shah
New Student
Posts: 5
|
Post by shah on Jan 18, 2004 1:15:11 GMT 8
Biarkan kegagalan yang lalu berlalu.....tetapi selagi masih ada langit dan bumi, berjuanglah untuk mencapai segala matlamat anda.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 18, 2004 6:29:43 GMT 8
Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk indah..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 19, 2004 0:58:36 GMT 8
Hidup memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan kekuatan, Kekuatan memerlukan keyakinan, Keyakinan menentukan kejayaan, Kejayaan membawa kebahagiaan...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 20, 2004 2:42:18 GMT 8
Hey, That's No Way To Say Goodbye
I loved you in the morning, our kisses deep and warm, your hair upon the pillow like a sleepy golden storm, yes, many loved before us, I know that we are not new, in city and in forest they smiled like me and you, but now it's come to distances and both of us must try, your eyes are soft with sorrow, Hey, that's no way to say goodbye. I'm not looking for another as I wander in my time, walk me to the corner, our steps will always rhyme you know my love goes with you as your love stays with me, it's just the way it changes, like the shoreline and the sea, but let's not talk of love or chains and things we can't untie, your eyes are soft with sorrow, Hey, that's no way to say goodbye. I loved you in the morning, our kisses deep and warm, your hair upon the pillow like a sleepy golden storm, yes many loved before us, I know that we are not new, in city and in forest they smiled like me and you, but let's not talk of love or chains and things we can't untie, your eyes are soft with sorrow, Hey, that's no way to say goodbye.
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 20, 2004 21:07:35 GMT 8
Motivasi Diri: Petua 1: Jangkakan Kejayaan (10 Petua Membina Sikap Positif ) Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D ----------------------------------------------------------------------- Sikap terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya termasuklah faktor ibu bapa, budaya, ugama, bahan media cetak dan elektronik, idola, pemakanan, dan sebagainya (Lihat artikel Sikap Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat lihat terdapat cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa yang kita lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan kepercayaan dalam diri kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini akan mempengaruhi tindakan dan tindakbalas kita. Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang menyebut perkataan JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu mungkir janji tetapi majoritinya begitulah. Apakah secara kebetulan juga apabila ada yang berkata AUTA KELING? Memang tidak semua india begitu tetapi majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut terjadi kerana adanya persamaan dari aspek pemakanan dan budaya dalam sesuatu bangsa. Tambahan pula kita membesar dengan meniru mereka yang terlebih dahulu dewasa dari kita. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sekiranya positif pegangan hidup kita maka postif jugalah nanti natijah dari tindakan kita. Seterusnya positiflah sikap kita. Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama saya Petua 1: Jangkakan kejayaan. Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang. Petua 3: Ubah penampilan diri. Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya. Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan. Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu. Petua 7: Kejayaan silam membarai diri. Petua 8: Saranan diri positif. Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif. Petua 10: Pelaziman minda. Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan ialah apa yang anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula ialah respon anda terhadap apa yang berlaku atau terjadi atas diri anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda sebenarnya berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan kembali bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari? Jalan mana anda ambil ke tempat kerja setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari arahan-arahan tersebut datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar. Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan setiap hari, bukannya apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu sangatlah penting agar tindakan dan tindakbalas spontan anda setiap hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan tindakbalas anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda. Kalau tindakan dan tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia tidak menguntungkan anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa jangkakan kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda membawa anda kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat anda. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di California. Guru-guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran maka mereka hanya akan diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ tinggi sahaja pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa dipilih melalui satu ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan dalam kelas guru-guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun banyak rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat kerana mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua sekolah sendiri telah memberitahu guru-guru ini iaitu walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap terpaksa bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup membanggakan, para pelajar telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan. Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu. Mereka sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar dan guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang dan diberikan pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan. Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Menjangkakan kejayaan itu milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam. Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan kehebatan itu akan terserlah bila tiba masanya nanti.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 21, 2004 0:22:07 GMT 8
Motivasi Diri: Petua 1: Jangkakan Kejayaan (10 Petua Membina Sikap Positif ) Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D ----------------------------------------------------------------------- Sikap terbina dari pelbagai faktor dan pengaruh. Diantaranya termasuklah faktor ibu bapa, budaya, ugama, bahan media cetak dan elektronik, idola, pemakanan, dan sebagainya (Lihat artikel Sikap Penentu Kejayaan). Atas dasar inilah maka kita dapat lihat terdapat cara fikir yang berbeza dalam sesuatu kaum atau bangsa. Apa yang kita lihat, dengar dan alami pastinya akan membentuk pegangan dan kepercayaan dalam diri kita. Kepercayaan dan pegangan hidup ini akan mempengaruhi tindakan dan tindakbalas kita. Cuba perhatikan, apakah hanya secara kebetulan apabila orang menyebut perkataan JANJI MELAYU? Memang tidak semua orang melayu mungkir janji tetapi majoritinya begitulah. Apakah secara kebetulan juga apabila ada yang berkata AUTA KELING? Memang tidak semua india begitu tetapi majoritinya kita sendiri tahu. Perkara tersebut terjadi kerana adanya persamaan dari aspek pemakanan dan budaya dalam sesuatu bangsa. Tambahan pula kita membesar dengan meniru mereka yang terlebih dahulu dewasa dari kita. Bak kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sekiranya positif pegangan hidup kita maka postif jugalah nanti natijah dari tindakan kita. Seterusnya positiflah sikap kita. Untuk membina sikap positif dalam diri, anda boleh amalkan 10 PETUA yang disenaraikan dibawah. Amalkannya setiap masa dan dimana sahaja sehingga ia menjadi tabiat baru anda. Setiap minggu dari sekarang saya akan bincangkan salah satu dari 10 Petua ini. Tetap bersama saya Petua 1: Jangkakan kejayaan. Petua 2: Lakunkan watak orang cemerlang. Petua 3: Ubah penampilan diri. Petua 4: Berkawan dengan orang berjaya. Petua 5: Dalami ilmu kecemerlangan. Petua 6: Fokus kepada apa yang anda mahu. Petua 7: Kejayaan silam membarai diri. Petua 8: Saranan diri positif. Petua 9: Soal diri dengan soalan yang positif. Petua 10: Pelaziman minda. Anda sebenarnya boleh memilih tindakan dan tindakbalas anda. Tindakan ialah apa yang anda lakukan atau usahakan, tindakbalas pula ialah respon anda terhadap apa yang berlaku atau terjadi atas diri anda. Sebahagian besar tindakan dan tindakbalas anda sebenarnya berlaku secara spontan mengikut kebiasaan atau tabiat. Cuba fikirkan kembali bagaimana anda butangkan baju anda setiap hari? Jalan mana anda ambil ke tempat kerja setiap pagi? Air apa yang anda minum untuk sarapan? Tanpa anda sedari arahan-arahan tersebut datang tanpa anda sedari dari minda bawah sedar. Kejayaan dan kegagalan ditentukan oleh perkara yang anda lakukan setiap hari, bukannya apa yang dilakukan sekali-sekala. Oleh itu sangatlah penting agar tindakan dan tindakbalas spontan anda setiap hari menjana sikap positif dalam diri. Tindakan dan tindakbalas anda menggambarkan sikap anda. Sikap anda pula berdasarkan cara anda lihat kehidupan yang bakal anda lalui dalam fikiran anda. Kalau tindakan dan tindakbalas spontan anda adalah negatif, maka ia tidak menguntungkan anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengubahnya. Antara cara yang boleh anda lakukan ialah sentiasa jangkakan kejayaan itu milik anda. Lihat yang perjalanan usia anda membawa anda kepada sesuatu yang besar dan bermakna kepada diri, keluarga dan masyarakat anda. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita lebih sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia. Tidak lama dahulu satu kajian telah dilakukan di sebuah sekolah di California. Guru-guru telah diberitahu, disebabkan kecemerlangan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran maka mereka hanya akan diberikan murid-murid yang mampu cemerlang dan berIQ tinggi sahaja pada tahun hadapan. Buka sahaja sessi sekolah yang baru, para pelajar yang akan menduduki kelas guru cemerlang tersebut terpaksa dipilih melalui satu ujian IQ yang khusus. Satu kumpulan pelajar yang telah berjaya dalam ujian IQ ini dan masukkan dalam kelas guru-guru tersebut. Mereka telah mengajar dengan bersungguh-sungguh dan murid juga memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh. Walaupun banyak rintangan dan cabaran, namun guru-guru tidak pernah patah semangat kerana mereka yakin murid-murid ini mampu berjaya. Malah pengetua sekolah sendiri telah memberitahu guru-guru ini iaitu walaupun para pelajar ini berIQ tinggi, mereka tetap terpaksa bertungkus lumus disebabkan mempelajari sesuatu yang baru memerlukan usaha yang gigih. Apabila peperiksaan dijalankan, hasilnya cukup membanggakan, para pelajar telah menghasilkan pencapaian seperti yang dijangkakan. Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah sebenarnya guru-guru telah ditipu. Mereka sebenarnya tidak diberikan pelajar yang berIQ tinggi. Ujian IQ yang diadakan hanya sekadar gimik semata-mata. Para pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang sederhana sahaja pencapaiannya. Apa yang telah berlaku? Kenapa pelajar ini tetap boleh cemerlang? Perubahan yang berlaku ialah JANGKAAN KEJAYAAN dalam diri pelajar dan guru-guru. Guru-guru menjangkakan bahawa mereka pasti mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini disebabkan mereka sememangnya telah diakui sebagai guru cemerlang dan diberikan pelajar yang bagus-bagus pula. Pelajar pula, setelah mengetahui keputusan ujian IQ, merasakan yang mereka baru menyedari suatu kehebatan yang selama ini mereka sendiri tidak pernah tahu. Mereka percaya bahawa otak mereka bijak. Mereka bersungguh-sungguh untuk membuktikan sememangnya mereka bijak. Ditambah dengan kesungguhan guru-guru tadi, segala harapan bertukar menjadi kenyataan. Oleh itu jangan berputus asa mengharapkan rahmat dari Allah. Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Menjangkakan kejayaan itu milik anda membuatkan anda tidak putus asa. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai hasrat, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan anda. Lihat diri anda yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam. Ingat! Jangkakan kehebatan dalam diri anda dan diri orang lain dan kehebatan itu akan terserlah bila tiba masanya nanti. nie kan da awk post
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 21, 2004 0:35:37 GMT 8
Motivasi Diri: Sikap Penentu Kejayaan Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D ------------------------------------------------------------------ Lebih kurang 25 tahun yang lalu, iaitu 1974, masyarakat melayu telah gempar dengan lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan. Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini. Tetapi pada 25 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan. Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke kampungnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya pelakun kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd. Sohkeri Hadapi Aziz ini. Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau menjadi doktor atau pensyarah muda. Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau telah didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983). Inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan 25 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya. Beliau jauh sekali dari dikatakaan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap Pastinya lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka sekadar berpuashati dengan Gred 2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih teruk sehingga mendapat SAP. Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha. Sentiasa tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan JE boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan dan masa depan. Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru. Antara sumber-sumbernya ialah: *Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola *Pengaruh media - TV, radio, internet *Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku. *Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan *Peristiwa silam - besar atau kecil *Pengalaman Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek. Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar. Maka sikap panas baran bapa tidak ditiru oleh anak ini kerana dia dapat menilai bahawa sikap itu tidak menguntungkan sesiapa. Dalam keadaan ini, pengaruh guru lebih besar atas diri anak ini dalam konteks tersebut. Jadi seorang anak membesar dengan meniru tingkah laku orang lain. Sikap-sikap negatifnya mungkin diperolehi daripada gabungan pelbagai sumber. Pemarah macam ayah, boros macam emak, malas macam abang, pakaian macam artis, buang masa macam rakan-rakan dan sebagainya. Begitu juga dengan sikap positifnya juga ditiru dari orang lain. Berani macam ayah, bercakap benar macam emak, suka mencuba macam abang, gigih macam artis pujaan dan hormat ibu bapa macam rakan. Satu kelemahan otak ialah ia menerima segala maklumat yang dilihat dan didengar ini, sama ada positif atau negatif, tanpa sekatan. Apabila maklumat yang sama diterima berulang-ulangkali maka sedikit sebanyak mula terbentuk kepercayaan dalam diri bahawa tidak salah untuk menerima pakai atau meniru cara orang lain ini. Keadaan ini berlaku di bawah kesedaran seseorang. Ia berlaku dalam tempoh masa yang panjang sebelum menjadi lazim dalam pemikiran. Setelah ia menjadi kebiasaan segala tindak balas kita menjadi spontan dan kerap kali tindakan kita diluar kawalan diri. Bolehkah sikap diubah? Sikap yang negatif boleh diubah kepada positif hampir serta merta. Misalnya anda membonceng motisikal rakan. Rakan anda membawa motisikal dengan laju dan gopoh-gapah. Anda tumpang seronok. Akibatnya berlaku kemalangan dan rakan anda mati ditempat kejadian. Ketika itu juga anda berkemungkinan besar mula mengubah sikap anda apabila membawa motosikal. Walau pun ia berlaku hanya sekali dalam kehidupan, tetapi pengalam tersebut cukup menyakitkan dan menyedihkan. Ia mengubah cara fikir anda serta merta. Sikap anda juga berubah serta merta. Sebenarnya untuk berubah anda tidak memerlukan masa yang panjang. Masa yang panjang sebenarnya untuk kita mengumpul maklumat dan membina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. Setelah anda membuat keputusan, perubahan berlaku serta merta. Masa yang panjang ini sebenarnya boleh disingkatkan dengan syarat anda mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyokong kepercayaan anda untuk berubah itu sekarang. Anda perlu mendapatkan maklumat dari orang yang boleh memberikannya kepada anda. Sekiranya anda seorang pelajar, kursus Motivasi Alihan Pelajar salah satu tempat yang terbaik untuk anda mendapatkan maklumat ini. Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap ibarat pakaian yang boleh dipilih untuk disarungkan kebadan. Bagaimana mudahnya menukar pakaian begitu juga mudahnya mengubah sikap. Dengan syarat tahu rahsia dan kaedahnya. Untuk berubah sikap, setiap kepercayaan dan pegangan hidup yang negatif perlu digugat, dicabar, dibenci dan kemudiannya digantikan dengan alternatif yang baru. Proses ini lebih mudah dilakukan sekiranya dibantu oleh seseorang yang pakar dalam bidangnya. Perhatikan sejenak, adakah sikap anda selama ini membolehkan anda menggunakan sepenuhnya potensi diri yang ada pada diri anda? Setiap kali guru memberikan markah ujian, cuba tanyakan diri anda, adakah ini yang terbaik boleh dilakukan oleh anda? Kalau tidak, apa yang menghalang anda melakukan yang terbaik? Tiada yang menghalang kecuali diri anda sendiri. Kalau anda tidak mengubah sikap dan cara fikir anda sekarang, anda juga pastinya mencapai sesuatu yang serupa 5 - 10 tahun yang akan datang. Yang berubah ketika itu mungkin lokasi anda, rakan-rakan anda dan fizikal luaran anda tetapi dalamnya tetap sama. Kalau sekarang anda gagal di sekolah maka 5-10 tahun akan datang anda bakal gagal pula dialam pekerjaan. Sebab itulah anda perlu berubah, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang! Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri".
