|
Post by enigma on Jan 3, 2004 10:23:57 GMT 8
article camnie la baru bes dibaca ehehe, wookay eheh...tq...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 3, 2004 22:15:21 GMT 8
Kegagahan Wanita Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:- 1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan 4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. wanita memang gagah pun...
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 4, 2004 4:10:27 GMT 8
segagah² wanita tetap di bawah laki kak...sebagai contoh:berapa ramai mangsa rogol....kerana kegagahan yang cube ditonjolkan maka membawa padah....memang tak dinafikan punce utama lelaki tapi tak semua sikap perogol merogol kerana nafsu tapi berdasarkan dendam....eksen sangat depan laki konon dah cukup kuat dan gagah pastu tak pasal² mencari nahas...camne tu....si gagah mule menjadi si gagap....
paham tak ape yang cube ku sampaikan ini...cube la pahamkan sendiri...
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 4, 2004 5:11:26 GMT 8
segagah² wanita tetap di bawah laki kak...sebagai contoh:berapa ramai mangsa rogol....kerana kegagahan yang cube ditonjolkan maka membawa padah....memang tak dinafikan punce utama lelaki tapi tak semua sikap perogol merogol kerana nafsu tapi berdasarkan dendam....eksen sangat depan laki konon dah cukup kuat dan gagah pastu tak pasal² mencari nahas...camne tu....si gagah mule menjadi si gagap.... paham tak ape yang cube ku sampaikan ini...cube la pahamkan sendiri... kudrat lelaki kanlebih power dr wanita..so..tak berdayalah utk wanita melawan..itulah sbb,kaum hawa ni kena belajar berlawan..bagaimana cara untuk melawan kaum adam yang mempunyai nafsu serakah!
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 4, 2004 19:24:55 GMT 8
kudrat lelaki kanlebih power dr wanita..so..tak berdayalah utk wanita melawan..itulah sbb,kaum hawa ni kena belajar berlawan..bagaimana cara untuk melawan kaum adam yang mempunyai nafsu serakah! so..gi lah bljr silat ke..taekwando ke..kung fu ke..atok jamin..mesti jarang kite dgr kes rogol lagi..kan?
|
|
|
Post by StRiDeR on Jan 4, 2004 19:35:13 GMT 8
so..gi lah bljr silat ke..taekwando ke..kung fu ke..atok jamin..mesti jarang kite dgr kes rogol lagi..kan? tul tue, tok...dan dari segi pemakaian pun hendak lah kita jaga jugak..... ;D
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 1:01:46 GMT 8
so..gi lah bljr silat ke..taekwando ke..kung fu ke..atok jamin..mesti jarang kite dgr kes rogol lagi..kan? dah belajar silat dah pun.. ;)silat cekak lagi tuh but now,dah stop bcoz ayah x kasi samb..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 1:03:11 GMT 8
Sedarlah....Lelaki yang bergelar SUAMI
Kisah ini mungkin bakal menyinggung hati lelaki…kerana kata-kata kesat yang saya selitkan untuk perumpamaan yang tepat untuk lelaki yang bergelar suami dan bakal bergelar. Fikirlah adalah Dia perempuan yang disayangi dan dicintai ataupun dianya hanya pelengkap kepada kehidupan roda untuk manusia yang bergelar lelaki
Mahani..... berumur 26 tahun mempunyai anak yang baru berusia 6 bulan. Bekerja sebagai pensyarah di sebuah kolej swasta di Ibu kota. Permulaan perkenalan saya dengannya begitu mudah kerana saya juga bekerja di tempat yang sama.
Begini mulanya......ketika di UiTM lagi....Mahani sudah bercinta. Lelaki yang dicintainya itu bukan warganegara malaysia tetapi telah mempunyai IC penduduk tetap di Malaysia. Entahlah bagaimana sayapun tak pasti. Satu UiTM membuatkan Mahani dan Zamri begitu akrab. Dari apa yang digambarkan dan diceritakan kepada saya.....sebab utama dia memilih Zamri adalah kerana Zamri anak yatim piatu.
