|
Post by kAsuTbAtA on Mar 8, 2004 14:27:22 GMT 8
cerpen ko mmg menyentuh hati aku...bukannya je pompuan yg setia tp kaum adam begitu juga
|
|
|
Post by enigma on Mar 9, 2004 0:32:24 GMT 8
cerpen ko mmg menyentuh hati aku...bukannya je pompuan yg setia tp kaum adam begitu juga kasutbata ni kaum adam ker hawa?
|
|
|
Post by atokENSEM on Mar 10, 2004 1:19:53 GMT 8
kasutbata ni kaum adam ker hawa? rase2 eureka?atok tau..
|
|
sha
Senior Student
Success is not to b persued, it is to b attracted by the person we bcome......
Posts: 427
|
Post by sha on Mar 13, 2004 11:47:58 GMT 8
Assalamualaiku..wth.
Saudariku... .. Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sangkumbang untuk mendekatimu; namun... ... tidak semua bunga senang untuk didekatioleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , darikejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancarindah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ... ... . tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya... ... Saudariku... .. Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ... .. ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ... ... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup ... ..sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam... ... Namun ... ... ... ... . ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamumencabar rasa keimanan yang ada ... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah... ... ... . Saudariku... .. Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki... Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu... Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"... .. Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu... .. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu... .. Saudariku... Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta... Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu... ... ... ... Saudariku... Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu... .. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri." "ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA... ... " WASSALAM..
|
|
|
Post by enigma on Mar 15, 2004 2:13:52 GMT 8
wanita adalah kejadian indah ciptaan tuhan.... seindah hiasan adalah wannita solehah di bumi ini..
|
|
|
Post by enigma on Mar 15, 2004 2:21:24 GMT 8
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 15, 2004 2:55:59 GMT 8
yup..semua keliru ngan jantina aku..aku janji... 31 ogos aku bg tau..
|
|
|
Post by kuzy on Mar 15, 2004 11:01:01 GMT 8
atok tgk..setiap thread anda memberikan pendapat yg baik utk netterz terima..apa kata anda jadi moderator kedua?ade yg membantah? tak taula tapi kalau aku... bann jer baru tak berperi kemanusiaan.. kwakwakwakwakwakw ;D
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 15, 2004 15:23:32 GMT 8
cinta dan penantian
Hidup ini penuh dengan pencarian.Engkau dan aku, biarpun warna kulit berbeza, tinggi tak sama, latar belakang tidak serupa, hati berlainan, tapi kita punya satu pencarian yang sama. Setiap dari kita mencari sebuah cinta suci. Walaupun pernah semasa kecil dulu kita menafikannya, tapi hati ini tercari-cari erti sebuah percintaan. Benarkah ia semanis madu seperti yang diperkatakan orang atau sepahit hempedu apabila dimiliki. Tapi, perpisahan itu selalu terjadi pada insan yang sedang bercinta. Tersekat nafas, terhenti jantung apabila ia terjadi. Perpisahan itu sungguh menyedihkan kita tapi segalanya ditangan takdir. Sebuah cinta dan harapan, kini bercerai, meretakkan hati, menyeksa jiwa kita. Mengapa ia harus terjadi, adakah cuma sebuah mimpi ngeri di malam hari. Mengapa kita terus menanti cinta itu walaupun kita tahu ia tidak akan kembali membawa serpihan hati yang kecewa. Kita telah lakukan segalanya, mengorbankan semuanya, namum, cinta yang dicari tidak seindah cinta yang dicurahkan. Tapi, selagi ada cinta di hati ini, selagi ada rindu yang membara, selagi hati ini masih kental, selagi ada air mata yang mengalir, kita pertaruhkan segalanya untuk cinta kita. Cuma, jangan biarkan diri ini tawar hati, sampai cinta tiada lagi. Jika cinta sudah tiada, semarak rindu