|
Post by KomOt on Oct 4, 2004 11:02:45 GMT 8
Alkisah..... Seorang lelaki melayu ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburuberuang. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi ..
Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah .. makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn .."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.
Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. Amin!"
beriman betul beruang tu...nak makan lelaki tu pun baca doa dulu...ehehe
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 20:31:00 GMT 8
Kuburnya digali semula......
Jenazah Latip yang mati dibunuh itu diusung ke tanah perkuburan oleh orang-orang kampung. Sewaktu jenazah tersebut hendak dikebumikan, hujan turun mencurah-curah dengan tiba-tiba. Maka, segala kerja terpaksalah dilaksanakan dengan pantas kerana semakin lama hujan tersebut semakin lebat.
Malam itu Derus tak dapat melelapkan matanya. Nak duduk salah, berdiri pun salah. Akhirnya Derus nekad. Tepat pukul 12 tengah malam, Derus mengambil beberapa peralatannya dan terus menuju ke kawasan perkuburan. Sasarannya hanya satu, kubur Latip!
Dengan tenang, Derus menyalakan lampu pelitanya dan dia pun memulakan kerja menggali semula kubur tersebut. Peluh dingin tak henti-henti mengalir dari badannya...... namun Derus masih lagi dengan nekadnya. Dia menguatkan semangatnya dan terus menggali kubur Latip yang masih baru itu.
KUK!! Mata cangkul Derus mengenai sesuatu. Derus tahu dia sudah hampir sangat dengan mayat Latip. Derus harus berhati-hati. Separuh dari usahanya kini telah berjaya.
Derus melompat naik ke atas semula untuk berehat seketika. Sejurus kemudian, dia melompat ke dalam kubur semula sambil tangan kanannya memegang kemas sebatang lilin yang sudah sedia terpasang. Derus meninjau-ninjau keadaan di sekitar tempat jenazah Latip disemadikan sambil sekali-sekala tangannya menguis-nguis tanah di sekitar tempat persemadian tersebut. Derus mula mendengus dengan penuh rasa tak puas hati sambil matanya masih lagi meliar mencari sesuatu.
Dengan tiba-tiba ,suasana di kawasan perkuburan itu menjadi riuh-rendah. Berpuluh-puluh cahaya lampu suluh menyuluh ke arah muka Derus yang masih lagi berada di dalam kubur Latip. Derus tersentak!
"Ooo... ini rupanya kerja engkau ye Derus! Engkau dah takda kerja lain ke, hah?!"Tok Penghulu terus menyergah dengan marah.
"Tapi tok.... tapi...."
"Takde tapi-tapi! Engkau naik sekarang jugak! Naik aku kata!"Tok Penghulu kelihatan betul-betul marah. Semua yang berada di situ tak berani nak bersuara..... malah ada antara mereka yang terpaksa menahan kentut kerana terlalu takut pada Tok Penghulu yang sedang marah itu. Dengan perlahan-lahan Derus melompat naik ke atas kubur.
"Tapi tok... saya cuma nak cari....."
"Cari apa?! Cari minyak dagu, hah?! Carik apa?! Carik ini?! Hiyarkhh!!" Tok Penghulu terus menumbuk lutut Derus sehingga menyebabkan Derus terpelanting. Tak cukup dengan itu, Tok Penghulu terus menampar siku Derus sekuat hati sehingga menyebabkan mulut Derus berdarah.
"Tok Penghulu..... tok..... cuba lihat benda tu!" Tiba-tiba suara Lokman mencelah sambil tangannya menyuluh ke arah satu benda yang terdapat di dalam kubur Latip. Lokman terus melompat ke dalam kubur dan mengambil barang tersebut yang kelihatan separuh tertanam berhampiran dengan jenazah Latip. Lokman segera menyerahkan benda tersebut kepada Tok Penghulu. Tok Penghulu tergamam seketika.
"Err.... ini ke benda yang kau carik tu Derus?"Tanya Tok Penghulu pada Derus yang hampir-hampir cedera parah setelah dibelasahnya tadi.
"Iye tok. Itu ...... itu dompet saya. Duit saya semua ada kat dalam tu. Kalau tak ambik balik, macam mana saya nak belikan susu untuk anak saya kat rumah tu."Jawab Derus dengan nada yang lemah.