Mungkin kisah dukanya dulu membuatkan dia berfikir tiada mak mertua lagi mudah kerana dia telahpun memiliki ibu yang langsung tak menghargainya malahan mengherdiknya dari kecik hingga ke besar. Sejak kecil pula abangnya telah mula membibitkan sumbang mahram dengannya. Kepada ibu tempat dia mengadu menjadi medan sepak terajang kaki ibunya dan amaran diingatkan agar rahsia ini menjadi 3 telinga dan bukannya sampai ke telinga ayahnya yang bekerja sebagai polis. Mungkin trauma yang dihadapinya membuatkan dia yakin.....Zamri adalah mudah dan senang untuk masa depannya kerana dia tak sanggup lagi berhadapan dengan perempuan yang bergelar ibu.
Zaman percintaan Mahani tak banyak pergolakan......kerana Zamri tak terlalu menghabiskan banyak masa untuk memikat Mahani yang sudahpun dimiliki. Selesai sahaja menamatkan pengajiannya di UiTM...... Mahani bergelar Lecturer dan suaminya bekerja di Petaling Jaya.
Dipendekkan cerita......kisah ini bermula ketika Zamri bergelar SUAMI kepada Mahani. Perbelanjaan perkahwinan kebanyakkannya ditanggung oleh Mahani kerana cinta dan sayangnya melimpah ruah untuk ZAMRI. Mengharap panas hingga ke petang rupanya hujan di siang hari. Perkahwinan yang dianggapnya rahmat dari Ilahi bertukar menjadi racun pada hari ke-8 perkahwinan mereka. Bukan nak merendahkan kaum lelaki tetapi bacalah.. dan hayatilah....
Pagi itu Mahani mula masuk kerja setelah seminggu bercuti. Memang dah lumrah suami menghantar isteri tercinta ke tempat kerja........hurmmmmm tetapi..... yang sedihnya Mahani terpaksa menapak..... untuk ke Bus Stop. Jangankan hantar ke ke tempat kerja ke Bus Stoppun Zamri tidak mahu. Sedih betul......rasanya hati saya apabila.... mendengar Mahani meluahkan rasa terbuku dihatinya. Saya hanya mintanya bersabar.....kerana mungkin dia tak sempat.
Hari berganti hari minggu berganti minggu....Mahani mengandung. Segala perbelanjaan rumah ditanggung oleh Mahani seorang kerana gaji Zamri tidak cukup untuk menampung walau sedikitpun. Mungkin rezeki anak....dan perkahwinan Mahani mampu mendapat gaji melebihi dari suaminya. Walau apapun kasta dan tinggi rezeki yang diperolehinya tak meninggikan dia melebihi dari suaminya ketika berada dirumah. Dengan sedikit simpanan Mahani mula membeli emas untuk kecemasan di hari kelak. Ujian tuhan tak sampai 2 bulan….Zamri di buang kerja dan emas yang dahulunya dibelinya digadai untuk menampung 2 bulan saat Zamri bergelar penganggur. Selang beberapa hari Zamri memperlolehi kerja di Petaling jaya juga. Emas bergadai tak membuatkan Zamri menghargai mahani….malahan dia takkan menebusnya kembali dan menyuruh Mahani menebusnya sendiri kalau nak….bukan dengan duit gajinya kini. Bongkak sungguh…..lelaki ini pada fikiran saya saat itu.
Masuk Bulan ke-3 perkahwinannya Mahani mengandung..... Berita gembiranya itu dikongsi bersama suaminya Zamri. Lalu Mahani menelefon pejabat suaminya ternyata hampa..... Zamri langsung tak gembira malahan hanya berkata.... "Ya ker..okeylah yer.... abang ada keje nih..!!"kata zamri mengakhiri perbualan. Hairan mahani melihat reaksi suaminya itu. Mahani pura-pura gembira dan khabar gembiranya itu dikongsi bersama ibu dan bapanya. Ternyata hanya ayahnya sahaja yang gembira dan bukannya ibunya. Mahani redha....dengan apa yang ada.....dia berharap anaknya itu bakal merapatkan lagi hubungannya dengan ibunya kelak.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 1:04:06 GMT 8
samb
Zamri masih seperti dulu tidak mahu menghantar Mahani ke tempat kerja. Di mana silapnya perkahwinan dan percintaan mereka menjadi tanda tanya kepada saya. Kejamnya Zamri terdetik dihati saya......tatkala melihat..... Mahani turun dari bas. Senyuman Mahani cukup membuat airmata saya meleleh keluar. Zamri tak nak hantarkan dia walaupun kereta yang dipakainya itu dibayar oleh Mahani seorang. Sedangkan dia goyang kaki senang hati.