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 21, 2004 0:36:17 GMT 8
Motivasi Diri: Prinsip-prinsip Kejayaan. (Bahagian 1) Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D---------------------------------------------------------------------- Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan. Bertanggung jawab sepenuhnya. Yang pertama, anda perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap siapa anda, apa yang anda capai dan dimana anda berada hari ini. Anda perlu menerimanya, walaupun pahit, tanpa menyalahkan orang lain dan persekitaran. Sekiranya anda tidak mencapai apa yang anda inginkan maka andalah yang bersalah, kalau bukan anda maka siapa lagi? Maknanya kalau anda tidak mengawal haluan hidup anda maka orang lain akan menggunakan segala kebolehan dan potensi yang ada pada diri anda. Hanya dengan anda mengakui hakikat yang penting ini, maka barulah anda boleh menjelajah kehidupan ini dengan lebih berkeyakinan. Anda tahu yang anda punya pilihan lain, selain dari apa yang anda lakukan setiap hari. Ingat, "Hanya anda sahaja yang boleh mengubah hidup anda, bukan orang lain". Mari kita tinjau bagaimana Kolonel Sanders, orang yang mencipta resepi ayam goreng Kentucky Fried Chicken mencipta nama dan kejayaan. Kol. Sanders bersara pada usia 65 tahun. Ketika menerima duit pencen pertamanya, Kol. Sanders merasa cukup kecewa. Beliau tidak menyalahkan orang lain kecuali dirinya terhadap jumlah kecil yang diperolehinya. Beliau seterusnya memutuskan untuk memajukan resepi ayam goreng milik keluarganya kepada sebuah restoran. Malangnya, hasrat beliau ditolak. Adakah beliau berputus asa?? Tidakkk... beliau terus mengubah resepinya dan berjumpa dengan lebih ramai orang... orang ke-10 kata tidakk.... orang ke-100 kata tidakkkk... orang ke-1000 juga kata tidakkk... Tetapi orang ke-1008 kata ... "YA..RESEPI ANDA BAGUS". Sembilan tahun kemudian, setelah bisnesnya maju, Kol. Sanders telah menjual bisnesnya dengan harga US$2,000,000. Itulah ganjarannya bagi orang yang gigih dan sabar. Ganjaran bagi mereka yang mula mengubah haluan hidup setelah menyedari bahawa dialah yang bertanggung jawab atas siapa dirinya hari ini; dan dialah juga yang bertanggung jawab untuk memperbaiki pencapaiannya. Tanpa ciri-ciri ini Kol. Sanders mungkin merasa cukup sekadar menerima habuan pencen bulanan semata-mata. Anda juga pasti mahukan kejayaan. Adakah anda telah berusaha ribuan kali seperti cerita Kolonel Sanders di atas??? Jauh panggang dari api. Ramai pelajar sekolah yang apabila menyelesaikan masalah matematik, sains dan lain-lain yang agak susah, hanya mencubanya setakat beberapa kali sahaja. Tidak sampai pun 10 kali. Inikah cara usaha anda yang impikan kejayaan? Ingatlah setiap masalah itu datang dengannya penyelesaian. Setiap cabaran itu datang dengannya habuan dan pulangannya. Teruslah berusaha... bukan setakat sekali, sepuluh kali..malah ratusan dan ribuan kali.. Sedikit perbezaan membawa hasil besar. Yang kedua, untuk mendapat sepuluh kali ganda kejayaan daripada orang lain bukanlah bermakna anda perlu sepuluh kali lebih gigih, lebih kuat atau lebih bijak dari mereka. Anda hanya perlu berbeza sedikit daripada mereka sekeliling anda. Berbeza cara fikir, berbeza cara bertindak dan berbeza dalam menerima kenyataan hidup. Fokuskan minda anda untuk lebih baik sedikit daripada manusia biasa. Ini membolehkan anda memperolehi pencapaian yang luarbiasa, yang tidak terfikir oleh manusia biasa. Cuba perhatikan peristiwa dibawah ini. Dalam satu perlumbaan kuda, kuda yang memenangi tempat pertama akan mendapat wang tunai RM100,000 ringgit. Kuda ditempat kedua pula mendapat RM20,000 ringgit. Kuda ditempat pertama mendapat ganjaran lima kali ganda lebih besar dari kuda yang kedua. Adakah ini juga bermakna kuda pertama 5 kali ganda lebih laju dari kuda yang kedua? Atau kuda pertama berlatih 5 kali ganda lebih bersungguh-sungguh dari kuda