Rahsia disebalik ciuman lelaki
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan
wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok
apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap
si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsiayg
berbeza lagi tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa
sahaja yg bersopan
akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang
tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya
dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas
atasannya, seorang murid
terhadap gurunya dan seterusnya.... Jarang berlaku seorang lelaki mengucup
tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang
suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si
lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan
menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan didahi itu tandanya si dia
begitu kasih terhadap anda.
Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda
begitu syahdu.
Ciuman Sayang
itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia
tiba2 mencium pipi anda,
itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah
ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang
suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga
apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh,
satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan
cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua
pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling
berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah
kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah
ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat
sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah
belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci
pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup
tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa
pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang
bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang
hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda
terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun
masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap
anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil
kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam
sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga
lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di
hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si
lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda.
Anda boleh menganggap sidia boleh diperlakukan apa
saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin
dia cuma melakonkan saja utk mendapat
perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg
andatafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak
seharusnya dilakukan.