"Kau kan mengandung ...... Zamri tak nak hantarkan ker?"tanya saya kepada mahani
"Dia kata dia malas......nak hantar aku…then dia suruh aku pergi keje sendiri.."kata Mahani sedih.
"Bukan kau mengandung ker......? dia tak kesian ker...... penyedap..... untuk malam aja dia tahu......? Siang tak reti nak hantar....plak..??@!!!!!"kata saya....kepada Mahani.
Hurmmmmmm..... keluhan Mahani melemahkan saya untuk bertanya lebih lanjut..... Merah di matanya cukup membuatkan saya teruja..... dan jauh sekali saat dan tika itu untuk saya berumahtangga dengan lelaki. Biarlah..... saya membujang dari dapat lelaki seperti Zamri.
Kerja Mahani yang mempunyai schedulenya mengajar lewat hingga jam 8.00 malam sehari atau dua hari seminggu membuatkan dia....sering pulang lewat. Sementara saya memang normal pulang jam 9.00 malam. Walaupun sudah berbadan dua ataupun balik malam..... jangankan kata call untuk bertanya khabar..... malahan menjemput pun tidak. Zamri pula sering balik jam 10.00 - 11.00 malam. Zamri bekerja kerajaan.... tak mungkin balik lewat... sabtu pertama dan ketiga cuti tak mungkin kerja juga...... Paling sedihnya Mahani pun di maki.... Babi.....sial......bangsat....sering diselitkan oleh Zamri untuk Mahani setiap hari. Apa bangsatnya Zamri dari kacamata saya sepanjang perkenalan saya dengan Mahani. Kalau benar dia tidak mahukan Mahani dari dulu kenapa dinikahinya di depan tok kadi. Dasar...... merempat. Hati saya cukup marah....apatah lagi Mahani yang menanggungnya sekian lama. Hari berganti hari bulan berganti bulan..... kandungan Mahani mencecah 8 bulan dan Mahani masih lagi menaiki bas. Zamri pula.....seperti biasa pulang lewat.
Ada suatu masa......mungkin tuhan mahu menguja..... Mahani.... telefon bimbit suaminya berbunyi tatkala sedang mandi. Terdiam seketika.....Mahani apabila mendengar alunan manja.....riak....seorang gadis yang mengelarkan suaminya "hubby".
Setelah berbual ringkas...Mahani bertanya pantas.....siapa dan apa hubungannya dengan Zamri. Perempuan itu berkata...."Saya kekasihnya"kata perempuan itu. "Awak tahu awak sedang berbual dengan siapa?....no nih ker yang call awak semlm....? ataupun setiap hari....?"tanya Mahani lemah-lembut. "Ya.... kak. Akak nih...!!sapa pulak...."balas perempuan itu. "Akak nih isteri dia."sambung Mahani pendek. "Ya.....Allah.....!! Akak....! Zamri kata dia bujang....? Dia ajak saya pergi Port Dickson esok sebab dia cuti sabtu nih...!!Maaflah akak....saya tak tahu....saya tak ganggu lagi....assalamualaikum"sambung perempuan itu pantas.
Perbualan yang berlangsung lebih kurang 5-8 minit......menyelesaikan segala keresahan yang sememangnya ditunggukan oleh......Mahani. Setelah selesai mandi..... Zamri memberitahu dia tak dapat hantar Mahani ke kampung kerana kerja yang melambak di pejabat.
Ketika itu Mahani memberitahu kepada saya... yang dia hanya tersenyum. Saya keliru..... Mungkin...Mahani berpura-pura tabah dihadapan saya ataupun mungkin dia hanya berkata demikian untuk menutup pekung di dada.
Saya sedih walaupun dia sudah 8 bulan Zamri masih tak ada sifat belas kasihan untuk menghantarnya ke pejabat. Bayangkanlah..... dari Greenwood ke ampang..... naik 2 bas.... berebut-rebut.... sedangkan suaminya.....sedap-sedap naik kereta pergi kerja. Betapa sialnya zamri. Masuk ke 9 bulan pun begitu juga.....
