Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini
menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru
yang paling digeruni telah masuk ke dalam
kelas.
Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada
Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah
pelajaran cikgu ini.
Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi
sahaja?Petang dan malam awak doakan saya
tak selamat?
Murid-murid: Selamat pagi,petang dan malam
cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan
penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi
semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan
perkataannya, kamu semua mesti menjawab
dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan
itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: Umno!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KEADILAN betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya
keluar.)
Sebentar kemudian, loceng pun berdering.
Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling
ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau
bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana
telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu
tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti
akan datang lagi.