sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 8:31:32 GMT 8
ALLAH Maha Mengetahui Segalanya..........mungkin ade hikmah disebaliknya.........WALLAHU'ALAM........
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 8:49:14 GMT 8
Rogol berlaku apabila seseorang itu dipaksa melakukan perhubungan seks. Paksaan adalah melalui kekerasan fizikal, mengugut, menakutkan mangsa. Rogol termasuk dalam paksaan melakukan hubungan seks antara suami isteri dan pasangan kekasih.
Definasi undang-undang
Seksyen 375 Kanun Keseksaan mendefinasikan rogol seperti berikut:-
Seorang lelaki dikatakan melakukan rogol jika ia, melainkan dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan-keadaan yang termasuk ke dalam mana-mana perihal yang berikut:-
Pertama: Bertentangan dengan kemahuan perempuan itu
Kedua : Tanpa kerelaan perempuan itu
Ketiga: Dengan kerelaan perempuan itu padahal kerelaan itu telah diperolehi dengan mendatangkan kepada perempuan itu atau mana-mana orang ketakutan mati atau cedera, atau telah diperolehi melalui salah tanggapan fakta dan lelai itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebutz
Keempat: Dengan kerelaan perempuan itu padahal lelaki itu mengetahui bahawa ia bukan suami perempuan itu dan kerelaan itu diberi kerana perempuan itu percaya bahawa lelaki itu ialah lelaki yang menjadi atau yang ia percaya menjadi suaminya yang sah di sisi undang-undang atau yang kepadanya ia akan memberi kerelaan
Kelima: Dengan kerelaannya, jika pada masa memberi kerelaan itu dia tidak boleh memahami jenis dan akibat mengenai apa yang dia memberi kerelaan
Keenam: Sama ada dengan atau tanpa kerelaan perempuan itu jika perempuan itu dibawah umur enam belas tahun
APA ITU MENCABUL KEHORMATAN? Mencabul Kehormatan diri adalah salah satu aktiviti seksual yang dipaksa ke atas mangsa. Ini adalah salah dari segi undang-undang jika sesorang itu tidak mahu melakukannya. Contoh mencabuli kehormatan adalah seperti meraba, memegang, memasukkan objek kedalam kemaluan.
SIAPAKAH MANGSA JENAYAH SEKS? Mangsa tidak mengenal bangsa, agama dan umur. Golongan mangsa yang paling ramai adalah kanak-kanak.
BAGAIMANA RUPA BENTUK PEROGOL/PENJENAYAH SEKS?
Sesiapa boleh menjadi perogol. Kebanyakkan perogol adalah kenalan mangsa; jiran, teman lelaki, rakan, malah juga ahli keluarga. Kebanyakkan perogol tidak nampak atau bekelakuan ganjil/gila/menakutkan.
Ramai yang beranggapan bahawa kebanyakkan perogol adalah orang yang tidak dikenali oleh mangsa tetapi kajian dan statistik menunjukkan kebanyakkan kes rogol, mangsa mengenali perogol.
SIAPA YANG PATUT DIPERSALAHKAN DALAM KES ROGOL?
Ini BUKAN SALAH mangsa rogol. Mangsa rogol TIDAK BOLEH dipersalahkan, tidak kira jika mangsa berpakaian seksi atau tempat yang dikunjunginya. Hanya perogol/pencabul kehormatan yang harus DIPERSALAHKAN! Perogol yang membuat pilihan untuk mencabuli hak seseorang.
APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN JIKA SAYA DIROGOL? Berjumpa dengan doktor JANGAN mandi dan mencuci baju anda. Pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Pemeriksaan ini adalah intuk mendapatkan bukti-bukti. Bukti-bukti dibadan boleh diambil dalam masa 72 jam.
One stop crisis centre (Pusat Khidmat Sehenti) ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan segera kepada mangsa-mangsa rogol. Doktor dan jururawat telah dilatih untuk mengendali mangsa-mangsa rogol.
Membuat laporan polis Berjumpa dan bercakap dengan kaunselor supaya anda tidak memendam perasaan dan mengakibatkan tekanan perasaan Rogol adalah satu pengalaman yang sukar. Selepas mangsa dirogol/dicabuli, mangsa akan merasa marah, menyalahkan diri sendiri, sedih, takut dan malu. Perasaan ini adalah normal. Ia akan menolong mangsa jika mangsa bercakap dengan seseorang, berjumpa kaunselor or menelifon talian bantuan.
