|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 16:26:47 GMT 8
hmmm...mmg tul tapi....anda2 pun kene ambik inisitif gak utk memanfaatkan ruangan ini.....lgpun x semestinye topic2 mengenai kaum hawa je yg kite kene postkan kat sini...kalu ade topic menarik mengenai kaum adam pun ape salahnye postkan....leh gak menambahkan pengetahuan kaum hawa mengenai kaum adam ni...... yeah..betul sha!at least..kaum adam pun ingin mengetahui ttg diri hawa..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 14, 2004 16:40:10 GMT 8
cuak tok...tp,cuak bwk beskal je....vespa leh x tok... boleh la..tp..takut kena cicir dgn atok kang!jgn sampai mkn asap susah ler...
|
|
|
Post by enigma on Feb 15, 2004 20:14:16 GMT 8
yeah..betul sha!at least..kaum adam pun ingin mengetahui ttg diri hawa.. nk tahu ttg diri hawa? boleh jer.... ape yg atok nk ttahu?
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 15, 2004 20:20:38 GMT 8
nk tahu ttg diri hawa? boleh jer.... ape yg atok nk ttahu? la..mestilah nak tau segala2nye..kan atok dah ckp!
|
|
|
Post by enigma on Feb 15, 2004 21:25:23 GMT 8
la..mestilah nak tau segala2nye..kan atok dah ckp! oklah.....kita leh discuss sesamer dgn forumer lain nanti..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 15, 2004 21:32:08 GMT 8
oklah.....kita leh discuss sesamer dgn forumer lain nanti.. emmm, nak bincang aper, infinitie?...aku x dapat tangkap lah...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 1:17:58 GMT 8
oklah.....kita leh discuss sesamer dgn forumer lain nanti.. la...ingatkan nak die jawabkan..sbb..tanya nak tahu ape.last2 suruh discuss..ape punye moderator ni..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 8:46:21 GMT 8
la...ingatkan nak die jawabkan..sbb..tanya nak tahu ape.last2 suruh discuss..ape punye moderator ni.. laaa tok...atok kan ade pengalaman ngan nenek....so leh la tok share pengalaman 2 ngan kiteorg.... ;D...org mude cume ade kepandaian...but org tue ade pengalaman...slalunye pengalaman yg akan mendewasakan seseorg manusia menjadi insan.....
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 8:53:59 GMT 8
Sebutkan gambaran umum tentang mertua. Dalam satu detik keluar puluhan deskripsi mengenainya. Kuat berleter, suka mengarah, dominan, suka mencampuri urusan rumah tangga.
Pendek kata tiada satupun yang bersifat positif! Betulkah begitu? Tiada satukah sikap mertua yang elok dipandang atau mungkinkah tuduhan ini dibuat semata-mata untuk menutup kelemahan menantu?
Mitos tentang hubungan antara menantu dan mertua tidak pernah surut sejak dulu. Hingga ada yang meletakkan gabungan antara kedua-dua ini sebagai seteru. Tidak kurang pula anak gadis semacam trauma untuk berumahtangga semata-mata risau mendapat bakal mertua perengus dan penyibuk.
Petua kali ini memberi anda pendedahan tentang hubungan menantu dan mertua secara terperinci. Selain sibuk merancang dan membuat persediaan majlis perkahwinan, soal persediaan mental dan fizikal sewaktu berdepan dengan mertua juga jangan diabaikan.
Perhalusi Petua Rumahtangga yang kami berikan ini. Mana tahu, dengan ‘kaca mata’ baru, mungkin lebih jernih mata anda tatkala memandang mertua. Panduan ini juga sesuai buat anda yang sudah berumahtangga dan bermasalah dengan mertua.
Jadilah anaknya!
Dibandingkan hubungan ibu mertua dengan menantu lelaki atau ayah mertua dengan menantu perempuan, hubungan ibu mertua dengan menantu perempuan dilihat lebih genting dan sering memeningkan. Dalam situasi si ibu, mereka merasakan anak lelakinya dirampas dan kasih sayang akan berkurangan. Dari sudut pengertian menantu, ibu mertua dikata tidak menerima dengan ikhlas dan mengongkong kehidupan dia dan suami. Dua kubu ini sedang bersaing merebutkan lelaki yang sama!
Mengubah sikap orang lain mungkin mustahil tetapi lebih baik jika anda mengubah diri sendiri dahulu.
Caranya: Fahami perasaan dan masalah dari kaca mata mertua. Tempatkan diri anda sebagai anaknya. Bermakna, ikut rentak seperti mana biasa dilakukan anak-anaknya.
