sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 8:24:41 GMT 8
yeke tok?sha x perasan pun.but thanks cos inform to me atok ;D.ape2 pun time kasih lah ngan pandangan & kritikan korang smue.......tanpe ande smue sapelah daku ;D.anyway 1000s of thanks 2 duo & feimau kerna support sha.sha akan cube utk memendekan cite lain kali ye...... ;Dinsya ALLAH.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 8:52:13 GMT 8
mane ade tok?sha dah check dah.....x same pun ngan citer sha..... ;)tok saje nak kenekan sha ye.......... ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 8:56:15 GMT 8
Dihantui Roh Si Mati!! Kisah berlaku hasil cerita seorang kawan yg pernah digangu roh abgnya selepas 3 hari mati. Dia kata abgnya mati sebab kena buatan org. Aku pun tertimbul idea yang abangnya mati dalam keadaan yang tidak aman. maka dia pun bercerita... As usual kekadang org cina nih suka masok kubur dgn harta diaorg. So, abg dia dgn handset, laptop, PS2 suma sekali ikot masok. Dgn harapan abg dia dpt la mati aman sikit. So, lepas sehari...kemurungan dalam keluarga tuh masih ada. Jadi dgn cara sembahyang je diaorg lupakan kisah tuh. Sampai la ke hari kedua...mereka seolah dihantui roh si mati. Kawan aku cakap dia rasa setiap kali mcm ada sesuatu je yg panggil dia. Tapi dia buat dek pasal takut. Sampai la mlm kedua tuh...dia dgr ada org ketuk tingkap dia. Dia takut sangat, terus sambung tidur sambil menekup muka dgn bantal dan anggap semua tuh mimpi karut jer. Sampai ke hari ketiga...satu keluarga mmg rasa seolah olah diperhatikan ke mana sahaja mereka berjalan dlm rumah. Dlm hari tu la kedengaran bunyi org selongkar almari...tapak kaki naik turun tangga...suara memanggil dari tingkat atas. Tapi semua buat dek jer..doakan benda tu berlalu pergi.Sampai le tetiba handset si kawan aku berbunyi...dia angkat terus dan tetiba "Alo..adik yer?" Dia terkejut...dia tgk nombor tuh...mmg sah nombor abg dia. Maka dia pun jawab balik "Abg ke?" dan serta merta air mata mengalir sebab dia rindu sangat dgn abg dia. Abg dia pun reply balik "Adik...abg tak boleh lama nih.(dalam nada yang bergema gema) Abg cuba panggil adik tiap malam..tapi adik tak dgr" Kawan aku menangis je dgr keluhan abg dia..."Adik, abg nak adik tanya dekat mak" kata abgnya. "Apa dia bang?"Kata kawanku. "Tanya mak...mana dia simpan charger hp abg? letih carik tak jumpa plak~!"
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 9:13:08 GMT 8
Samseng Taik Kucing
PeeeeeWiiiiiitttttttttt Pada suatu hari,kisah disebuah Restoran....
Ada seorang mamat ni makan kat restoran. Beberapa minit kemudian pesanannya sampai.Tapi sedang dia menikmatinya makanannya,pelayan menghampirinya dan berkata, "Maaf, Encik. Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada kat sana tu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada...Maaf ya Encik."
Mamat tu menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah, lalu berkata, "Kerana terlanjur sudah makan sedikit, jadi ayam inimilik saya. Lagipun saya juga membayarnya."
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau datang menghampiri mamat ni.
"Hey mamat... jangan sentuh lagi!! Apapun yang akan engkau buat kat ayam itu akan aku lakukan juga kat engkau.Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perut kau. Pendek cerita... apapun yang engkau buat, akan aku buat juga pada engkau!"
Mamat tu terdiam beberapa minit... lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...
Hehehehe…....padam muka dia kan….. ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 9:14:26 GMT 8
CARA2 nak handle HANTU....!!!!!!!!kih...kih..kih..... > > Pocong > >Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.