Memberitahu ahli keluarga/ rakan/ dll untuk mendapatkan sokongan TIADA MANGSA YANG MAHU MENJADI MANGSA JANGAN SALAHKAN DIRI ANDA
FAKTA- FAKTA TENTANG ROGOL Sesiapa saja boleh dirogol. Mangsa-mangsa termasuk wanita, kanak-kanak perempuan/lelaki, bayi, nenek dan remaja. Rogol satu unsur keganasan yang melampau. Perogol biasanya orang yang lemah dan dengan cara merogol peerogol merasakan dia mempunyai kuasa ke atas mangsanya. Mangsa rogol tidak patut dipersalahkan. Tiada siapa yang mahu kehormatannya dicabuli. Kebanyakkan perogol tidak mengunakan senjata untuk merogol mangsanya. Ugutan, paksaan fizikal dan emosi adalah cara yang selalu digunakan oleh perogol ke atas mangsa. Jika anda berkata TIDAK dan seseorang memaksa anda melakukan hubungan seks, itu adalah ROGOL. Kebiasaannya perogol merancang untuk merogol mangsa. Rogol adalah SALAH dari sisi agama, moral dan undang-undang.
Sumber daripada Polis Di Raja Malaysia Kebanyakan mangsa rogol tidak melaporkan rogol kerana mangsa merasa malu dan hina masyarakat sekeliling memandang serong dan menyalahkan mangsa tidak sanggup untuk melalui prosedur untuk mendapatkan keadilan kerana mengambil masa yang lama takut perkara itu mendapat publisiti media massa tidak mahu memalukan ahli keluarga
Bagaimana untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol?
Tempat Sunyi Elak daripada berjalan seorang di tempat sunyi seperti tempat meletak kereta. Berjalan dengan pantas dan pastikan anda tidak diekori. Semasa menuju ketempat meletak kereta, keluarkan kunci kereta dan selitkan di antara jari supaya anda bersedia jika anda di serang, anda boleh menggunakan sebagai senjata. Memilih jalan yang selamat walaupun jauh.
Keluar temu-janji Elak daripada berjumpa di tempat yang membahayakan diri anda. Lebih selamat jika berjumpa di tempat orang ramai. Jika anda menumpang kereta, pastikan melalui jalan yang banyak kenderaan lalu
Alat keselamatan Bawa alat tiup untuk mendapatkan perhatian orang ramai jika anda diserang. Minyak wangi juga boleh digunakan untuk menyelamatkan diri daripada penyerang dengan menyemburkan ke arah muka penyerang.
Seni mempertahankan diri Belajar untuk mempertahankan diri. Ia amat berguna jika anda tahu untuk mempertahankan diri anda daripada serangan
Hukuman Sesiapa yang disabit kesalahan merogol akan dihukum menurut seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun. Selain itu, pesalah itu hendaklah juga dikenakan hukuman sebat.
KES MANGSA ROGOL, LIWAT DAN BUNUH
KES 1 : SITI NADIRA BUDAH
Selepas pulang dari kelas agama pada 7 Julai 2001, mangsa yang baru berusia 5 tahun telah dibunuh dengan kejam dan dibenamkan ke dalam lumpur di sebuah kawasan paya.
Mangsa yang ditemui dalam keadaan separuh bogel ini dipercayai turut dicabul setelah didukung ke kawasan yang terletak kira-kira 500 meter dari Kampung Sebuga Besar, Sandakan sebelum dibunuh.
Berikutan kejadian ini, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali mangsa dan ahli keluarga telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian tersebut.
KES 2 : NURUL HANIS KAMIL Malang tidak berbau bagi pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub, Jasin, Melaka apabila basikalnya rosak semasa pulang dari sekolah pada 3 Julai 2001.
Mayat mangsa yang dijumpai di dalam semak kira-kira 150 meter dari rumahnya itu disahkan telah dirogol dan diliwat sebelum dibunuh.
