APA ITU KESEMPURNAAN? Ini kisah pertemuan kembali 2 sahabat yang sudah
puluhan tahun berpisah.Mereka merindui satu sama lain. Mereka berbual,
bersenda sambil minum kopi di sebuah café'.
Awalnya topic yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman
sekolah-sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka
sekarang ini.
"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latiff kepada
temannya,Borhan yang sampai sekarang masih membujang.
"Hmmm...sebenarnya ramai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan
seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu
waktu aku bekerja di utara semenanjung,aku berjumpa dengan seorang wanita
yang cantik dan bijak. Aku fakir itulah wanita yang ideal untuk aku dan
sesuai dijadikan isteri."
"Namun tidak lama selepas mengenalinya..ketika hubungan semakin intim baru
aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di si tu"
"Di Ipoh, aku bertemu seorang perempaun yang cantik jelita,ramah dan
dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan seronok.Jantungku
berdegup kencang dan ketika itu aku pun terfikir bahawa inilah wanita
idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak
tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggungjawab.
"Di JB, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan
pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Selalu menyambung
perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahuid ia dari keluarga
yang berpecah belah dan selalu me minta di luar kemampuan. Akhirnya kami
berpisah."
"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan
pada setiap wanita yang aku temui. Hinggalah pada suatu hari, aku bertemu
dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik,pintar,
baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin
dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang
dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."
"Kemudian bagaimana?" pintas Latiff tidak sabar-sabar apabila mendapati
Borhan diam seketika. " Apa yang terjadi?" Bagaimana hubungan kau dengan
dia sekarang?" tanya Latiff lagi apabila mendapati Borhan terus mendiamkan
diri.
"Kemudian....Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru
aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang
sempurna..."
****************************************************************************************************
Faham dengan apa yg tersirat di atas? Nobody's Perfect! Jgn mensia-siakan
sesiapa yang ada di hadapan kita. Belum tentu kita akan mendapat lebih baik
daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari kesempurnaan,
cermin d ahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain.
Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah
mereka dengan panduan daripadanya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan
harta, kerana nanti mereka semakin liar. Jangan menghiburkan mereka dengan
kecantikan, kerana nantinya mereka yang semakin derita. Kenalkan mereka
kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca kekuatan dunia. Akal
wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga
mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi
Tuhan tetapi di situlah kasih sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat
kejadiannya pasti tidah terhibur dan tidak menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah
mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin
wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri kepada
Allah, nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu. Jangan mengharapkan
isteri semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina
Ali Karamallahu Wajhah.....Begitu jugalah sebaliknya