Pandai mengambil hati dan bersedia melakukan tanpa dipinta. Lebih elok bertanya bakal suami tentang sikap ibunya terutama dari segi ‘suka dan tidak suka’.
Mengambil alih tugas di dalam rumah jika sama sebumbung dengan mertua.
Soal kewangan juga jangan terlalu berkira. Ikhlas dan sentiasa menghargainya.
Libatkan suami
Dalam menghadapi mertua, jangan lupakan penglibatan suami. Apapun situasinya dia adalah anak kepada si ibu. Tetapi jangan sampai mengeluarkan sesuatu yang boleh menyebabkan suami merasa harga dirinya jatuh. Perkataan negatif memang menyakitkan apalagi jika anda memburukkan ibunya.
Cara terbaik:
Bantu suami bersikap natural dan membuat batasan antara hubungan anak dan ibu. Tetapi jangan keterlaluan hingga anda mengongkong hubungan mereka.
Berkomunikasi dengannya tentang peranan anda dalam hubungan ibu dan anak. Contoh, tidak salah jika anda juga turut diminta memberikan pandangan bagi sebarang kesulitan dalam keluarga.
Jika si ibu dilihat membezakan anda dengan wanita pilihannya, beritahu suami supaya ingatkan ibunya bahawa dia sudahpun mempunyai anda sebagai isteri.
Anda mungkin bermasalah jika ibu dan anak itu bersikap neurotik iaitu suami lebihkan ibu berbanding anda atau membiarkan ibu berperanan besar dalam rumah tangga anda. Jika ini berlaku, berterus terang dan nyatakan keinginan anda secara jujur. Biasanya ia berlaku kepada mertua yang tidak lagi mempunyai suami.
Apapun situasi anda, lakukan secara diplomasi bukan dengan emosi.Perbincangan tiga penjuru perlu diadakan dan lakukan dalam suasana aman.
Jalinkan hubungan awal Sebelum menjadi sebahagian daripada ahli keluarga suami, persiapkan diri dengan menjalinkan hubungan lebih awal. Perhatian begini bakal membantu hubungan antara anda dan ibu mertua lebih sempurna kelak. Ambil resmi ini: bercinta dahulu dengan ibunya sebelum anda mencintai seseorang lelaki!
Tetapi awas, jangan pula sampai terlebih berperanan hingga dikata ‘lebihsudu dari kuah’ atau ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’.
Lakukan ini:
Risik sikap bakal mertua dari pasangan. Ambil hati dengan menjenguk atau bertelefon untuk bertanya khabar.
Bersikap pemurah dan ringan tulang.
Menyertai hobi atau kegemarannya.
Menghidangkan sesuatu yang benar-benar disukainya.
Mengirimkan buah tangan terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari jadi, ulangtahun perkahwinan atau Hari Ibu.
Jangan lakukan: Langsung tidak mempeduli hal keluarga pasangan sebelum berumah tangga.
Bermuka-muka atau kaki gosip.
Pemalas dan tidak beradab.
Kedekut dan kaki ungkit.
*Petikan daripada Pesona Pengantin, April 2003
|
|
|
Post by enigma on Feb 16, 2004 8:58:47 GMT 8
ISTERI salihah, di samping patuh kepada perintah Allah dan rasul-Nya, perlu taat terhadap suami dan tidak membohonginya. Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda,yang bermaksud: Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan, dan sebaik-baik kesukaan itu adalah salihah.E
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: Tahukah kamu, aku beritahu daripada hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki? Iaitu isteri yang salihah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati, dan jika suami tiada di rumah, dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya.EHadis riwayat Ibnu Majah)
Berbohong kepada suami adalah berdosa. Jika suami tidak reda dengan sikap pembohongan itu, maka akan berkekalan dosa seorang isteri terhadap suaminya.
Sabda Rasulullah, maksudnya: Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai di antara ahlinya adalah wanita.E
Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya.E(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain diterangkan, daripada Ibnu Abas, sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah dan bertanya:
Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan, apakah hak seorang suami terhadap isteri? Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri ialah, jika suami menghendaki dirinya, sekalipun dia berada di atas kenderaan, dia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya ialah, isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, dan jika dia terus melakukannya, ia hanya akan mendapat lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan hak suami atas isterinya ialah tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, dan jika dia tetap keluar, maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab, akan mengutuknya sampai dia pulang.E(Hadis riwayat Thabrani)
Seorang suami juga dituntut supaya berasa cemburu terhadap isteri. Ini kerana jika suami tidak cemburu dengan kemungkaran dan kesalahan yang dilakukan oleh isteri, suami itu tergolong dayus (golongan yang dilaknat Allah dan diharamkan syurga ke atas mereka).