Berdasarkan penyiasatan pihak polis, seorang remaja lelaki yang berusia 17 dari sekolah yang sama telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Pelajar yang pernah menjalani pemulihan akhlak ini sedang di dalam proses untuk didakwa di mahkamah.
KES 3 : FARAH DEEBA RUSTAM Pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Buyong Adil, Tapah, Perak ini tidak pulang-pulang ke rumah selepas keluar ke kedai bersama rakannya.
Mayatnya dijumpai pada 3 Februari 2001 dalam keadaan separuh bogel di dalam longkang besar dan disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dengan kejam.
Walaupun pihak polis telah berjaya mengesan remaja yang disyaki melakukan perbuatan tersebut, namun sehingga kini, tiada sebarang tangkapan dan dakwaan dibuat.
KES 4 : RAFAEZAH RAZALI Pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Lurah Bilut ini hilang selepas pulang dari Kuala Lumpur bersama guru dan rakan-rakan pada 25 Februari 2001.
Mayatnya hanya dijumpai pada keesokan hari di dalam kebun getah yang terletak hanya 100 meter dari kedai kopi di Kampung Lebu, Bentong.
Dia dipercayai dirogol sebelum dicekik sehingga mati oleh seorang penganggur berusia 24 tahun.
Lelaki berkenaan telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Bentong di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan mulai Mei lalu.
KES 5 : NORSHUHADA BURAK Belum sempat menjejakkan kaki ke sekolah rendah, mayat kanak-kanak berusia 6 tahun ini ditemui di dalam tangki air di atas loteng rumah bandaran tiga tingkat di Selayang Baru, Gombak pada 21 Oktober 2000.
Mayat yang dalam keadaan separuh bogel dengan mulut disumbat dengan seluar dalamnya sendiri disahkan telah dirogol sebelum dihumban ke dalam tangki air.
Dengan bukti yang kukuh, seorang remaja lelaki berusia 12 tahun telah ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 16 Akta Mahkamah Juvana 1947 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Murid yang sepatutnya berada di tahun enam serta dikenali oleh mangsa ini telah mengaku bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
KES 5 : AUDREY MELISSA PATINNATHAN Keadaan kecoh seketika apabila mayat pelajar tingkatan lima di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur dijumpai dekat sebuah pencawang elektrik berhampiran Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1999.
Mangsa disahkan dirogol dan diketuk dengan benda berat sebelum dijerut sehingga mati semasa dalam perjalanan ke sekolah.
Walau pelbagai usaha dilakukan, sehingga kini, perogol dan pembunuhnya masih bebas.
KES 6 : NOOR SUZAILY MUKHTAR Seluruh negara gempar apabila mayat jurutera yang berusia 24 tahun ini dijumpai di pembahagi jalan dalam keadaan bogel di kawasan projek perumahan Taman Bukit Tinggi, Klang pada 7 Oktober 2000.
Noor Suzaily disahkan dirogol dan diliwat sebelum dibunuh semasa menaiki bas untuk melaporkan diri ke tempat kerja di Klang.
Berikutan itu, seorang pemandu bas, Hanafi Mat Hassan telah di tahan dan kini sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan merogol dan membunuh.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 8:51:29 GMT 8
Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya dan Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagai mana yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadisnya.....
1. Sekali suami minum dari yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik daripada berpuasa setahun.
2. Makan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan umrah.
3. Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik daripada menyembelih 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4. Apabila isteri hamil dia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
5. Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah tasbih (Zikir).
6. Tidak ada putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang malamnya mengembirakan suaminya.
7. Apabila meninggal dunia seorang isteri yang suaminya redha necaya dimasukkan dia ke dalam syurga.
8. Seorang wanita apabila dia mengerjakan sembahyang yang difardukan kepadanya, berpuasa pada bulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah dia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dia suka...
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 9:41:28 GMT 8
dari pengalaman seorg wanita......... BERHATI -HATI... KAWAN STICTLY FOR LADIES ONLY !!!!! Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Sambil mencuci mata, melihat panorama pagi... sigadis, siteruna,silelaki dan siwanita, dengan berbagai gaya ketempat kerja. Tiba-tiba, terkejut gilerrrrr saya apabila ternampak Kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, Seorang anggota polis datang ke arah saya. "Selamat Pagi, Cik Kak.." "Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, anggota polis tu terus tersenyum..sambil berkata: " Selalu keofis, memandu sorang diri ke..?" "Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?" Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semuatahu,sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol,cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas. Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita.Kalau boleh, anak-anak patung, kotak tisu ber'lace' dan bunga-bunga,jangan diletak didalam kereta. Biar "mereka" susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih. Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki,ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik. "Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan Takut menjelma. Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm...nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje. Moral of the story: Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!! Kepada semua pemandu wanita, JAGA DIRI!! Jgn jaga kereta saje!!