hilang sinarnya, kita bisa walau terseksa melakarkan langkah, meninggalkan segala kenangan semalam walau seakan baru saja berlalu Biar impian tinggal impian Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah, dan kemudian kita dikecewakan, sebelum kita berjumpa dengan insan yang betul, supaya apabila kita bertemu dengan orang yang mencintai kita, kita tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut. Jangan biarkan diri terlalu kecewa apabila salah satu pintu kebahagian tertutup kerana pintu yang lain pasti akan terbuka. Tapi, kita sering kali memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama sampai kita tak sedar akan pintu lain yang terbuka. Kadang-kadang, kita tertunggu-tunggu orang membuka pintu kebahagiaan untuk kita. Tapi, tiada siapa yang mempunyai kunci pintu itu. Jangan putus asa, setiap pintu ada kuncinya, dan ada insan yang akan membuka pintu kebahagian yang kita impikan. Itu janji Tuhan pada umatnya, semua insan dilahirkan berpasangan. Cuma cepat dan lambat membezakannya. Jadi jangan mudah putus asa. Bersabar dan terus menunggu. Namum, firman Tuhan harus sentiasa ingati, sesuatu bangsa tidak akan berubah selagi bangsa itu tidak mengubahkannya sendiri. Kata orang tua, jangan ditunggu bulan jatuh ke riba. Jika kita inginkan bulan, kita seharusnya meneroka bulan itu. Jangan seperti Mat Jenin, apa yang dihajat tidak tercapai, apa yang dimilik tergadai. Seandainya kita sedang bercinta, jangan terlalu meragui ketulusan cinta. Cinta itu cuma akan terbit dari dua hati insan yang suci. Ia tidak datang sendirian tapi datang bersama keikhlasan, kesabaran, kehormatan dan seribu satu keindahan. Bersama cinta, kita bagai disuntik suatu semangat, seakan baru bangun dari tidur yang lama. Setiap saat begitu bermakna, tidak dapat diungkap oleh perkataan, hanya dapat digambarkan oleh sinar mata. Cinta itu sesuatu yang kita perlukan, jangan sesekali menafikan sesuatu yang azali
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 21, 2004 23:46:34 GMT 8
makna naye rtu kurangkan lah level EGO anda
|
|
noi24
Junior Student
Posts: 51
|
Post by noi24 on Mar 22, 2004 0:28:34 GMT 8
kurangkan lah, tapi ingat jangan sampai dipijak kepala.
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 23, 2004 1:11:17 GMT 8
tul ajer tu..jgn sampai di pijaknyer kepala kiter
|
|
|
Post by kuzy on Mar 23, 2004 14:28:33 GMT 8
kuzy nak tanye camne nak nilai air mata perempuan.... apakah rahsia disebalik airmata yang slalu mengalir di depan leleki gagah.... yg bleh melunturkan semangat juang lelaki tersebut.... perempuan bleh bagi penjelasan tak?
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Mar 25, 2004 16:16:25 GMT 8
kaum hawa takder yg muncul pun..maner la korang nie
|
|
|
Post by StRiDeR on Mar 26, 2004 15:46:34 GMT 8
Bicara Cinta Luka ----------------------
Cinta, arghh kadang kala memeningkan kepala aku... apa ada pada cinta itulah persoalan demi persoalan yang selalu menghantui hidup aku... Biarlah apa orang nak kata sesungguhnya aku cukup-cukup merana kerana cinta. Kerana cintalah aku jadi nanar, trauma dengan kata-kata cinta.
Bagi aku cinta sudah lama mati... Bagi aku cinta memualkan dan memilukan... Aku tak tahu sampai bilakah aku akan terusan dihambat perasaan mual benci dengan perkataan cinta... Biarlah beribu insan yang mendambakan cinta dari aku tapi bagi aku segala-galanya telah musnah, punah dilambung gelombang waktu.
Aku meratap, menjerit pilu kerana cintaku putus ditengah jalan.. Segala-gala masih segar dalam ingatan aku.. Kerana cinta aku kehilangan harga diriku malahan keluarga aku sekalian.. aku benci benci dan terus benci dengan perkataan cinta. Hatiku keras dan tidak akan aku berikan segenap perasaan aku pada sesiapa pun biarlah ditelan waktu.. Sehingga kini aku menangisi, pilu hati aku bila kenangan sikap bekas tunang aku... kerana dialah aku jadi seorang perajudis dalam cinta. Bonda selalu berpesan pada aku jangan terusan menghukum diri kerana cinta. Cinta yang mulia sebaik-baiknya untuk yang maha kuasa, berserah dan memohonlah kepadanya jikalau setiap kali hati dan perasaan ku hancur bila terkenangkan Ellyna..
