Post by atokENSEM on Apr 3, 2005 2:30:59 GMT 8
enigma said:
buat adam...dari hawa...Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki
bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak
mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan
aqad nikah telah menyatukan kita.
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu
lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula
yang kau berikan untuknya...
KALA kau tiada duit, bukankah magic david
copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit
pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu
sentiasa curi2 membuka wallet untuk
mengecek "Ada duitkah suamiku?"
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh
tanya lagi bini kau "Ada duit ke?" sedangkan
itukan kewajipan kau untuk memberinya
nafkah?
Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu
akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama
yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri
menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi
suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang
dan belas kasihan
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran
kadang2 siap kentut lagi..Cissss!!
Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat
malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau
kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau
yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik
selagi tulah mata tak leh pejam
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi,
langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat
esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2
nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu
menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di
fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai
baju ni?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi
nak mengorat lagi...
Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak
banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah
dia setiap pagi dan malam sebelum tidur
(peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan
dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah
dia sekali-sekala walaupun setakat coklat
sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau
nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya,
bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya
tidur2 ayam sahaja...
INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami kalau korang nak tahu, sebaik
sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan
6, 7, 8 senses sebab itulah dia orang tahu korang
buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia
orang musti tahu punya....
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana
korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-
lain
Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan
apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari
kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama
KeSeJahTeRaaN!
Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara
yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.
Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak
sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita
tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah
berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg
soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap
dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
dikurniakan.
Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita
nak dapat perempuan yg baik...
Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik,
tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada
can ker bini itu TURUN dari langit.....
Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan
jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah
dia???
Allah telah mengutuskan perempuan utk
lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....
Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan
alam perkahwinan......Tanpa usaha , rezeki itu
memnag tidak ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang
perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya
berada dalam kerugian....
FIKIR-FIKIRKANLAH.................
jap..jap..atok pikir!