poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 27, 2004 22:38:39 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 27, 2004 22:38:39 GMT 8
argh..tensen permohonan cuti rayer aku masih dlm proses.. raye kat ofis pun ok gak aper...leh dapat "something new experience" ;D
|
|
|
women..
Oct 28, 2004 16:21:17 GMT 8
Post by kAsuTbAtA on Oct 28, 2004 16:21:17 GMT 8
raye kat ofis pun ok gak aper...leh dapat "something new experience" ;D aper agaknyer yerkk.. tp kemeriahan nyer tak samer ar..
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 30, 2004 21:28:50 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 30, 2004 21:28:50 GMT 8
aper agaknyer yerkk.. tp kemeriahan nyer tak samer ar.. yerlah...mmg ar tak sama....dah kater something new...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 31, 2004 1:03:21 GMT 8
yerlah...mmg ar tak sama....dah kater something new... oh itu maksud ko yerk........
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 31, 2004 21:09:49 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 31, 2004 21:09:49 GMT 8
oh itu maksud ko yerk........ yerlah....baru paham ker...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Nov 1, 2004 0:57:54 GMT 8
yerlah....baru paham ker... i'm slow learner..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 8, 2004 1:16:25 GMT 8
Assalamualaikum wbt...
Wanita memang penuh rahsia, Disanjung dan disayangi di sejagat maya,
Wanita sbg ibu diiktiraf seluruh dunia, wanita sbg isteri terkenang di setiap lubuk hati manusia, wanita sbg kekasih terbayang pd setiap mata, Wanita sbg wanita terukir dlm kitab ALLAH,
Penyair mengubah bait syahdu wanita dalam rindu, Penyanyi berdendang memuji wanita dalam lagu, pelukis mengabadikan keindahan wanita dgn mata sayu, ISLAM mengangkat darjat wanita setelah mengalami pasang surut dan terbelenggu... _________________
|
|
SaLjU
New Student
~ Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya ~
Posts: 42
|
Post by SaLjU on Nov 8, 2004 17:40:25 GMT 8
Assalamualaikum wbt...
"Duhai muslimah... Dengarlah keagungan kalimah al-Quran, Relakanlah ajaran Muhammad s.a.w. menyusup masuk ke lubuk hatimu,
Keindahannya akan tersembunyi dalam fikiranmu, Akan bertambah seri diwajahmu, Umpama bunga mawar yang indah mekar, Meninggalkan pewanginya walau kelopaknya sudah layu.
Duhai muslimah... Dalam usia remaja, apabila mata-mata pria memandangmu tajam, Naluri wanitamu akan menyerlah maksud kerlingan mereka, Kawallah dirimu dgn melabuhkan jilbabmu, Hindari bisikan syaitan luar dan dalam diri, Moga tuhan bersamamu.
Duhai muslimah... Simpan dan peliharalah dirimu, Jangan kau dedahkan pada yg bukan hak, Jangan kau biarkan kegebuan kulitmu menyentuh kebatilan, Jangan kau biarkan tubuhmu dijilat api syahwat luar sana, Jangan kau biarkan kemerduan suaramu membuai lenaan syaitan, Jadikanlah ketegasan dan kesopanan perisai diri.
Duhai muslimah... Wanita beriman dan bertaqwa menjadi matlamatmu, Biasakan tanganmu mencari pekerjaan dirumah, Tidak suka merayau sia-sia dijalanan, Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupmu, Rumahmu menjadi taman keselamatan dan kegembiraan, Malammu bersujud mengadap tuhan Yang Maha Esa, Bangun pagimu awal bagi menyahut tugasmu, Kebajikan keluarga dan tuntutan ummah menjadi agenda umatmu.
Duhai muslimah... Kupaparkan puisi ini sebagai suntikan semangat buatmu, Agar kita menjadi muslimah sejati, Yang menjadikan pandangan Allah lebih utama daripada pandangan manusia, Yang menjadikan solat dan sabar perisai kehidupan, Berbahagialah dirimu wahai muslimah, Jika kamu orang yang beriman.
Sabarlah menahan keperitan dan kesusahan hidup, Semoga kita digolongkan dalam ummat yang bangkit bersama Rasulullah s.a.w. Amin..."
|
|
|
women..
Nov 12, 2004 10:40:19 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 12, 2004 10:40:19 GMT 8
.:: Kuasa perempuan
KUASA PUJUKAN PEREMPUAN
* Kehebatan perempuan dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada perempuan yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
* Beberapa contoh keruntuhan empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan wanita :
1. Napoleon Bonarparte dan Josephine. 2. Anthony dan Cleopatra 3. Hitler dan Matahari 4. Samson dan Delila 5. Abu Lahab dan Hendon
* Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama :
1. Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri beginda yang lain. 2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah. 3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar. 4. dan banyak contoh lagi orang-orang muslim yang lain.
KUASA KEJELITAAN PEREMPUAN
* Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan perempuan boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhai Allah.
KUASA LAYANAN PEREMPUAN
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."
|
|
|
women..
Nov 20, 2004 17:25:13 GMT 8
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 20, 2004 17:25:13 GMT 8
Mengapa wanita mudah menangis?
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."
Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya." Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.
Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui
masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".
|
|
|
women..
Nov 22, 2004 14:43:16 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 22, 2004 14:43:16 GMT 8
a'ah,mmg pempuan mudah menangis..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 23, 2004 1:35:08 GMT 8
a'ah,mmg pempuan mudah menangis.. yup...betul tu...air mata wanita mmg berkuasa..
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 23, 2004 1:36:22 GMT 8
Rahsia Wanita
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Nov 23, 2004 1:36:53 GMT 8
sambungan...............
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
|
|
|
women..
Nov 25, 2004 13:58:14 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 25, 2004 13:58:14 GMT 8
yup...betul tu...air mata wanita mmg berkuasa.. tp nape ye?
|
|