Post by enigma on Feb 18, 2004 20:36:37 GMT 8
aha....
kengkawan sekelian alam....
ni infinitie ada bukak thread baru ni....
ringan-ringankanlah tangan anda utk memberi pendapat dan mencetuskan idea baru dlm thread ni yer...
Mak oi, berkiranya minah ni! Tentunya ada perempuan yang akan berasa kurang senang apabila JK katakan mereka ni terlalu ‘berkira’ terutamanya dengan teman- teman. Malah ada sesetengah tu turut ‘berkira’ dengan adik beradik sendiri. Aik! Apa pun reaksi kamu, ini adalah realiti yang berlaku di kalangan orang perempuan. Adakah itu memang sifat seorang perempuan?
Berbeza sungguh dengan lelaki yang tak berkira sangat dengan teman-teman. Apatah lagi kalau yang rapat, sanggup buat apa saja. Bukan setakat pinjam motosikal atau baju, malah duit dan kereta atau barang yang lebih mahal pun sanggup diberi pinjam! Sampai macam tu sekali.
Kenapa agaknya perempuan ni berkira sangat? Setiap dari kamu sudah tentu empunyai
alasan tersendiri kenapa kamu bersikap begini. Ada yang ‘berkira’ sebab serik dengan sikap teman-teman yang memang tidak tahu menghargai hak dan kepentingan orang lain. Itu tidak mengapa! Tetapi masalahnya ialah ada yang memang ‘berkira’ apabila teman-teman ingin menggunakan barangan mereka. Pantang salah sikit marahnya berpanjangan, lebih teruk kalau tarik muka sampai berminggu-minggu lamanya. Sebaliknya mereka sendiri langsung tak ‘berkira’ ketika ingin menggunakan barangan teman tersebut. Habis semuanya disapu buat macam harta sendiri...
Senario ini sering berlaku di kalangan mereka yang tinggal di rumah sewa. Adat duduk beramai-ramai tentunya ada pelbagai ragam dan karenah. Setiap orang perlu banyak bersabar dan bertolak ansur, sebab untuk memenangi hati semua orang bukannya mudah. Jadi janganlah terlalu ‘berkira’ hinggakan alau ada sepuluh orang penghuni di rumah tersebut, bermakna perlu ada sepuluh biji periuk, sepuluh batang ubat gigi dan macam-macam lagi. Tidak salah kalau kamu berkongsi, sebaliknya perkongsian kamu semua bukan sahaja boleh menjimatkan tetapi turut mengeratkan hubungan.
Begitu juga dengan soal berkemas rumah, sekiranya salah seorang dari kamu sudah ringan tangan untuk berkemas, janganlah pula yang lainnya ambil kesempatan untuk lepas tangan. Ini tidak, apabila teman sudah berkemas, kamu pula buat sampah! Lama- lama teman yang rajin pun jadi malas sebab kerjanya tidak dihargai! Asyik-asyik dia sahaja yang kena, boringlah kan?