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 12:17:06 GMT 8
KUANTAN: Lelaki hidung belang di bandar ini dipercayai menggunakan sejenis cecair dinamakan `air babi mengawan’ bagi menimbulkan ghairah seks di kalangan gadis yang diperangkap.
Cecair berwarna jernih itu dinamakan `air babi mengawan’ berdasarkan tulisan yang pada botolnya.Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada cecair itu menggunakan campuran lemak atau bahagian organ babi.
Harian Metro difahamkan, gadis yang diberikan minuman air mengandungi beberapa titik cecair itu akan cepat terangsang dan khayal serta membiarkan dirinya diperlakukan oleh lelaki.Cecair berharga RM20 sebotol itu diedarkan secara rahsia dipercayai mempunyai pelanggan tetap.
Bagaimanapun, pelanggan perlu menggunakan kod tertentu untuk membeli cecair itu bagi mengelak penjualnya dikesan pihak berkuasa.
Menurut sumber, cecair itu yang dihasilkan daripada beberapa campuran bahan yang belum dipastikan boleh membuatkan mangsa lupa diri dan seronok melakukan hubungan seks.Beliau berkata, biasanya, lelaki tidak bertanggung jawab itu akan memasukkan beberapa titik cecair ke minuman gadis tanpa diketahui mangsa.
“Cecair itu akan dicampur dalam dua jenis minuman iaitu minuman keras dan minuman bergas bagi mengelak mangsa mengetahui minuman berkenaan sudah dicampur dengan cecair itu.“Apabila wanita itu mengambil minuman bercampur cecair itu, mangsa akan mendapati dirinya ghairah untuk melakukan hubungan seks.
“Ada juga mangsa yang pening dan panas badan. Secara tidak langsung mereka terangsang untuk dibelai lelaki bagi melakukan hubungan seks,” katanya.
Berdasarkan siasatan, cecair itu dipercayai diedar secara berleluasa di sekitar pusat hiburan tetapi menggunakan rangkaian terancang bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Ia dibungkus dalam botol kecil dan dijual RM20 sebotol kepada pelanggan yang memerlukannya,” katanya.Menurutnya, cecair itu kini, semakin popular dan banyak digunakan oleh lelaki yang ingin menjerat gadis, terutama ketika berhibur di sekitar bandar.
Ditanya bagaimana cecair itu dibawa masuk ke negara ini, katanya, setakat ini, pihaknya belum mengenal pasti sindiket membawa masuk cecair itu dan siasatan masih dijalankan.Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pengambilan cecair itu dalam jumlah yang banyak dan berterusan boleh memberi kesan kepada kesihatan terutama saraf otak.
“Kita juga tidak dapat mengenal pasti campuran bahan yang digunakan dalam cecair itu kerana ia memerlukan kajian terperinci,” katanya.
NOTE: Berhati-hati di jalan raya, eh..eh..salah, berhati-hati kuar dgn lelaki yang baru dikenali
Nota: Citer ni bebetul tau... bukan memain/Tipu
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
Post by LaNgSuIr on Dec 23, 2003 13:04:33 GMT 8
hahahaha..topic ni kena pindah!hahahaha
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 23, 2003 14:34:58 GMT 8
30 Larangan Kepada Wanita 1. Menyambung rambut palsu 2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi 3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi 4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain 5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama 6. Membuka rahsia hubungan suami isteri 7. Berpuasa sunat tanpa izin suami 8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami 9. Derhaka kepada suami 10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas 11. Mengingkari kebaikan suami 12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram 13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya 14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram 15. Menyerupai lelaki 16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami 17. Memandang aurat wanita lain 18. Keluar rumah tanpa ada keperluan 19. Masuk permandian awam 20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah 21. Meratapi kematian 22. Berhias atas meninggalnya seorang 23. Menghantar jenazah 24. Mempercayai bomoh, dukun dan peramal 25. Menyumpah anak-anak sendiri 26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim 27. Menganiaya pembantu 28. Mengganggu jiran 29. Minta cerai kerana suami sakit 30. Minta cerai kerana suami menikah lagi
|
|
|
Post by duo on Dec 23, 2003 15:29:02 GMT 8
bagus peringatan ni buat tatapan semue..so kaum hawa sekalian beringatlah ek..moga apa yang kite buat diredhai Nya..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 8:13:13 GMT 8
aaaaaaaaaammmmmmmmiiiiiiiiiiinnnnnn.moga2.
