Post by sha on Jan 9, 2004 14:50:31 GMT 8
ISTERI salihah, di samping patuh kepada perintah Allah dan rasul-Nya, perlu taat terhadap suami dan tidak membohonginya.
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Ibnu Umar, Rasulullah saw bersabda,yang bermaksud: Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan, dan sebaik-baik kesukaan itu adalah salihah.E
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, yang bermaksud: Tahukah kamu, aku beritahu daripada hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seseorang lelaki? Iaitu isteri yang salihah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suami menyuruh sesuatu dia akan taati, dan jika suami tiada di rumah, dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara akan kehormatan dirinya.EHadis riwayat Ibnu Majah)
Berbohong kepada suami adalah berdosa. Jika suami tidak reda dengan sikap pembohongan itu, maka akan berkekalan dosa seorang isteri terhadap suaminya.
Sabda Rasulullah, maksudnya: Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai di antara ahlinya adalah wanita.E
Maka seorang wanita bertanya: Mengapa ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya.E(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain diterangkan, daripada Ibnu Abas, sesungguhnya seorang wanita dari suku Khat'am datang menemui Rasulullah dan bertanya:
Wahai Rasulullah, sampaikanlah kepadaku keterangan, apakah hak seorang suami terhadap isteri? Baginda bersabda: Sesungguhnya hak suami terhadap isteri ialah, jika suami menghendaki dirinya, sekalipun dia berada di atas kenderaan, dia tidak menolak dirinya untuk memenuhinya, dan hak suami atas isterinya ialah, isteri tidak boleh puasa sunat tanpa izin suaminya, dan jika dia terus melakukannya, ia hanya akan mendapat lapar dan dahaga dan tidak diterima puasanya itu, dan hak suami atas isterinya ialah tidak boleh keluar rumah tanpa izin suaminya, dan jika dia tetap keluar, maka malaikat langit dan malaikat rahmat serta malaikat azab, akan mengutuknya sampai dia pulang.E(Hadis riwayat Thabrani)
Seorang suami juga dituntut supaya berasa cemburu terhadap isteri. Ini kerana jika suami tidak cemburu dengan kemungkaran dan kesalahan yang dilakukan oleh isteri, suami itu tergolong dayus (golongan yang dilaknat Allah dan diharamkan syurga ke atas mereka).
Sabda Rasulullah, yang maksud: Kecemburuan itu termasuk sebahagian daripada iman, midzak (membenarkan lelaki lain ke dalam rumah kemudian dibiarkan bersama isterinya) itu termasuk sifat munafik.E(Hadis riwayat Bazar dan Baiha).