Sabda Rasulullah, yang maksud: Kecemburuan itu termasuk sebahagian daripada iman, midzak (membenarkan lelaki lain ke dalam rumah kemudian dibiarkan bersama isterinya) itu termasuk sifat munafik.E(Hadis riwayat Bazar dan Baiha).
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Feb 16, 2004 9:19:38 GMT 8
Tutup aurat satu tuntutan, Dalam keluarga wajib tekankan, Kalau keras hati gunalah rotan, Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap, Tudung litup termasuk skap, Mini telekong pun orang cakap, Elok dipandang tak payah pun 'make up'.
Berbaju kurung bukanlah mengurung Lebih elok jubah jika direnung, Kaki pula eloklah bersarung, Agar syaitan susah nak bertarung.
Kalau wanita menutup aurat, Orang jahat tak berani ngorat, Bahkan boleh menjadi ubat, Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern memanglah hebat, Harganya mahal walaupun ketat, Walaupun cantik tetapi singkat, Orang memakai pun nampak pusat.
Berseluar ketat baju pun ketat, Jarangnya pulak boleh dilihat, Orang yang memakai memanglah dipandang jahat, Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang, Lengan pendek tapi bertudung, Nampak seperti orang yang kudung, Mata memandang ketiak seperti ikan lolong
Lagilah aneh bila di fikir, Baju kebaya tudung berukir, Nampak dada iman terjungkir, Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu, Dia kata fesyennya dah macam tu, Di dalam hati niat tertentu, Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen, Tetapi jangan menunjuk eksyen, Sesuaikan diri ikut profesyen, Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan, Jangan terlebih bila berdandan, Minyak wangi juga fikirkan, Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi, Kerana ia melahirkan bunyi, Boleh menarik perhatian lelaki, Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki, Menarik perhatian orang laki-laki, Melenggok punggung membinasakan diri, Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul, Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol, Mahkota disimpan tak jadi bisol, Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat, Cuma saja mahu peringat, Kepada semua para sahabat, Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini, Jangan bertangguh ubahlah diri, Benda yang baik tak payah diuji, Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki, Jangan tergelak wanita diperli, Keluarga kita tak terkecuali, Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman, Menutup aurat sepanjang badan, Ke sana sini dilindungi Tuhan, Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami, Harap dapat menghibur hati, Apa yang baik hendaklah ikuti, Kalau boleh besok, dan lebih baik hari ni.........
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 17:16:47 GMT 8
tak ramai pempuan zaman skrg yg kebykkn tutup aurat!
|
|
|
Post by KomOt on Feb 16, 2004 17:40:31 GMT 8
tak ramai pempuan zaman skrg yg kebykkn tutup aurat! betul,betul..makin ramai yg nk tunjuk pusat.. tapi kan tok,yg pakai tudung,yg tutup aurat skang ni pun kan,bukan leh caya sgt tok.. bg diorang,tudung tu cuma sebagai fesyen..nk nmpk lawa..nk cover rambut diorang yg tak lawa tu..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 16, 2004 18:28:53 GMT 8
betul,betul..makin ramai yg nk tunjuk pusat.. tapi kan tok,yg pakai tudung,yg tutup aurat skang ni pun kan,bukan leh caya sgt tok.. bg diorang,tudung tu cuma sebagai fesyen..nk nmpk lawa..nk cover rambut diorang yg tak lawa tu.. betul..atok tgk ramai pempuan camtu,ape sbb die ye?selain nak cover rambut yg buruk..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 16, 2004 19:40:04 GMT 8
betul,betul..makin ramai yg nk tunjuk pusat.. tapi kan tok,yg pakai tudung,yg tutup aurat skang ni pun kan,bukan leh caya sgt tok.. bg diorang,tudung tu cuma sebagai fesyen..nk nmpk lawa..nk cover rambut diorang yg tak lawa tu.. emm, tul tue (pasal tudung)....kadang2 aku pun pikir cam tue gak...apakah sebilangan daripada kaum hawa nie...just pakai tudung utk fesyen jer?...macam mana diaorg leh pikir cam tue?...aku tertanya2 sampai skang nie...lau aku tersalah bahasa, minta maaf yer...aku just ingin tau jerk...
|
|