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:05:32 GMT 8
Diceritakan oleh kwn kpd penulis...
Ibuku......Tetap Ibuku
Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Berbetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak.
Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu. Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut.
Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu. Sedih rasanya. Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak. Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan.
Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan. Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik disekolah.
Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput.
Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku di berikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah.
Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila.
Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya. Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu.
Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini.
Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada).
Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redho ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang". "Ya Allah yang Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . . panjang lagi doaku.
Kalau tidak kerana anak anakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.
Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati. Ku jaga dengan penuh hati hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi.
Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . .
Bertaubatlah. Seandainya penulis belum berkahwin, sedarlah syurgamu di telapak kaki ibu . . . Apa yang ingin ku kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah. Doa juga agar kita disayangi oleh semua orang terutama ibu @ suami.
Saya doakan agar sdr/i bertaubat dan terbuka hati untuk berbakti kepada ibu selagi hayatnya masih ada. Amin
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Dec 24, 2003 10:17:54 GMT 8
Kisah benar: Wasiat buat isteri tersayang
Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran... Insya' Allah. Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).
Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan olehsaudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.
Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu,lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.Penulis yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.
Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya berrsama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang). Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.
Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya. Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinyamembantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."
"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."
"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."
"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)." Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.
-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
|
|
|
Post by enigma on Dec 31, 2003 15:26:13 GMT 8
Shalihah atau tidaknya seorang wanita bergantung ketaatannya pada aturan-aturan Allah. Aturan-aturan tersebut berlaku universal, bukan saja bagi wanita yang sudah menikah, tapi juga bagi remaja .... MULIALAH wanita shalihah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di surga. Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah". (HR. Muslim). Dalam Al-Quran surat An-Nur: 30-31, Allah Swt. memberikan gambaran wanita shalihah sebagai wanita yang senantiasa mampu menjaga pandangannya. Ia selalu taat kepada Allah dan Rasul Nya. Make up- nya adalah basuhan air wudhu. Lipstiknya adalah dzikir kepada Allah. Celak matanya adalah memperbanyak bacaan Al-Quran. ...
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Jan 2, 2004 5:18:24 GMT 8
fuyyyyo..dah jadi moderator rupanya eureka.........maklumlah student kesayangan chief lah katakan...mana x tumpahnya kuah kalu x ke nasi........anyway tahniah my dear fren.....aku tumpang gumbira...........dengaq khabaq kabel bukit bendera dah putui,tui ka?......bila depa nak repair?........lepaih repair hang bgtaulah kat aku ya?...aku pun nak gi sana gak......jgn lupa kim salam aku kat jambatan pulau pinang tau..........
|
|
|
Post by enigma on Jan 2, 2004 5:49:49 GMT 8
fuyyyyo..dah jadi moderator rupanya eureka.........maklumlah student kesayangan chief lah katakan...mana x tumpahnya kuah kalu x ke nasi........anyway tahniah my dear fren.....aku tumpang gumbira...........dengaq khabaq kabel bukit bendera dah putui,tui ka?......bila depa nak repair?........lepaih repair hang bgtaulah kat aku ya?...aku pun nak gi sana gak......jgn lupa kim salam aku kat jambatan pulau pinang tau.......... hai sha....jgn la plak x mengaku org png..buat2 tanya psl kabel bkt bendera la pulak.. thanx...
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 5, 2004 3:53:12 GMT 8
ni ruangan menulis novel ke atau ruangan cerita² ringkas...maaf la pasal wa tak pandai dalam bab menulis ni....lain kali la wa join lu orang...bye...
|
|