dan buah pinggangnya tidak berfungsi.
Arafat yang dilahirkan pada 1929 adalah pemimpin pejuang paling terkenal di dunia dan pernah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel, tetapi Israel tidak pernah mengiktirafnya dan menganggapnya sebagai pengganas.
Ketika masyarakat dunia mengucapkan takziah dan berkabung, Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon dan Presiden Amerika, George W Bush, menyifatkan kematian Arafat sebagai titik tolak yang membuka lembaran baru terhadap sejarah Asia Barat.
Pemimpin Palestin mengisytiharkan tempoh berkabung selama 40 hari dan bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh wilayah Palestin, manakala radio serta televisyen menyiarkan bacaan ayat suci al-Quran.
Jenazah Arafat diterbangkan dari Paris ke Kaherah, Mesir.
Upacara penghormatan terakhir mengikut istiadat tentera akan diadakan di Kaherah hari ini sebelum dikebumikan di ibu pejabat Pihak Berkuasa Palestin (Muqataa), di Ramallah.
Pegawai berkata, disebabkan larangan Israel dan wasiat Arafat untuk dikebumikan di pekarangan Baitulmaqdis, sekurang-kurangnya 10 guni tanah yang diambil dari sekitar Masjid al-Aqsa digunakan pada pengebumiannya.
Sementara itu, petang semalam, Speaker Parlimen, Rawhi Fattuh mengangkat sumpah sebagai Pemangku Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya.
Bekas Perdana Menteri, Mahmoud Abbas secara rasmi dilantik mengetuai Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) menggantikan Arafat, manakala Menteri Luar, Farouq Qaddumi sebagai ketua kumpulan Fatah. Perdana Menteri Ahmed Qorei pula kekal ketua kerajaan. – Agensi
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Israel yang bimbang kekacauan akan meletus di seluruh wilayah Palestin meningkatkan kepungan dan kawalan keselamatan, termasuk menghantar tentera tambahan ke seluruh kawasan Arab.
Sementara itu, beberapa kumpulan pejuang Palestin yang menuduh Arafat diracun oleh Israel mengancam meningkatkan serangan terhadap kepentingan Zionis.
Hamas, pergerakan utama pejuang Palestin semalam berikrar meningkatkan serangan terhadap Israel, manakala Briged al-Aqsa mahu menuntut bela terhadap kematian Arafat.
Di Gaza dan Lubnan, beribu-ribu penduduk memenuhi jalan raya meratapi kematian Arafat yang mereka anggap sebagai Bapa Nasionalisme Palestin. – Agensi
AL-FATIHAH....~~