> >Langsuir > >Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.
> > > >Pontianak > >Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.
> > > >Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
> > > >Hantu Galah > >Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.
>>>Jerangkung > >Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.
> > > >Toyol > >Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu >dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu >..
hihihi...just kidding!! ;D
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 9:16:47 GMT 8
RAGAM PENGANTIN......... Kau Ingat Aku Apa ? Sudin baru mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Milah.Sungguhpun sudah berkahwin, Sudin masih terbawa-bawa perangai orang bujangnya.Apabila sudah beristeri,dia semakin malas membuat kerja rumah, semua kerja di rumah sama ada membasuh kain, memasak,membersihkan rumah dan sebagainya dibebankan diatas bahu isterinya. Dia hanya tahu mengarah, sikap sudin ini berbeza ketika sebelum kahwin. dahulu dialah lelaki yang paling romantik,gentelmen dan sebagainya. kata orang, bila baru kahwin kentut pun bau wangi. Tapi bila dah lama -lama menyampah juga dibuatnya. Pada suatu malam,sudin sedang asyik menonton perlawanan bolasepak secara langsung di televisen, tiba-tiba Mila mengusik keasyikan sudin dengan meminta pertolongan daripada suaminya itu, "Bang, lampu dah rosak,tolong pasang yang baru." "Pasang lampu? kamu ingat aku ini SESB apa ?" kata sudin tanpa menghiraukan isterinya, Sudahlah kalau tak mau," ujar milah sambil berlalu kebilik air Dari dalam bilik air, Milah menjerit lagi< " Bang!! Air tak ada!! tangkinya rosak ni!! betulkan dulu bang!!" sambil berteriak juga sudin menjawab,"senang saja kamu suruh, apa aku ini pekerja bekalan air?" Nasib baik Milah seorang yang penyabar, begitulahhari-hari yang dilalui oleh pasangan pengantin baru ini. ada saja yang tidak kena berlaku dalam rumah tangga mereka akibat sikap sudin itu. Satu hari Milah kedapur kerana ingin memasak air untuk membuat minuman Suaminya, Malangnya Gas sudah habis,Milah bingung dibuatnya,dia terus memanggil suaminya,"Bang! Gas sudah habis,cepatlah beli saya nak masak air ni". "Apa beli gas? kamu benar-benar menyusahkan,apa kamu ingat aku pekerja Petronas?" kata sudin tanpa memperdulikan isterinya,dia terus masuk kedalam bilik dan tidur. Apabila terjaga sudin terkejut kerana lampu sudah menyala dan tong gas sudah ditukar baru,lebih memeranjatkan lagi ,tangki dibilik mandi pun sudah dibaiki. Dalam hati sudin bertanya-tanya, siapakah gerangan yang menolong isterinya pada malam-malam begini? Kerana ingin tahu , paginya sudin terus bertanya pada isterinya "Siapa yang menolong kau tadi malam?" mendengar pertanyaan suaminya, Milah menjelaskan, "Macam ni Bang,Waktu abang tidur tadi, aku keluar dan menanggis dihalaman rumah, tiba-tiba seorang lelaki menghampiriku. Dia bertanya , kenapa menanggis? Aku jawab sejujurnya,lampu rosak,gas habis, tangki bocor. Lalu dia menawarkan pertolongan bersyarat" "Apa Syaratnya?" "Dia menawarkan dua pilihan, yang pertama aku disuruh membuatkan roti untuknya sebagai upah dan yang kedua aku mesti tidur dengannya." "Tidur aje ke?" "Mana ada,tidur dan buat apa sajalah..." "Lalu kau Pilih yang mana....?" Jantung Sudin mula bergoncang." Kau pilih yang pertama kan? Kau pilih buat roti kan? "Buat roti? Abang pikir aku roti Gardenia?"
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 9:24:42 GMT 8
CERITA SUKU KANIBAL
Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal, sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.