Oleh kerana merasa malu dengan tindakannya yang tanpa usul periksa itu, Tok Penghulu akhirnya meletakkan jawatannya sebagai Tok Penghulu dan kemudian beliau memohon pula jawatan sebagai operator pengeluaran di salah sebuah kilang membuat selipar Jepun.
Sekian......
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 19, 2004 23:50:20 GMT 8
FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya ) * Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya: "Tunggu bas ke?" Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye"
* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?" Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?"
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?" Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri"
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur: "Makan nasik?" Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?"
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?" Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?" Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu bertanyer: "Eh citer melayu ke?" Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".
|
|
|
Post by KomOt on Oct 20, 2004 14:31:25 GMT 8
kureng sungguh jawapan2 sapaan tu..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 21, 2004 16:26:53 GMT 8
kureng sungguh jawapan2 sapaan tu.. tu dah kira....memang kureng pun...kureng spoil punya...hihihi
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 21, 2004 16:28:09 GMT 8
Lepaskan Dia Pergi!!
Madah asal Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... jika dia kembali, dialah milikmu... jika dia tidak kembali, dia bukanlah jodohmu...
Pesimis Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... jika dia kembali, dialah milikmu... jika dia tidak kembali, dah agak dah pun... dia bukanlah jodohmu...
Optimis Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... jangan bimbang, dia mesti datang balik!
Curiga Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... jika dia kembali, tanya dia kenapa??
Tak Sabar Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia tak kembali dalam satu tempoh yg diberi, lupakan dia saja!
Penyabar Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... jika dia tak kembali teruskan menunggu sampai dia pulang!
Main-main Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia kembali, dan anda masih mencintainya lepaskan dia pergi sekali lagi ....
Aktivis Haiwan Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Malah, semua makhluk hidup punya hak utk hidup bebas!!!
Peguam Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Clause1 a of Paragraph13 a- 1in the Second Amendment of the Matrimonial Freedom
Biologis Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Dia akan berevolusi...
Pakar Statistik Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia menyintaimu, kemungkinan dia akan balik semula adalah tinggi Jika dia tak kembali, hubungan awak memang tiada kepastian...
Peminat Schwarzenegger Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... SHE'LL BE BACK!
Pengongkong Jika anda mencintai seseorang, Jangan sesekali lepaskan dia pergi...
MBA (Married But Available) Jika anda mencintai seseorang, cepat-cepat lepaskan dia pergi dan cari yang lain secepat mungkin!
Psikologis Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia kembali, super egonya adalah dominan Jika dia tak kembali, cintanya memang tiada Jika dia tak pergi2...dia mesti gila!!!
Somnambulist Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia kembali, itu menjadi mimpi ngeri! Jika dia tak kembali, awak hanya bermimpi!!
Pakar Kewangan Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia kembali, masanya untuk anda buat pinjaman kewangan baru Jika tak, kirakan dia sebagai pelaburan yang merugikan!
Pakar Pemasaran Jika anda mencintai seseorang, lepaskan dia pergi... Jika dia kembali, dia memang setia pada satu jenama lelaki Jika tak kembali, fikirkan jenama lain yg lebih memikat di pasaran
|
|
|
Post by KomOt on Oct 22, 2004 14:47:22 GMT 8
> >Nak dijadikan cerita, suatu hari >pak pandir melalui >satu lorong yang > >kecik semasa hendak pulang ke >rumahnye. Entah >macamana, di tengah > >perjalanannye tadi dia terjumpe >seketul taik yang >masih panas. Tapi dia > >masih konpius sama ada betul ke >bende yang dia jumpe >tu seketul taik. > >Oleh kerana kemusykilan yang >teramat sangat tu, pak >pandir >ambil keputusan untuk >mengkaji sampel najis >berkenaan. Pak pandir tengok > >ngan lebih dekat taik tersebut, >lalu dia berkata, >"Bentuk macam taik." > >Lepas tu dia pegang pulak taik >tu, lalu dia berkata, >"Lembik...macam >taik." > >Lepas tu dia ambik sikit taik tu >lalu dia hidu taik >tu, lepas tu dia > >berkata, "Bau macam taik." Oleh >kerana pak pandir ni >masih ragu-ragu >dengan > >taik tu lalu dia pun mengambil >keptusan untuk mejilat >sedikit taik > >tersebut. Sebaik sahaja dia >menjilat taik berkenaan >dia pun menjerit... > >"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK >TERPIJAK!!!"
