dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
women..
Nov 21, 2003 13:40:38 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 21, 2003 13:40:38 GMT 8
Terpaksa bersetuju apa yg dikata oleh sweetgirlz
|
|
|
Post by atokENSEM on Nov 22, 2003 1:48:49 GMT 8
redha je lah..
|
|
BuB4K1D
New Student
let chatz friend
Posts: 42
|
Post by BuB4K1D on Nov 22, 2003 9:00:16 GMT 8
askum wahai umat iician atau org luar pun tak per lelaki adlah ketua kepada keluarga masyarakat dan negara dlm quran meyata kan " ar-rijalu qauamu na ala nisa' ila ayamam ma'dudad" kaum lelaki adalh peneraju kpd perempuan jd saya sokong kater atok, nurkasih sorry, i know u and u know me erm memang perempuan kuat tapi kuat nyer tak bertempat bkn kuat amal ibadh nyer tp kuat akan godaan nyer sperti adam di goda oleh hawa, ada hadith mengatakn bahawa "selepas rasulullah solat di masjid Dia keluar dan ber kata, wahai wanita2 sekalian bersedekah lah kamu, kemudia di tanye , kenape ya rasulullah , lalu rasulullah menjawab ini kerana kaum wanita di akhirat kebayakannye di neraka, lalu ditanyer kenape begitu ya Rasulullah, lalu rasulullah menjawab, ini kerana 1 drpd pompuan adlah 1/2 laki make..........." maka rasulullah adalah kasyaf dia tahu akan umat dia mase depan dia sudah memberi kelongaran pd kita, umat akhir zaman seperti kita ini adlah lebih di syangi kalu kite megikut ajarn atau hadith2 rasulullah. maka kat sini warga iician perempuan yg menbaca sedar lah banyak diantara kamu adalah ahlin nar maka hijrahkan diri mu kepada yg lebih baik dalam sajak menyata kan umat islam hari ini lebih baik dari smlm, esok lebih baik dari hari nie,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ALLAHUAKBAR...........
|
|
dEw@[CrOnIc$]
Senior Student
Something warm flowing through my eyes, But somehow I found my baby that night,
Posts: 291
|
women..
Nov 22, 2003 10:54:57 GMT 8
Post by dEw@[CrOnIc$] on Nov 22, 2003 10:54:57 GMT 8
Erm.......................wacaya sama lu lah BuB4K1D ............erm Allahuakhbar................
|
|
|
women..
Nov 27, 2003 22:18:00 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 27, 2003 22:18:00 GMT 8
a'kum..?;D LELAKI IDAMAN WANITA Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
lelaki yang berharga Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih. Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
jangan marah ye kaum hawa..atok telah mempergunakan topic wanita..untuk masuk bab lelaki skit!takpekan.. atok idaman wanita.. ;D
|
|
|
women..
Nov 27, 2003 23:17:27 GMT 8
Post by SweetGirlz on Nov 27, 2003 23:17:27 GMT 8
alah..ape salahnye!atok nye topic pun..slalu gak sy masuk dgn msg msg sy..betul ape yg atok katakan kat atas ni..sweetgirlz sokong!bagi cucu..Lelaki yang berwawasan..paling penting! ;)nan..tq,setuju dgn ape yg sy kata..
|
|
LaNgSuIr
Senior Student
Jangan takutkan pada hantu..amalkan takut pada tuhan..
Posts: 310
|
women..
Nov 28, 2003 19:43:37 GMT 8
Post by LaNgSuIr on Nov 28, 2003 19:43:37 GMT 8
perempuan..perempuan.. ;D
|
|
|
women..
Nov 30, 2003 17:31:40 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 30, 2003 17:31:40 GMT 8
Tips Memakai Minyak Wangi
Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.
Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.
Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri.Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.
Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan. Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?
Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.
Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh. Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg baik dibuat berhati-hati.
Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan. Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.
