ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Feb 5, 2004 1:24:19 GMT 8
peminat LOTR..samela mcm adik laki atok!atok tak minat citer LOTH.. LOTH tu cite ape tok...LORD OF THE HAT ke?? atok skang mane rempit...lagi pun atok skang layan jaguh je...easy rider la katekan...makan angin dengan nenek...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 1:25:52 GMT 8
LOTH tu cite ape tok...LORD OF THE HAT ke?? atok skang mane rempit...lagi pun atok skang layan jaguh je...easy rider la katekan...makan angin dengan nenek... aduh..bile lah atok ade jaguh!c70 je yg atok mampu.. alah..silap eja je tu!lgpun..tersalah taip...
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 6, 2004 13:02:23 GMT 8
Wahai Adam
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Wahai Adam
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Wahai Adam
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Wahai Adam
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Wahai Adam
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Wahai Adam
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Wahai Adam
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Wahai Adam
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Wahai Adam
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Wahai Adam
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.....
Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam...
Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 6, 2004 13:05:25 GMT 8
EVERY WOMAN SHOULD HAVE.......
One old love she can imagine going back to... and one who reminds her how far she has come.
Enough money within her control to live on her own - even if she never wants to or needs to.
Something perfect to wear if the employer or the date of her dreams wants to see her in an hour...
A youth she's content to leave behind - And a past juicy enough that she's looking forward to retelling it in her old age...
The realization that she is actually going to have an old age and some money set aside to fund it...
A set of screwdrivers, a cordless drill, and a black lace bra...
One friend who always makes her laugh vand one who lets her cry...
A good piece of furniture not previously owned by anyone else in her family...
Eight matching plates, wine glasses with stems, and a recipe for a meal that will make her guests feel honored...
A resume that is not even the slightest bit padded, A feeling of control over her destiny...
A skin care regimen, an exercise routine, and a plan for dealing with those other parts of life that don't get better after 30...
A solid start on a satisfying career, a satisfying relationship, and all those other facets of life that DO get better after 30!
|
|
|
Post by enigma on Feb 6, 2004 22:00:29 GMT 8
MENGENAL DIRI DARI BULAN KELAHIRAN ISLAM
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:
Muharram Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya'aban Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 9, 2004 10:30:28 GMT 8
Syurga rumahtangga itu fitrah hati Naluri semulajadi yang pinta diisi Kerananya jejaka rela menjadi suami Kerananya perawan rela menjadi isteri Masing-masing dengan harapan Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza Lalu bermacamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan Bahagia itu pada harta Diukir dari intan permata ( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa.. Ditempa oleh wajah rupawan ( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa dituai oleh pangkat dan jawatan ( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema mencari yang benar mempelai tersasar kalaulah bahagia itu pada harta kalaulah bahagia itu pada nama kalaulah bahagia itu pada rupa kalaulah bahagia itu pada kuasa kenapa Charles dan Diana berpisah kenapa Elvis dan Priscilla berpecah kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.
Bahagia itu dari dalam hati Kesannya zahir rupanya maknawi Terpendam bagai permata dalam hati Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI Bertakhta di kerajaan diri Bahagia itu pada JIWA Mahkota di singgahsana rasa Bahagia itu KESABARAN Bila susah tak gelisah Bila miskin tak pemarah Bila gagal tidak resah Oh, suamiku,inalillah....
Hakikatnya bahagia itu ketenangan Bila hati mengingati tuhan Firman Allah: Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi itulah zikir yg hakiki.
Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuluskan niat luruskan matlamat 'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi' 'isteriku, kaulah permaisuri hati.....' penyeri Islamku nanti muktamadlah akad sahlah nikah dengan nama Allah gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu jalan Tempat merujuk segala permasalahan Tempat mencari semua penyelesaian - isteriku, taatilah hukum Allah.... - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w
Binalah hidup di neraca maaruf Rumah jadi sambungan madrasah... Seninya kerana solat... Indahnya oleh munajat Tapaknya ....iman Jalannya ....syariat Natijahnya.....akhlak Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... "Soleh dan solehah"
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Post by Kurt Cobain on Feb 10, 2004 19:00:26 GMT 8
aduh..bile lah atok ade jaguh!c70 je yg atok mampu.. alah..silap eja je tu!lgpun..tersalah taip... c70 pun jadiklah tok,janji ada kenderaan kan tok kan?