Aduhai...... malang sungguh... anak itukan anak Zamri juga. Bukan ker ini cinta namanya. Benar ker.....? ini dugaan semata-mata ataupun Zamri hanya menggunakan Mahani untuk mendapat hak keistimewaannya yang dahulunya tak mampu di milikinya.
Hari berganti hari. Tibalah saat dan ketika mahani dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak zamri tiada. Dengan duit simpanannya sendiri......dia membayar pembiayaan bersalinnya. Dengan duit simpanannya sendiri dia pergi ke hospital. Dan dengan duit simpanannya sendiri itu jugalah dia menyara makan minumnya sendiri sepanjang 2 bulan pantangnya kelak di kampung. Dia hanya menghantar SMS kepada suaminya yang dia telah selamat melahirkan anak perempuan. Saya kira kecewa mungkin……sampai begitu sekali tindakan Mahani kali ini. Sedangkan Zamri memberi alasan bekerja dan terpaksa outstation. Hanya pada keesokkan harinya barulah Zamri melihatnya. Sedih saya rasa...saat gembira ini suami tiada disisi kerana sibuk katanya.
Astaagfirullahal'azim... kejamnya Zamri.....kejamnya lelaki zaman sekarang. Mengucap panjang saya. Selang 2 hari Mahani dibenarkan keluar wad…..dia ditahan kerana terdapat jangkitan kuman dikemaluannya ketika ini. Kesakitan ditanggungnya bersendiri.
Mahani menelefon ayahnya dan menyuruh ayahnya menjemputnya di hospital kerana dia mahu menghabiskan pantangnya di kampung. Dia dah bersedia untuk menerima cemuhan ibunya yang sememangnya bermulut tempayan itu. Dahulunya perkahwinannya tidak direstui...dan Zamri bukan lelaki yang baik. Ibu dan ayahnya sedar tetapi tidak bagi Mahani. Pergolakan rumahtangganya langsung tidak diceritakan kepada ibu dan ayahnya. Takut mungkin...atau...ibarat buku bertemu ruas.
Selama 2 bulan..... Mahani menanggung derita....cemuhan ibunya yang cukup menyayat hati.... Hendak makanpun dia terpaksa gunakan duitnya sendiri. Sedang sakit menderita akibat kemaluanya di jangkiti kuman...... mahani disuruh mendiamkan anaknya yagn sering pada masa yang sama. Rasanya anak itu sendiri dapat rasakan yang kelahirannya tidak diundang. Mengharapkan kasih sayang ibu tak berkesempatan membuatkan Mahani tekad untuk tidak menyusahkan ibunya lagi untuk anak yang ke-2 kalinya kelak.
Tekad apakah itu? Bagi saya....ianya tak ubah seperti kekecewaan. Dengan berlakikan suami yang salah. Dan beribukan dugaan cukup buat saya teruja.
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 5, 2004 1:05:02 GMT 8
samb
Ketika ini saya fobia....lelaki yang ingin mendekati saya ibaratkan seperti suami Mahani. Kepala saya..... berkata kesiannya Mahani......dan Hati saya berkata.....apa bagusnya ibu itu pada Mahani.
Saya banyak diam.....untuk Mahani. Mendengar dan sedikit nasihat yang saya berikan mungkin cukup untuk Mahani ketika ini. Dan yang paling menyedihkan.... Zamri langsung tidak menjenguknya sepanjang 2 bulan dia berada di kampung. Rupa-rupanya sepanjang 2 bulan itu jugalah..... rumahnya menjadi sarang singgah untuk perempuan bergelar......sundal.
Kesian pun tak guna.....bagi saya. Mahani sendiri tak bersemangat. Hanya membiarkan sahaja...... lelaki seperti Zamri menguasai hidupnya. Apa bodohnya lelaki zaman sekarang.......dan apa banggangnya perempuan masa kini.
Cinta tu buta......butakan hati dan mindanya....tutup pintu fikirannya......dan pagarkannya dengan besi kata-kata dusta lelaki yang bergelar SUAMI kepadanya.
Segalanya langsung tak berubah......dan kepada tuhan Mahani berserah. Mungkin isteri mithali pilihannya. Tetapi..........
Selesai pantang......Mahani pulang sendiri dengan anaknya menaiki teksi. Alangkah terkejutnya dia melihat...... baju dan anak seluar milik orang lain masih berada dikatilnya.