Setiap org mempunyai bau badan yg tersendiri.Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak ;D
atok..
|
|
|
women..
Nov 30, 2003 17:48:21 GMT 8
Post by atokENSEM on Nov 30, 2003 17:48:21 GMT 8
assalammbualaikum w.r.t Dewasa ini...di universiti,kolej...kebanyakkan senario ini akan berlaku....perempuan akan suka dipanggil dengan gelaran 'kakak' walaupun lebih tua setahun....kadang lebih tua bulan jer.....relevannya ialah perempuan lebih matang,bertanggungjawab dan sebagainya....kadang-kadang boleh melahirkan perasaan meluat yang amat sangat pada kaum lelaki.....betul ker?...perempuan ni matang sangat?...bukan niat untuk mengguris ker aper ker....tetapi ni la yang selalu sangat berlaku.....Apa pendapat anda?adakah perempuan lebih matang dari lelaki? atok..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Dec 2, 2003 2:58:36 GMT 8
Kecantikan muslimah sejati
"Assalamualaikum WBT.
Kepada teman2 seperjuangan dan kepada netters yang dihormati moga dirahmati Allah selalu hendaknya. Amin.
Kali ini mari kita persoalkan bagaimana ingin membentuk Kecantikan Muslimah zahir dan Batin.
Apakah yang dikatakan kecantikan? Iaitu sesuatu yang elok dipandang. Islam amat menekankan kecantikan yang lahir dari sifat2 mahmudah. Yang dibentuk meliputi segala aspek luaran dan dalaman. Suka saya mengingatkan kepada teman apabila bersermin ucapkanlah "Ya Allah, sebagaimana Engkau perelokkan kejadian ku, Engkau elokkanlah akhlak-ku". Kerana dengan kecantikan akhlak ada daya tarikan tersendiri dan dayanya lebih kuat daripada kecantikan wajah. Nilai paling berharga buat muslimah sejati ialah kecantikan akhlak atau budi. Akhlak sesama insan dan akhlak terhadap Allah.
Sudah menjadi fitrah manusia (wanita) untuk menampakkan diri agar kelihatan/dipandang cantik. Allah itu sendiri cantik dan suka kepada kecantikan, oleh itu manusia sendiri harus meletakkan kecantikan pada dirinya. Namun Islam ada menggariskan panduan untuk muslimah yang mementingkan kecantikan yang hakiki. Terdapat beberapa faktor dimana kecantikan itu boleh dibentuk iaitu faktor fizikal iaitu luaran, faktor mental iaitu dalaman dan faktor kerohanian iaitu membentuk roh.
Lelaki dimasa ini sering tertarik kepada kecantikan wajah, keliuran bentuk tubuh dan berharta. Kepada muslimah janganlah berasa bimbang kerana lelaki jenis ini tidak layak untuk ijadikan suami. Bak kata pepatah Melayu "Habis madu sepah dibuang".
Kecantikan dari segi mental juga melibatkan pemikiran yang positif, yakin pada diri, sentiasa bersangka baik terhadap orang lain, dapat melihat kecantikan orang lain, tidak sombong, pemaaf, berlapang dada, menerima teguran secara positif, tidak mementingkan diri sendiri, suka tolong orang lain, ceria dan penyabar.
Kecantikan kerohanian pula banyak menitik beratkan hubungan kita dengan Allah. Dengan pembetukkan kerohanianlah maka terpancarlah 'Nur' cahaya yang datang akibat dari kerja amalan kita. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Solat ialah tiang agama dan mempunyai 10 fadilat salah satunya ialah Daya Penarik pada wajah. Islam menyarankan bahawa kecantikan yang hakiki berpaksi kepada iman yang kental dan sifat kesyukuran yang mendalam. Cantik dimata Allah lebih penting dari cantik pada pandangan manusia.