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 10, 2004 23:42:41 GMT 8
c70 pun jadiklah tok,janji ada kenderaan kan tok kan? betul..c70 atok bkn sebarang moto ma..guna kuasa kuda lg tu!kalo pegi..bedezup la.. ;)sape nak main dgn c70 atok jomlah!en.wan ariff pun kalah tu..
|
|
|
Post by enigma on Feb 11, 2004 0:17:35 GMT 8
betul..c70 atok bkn sebarang moto ma..guna kuasa kuda lg tu!kalo pegi..bedezup la.. ;)sape nak main dgn c70 atok jomlah!en.wan ariff pun kalah tu.. korang tgh ckp pasal aper ni?
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 11, 2004 13:58:00 GMT 8
korang tgh ckp pasal aper ni? aha....camane citer 2 smue leh masuk dlm ruangan gals power ni?....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 11, 2004 15:13:29 GMT 8
aha....camane citer 2 smue leh masuk dlm ruangan gals power ni?.... tulah..cuma sha popularkan gals power ni dgn isu2 terkini pasal kaum hawa..br tak ke topik lain..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 12, 2004 13:58:34 GMT 8
tulah..cuma sha popularkan gals power ni dgn isu2 terkini pasal kaum hawa..br tak ke topik lain.. hmmm...mmg tul tapi....anda2 pun kene ambik inisitif gak utk memanfaatkan ruangan ini.....lgpun x semestinye topic2 mengenai kaum hawa je yg kite kene postkan kat sini...kalu ade topic menarik mengenai kaum adam pun ape salahnye postkan....leh gak menambahkan pengetahuan kaum hawa mengenai kaum adam ni......
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Feb 12, 2004 21:46:33 GMT 8
betul..c70 atok bkn sebarang moto ma..guna kuasa kuda lg tu!kalo pegi..bedezup la.. ;)sape nak main dgn c70 atok jomlah!en.wan ariff pun kalah tu.. cuak tok...tp,cuak bwk beskal je....vespa leh x tok...
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 14, 2004 8:28:22 GMT 8
Aisyah Ummul Mukminin
SELAIN menjadi isteri kepada Rasulullah Aisyah binti Abu Bakar merupakan seorang wanita yang memiliki pelbagai kepakaran dan ilmu pengetahuan. Sejarah Islam tidak pernah melupakan wanita agung ini kerana beliau merupakan idola wanita yang hidup sezaman dengannya dan juga sesudah itu. Sebagai wanita muslimah, wajar kita menjadikan Aisyah idola dalam mencari kehidupan yang Syumul di dunia dan di Akhirat.
Sewaktu hayatnya, Aisyah telah memperlihatkan pencapaian tinggi dalam bidang ilmu dan pemikiran. Beliau menjadi pakar rujuk dalam bidang hadis dan sunnah, menjadi pedoman kepada kaum muslimin dalam menyempurnakan urusan agamanya. Aisyah dikatakan mewarisi keperibadian ayahandanya Syaidina Abu Bakar As Siddiq,beliau juga merupakan isteri Rasulullah yang paling dicintai baginda.