Pertanyaan lembut yang dikeluarkan oleh Mahani di lemparkan dengan perkataan babi, dan bangsat oleh Zamri. Sebulan....sahaja Mahani jaga....anaknya....kemudian ibunya meminta anak itu di jaga olehnya kerana Mahani sendiri tidak mampu dan masih tidak dapat mencari pembantu rumah.
Benar ketika itu saya rasakan tuhan itu ada. Dan doa mahani telahpun dimakbulkan tuhan. Anak itu penyambung kasih antara dia dan ibunya walaupun hanya sebesar kuman saiznya.
Alasan Zamri dengan mengatakan perihal baju dan anak baju itu kepunyaan kawannya yang menumpang tidur di sini beberapa minggu sudah ditelannya bulat-bulat kerana malas nak berkata apa.
Sudah terang lagi bersuluh......itulah Mahani. Mungkin saya tak mengalaknya menjadi ibu tunggal saat ini......tetapi...... setelah.......6 bulan ini........ saya mungkin mengalaknya memilih antara dua.....berhias diri untuk menambat hati suami atau menuntuk cerai setelah selidiki kecurangan suaminya buat kali ke-2 ini. Dan Mahani mula menerima nasihat saya buat kali pertamanya. Tetapi……takut untuk meredah keluar dari hutan yang tebal berseorangan.
Kehidupannya kembali seperti biasa.....pergi kerja dengan bas. Cuma bezanya kini dia perlu akan pulang tiap 2 kali seminggu ke kampung untuk menjengguk anaknya tanpa ditemani oleh suaminya. Suaminya hanya datang 2-3 bulan sekali kalau didesak oleh Mahani. Selalunya mahani akan pulang ke kampung pada sabtu pagi dan sampai di KL isnin subuh hari dan terus ke tempat kerja. Itulah rutin hidupnya setelah bergelar ibu. Tiada keluhan.....kerana itulah bukti cinta Zamri dan dia.
Entah mengapa tuhan nak tunjukkan kepadanya saya rasa.....dia pulang terawal 1 hari....
Dan......impact pertama yang dilihatnya ialah......tiada kasut wanita dirak depan rumahnya. Mahani masih lagi berdiam diri. Tatkala melangkah.....masuk...... impact ke-2 dilihatnya tiada......gambar perkahwinannya di atas tv dan gambar anaknya di sekeliling dinding dan di sisi tv seperti biasa. Dia berkata.....didalam hati...... dan saat itu..... terkeluar dari mulutnya dan desakan hati ingin mengetahui.....dimana gambar itu semua pergi.
"Ada bawah katil......pegilah tengok....abang letak kat situ."kata Zamri selamba. "kenapa abang letak bawah katil....?"tanya Mahani....."abang kemas.....awak nih memang babil.....banyak...tanya kenapa?"sambung Zamri lagi.
Tanpa berlengah Mahani terus meluru masuk tiba-tiba.....Zamri meminta dan meluru masuk kedalam bilik dan terus mencapai sesuatu.. di sisi katil. Lagi sekali perilaku zamri mencurigakan mahani. Seluar dalam zamri bersepah....seakan baru lepas berkubang.....melekat... seperti bergam. "Cantik katil.....sebelum nih tak pun tetiba dah stail macam kat hotel aja.....?!"tanya mahani lembut. Sekali lagi….mahani diherdik.
Keesokkan harinya mahani mengadu kepada saya.....perihal kisah semalam.....yang zamri selamba.....sahaja. Impact utamanya adalah......rumahnya itu tak ubah seperti rumah bujang. Saya tak tahu adakah nasihat saya bakal mencerai beraikan mereka atau tidak. Apa yang pasti.....ketika itu pilihan hanyalah dua..... berhias diri seperti sebelum berkahwin.....iaitu seperti zaman bercinta di UiTM ataupun nekad.....menyiasat.....kecurangan suaminya pada minggu akan datang. Kalau benar suaminya curang.....bagaimana? Berdosa saya.....memisahkan mereka.....tetapi apa gunanya bersuamikan lelaki seperti Zamri. Malahan Mahani menanggungnya segala.....makan minum...dan bulanan kereta segalanya mahani.
Apa yang berlaku.....saya ibaratkan sebagai panduan untuk saya melihat kerektor lelaki zaman ini di Malaysia. Mungkin tak semuanya seperti Zamri.
