|
Post by KomOt on Apr 5, 2004 17:22:45 GMT 8
die lelaki yang berunsurkan wanita... kawakwakw kira dia satu geng ngan fauzaniah la ni...hahahhaha... ;D
|
|
|
Post by kuzy on Apr 5, 2004 18:14:39 GMT 8
kira dia satu geng ngan fauzaniah la ni...hahahhaha... ;D ko yang cakap... aku blom lafazkan lagi...kawakwawk bahyelalu ni komot.... ;D
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 6, 2004 18:33:34 GMT 8
aku report ngan kroni2 fauzaniah....hwa hwa hwa
|
|
|
Post by KomOt on Apr 6, 2004 21:22:33 GMT 8
ek eleh..kaki report nye org..kuzy,feimau ni mesti geng ngan dia gak..
|
|
|
Post by kuzy on Apr 7, 2004 11:16:43 GMT 8
hoi.... ade sotong kat sini komot lari...kawakwakw ;D
|
|
|
Post by KomOt on Apr 7, 2004 14:16:48 GMT 8
hahahaha...bunuh la sotong tu..leh kita wat sotong bakar..
|
|
|
Post by kuzy on Apr 7, 2004 14:48:27 GMT 8
taknakla doo... ade bulu kaki..kawkawkaw
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Apr 7, 2004 20:47:45 GMT 8
taknakla doo... ade bulu kaki..kawkawkaw tepat sekali..ha..ha..feimua ko nyer bulu kaki pun dia org@komot dan kuzy) kecoh..minat lah tu..ha..ha..
|
|
|
Post by kuzy on Apr 8, 2004 11:58:12 GMT 8
ops...sori... tak minat... bulu kaki aku pun takterjaga.... ;D
|
|
|
Post by kuzy on Apr 8, 2004 12:02:08 GMT 8
TANDA KEBANGKITAN UMAT ISLAM
Tempoh terima kasih Syiah kepada AS luput
BUAT pertama kalinya selepas lebih setahun tentera penceroboh yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan rejim Saddam Hussein, helikopter-helikopter Apache digunakan semula untuk mematahkan penentangan terbaru yang dicetuskan oleh puak Syiah.
Siapa sangka, selepas menunjukkan sokongan terhadap fasa pertama kehadiran tentera penceroboh di Iraq, puak Syiah tiba-tiba bertindak garang.
Bukan sekadar memberontak, keganasan yang meletus di seluruh Iraq hujung minggu lalu menyaksikan 12 tentera marin AS dan seorang askar Sepanyol terbunuh. Usah dirujuk angka rakyat Iraq yang terkorban, mereka sudah lali.
Puak Syiah tidak bersendirian dalam siri pemberontakan yang ternyata berjaya mencuit kebimbangan di pihak Presiden AS, George W. Bush. Semacam bersepakat, penentangan yang sama dilancarkan oleh puak Sunnah, tidak ada pendapat yang mengatakan ia adalah satu kebetulan.
Natijahnya, tentera penceroboh secara serentak juga melancarkan serangan ke atas kedua-dua puak. Baik yang tinggal di Baghdad atau kawasan berhampiran, semuanya kini menjadi sasaran AS.
Apakah sebenarnya yang terjadi? Di sebalik ketegasan Bush kononnya untuk menyerahkan kuasa kepada rakyat Iraq dalam tempoh tidak sampai tiga bulan lagi, siri pemberontakan di luar jangkaan itu tiba-tiba meletus.
Malah pertempuran di Baghdad itu disifatkan paling buruk sejak rakyat Iraq dihujani oleh bedilan peluru setahun lalu.
Bukankah rakyat Iraq sepatutnya gembira kerana masa untuk mereka dibimbing oleh AS ke arah mentadbir negara sendiri semakin hampir. Bukankah tempoh setahun `dijajah' oleh tentera penceroboh menyebabkan mereka lupa cara untuk mentadbir negara sendiri? Sebab itu AS memerlukan tempoh peralihan sebelum rakyat Iraq boleh berkerajaan sendiri.
Penganalisis politik Asia Barat, Profesor Madya Dr. Mohammad Redzuan Othman menyifatkan perkembangan terbaru ini menandakan berakhirnya ucapan terima kasih puak Syiah kepada AS.
Jika setahun lalu, pemimpin-pemimpin Syiah berterima kasih kepada AS kerana menjatuhkan Saddam, ternyata pentadbiran Bush tidak pernah menghargai ucapan tersebut.
``Semua orang tahu, pemimpin-pemimpin puak Syiah bersikap berkecuali malah ada yang menyambut baik kehadiran tentera penceroboh di Iraq.
``Mereka mempunyai harapan serta impian yang tersendiri tetapi selepas setahun, impian itu tinggal mimpi,'' katanya.
Beliau tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa perkembangan fasa kedua kehadiran AS di Baghdad menunjukkan zaman berterima kasih kepada AS sudah berlalu.
Baik puak Syiah mahupun Sunnah kini membuka mata untuk melihat semula masa depan mereka yang sebelum ini disajikan dengan pelbagai janji yang terbukti kosong.
Kalau puak Syiah secara terang-terangan menunjukkan sikap menolak AS, puak Sunnah juga tidak terkecuali. Pelbagai faktor seperti pendirian kuasa besar itu terhadap isu Palestin, amalan pilih kasih serta layanan-layanan buruk ke atas penduduk Iraq membuktikan siapa AS sebenarnya.