Antara amalan yang perlu kita lakukan untuk meningkatkan kecantikan rohani termasuklah:
a. mengerjakan solat fardhu dengan sempurna. b. membaca Al-Quran setiap hari c. Amalkan sunnah2 nabi dalam kehidupan seharian. cthnya:menutup aurat. d. Mengerjakan puasa sunat. e. Banyak bersedekah g. Bermaaf-maafan setiap hari.
Wahai teman-temanku masih belum terlewat untuk kita sentiasa merasakan kita ini memang insan yang diselubungi banyak kesilapan dan perlu banyak bertaubat kerana semulia-mulia manusia menjadi habuan tanah. Akan tiba wajah kita yang cantik tanpa diselimuti dengan akhlak dan peribadi yang mulia dikerumuni cacing dan ditimbuni tanah diliang lahad. Hanya dengan kecantikan akhlak dan amalan2 yang mulia sahaja menjadi penyeri dan teman dialam berzakh.
Muslimah-muslimahku kenangkanlah nasib diri ini penghisaban kelak. Lunakkanlah hati untuk terus memperbaiki akhlak dan amal ibadah serta berdoa, sebagaimana kita selama ini bersungguh-sungguh memperbaiki kecantikan rupa, agar diri sentiasa dipimpin dan diberi petunjuk serta hidayah dari Allah untuk menepati syariat-Nya.
Diakhir kata renungilah kata-kata iini untuk dijadikan pengajaran buat kita: "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu, dari Allah-lah datangnya dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 2, 2003 18:20:09 GMT 8
bace tu kaum hawa...
|
|
|
Post by enigma on Dec 3, 2003 9:29:42 GMT 8
tgh bacer ni atok. ;D
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 3, 2003 17:08:28 GMT 8
hehehe..
|
|
|
Post by atokENSEM on Dec 5, 2003 1:23:10 GMT 8
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 27 diberkas polis selepas kerap merakamkan gambar curi gadis berpakaian seksi menggunakan telefon bimbit miliknya. Lelaki itu menjadikan kegiatan itu sebagai hobi memiliki koleksi gambar curi gadis berpakaian seksi yang disimpan di dalam telefon bimbitnya itu. Kegiatan tidak bermoral lelaki itu bagaimanapun terbongkar ketika dia cuba menjadikan seorang gadis yang bekerja sebagai juruteknik sebagai mangsa, baru-baru ini. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, gadis berusia 23 tahun sedang membeli telefon bimbit di pusat beli-belah Sungai Wang Plaza, di sini. Menurutnya, ketika kejadian, gadis berkenaan berpakaian skirt berdiri sambil memilih telefon bimbit untuk dibeli. “Tanpa disedari, lelaki itu menghampiri gadis berkenaan dan berpura-pura tunduk untuk mengikat tali kasutnya. “Lelaki itu membongkok dan menghalakan lensa kamera telefon bimbitnya itu ke celah kaki gadis berkenaan untuk merakamkan gambar,” katanya. Menurutnya, tindakan lelaki itu dilihat teman lelaki wanita berkenaan yang menangkapnya sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan pusat beli-belah itu. “Siasatan lanjut mendapati, lelaki berkenaan menyimpan berpuluh-puluh gambar curi wanita yang ambil dari bahagian bawah kain atau skirt,” katanya. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sejurus selepas tangkapan dilakukan. Moral: Semakin canggih alat semakin canggih jenayah / Jangan buat kerja tak senonoh.
|
|
|
Post by antuseramgiler on Dec 5, 2003 4:45:24 GMT 8
Wanita Ciptaan Istimewa 1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. 2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. 3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagiankemerdekaannya. 4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur. 5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. 6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. 7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki. 8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala- galanya. 9. Wanita akan memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak akan melupakannya. 10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. 11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan. 12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya. 13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. 14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. 15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu. 16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia. 17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. 18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin. 19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia. 20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia. 21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. 22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. 23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. 24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. 25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya. 26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. 27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. 28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami. 29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. 30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya. 31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
|
|