MysTeRy
Junior Student
BeWaRE OF My EyES...!!!
Posts: 153
|
Post by MysTeRy on Oct 4, 2004 2:10:52 GMT 8
empunya diri la jawab..pikir la, camna mak ayah kita mampu besarkan kita, didikkan kita, bg kita kemudahan menimba ilmu dan segalanya la...kita apa la salahnya rebut segala yg telah dis ediakan demi keselesaan mak ayah kita..tul tak? erm...kenape mak ayah kite dulu boleh buat?? sebab mereka tak pentingkan diri sendiri...tujuan mereka hidup pun untuk anak²...tapi kite??ade yang lebih teruk dah besar panjang beranak pinak masih lagi mengharapkan tulang 4 kerat orang tue tu...patut ke tak patut??mereka boleh jaga anak sampai 10 orang tapi anak yang 10 orang tu boleh jage mak bapak yang sorang tu...pikirla sejenak...
|
|
|
Post by enigma on Oct 6, 2004 11:35:29 GMT 8
erm...kenape mak ayah kite dulu boleh buat?? sebab mereka tak pentingkan diri sendiri...tujuan mereka hidup pun untuk anak²...tapi kite??ade yang lebih teruk dah besar panjang beranak pinak masih lagi mengharapkan tulang 4 kerat orang tue tu...patut ke tak patut??mereka boleh jaga anak sampai 10 orang tapi anak yang 10 orang tu boleh jage mak bapak yang sorang tu...pikirla sejenak... itu la anak2 zaman sekarang...kalo mak bapak ada harta sikit.....mulalah nak harapkan hartamak bapak dia....tak reti nak usaha cari harta seniri.....macamla esok2 harta tu tak abis.....
|
|
|
women..
Oct 11, 2004 15:37:01 GMT 8
Post by kAsuTbAtA on Oct 11, 2004 15:37:01 GMT 8
itu la anak2 zaman sekarang...kalo mak bapak ada harta sikit.....mulalah nak harapkan hartamak bapak dia....tak reti nak usaha cari harta seniri.....macamla esok2 harta tu tak abis..... betul2
|
|
|
women..
Oct 11, 2004 16:53:32 GMT 8
Post by enigma on Oct 11, 2004 16:53:32 GMT 8
Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."
Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 'sampai hati' sesama sendiri
Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.
Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.
Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai 'alat'. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN...
|
|
|
women..
Oct 12, 2004 21:00:35 GMT 8
Post by ~BuTtErfLy~ on Oct 12, 2004 21:00:35 GMT 8
Ganjaran Wanita Solehah
MENGIKUT perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah. Malah Rasulullah memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (Riwayat Bukhari)
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Akhirnya Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.
Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” – (Surah an-Nisa, ayat 34) Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)
Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al Hakim dan Tirmizi)
Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.
Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar- benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.
Akhirnya, Rasulullah pernah bersabda maksudnya: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al Tausi)
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 16, 2004 17:38:23 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 16, 2004 17:38:23 GMT 8
aku setuju ngan betul ko tu kasutbata...
|
|
|
women..
Oct 17, 2004 17:24:58 GMT 8
Post by cuak_mengganas on Oct 17, 2004 17:24:58 GMT 8
aku setuju ngan betul ko tu kasutbata... aku pun
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 17, 2004 23:26:03 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 17, 2004 23:26:03 GMT 8
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 18, 2004 2:18:53 GMT 8
pokai sea+cuak menambah posting la tuh...
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 23, 2004 23:09:57 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 23, 2004 23:09:57 GMT 8
pokai sea+cuak menambah posting la tuh... eh tak lah...tak baik ar ko ckp camtu...aku just nak temankan dia jer....dia aku tak tau lah kan...
|
|
|
women..
Oct 24, 2004 23:11:28 GMT 8
Post by kAsuTbAtA on Oct 24, 2004 23:11:28 GMT 8
eh tak lah...tak baik ar ko ckp camtu...aku just nak temankan dia jer....dia aku tak tau lah kan... meyelamat diri sendiri..tak leh di buat kawan ko nih..
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 25, 2004 21:25:17 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 25, 2004 21:25:17 GMT 8
meyelamat diri sendiri..tak leh di buat kawan ko nih.. ko ni suka lemparkan tomahan yg tak sahih ar....aku cuma kater "aku tak taulah kan"...it doesn't mean yg negative....ish ish ko ni...
|
|
|
women..
Oct 25, 2004 23:41:38 GMT 8
Post by kAsuTbAtA on Oct 25, 2004 23:41:38 GMT 8
ko ni suka lemparkan tomahan yg tak sahih ar....aku cuma kater "aku tak taulah kan"...it doesn't mean yg negative....ish ish ko ni... kah..kah..emosi tak stabil ar..problem ngan boss ni..
|
|
poKai Sea
Senior Student
snyum snyum...warkkkk...;)
Posts: 346
|
women..
Oct 26, 2004 21:54:46 GMT 8
Post by poKai Sea on Oct 26, 2004 21:54:46 GMT 8
kah..kah..emosi tak stabil ar..problem ngan boss ni.. tulah...lain kali kawal ar sket emosi tu...
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Oct 27, 2004 0:54:05 GMT 8
tulah...lain kali kawal ar sket emosi tu... argh..tensen permohonan cuti rayer aku masih dlm proses..
|
|