kedua? Atau kuda yang pertama ditunggangi oleh orang yang 5 kali lebih mahir dari kuda yang kedua? Jawapannya pasti sahaja TIDAK. Kuda pertama mungkin mendahului kuda kedua sekadar satu langkah sahaja ke garisan penamat. Ada ketikanya rakaman video perlu dilihat untuk menentukan pemenang. Mungkin kuda pertama mendahului seinci sahaja dari kuda kedua. tetapi seinci ini memberikan pulangan 5 kali ganda lebih besar! Begitulah juga dalam hidup ini. Anda perlu berusaha lebih sedikit dari orang sekeliling anda untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Persepsi membentuk diri. Yang ketiga ialah persepsi anda. Iaitu bagaimana anda melihat sesuatu yang berlaku terhadap anda dan disekeliling anda. Kehidupan bukanlah nasib tetapi lebih kepada pilihan. Anda boleh memilih untuk senang atau susah. Apabila anda memilih untuk hidup senang, dan sanggup berkorban untuk kesenangan maka tiada sesiapa pun yang boleh menghalang kehendak anda. Persepsi anda terhadap sesuatu natijah pastinya mempengaruhi emosi anda. Seterusnya ia akan mempengaruhi tindakan anda dan seterusnya pula menentukan hasil iaitu natijah dari tindakan tersebut. Turutan ini boleh dilihat dalam carta alir dibawah Dalam rajah ini, emosi anda terhadap apa sahaja yang berlaku terhadap anda bergantung kepada cara fikir yang terbentuk secara spontan. Apa perasaan anda apabila rakan anda tidak menunaikan janjinya untuk hadir dalam satu mesyuarat yang cukup penting? Saya yakin anda akan marah dan kecewa. Ini disebabkan anda fikir bahawa rakan anda tidak boleh diharap. Tidak berpegang pada janji. Suka menyusahkan orang lain dan sebagainya. Tetapi cuba ubah cara fikir anda sekarang. Cuba fikirkan, jangan-jangan ada kemalangan. Jangan-jangan ada yang jatuh sakit atau kematian. Bagaimana emosi anda sekarang? Adakah anda masih marah dan kecewa? Pasti tidak. Emosi anda kini berubah menjadi risau dan bimbang. Tindakan yang anda ambil bergantung kepada emosi anda. Emosi yang terbentuk pula dipengaruhi oleh cara fikir anda. Akhirnya hasil yang anda perolehi sebenarnya tidak lain dan tidak bukan, bergantung kepada cara fikir atau persepsi anda. Oleh itu, mulai saat ini mulalah pilih cara fikir yang menguntungkan anda. Yang membuatkan anda kelihatan hebat. Islam sendiri melarang kira berburuk sangka dan banyak bersabar. Ingat setiap apa yang berlaku mengandungi hikmah Allah yang tersembunyi. Janganlah lagi menjadi orang yang bertindakbalas secara spontan kepada keadaan dan persekitaran. Sebab tindakbalas spontan ini kebiasaannya merugikan kehidupan anda. Ingatlah, kehidupan yang tergambar dalam kotak fikiran anda adalah kehidupan yang akan anda tempuhi. Ada orang tetap bersemangat walaupun berpuluh kali gagal sebab mereka tahu setiap kegagalan itu datang bersamanya pengajaran yang cukup bermakna. Ubah cara fikir anda. Ubah perancangan dan tindakan anda. Setiap kali gagal, cuba SEKALI LAGI menggunakan pendekatan baru. Ingat, Kolonel Sanders gagal lebih seribu kali. Apa yang anda perlu lakukan ialah berusaha lebih sedikit daripada manusia biasa untuk menjadi manusia luar biasa. Seterusnya mencapai kejayaan berlipat kali ganda seperti kisah lumba kuda tadinya. mana ader saya pernah post....tue baru saya post...kat thread nie, saya baru jer ader 3 post termasuk yg baru saya post tue...lau x caya, sweetgirlz leh check....dan tajuk yg saya post tue lain2....sila rujuk quote di atas....saya ader post 2 kali x benda yg sama? .....nie mesti sweetgirlz x baca nie.... ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 21, 2004 0:46:25 GMT 8
mana ader saya pernah post....tue baru saya post...kat thread nie, saya baru jer ader 3 post termasuk yg baru saya post tue...lau x caya, sweetgirlz leh check....dan tajuk yg saya post tue lain2....sila rujuk quote di atas....saya ader post 2 kali x benda yg sama? .....nie mesti sweetgirlz x baca nie.... ;D mayb la kut!coz sy ni jarang online..
