|
Post by SweetGirlz on Dec 6, 2003 3:35:59 GMT 8
that's right antuseramgiler
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 6, 2003 20:54:02 GMT 8
Wanita Ciptaan Istimewa ?betul lah tu.. ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 7, 2003 4:47:54 GMT 8
ashemekum!
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat. * Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah. * Mimpi itu adalah perlu dalam hidup. * Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan. * Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain. * Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya. * Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya. * Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya. * Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.
wassalam
|
|
|
Post by enigma on Dec 8, 2003 9:11:56 GMT 8
rugi kalau x ketawa.....so ketawa lah anda skarang ;D...betul tu....enigma penah terbaca 1 artikel yg mengatakan otot2 yg yg diperlukan @ yg bergerak untk senyum lbh sedikit drpd otot2 yg kita gunakn semasa kita bermuka masam.....apalagi..senyum2 lah selalu.... ...sesungguhnya senyum 2 sedekah.........
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 9, 2003 1:32:53 GMT 8
;D ok enigma?
|
|
|
Post by enigma on Dec 9, 2003 8:28:24 GMT 8
apa yg ok nye tok?
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 9, 2003 18:06:17 GMT 8
kan atok senyum tu..tu maksud atok..ok ke tak atok senyum!
|
|
|
women..
Dec 10, 2003 11:45:48 GMT 8
Post by enigma on Dec 10, 2003 11:45:48 GMT 8
|
|
|
women..
Dec 10, 2003 18:55:27 GMT 8
Post by atokENSEM on Dec 10, 2003 18:55:27 GMT 8
;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D senyuman tu kan satu sedekah!
|
|
|
women..
Dec 10, 2003 19:58:11 GMT 8
Post by SweetGirlz on Dec 10, 2003 19:58:11 GMT 8
"Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya."
Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: * Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. * Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. * Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. * Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: * Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. * Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. * Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. * Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: * Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. * Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. * Penasihat yang baik kepada suami. * Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. * Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: * Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. * Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah. * Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami. * Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan"
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 13, 2003 1:08:52 GMT 8
Malu..malunya...teramat malu...
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT! Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"
Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN. Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA. MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu
Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!
wassalam
|
|
|
Post by DoLLyGuRL on Dec 13, 2003 9:38:08 GMT 8
|
|
|
women..
Dec 13, 2003 11:14:05 GMT 8
Post by enigma on Dec 13, 2003 11:14:05 GMT 8
malu itu sebahagian drpd iman
|
|
|
women..
Dec 13, 2003 14:48:03 GMT 8
Post by atokENSEM on Dec 13, 2003 14:48:03 GMT 8
byk nye malu kaum wanita ni!cian...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 14, 2003 6:55:48 GMT 8
Peringatan Kepada Kaum Wanita
Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah.
Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; Adalah pada suatu hari masuk aku ke dalam rumah Nabi SAW. dan ada sertaku isteriku, Siti Fatimah RA. Maka tatkala aku dekat dengan pintu, maka sabda Nabi SAW.
"Siapa yang dipintu itu?"
Maka sahut Siti Fatimah; "Kami dengan suami kami, Ali. Hamba datang untuk menghadap engkau ya Rasulullah".
Maka tatkala Rasulullah membuka pintu bagi kami, tiba-tiba kami dapati akan Nabi hal keadaannya menangis akan sebagai tangis yang sangat. Maka kataku(Sayyidina Ali RA.) baginya; "Penebusmu [adalah] aku, engkaulah bapaku dan ibuku Ya, Rasulullah. apakah yang menyebabkan engkau menangis?"
Maka sabda Rasulullah SAW.; "Bahawa sesungguhnya telah aku lihat pada malam mikraj, beberapa perempuan daripada umatku di dalam siksa yang amat sangat. Maka sangatlah salah pekerjaan mereka itu., kerana itulah yang menyebakan aku menangis kerana keadaan mereka yang tersangat siksa". Berkata Sayyidina Ali RA.; "Ya, Rasulullah, bagaimanakah engkau lihat akan keadaan mereka itu?"
Maka sabda Rasulullah SAW.; Telah aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; dan Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung dengan dua kakinya pada hal terikat lagi terlipat dan telah mengeluarkan segala malaikat yang menyiksa itu dengan dua tangannya daripada pihak belakang lalu dilumurkan minyak tanah pada badannya dan dituangkan air panas ke dalam lehernya; dan
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya. (Ada pun buah zaqqum itu adalah buah kayu di dalam neraka yang amat pahit dan apabila memakan mereka itu akannya, nescaya menggelegak (mendidih) segala isi perut mereka itu, dan otak dan gusi mereka itu dan keluar lidah apinya daripada mulut mereka itu) dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung pada hal memakan ia akan daging dirinya manakala api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia(perempuan) akan darahnya; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. Di dalam kerongkongnya api neraka pada hal keluar otak daripada kepalanya dan lagi mengalir ke dalam hidungnya dan segala badannya itu amat busuk lagi berputar-putar (menggelupur) seperti terkena penyakit yang besar; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya dipotong segala daging badannya daripada hadapan hingga ke belakang daripada segala anggota dengan gunting api neraka; dan
Aku lihat pula seorang perempuan yang tergantung hal keadaannya hitam segala mukanya dan dua susunya dan api memakan isi perutnya; dan lagi
Aku lihat seorang perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai dan di atasnua itu beribu-ribu warna daripada azab; dan
Aku lihat pula seorang perempuan atas rupa anjing dan api neraka itu masuk daripada bawah duburnya dan keluar daripada ia{api} daripada mulutnya dan segala malaikat itu memukul mereka itu akan kepalanya dan badanya dengan pemukul api neraka.
Kata Sayyidina Ali RA; Maka berdirilah Siti Fatimah RA. kepada Nabi SAW. lalu berkata;
"Hai kekasihku dan cahaya mataku, khabarkan olehmu apa dosa-dosa mereka itu hingga jatuh atas sekelian mereka itu dengan berbagai-baga siksaan itu?"
Maka sabda Nabi SAW.;
Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguh nya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki
SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN.
Allahu A'lam
|
|