Arghh persetan semua itu... .aku mulai mendedami setiap manusia bergelar wanita... kenapa dan mengapa harus aku gagal dalam setiap percintaan... .Setiap kali perasaan ini timbul aku mulai gelisah gabrah dan segala rasa yang aku rasai. Setiap kali mengenali seorang wanita setiap kali hatiku diguris dan dilukai. Aku terus dan terus memburu cinta tapi kini segala-galanya tidak mungkin akan kembali dalam hidupku..
Ada kala aku menyalahkan takdir, kenapa mesti aku yang harus kecewa dan dikecewakan..Mengapa aku dan tidak orang lain. Aku tak tahu sampai bila ia akan terusan terjadi dalam hidupku.. Aku juga seperti lelaki lain ingin disayangi, dicintai dan dibelai manja seorang wanita bergelar isteri. Namun hingga kini aku terusan sendirian. dua kali aku putus tunang dan beberapa kali aku putus cinta... Aku tidak tahu di mana salah dan silapnya. Aku berusaha menjadi terbaik yang baik. tapi segalanya gagal di tengah jalan. Dimana silap aku? aku cuba memahami mereka semua namun segala-galanya punah...
"Abang, Ellyna rasa buat masa ni Ellyna tak nak bernikah lagi". "Ellyna nak sambugn study ke UK, dan Ellyna harap Abang terima keputusan Ellyna ni dengan sebaik-baiknya". "Dan Ellyna nak minta putus dari abang". Terkedu aku, pelbagai perasaan timbul. Hati aku merintih menangis tapi tiada berair mata. Aku cuba tahankan dan aku cuba hadapinya dengan tabah. "hi apa semua ni, arghh". Terkejut aku begitu juga dengan keluarga Ellyna dan keluargaku yang lain, dengan herdikkan Bonda tersayang. "bonda, sabar..Bonda". "apa sabar..sabar". "Marziah aku datang sini nak tetapkan tarikh pernikahan anak-anak kita tapi ini yang jadi". Aku benar-benar tak faham apa semua ni". " Cuba kau terangkan". Ibu Ellyna terdiam, dia sendiri merasa gusar, berbelah bagi hatinya untuk menerangkan segalanya. Baginya jodoh pertemuan di tangan tuhan. "ialah Borhan, apa semua ni, aku tak faham". "cuba kau terangkan pada aku, kalau tak nak dari dulu cakap terus terang, tak payahlah kami terhegeh-hegeh datang meminang". Ayahnda mulai panas perasaannya. Aku tak dapat menahan sebak ku lagi ketika itu, namun aku terus gagahi hati dan perasaan aku supaya tidak emosional. Ku lihat Kak Ngah sudah mulai berlinangan air matanya. Aku tahu dia sendiri tidak sampai hati melihatkan aku terusan dikecewakan. "Bonda, Ayahnda, mari kita balik". "Tak payahlah kita gaduh-gaduh dah keputusan Ellyna, kita terima saja". Kak Ngah menenangkan Bonda dan Ayahnda.
Aku lihat air mata Bonda berlinangan dipipinya. Aku tahu dia ingin melihatkan ku bahagia. Namun segala-galanya telah musnah. Impian ku ingin menjejaki pelamin anganku semuanya punah. Aku tidak tahu di mana salah dan silapku. Ayahnda juga seperti Bonda termenung di kejauhan. Segala persiapan telah dibuat... Perasaan malu bertandang dalam hati Bonda dan Ayahnda, aku tahu perasaan mereka apalagi aku yang mengalaminya. Dalam esakan Bonda memujuk hatiku... "sabarlah Is bukan jodoh kau dengan Ellyna, Bonda harap kau semakin tabah hadapi segalanya". "Bonda tahu hatimu nak, Bonda sedih bila kenangkan perbuatan orang terhadapmu".