Aisyah memasuki Madrasah Nabawiyah ketika berumur sembilan tahun apabila berkahwin dengan Rasulullah. Selepas sembilan tahun hidup bersama, Rasulullah telah wafat. Selama sembilan tahun hidup bersama, Aisyah banyak meriwayatkan ilmu dari baginda. Aisyah dilahirkan dalam keluarga yang sudah beragama Islam. Beliau muda lapan tahun dari puteri kedua Rasulullah, Fatimah. Beliau memiliki wajah yang begitu canik sehingga digelar Al Humaira atau si mawar merah. Beliau satu-satunya isteri Rasulullah yang masih gadis ketika berkahwin dengan baginda. Baginda sangat menyintai Aisyah. Ia pernah diriwayatkan oleh Imam Az Zahabi ketika Amr bin Al Ash bertanya baginda: ”Siapakah orang yang paling baginda cintai?” Baginda menjawab: ”Aisyah”. Kemudian Amr bertanya lagi: ”Siapakah di kalangan lelaki yang paling baginda cintai?” Baginda menjawab: ”Ayah Aisyah”. Rasulullah SAW juga pernah bersabda:”Seandainya aku boleh menjadikan kekasih daripada kalangan umatku ini, nescaya aku akan jadikan Abu Bakar sebagai kekasih. Tetapi persaudaraan Islam lebih utama.”
Imam Az Zahbi juga meriwayatkan ramai orang memilihkan hadiah pada hari khusus untuk Aisyah. Keistimewaan lain yang dimiliki Aisyah ialah sembilan perkara yang telah diberikan kepada Maryam binti Imran ibunda Nabi Isa. Keistimewaan dan keutamaan tersebut disebutkan Aisyah sebagai:
”Malaikat Jibril pernah turun dengan membawa berita tentang diriku, dan Rasulullah s.a.w. disuruh mengahwininiku.”
“Rasulullah s.a.w. berkahwin denganku ketika saya masih gadis dan baginda tidak pernah kahwin dengan perawan selainku.”
“Ketika Rasulullah s.a.w. meninggal dunia, kepala baginda berada di pangkuanku.”
”Sesungguhnya aku mengubur baginda dalam rumahku.”
“Wahyu diturunkan kepada baginda ketika baginda sedang berselimut bersamaku.”
“Aku adalah puteri khalifah dan orang kepercayaan baginda.”
“Diturunkan wahyu untuk menyelesaikan perkara aku iaitu membela aku dari tuduhan kaum munafik.”
“Aku diciptakan sebagai wania yang baik bagi lelaki yang baik.”
“Aku diberi janji untuk memperoleh ampunan dan rezeki yang baik.”
Dengan sembilan keistimewaan itu, sudah pasti AIsyah merupakan wanita yang paling beruntung da paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Aisyah juga merupakan seorang isteri yang beruntung kerana mempunyai suami yang mulia di dunia dan di Akhirat. Hubungan Aisyah dengan Rasulullah s.a.w. sangat intim dan mesra, sehingga sebagai muslim kita patut mencontohi bagaimana layanan yang diberikan Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah.
Aisyah berkata: “Saya pernah bermain dengan bermacam-macam anak patung, lalu datang beberapa orang sahabat wanita saya dan mereka menjauhkan diri dari Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda keluar dan menyuruh mereka masuk, merekapun bermain-main dengan saya.” Aisyah berkata lagi: “Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke tempat saya ketika saya sedang bermain-main dengan beberapa anak patung,lalu baginda bertanya: “Apakah ini wahai Aisyah”, saya menjawab, “Ini kuda Salman yang mempunyai beberapa sayap.” Lalu baginda pun tertawa. Demikianlah betapa mesranya baginda melayani Aisyah, lebih-lebih lagi ketika memperisterikannya, Aisyah masih terlalu mentah dan keanak-anakan. Namun baginda tetap bersabar dengan karenah isterinya.
Kecintaan Aisyah terhadap baginda Rasul menyebabkan Aisyah merasa cemburu terhadap isteri pertama Rasulullah Siti Khadijah. Aisyah pernah berkata,” Saya tidak pernah cemburu kepada seorang wanita seperti cemburu kepada Khadijah kerana Rasulullah sering menyebutnya. Imam Az Zahabi memberi penjelasan tentang hadis ini sebagaimana berikut: “Ini merupakan satu kecemburuan yang aneh. Kerana Aisyah cemburu kepada seorang wanita tua yang sudah meninggal dunia beberapa waktu lamanya sebelum Rasulullah s.a.w. mengahwininya. Kemudian Allah SWT melindungi Aisyah daripada perasaan cemburu kepada wanita-wanita lain yang hidup bersamanya di sisi Rasulullah s.a.w. Ini merupakan bukti kasih sayang Allah kepada Rasulullah s.a.w. agar tidak terjadi pergaduhan dalam rumahtangga bagainda. Mungkin juga yang meringankan kecemburuannya ini adalah kecintaan baginda yang begitu mendalam terhadapnya, kemudian Allah meredainya.” Bagaimanapun perasaan cemburu Aisyah dapat ditangani Rasulullah dengan caranya yang tersendiri.