Istikharah......tahajud..... adalah pertolongan yang paling dekat untuknya dengan Allah. Itulah..... kata-kata terakhir saya untuknya....percubaan cara dunia.....dan pertolongan mengikut.....landasan islam....adalah 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh mahani dari sudut kacamata saya sebagai pendengarnya yang setia.
Memang benar......rusuk kiri lelaki..... pinjaman untuk perempuan. Itu hakikat yang tiada didalam buku undang-undang di dunia, tetapi termaktub di dalam Al-Quran. Pelindung.....adalah......amanat dari tuhan untuk lelaki yang bergelar suami.
Bukan rusuk yang sesuai untuk mahanikah itu.....? Ataupun ianya satu sandiwara.......ciptaan tuhan.......seperti roda......yang berputar......laksana bumi dan paksinya.......umpama......jasad dan rohnya juga.
Setekad mana Mahani mendengar di luar bidang kuasa saya. Sebagai seorang sahabat saya juga ingin melihatnya bahagia. Kalau benar jodoh mereka pendek saya berdoa agar tuhan temukan dia dengan lelaki yang baik dan yang pasti seorang lelaki yang boleh menyayanginya seada mungkin. Seorang lelaki yang berbicara lembut….seorang lelaki yang menghantar dan mengambilnya pulang bekerja….seorang lelaki yang mampu memberikan nafkah zahir dan batin sesempurna mungkin…seorang lelaki yang takkan sanggup meilihat isterinya menaiki bas saat sarat mengandung….seorang lelaki yang menghormatinya sebagai seorang ISTERI dan juga seorang lelaki yang mampu menerima gelaran SUAMI
Entahlah.....saya berdoa landasan mahani sekarang bukan landasan saya kelak.......kerana saya tak setabah dan sekeras mahani.
DariMu........aku datang ya Allah..... DAN DariMu........juga aku pergi....AMIN "
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 5, 2004 3:17:48 GMT 8
wah...ni dah macam novel....boleh tau ape motif novel ni di keluarkan atau diterbitkan di dalam forum ini....walau camne pun aku tetap nak mengulas sedikit sebanyak....zamri(bukan nama sebenar) yang diceritakan itu adalah salah satu jenis manusia di muka bumi ini iaitu manusia yang bertopengkan syaitan yang mungkin di beli di pasar malam yang berdekatan....laki camni sukar untuk dikenal pasti kerana mereka merupakan golongan yang pandai berpura² dan dikategorikan pelakon pembantu tambahan terbaik...untuk nasihat abang...nak kenal laki ni jangan hanya kenal si lelakinya sahaja...kalau boleh,kenal sekali mak bapak die atau lebih molek sedare mare dan sepupu sepapat nye sekali kerana dari situ kite boleh tau asal usul keturunannye dan bagaimana ia dididik atau dicorak batikkan oleh keluarganya....InsyaALLAH...
|
|
|
Post by enigma on Jan 5, 2004 11:28:16 GMT 8
so..gi lah bljr silat ke..taekwando ke..kung fu ke..atok jamin..mesti jarang kite dgr kes rogol lagi..kan? eheh...sy sokong tu atok...kita kena blaja ilmu mempertahankan diri....tak kisah ler....silat ker....kug fu ker.....janji kita blaja utk defend diri sendiri....bkn itk cari gaduh...tp utk menjaga maruah diri....apatah lagi pompuan..... to:s.gilrz.. awak blaja silat cekak aper? hanafi ke malaysia?...awak blaja silat tu kat mana?....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 2:09:06 GMT 8
to:s.gilrz.. awak blaja silat cekak aper? hanafi ke malaysia?...awak blaja silat tu kat mana?.... sy blaja di sekolah!but x abis sbb ayah sy ckp,bile kite salam dgn tok guru yang mengajar silat tu,dia tlh menyalurkan jin pada badan kita,tu yang kita bukak langkah mcm keras..ayah sy dpt tahu dr kwn dia yang blaja silat gayung..
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 6, 2004 2:11:24 GMT 8
IMPORTANT !!
Dari Hawa Untuk Adam 2
Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
wassalam
|
|
|
Post by enigma on Jan 6, 2004 8:32:13 GMT 8
Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
adakah kaum adam mahu ini berlaku?
|
|