Bonda dan Ayahnda terusan memberi peransang supaya aku bangkit semula. Aku tahu Bonda dan Ayahnda cukup bimbang jikalau aku tidak dapat mengawal perasaan aku seperti waktu pertama kali aku ingin bertunang dengan Nita... .Segalanya telah ditetapkan tarikh untuk pihak lelaki menghantar tanda... Tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya. Apa yang aku hajati tidak pernah kesampaian. Pihak perempuan datang dengan perasaan jengkel dan marah lalu memutuskan tidak menerima pinangan kami sekeluarga.
Aku tergamam, lalu aku terus mendapatkan kereta dan ku pecut laju semahunya. Aku pohon pengertian Nita dan ku rayu agar Nita menarik semuanya. Apakan daya aku jua yang tertewas, mereka tetap dengan keputusan mereka. Seperti orang hilang ingatan aku memecut laju keretaku... Aku harap ketika itu aku mati dalam kemalangan. Aku mohon dan terus memohon namun tuhan masih sayangkan aku. Apa yang aku ingin lakukan terjadi sebaliknya. Hatiku terdetik, aku mengucap panjang dengan apa yang aku lakukan. Dalam kereta air mata lelakiku mengalir deras mengenangkan segala-gala yang aku harapkan tidak menjadi kenyataan.
Itulah ditakuti oleh Bonda, dengan terputusnya pertunangan aku dengan Ellyna. Aku akan jadi seperti dahulu membawa diri seperti orang hilang ingatan.. Bonda takut aku akan cuba membunuh diri seperti sewaktu aku dengan Nita. Aku kuatkan semangat aku pohon pada ilahi agar aku tabah hadapi semuanya. Di atas sejadah aku terusan menangisi nasib aku yang malang. Aku menangis dan terus menangis, kerana kekecewaan ini. Ketabahan ku tidak sekuat mana setiap kali teringatkan kisah aku dengan Ellyna pasti air mata ku akan mengalir di pipi.
"Bonda aku terlalu lemah hadapi segalanya". Aku tidak sekuat Bonda dan Ayahnda ketika dilanda kerisis keluarga dahulu. Kerana fitnah manusia hampir-hampir Bonda dan Ayahnda berpisah setelah hampir tiga puluh lapan tahun hidup bersama. Kerana fitnah orang yang irihati syarikat Ayahnda mengalami kerugian. Hampir-hampir Syarikat di iktirafkan muflis... Dengan berkat kerjasama Bonda serta doa Bonda siang dan malam akhirnya mereka berjaya bangkit kembali. Tapi aku..aku tidak sekuat mereka berdua... .Setiap kali cinta datang pasti terlepas begitu sahaja. Sampai bila aku begini. Wajah murung ku menceritakan segalanya. Aku cuba menyibukkan diriku dengan kerja-kerja dipejabat malahan aku menyibukkan diri dengan dunia peragaan. Namun semuanya tidak dapat menenangkan hati aku bila keseorangan.
Sampai bila... tuhan tidak adil dalam hidup ku... setiap kali terlintas aku beristifar panjang. Syukurlah aku di berikan didikan agama yang tinggi... aku tak mahu menyalahkan takdir semuanya apa pun aku akan berusaha dan terus berusaha tapi setiap kali cinta hadir dalam hidupku pasti ada saja halangannya. Rakan-rakan terdekat seperti tidak menyenangi jikalau mereka tahu aku ada seorang perempuan dalam hidupku. Mereka berusaha agar aku putus setiap kali dalam percintaan. Akhirnya aku juga yang kecundang dalam percintaan. Hasrat aku untuk berumah tangga tidak kesampaian sehingga kini.
Aku sedih dan terus bersedih... Aku kecewa dan terusan kecewa sampai bila? Semuanya membuatkan aku semakin benci dengan cinta... Cinta bagi aku telah pun musnah dalam hidupku... Aku dah tak percaya lagi dengan cinta... Hati aku benar-benar punah lumat ditelan waktu... .Akhirnya aku terdampar di sini membawa seribu kenangan dalam cinta... ..Pergilah pergilah cinta usah kau hadir lagi dalam hidupku kerana aku telah tiada lagi perasaan itu... .
|
|