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 22, 2004 17:51:27 GMT 8
Pada zaman dahulu terdapat seorang tua yang hidupnya di bantu oleh seekor toyol bagi mendapatkan rezeki yang tak halal tu.... hidup mereka saling bergantung antara satu sama lain. Toyolnya amatlah taat setia pada tuannya... setiap kali disuruh oleh tuannya.. pasti ia akan bertugas. Maka tibalah pada satu hari.. tuan toyol merasa ajalnya hampir sampai.. dan pekara itulah amat ditakuti olehnya.. terutamanya ketika hendak menjawab soalan malikat mungkar nangkir... dan mencari jalan untuk melepaskan dirinya. Lalu tuan toyol ni pun pangillah toyol belaannya dan berkata... 'Toyol-toyol..... aku ada satu pekara yang hendakkan engkau lakukan' Lalu Toyol itu pun menjawab 'Yess.. Bosssss...n' Tuan toyol berkata ' Sekiranya aku mati nanti .... aku harap engkau dapat menuliskan keseluruhan jawapan yang akan diberikan oleh imam untuk menjawab segala soalan malikat mungkar nangkir pada kain kapan aku ketika pengkubumian aku nanti' Lalu toyol yang penuh Confident itu pun menjawab ' No problem bossss..'
Selang beberapa bulan daripada tarikh tersebut... maka tuan toyol itu tadi menemui ajalnya. Setelah mayat tersebut di khafankan dan selamat dikebumikan ... tetapi malangnya toyol tersebut telah terlupa hendak menulis jawapan tersebut ... dengan nada selambanya dia berkata ' aisyeaaa man... lupa lak nak tulis... tapi tak pa .... tuan aku teror... mesti dia boleh jawab punya'
Setelah kubur ditinggalkan maka datanglah malaikat mungkar nangkir untuk menyoal tuan toyol.... Soalan pertama diajukan .... "marrrrob buka"....lalu tuan toyol tu pun duduk dengan confident nya sambil menyelak kain khafannya bagi mendapatkan jawapannya... Setelah diselaknya dia mula cemas kerana masih tidak menemunya sehinggalah di penghujung kain khafannya cemasnya mula reda kerana berjumpa dengan sepotong ayat Maka dengan megah serta angkuhnya dia menjawab 'Made in China' Zrappppppppp...... satu sebatan diberikan oleh malaikat tersebut... ;D
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 26, 2004 22:20:58 GMT 8
TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman? Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik. 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki? Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin. 4) Binatang ape power Karate? Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade. 5) Siape yang menemukan dompet kulit? Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye. 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK' 8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? Answer: Pembohong... 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'? Answer: Usus 10) binatang tubuhnya kat kepala? Answer: Kutu rambut 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat? Answer: Neneknye si katak 12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya' 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik? Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan' - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan' 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson? Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas? Answer: Tukang gali kubur 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? Answer: Tahi hidung 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat... 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa gile ape... 19) Gajah terbang dengan ape? Answer: Dengan susah payah......
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 26, 2004 23:25:35 GMT 8
TEKA-TEKI YANG PERLU DIBERI PENAMPAR 1) Lubang ape yang rasanye hangat,nikmat dan nyaman? Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik. 2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki? Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M 3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin. 4) Binatang ape power Karate? Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade. 5) Siape yang menemukan dompet kulit? Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye. 7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK' 8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? Answer: Pembohong... 9) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'? Answer: Usus 10) binatang tubuhnya kat kepala? Answer: Kutu rambut 11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat? Answer: Neneknye si katak 12) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya' 13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik? Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan' - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan' 14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson? Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe 15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas? Answer: Tukang gali kubur 16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? Answer: Tahi hidung 17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat... 18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa gile ape... 19) Gajah terbang dengan ape? Answer: Dengan susah payah...... ye ker..beri ciuman manja tak leh ker tanda terima..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 27, 2004 23:13:29 GMT 8
ntah ler....ikut individu tu sendiri kot....
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 27, 2004 23:53:29 GMT 8
ntah ler....ikut individu tu sendiri kot.... oh gitu..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 29, 2004 23:31:32 GMT 8
a'a cik kasutbata
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 29, 2004 23:34:10 GMT 8
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot. "Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!" Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami ;D
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 30, 2004 1:34:03 GMT 8
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot. "Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!" Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami ;D chot..chot..lawak ar ko nie..
|
|