Lalu si anak pun berkata," Tengok Pak!! Adak mangsa!" "Jangan!" kata ayahnya, "lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak. Lagikpun tentu adak penyakit." Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk. Maka dengan girang, si anak pun berkata, " Wah, itu rezekik kitak Pak, tahan untuk duak hari !" "Jangan!" kata ayahnya, " kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain ." Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi giler kat tempat mereka menunggu mangsa.
Maka sekali lagi si anak berkata dengan girang, "Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih.." " Jangan!" sekali lagi ayahnya berkata, "Kitak tak akan makan perempuan inik." "Kenapa Pak?" tanya si anak. Lalu ayahnya pun menjawab, " Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup...., untuk santapan malam inik, kitak makan saja ibu mu...."
MILIK SIAPAKAH TELUR INI?
Azhar gemar memelihara ayam dan setiap pagi dia akan mengutip telurnya. Suatu hari dia pergi kekebun dan mendapati ayamnya bertelur di bawah pokok limau jirannya, Herman. Dia menjadi sangat marah apabila ternampak Herman sedang mengutip telur ayamnya. "Hey, jangan ambil, itu telur ayam saya"jerit Azhar.
"Mana boleh ia bertelur didalam kebun saya, maknanya saya punyalah" balas Herman. "Saya kata itu telur ayam saya" kata Azhar. Mereka pun bertengkar. "Macam ini lah, biasanya keluarga saya akan selesaikan masalah ini dengan beradu kekuatan. Apa kata kita lawan sepak perut, siapa bangun lebih cepat dia menang. Mula-mula saya akan sepak perut awak dulu" kata Azhar. Herman bersetuju dengan cadangan itu. Azhar pun balik kebangsalnya dan terus memakai kasut but. Kemudian dia kembali semula mencari jirannya itu. Setelah bersedia Azhar menyepak perut Herman sekuat-kuat hatinya. Jirannya jatuh tersungkur dan berguling-guling menahan kesakitan. Herman mengambil masa 30 minit untuk bangun kembali. "Ha, sekarang giliran awak pula" kata Herman yang sudah bersedia untuk menyepak Azhar. "Nanti dulu, ambillah telur ini" kata Azhar dan terus pergi meninggalkan Herman.
KOMEN ORANG-ORANG TENTANG KENAIKAN GAJI
Dari PM Dalam era globalisasi...... apa nama... kenaikan gaji tu penting bagi menjana ....apa nama...ekonomi negara lebih-lebih lagi bagi mengelakkan..... apa nama... penyangak mata wang.
Dari Timblan PM Kita tidak boleh percaya pada khabar-khabar angin tentang penurunan gaji...... kita kena siasat dulu...kita tak boleh dengar cakap-cakap orang.
Dari Menteri Kerja Raya Kenaikan gaji itu banyak penting kalau tidak bagaimana itu worang mahu bayar tol. Gaji tak da naik itu tak da munasabah.. itu tara boleh.....
Dari Karam Singh Walia Kenaikan gaji itu amat penting bagi menjaga alam sekitar. Tanpa kenaikan gaji manusia menjadi malas dan sampah akan bertaburan merata-rata bak kata pepatah: Anak ayam makan dedak waktu pagi, anak itek makan sagu waktu petang Orang tak ndak engkau bagi, orang hendak engkau larang Saya Karam Singh Walia melapurkan untuk buletin utama TV3
Dari Nordin Ahmad dalam filem Seri Mersing Kajang pak malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Apa guna engkau balik lambat Naik gaji pun belum tentu
Dari P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab Aku nak bagi kau naik gaji ka..turun gaji ka..kau apa peduli. Ini company Ahmad Albab yang punya.....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 9:28:55 GMT 8
Antara Dua Darjat.......... Aku diberi nama Hitam. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje.Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra. Syukurlah ada Pak Mat sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih.Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang. Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Pak Mat.Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan.Wallahualam.. Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Nurlida namanya...orangnya cantik manis, lemah-lembut, sopan santun..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate.. Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..dia tu anak Pak Mat!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang. Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merupakan hari yang paling malang dalam hidupku. Bunga yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan siNurlida..gadisku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarir..Cis!! bukan main mesra lagi. Cilaka!!! Binawe kau Zarir, kan ramai lagi perempuan lain dalam kampung nie..kenapa awek aku jugak yang kau kacau..nanti kau Nurlida, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini.. Tak sanggup lagi aku menengok muka gadis idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, Itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana. Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Nurlida tak setaraf..Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii..... cuma seekor kambing,? So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?