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 21, 2004 0:54:01 GMT 8
mayb la kut!coz sy ni jarang online.. x pe, kita kadang2 pun buat kesilapan gak...kita nie manusia biasa....0-0 yerk....hehehehe ;D
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Jan 22, 2004 22:57:51 GMT 8
aku terdetik nak ucap tahniah kat ko STRIDER sbb hati aku nak wat cam tu..ader ekbenaran benda tu sumer...mmg peniaga cina sentiasa maju ke depan krn sikap positif dlm diri..namun peniaga melayu tak harus di persalahkan krn perumpamaan ni "krn nila setitik rosak susu sebelanga"
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Jan 22, 2004 22:59:03 GMT 8
aku terdetik nak ucap tahniah kat ko STRIDER sbb hati aku nak wat cam tu..ader ekbenaran benda tu sumer...mmg peniaga cina sentiasa maju ke depan krn sikap positif dlm diri..namun peniaga melayu tak harus di persalahkan krn perumpamaan ni "krn nila setitik rosak susu sebelanga"
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 23, 2004 5:16:31 GMT 8
Tolong ambil masa dua minit utk membaca ini..Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-) Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih... Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lalaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah... " Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... " " Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..." "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..." "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran" "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia" "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak? Wallahualam..
|
|
|
Post by TwinHead-FOREIGNER on Jan 24, 2004 13:12:55 GMT 8
Do This Daily. Keep Your Mind Sharp
-------------------------------------------------------------------- Exercise every day, and you're more likely to keep your mind sharp well into old age. Staying physically fit throughout your life is not only good for your body, but also it's the perfect prescription for your mind and memory. -------------------------------------------------------------------- Researchers from the V.A. Medical Center in San Francisco found that adults who were the most fit at the start of a six-year study maintained their mental sharpness over time and did better in tests of their mental function conducted years later than did their less physically fit peers, reports Reuters.
"Physical activity appears to be good for the brain as well as the body," study author Dr. Deborah E. Barnes, told Reuters. "Older adults with higher levels of cardiorespiratory fitness experience a slower rate of cognitive decline over time." --------------------- The experiment: --------------------- Cardiorespiratory fitness reflects how well the heart and lungs process oxygen during exercise. In this study, the researchers gave 349 adults aged 55 and older a treadmill test to measure their cardiorespiratory fitness, as well as a mental function test that required them to register and recall words and follow instructions. No one had any symptoms of cardiovascular disease, physical disability, or mental impairment at the start of the study. --------------- The results: --------------- Those who were most fit at the beginning of the study were also the least likely to experience mental decline over the six-year period, while those who were the least fit were also more likely to suffer a mental decline as time went on. -------- Why? -------- A person who has cardiorespiratory fitness may also be at a lower risk for cardiovascular disease, high blood pressure, and diabetes, all of which are known to be associated with poor mental function in older adults. In addition, cardiorespiratory fitness may be directly associated with blood flow in the brain. Reduced blood flow to the brain has been linked to lower mental function in both Alzheimer's disease patients and normal older adults, reports Reuters.
The study findings were published in the Journal of the American Geriatrics Society.
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 25, 2004 5:06:29 GMT 8
selembar bulu mata
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu. "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu, ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."
|
|