Bukan sekali atau dua kali atau sepuluh kali rakyat Iraq diberi amaran mengenai matlamat utama pencerobohan tentera AS dan sekutunya di Iraq. Setelah terbukti Iraq tidak menyimpan senjata pemusnah besar-besaran, agenda AS semakin terserlah.
Kehadiran mereka di sebuah negara yang kaya dengan emas hitam itu bukan untuk mencari senjata tetapi demi menguasai pengeluaran minyak di Iraq.
Redzuan yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya menarik perhatian mengenai psikik rakyat Iraq yang sebenarnya tidak pernah senang berada di bawah pemerintahan orang lain.
Identiti rakyat Iraq memang begitu, mereka tidak mahu dilihat seperti dijajah kerana sejarah silam membuktikan mereka pernah menjadi kuasa yang hebat.
Dan apabila Iraq diceroboh dan dikuasai oleh tentera penceroboh, sentimen ini timbul semula menyebabkan mereka yang selesa di fasa awal kehadiran AS dan sekutunya mula menunjukkan penentangan di fasa kedua.
Ditanya sama ada penentangan terbaru itu akan mencetuskan suasana lebih buruk, Redzuan tidak menolak malah menjangkakan lebih daripada itu.
Jika ada pihak meramalkan keadaan di Iraq bakal menyamai Afghanistan, pensyarah di Jabatan Sejarah itu pula berpendapat senario yang bakal disaksikan di negara yang mencatatkan sejarah awal tamadun manusia itu akan menjadi lebih buruk.
Jelas beliau, rakyat Iraq yang telah masak dengan beberapa siri peperangan menjadikan mereka kelompok yang mempunyai kemahiran untuk berperang.
Pengalaman berperang selama 20 tahun dengan musuh-musuh yang berlainan seperti Kuwait dan Iran menyebabkan rakyat Iraq tegar dan sanggup berbuat apa sahaja.
Malah bekalan senjata yang mudah diperoleh di Iraq membuka peluang yang amat luas untuk mencetuskan serangan ala gerila yang pastinya menimbulkan masalah amat besar kepada AS.
``Serangan urban guerilla ini sememangnya sukar ditangani berbanding serangan moden yang dilancarkan secara besar-besaran untuk menjatuhkan sesebuah negara.
``Oleh kerana tentera AS amat bergantung kepada teknologi moden dan tenteranya sendiri tidak jelas matlamat sebenar peperangan, serangan yang bakal dilancarkan pasti sesuatu yang sukar kepada AS,'' katanya.
Justeru bukanlah sesuatu yang mustahil jika dunia terpaksa mengikuti satu lagi siri pergolakan yang pastinya disusuli dengan pembunuhan demi pembunuhan.
Dan pertimbangan pentadbiran Bush untuk menghantar lebih 130,000 askar yang pernah mengambil bahagian menjatuhkan kerajaan di Iraq membuktikan bahawa AS turut menjangkakan pertumpahan darah yang lebih dahsyat akan berlaku.
Malah, ulama radikal Syiah, Moqtada al-Sadr yang kini berhadapan dengan waran tangkap kerana disyaki dalang di sebalik pemberontakan itu juga telah mengisytiharkan kesediaannya untuk bermandi darah.
Rakyat Iraq kini mencongak bentuk amalan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh AS kerana apa yang dilaksanakan di Baghdad adalah sebaliknya.
Di sebalik tanggungjawab tentera penceroboh mewujudkan suasana aman di Iraq, kemunculan aksi-aksi penentangan ini menimbulkan tanggapan bahawa AS mahu menangguhkan penyerahan kuasa kepada rakyat Iraq.
AS secara terang-terangan menunjukkan niat jahatnya, dan rakyat Iraq terpaksa mempertahankan hak mereka menerusi apa cara sekali pun.
ADAKAH SOKONGAN SYIAH KPD US TERMASUK SOKONGAN POLITIK, SENJATA MODEN DAN KESELAMATAN WILAYAHNYA.... DIIBARATKAN SEPERTI GUNTING DALAM SELIMUT?
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 9, 2004 13:58:12 GMT 8
hahahaha...bunuh la sotong tu..leh kita wat sotong bakar.. sotong sbarang sotong yek...bulu pun...eiii idaman pompuan tau...ade rahsia disebalik bulu tau...korang je pdg remeh...hwa hwa hwargghhhh
|
|
toys
Junior Student
eeeee...sapa nak kwn ko tak malu
Posts: 127
|
Post by toys on Apr 9, 2004 14:04:10 GMT 8
woi apahal bulu ko pun org lain kecoh2, simpan diam2 dah arr. sentimentel value tu....beb ko tau aku pun tak tau..hahhha hak tiu pui
|
|
|
Post by feimaumania on Apr 9, 2004 14:15:12 GMT 8
tu psal la aku bg tau...hahahahhaakkk tuiiiiii wekkkkzzzz
|
|
toys
Junior Student
eeeee...sapa nak kwn ko tak malu
Posts: 127
|
Post by toys on Apr 9, 2004 16:00:25 GMT 8
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT :
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "YaRasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang.
Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang elah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : 1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah. 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. 3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
|
|
|
Post by atokENSEM on Apr 10, 2004 1:21:33 GMT 8
good artikel...panduan utk umat islam di dlm dunia..
|
|