|
|
|
Post by turtle on Dec 24, 2003 21:51:44 GMT 8
camtu je ending dia, letey je baca
|
|
|
Post by turtle on Dec 24, 2003 22:00:39 GMT 8
maka tersebutlah al kisah......adalah kawan aku nih, satu ari, dia citer kat aku pasal dia kecik2 dulu...so, aku rasa tak elokla aku gelak sorang2 kan...adalah lebih baik kalo aku kongsi ngan korang......masa aku dengar dia citer nih, aku punyalah gelak..bagai nak pecah perut! selamat membaca....... camni citernyer.....ok! aku namakan kawan aku nih sebagai mamat. masa kecik2 dulu, dia takut sangat kat bapak dia. bapak dia memang garang gilosss!!! tapi cara bapak dia marah, bukan dengan menengking, bukan dengan pukul.....cukup setakat jeling jer.....dia dah cukup paham dah. sebagai contoh, kalo dia ikut bapak dia pi kedai, then dia ambik gula2, pas tu kalo bapak dia jeling jer, dia mesti kena letak balik gula2 tu. kalo tak letak, alamatnyer menempah bala la tuh!! so, nak dijadikan ceriter, satu ari, dia ikut bapak dia ker surau. semayang dok saf belakang imam. masa rukuk tu, dia ternampak kain pelikat pak imam masuk kat celah bontot.......so, dengan niat nak menolong, dia pun tariklah kain tu kuar...tetiba, dia tertengok kat bapak dia. bapak dia pun jeling la kat dia tanda marah ngan perbuatan dia tu....apalagi....si mamat nih pun, sebab takut kena marah, dia pun masukkanlah balik kain pelikat tu kat celah bontot pak imam tu....... apalagi!! melatahla pak imam tu!! habis batal semayang waktu tu!! balik tu teruk member aku tu kena belasah ngan bapak dia!! heheheheheeheh.....
|
|
|
Post by turtle on Dec 24, 2003 22:10:47 GMT 8
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 25, 2003 7:12:57 GMT 8
mane ade tok?sha dah check dah.....x same pun ngan citer sha..... ;)tok saje nak kenekan sha ye.......... ;D memang lah cite tak sama..tapi topic tu,column untuk cerita2 lawak..so..apa salahnye,kalo combine kan skali!
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 26, 2003 16:28:17 GMT 8
nape tok ni asyik suruh saye combine je.... ...ape salahnye kalu membanyakan column..... ...kalu tok rajin tok combine kanlah utk saye.... ;D....jgn asyik suruh je........ .....anyway kalu tok tolong combinekan i like 2 wish advance thanks 2 u..... .selamat berjaya.....
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 26, 2003 18:19:53 GMT 8
nape tok ni asyik suruh saye combine je.... ...ape salahnye kalu membanyakan column..... ...kalu tok rajin tok combine kanlah utk saye.... ;D....jgn asyik suruh je........ .....anyway kalu tok tolong combinekan i like 2 wish advance thanks 2 u..... .selamat berjaya..... atok tu suruh engko combine engko punye topic ini kpd column lawak lah!itu pun susah nak faham!engko ni tamak haloba!satukan tak boleh ker.. ::)engko nak famous ke!muahahahah ;D engko punye thread tentang wanita,dahlah kena post kat girlpower!itulah balasan budak degil!muahahah ;D
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Dec 26, 2003 19:21:32 GMT 8
die bknnye degil...tp,die nak kan p'jelasan la...tu pun x dpt nak bezekan ke....
|
|