Selain kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah Aisyah juga berjaya mengangkat martabat kaum wanita. Aisyah begitu gigih membela kaum wanita dan berkeinginan untuk mengangkat martabat mereka. Beliau tidak suka wanita yang melanggar hukum syarak. Beliau pernah menghadapi wanita-wanita Himsh sambil membaca sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapapun wanita yang melepaskan pakaiannya di luar rumah suaminya, bererti dia telah merosak tabir antara dia dengan Allah.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Ibnu Majah)
Ketika Aisyah melihat perubahan model pakaian sebahagian wanita setelah Rasulullah wafat, Aisyah tidak menyukai semua itu sambil berkata: “Seandainya Rasulullah s.a.w. melihat perkara yang diada-adakan oleh wanita sekarang ini, nescaya baginda melarang mereka pergi ke masjid, sebagaimana wanita-wanita Bani Israil dahulu.”
Di dalam kitab Shahih Muslim disebutkan satu riwayat dari Aisyah r.a., beliau berkata: “Saya pernah dikunjungi sesuatu kepada saya,tetapi saya hanya mempunyai sebiji kurma. Lalu saya berikan kepadanya,kemudian dibahagikannya kepada kedua anaknya itu. Sedangkan dia sendiri tidak dapat sama sekali. Kemudian dia keluar bersama anaknya. Setelah itu Rasulullah s.a.w. datang ke rumah saya. Kemudian saya ceritakan kepada baginda tentang wanita itu.Baginda bersabda: “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu mengenai anak-anak perempuannya, kemudian ia berbuat baik kepada mereka, maka kelak mereka akan menjadi penghalang baginya dari seksaan neraka.”
Abu Salamah bin Abd Rahman mengatakan: “Aku tidak mengetahui seorang pun yang lebih mengerti tentang sunnah Rasulullah s.a.w. Kemudian lebih tepat pendapatnya jika diperlukan dan lebih tahu tentang ayat Al Quran yang turun serta lebih mengerti tentang yang wajib selain daripada Aisyah.”
Aisyah juga sangat bagus tentang kefahamannya tentang Al Quran. Perkara ini hanya diketahui oleh beberapa orang sahabat sahaja. Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. yang lain membantu Aisyah dalam menyebarkan ilmu agama kepada kaum muslimin. Apabila Aisyah mempunyai bacaan yang bagus, maka Hafsah mempunyai tulisan yang bagus . Al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar anak saudara Aisyah menyebutkan bahawa Aisyah mempunyai fatwa tersendiri pada zaman Abu Bakar, Umar dan Usman hinggalah beliau meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.
Demikianlah antara ilmu dan kebijaksanaan Aisyah, penghulu sekelian wanita Muslim di dunia dan di akhirat. Semoga keperibadian indah yang dimiliki Aisyah menjadi ikutan kita semua, Insyaallah.
|
|
|
Post by enigma on Feb 14, 2004 8:48:16 GMT 8
hmmm...mmg tul tapi....anda2 pun kene ambik inisitif gak utk memanfaatkan ruangan ini.....lgpun x semestinye topic2 mengenai kaum hawa je yg kite kene postkan kat sini...kalu ade topic menarik mengenai kaum adam pun ape salahnye postkan....leh gak menambahkan pengetahuan kaum hawa mengenai kaum adam ni...... betul tu sha....memang ini thread girls powr...tp kita blh jugak bincang pasal kaum adam....dkt topik buat kaum adam...dr kaum hawa....tak salah berkongsi ilmu yg kita ada....
|
|