Misteri tingkah laku lelaki Terdpt byk tingkah laku lelaki yg agak sukar utk di fahami dan tidak kurang juga di antaranya boleh membuatkan wanita merasa cukup kesal.
Jadi apa yg perlu di pelajari dan di fahami terlebih dahulu tingkahlaku lelaki agar tidak menimbulkan sebarang syak wasangka atau perselisihan faham.
Lelaki sememangnya banyak menyimpan teka teki dan agak menarik utk di selami.
Jadi sebelum kamu marah dgn mereka, ada baiknya kamu melihat apakah punca dia bersikap demikian.
MENGAPA LELAKI BUKAN PENDENGAR YG BAIK?
Bagi lelaki, percakapan ialah suatu alat dan bukannya tujuan akhir.Sebab itulah lelaki agak kurang bercakap walaupun
sesama mereka.Ini tentunya berbeza dgn perempuan yg menganggap bercakap sgt penting,lelaki pula hanya akan membuka mulut apabila mereka menginginkan sesuatu.Jadi lelaki akan menganggap, apabila dia di ajak berbual, kamu memerlukan sesuatu darinya.Jika tidak jangan mengajak mereka berbual kosong.
Lantaran adanya perbezaan ini, lelaki seringkali dituduh kurang memberikan perhatian semasa berbicara ataupun sering di anggap bukannya seorang pendengar yg baik. Lelaki juga lebih suka membicarakan perkara yg penting sahaja dan tidak menarik utk memperbesar-besarkan perkara remeh seperti perempuan.Dan kalau kamu nak tahu, lelaki sebenarnya makhluk yg selalu berfikir secara kreatif dan analitikal.
Misalnya ketika kamu menceritakan sebarang permasalahan yg kamu hadapi kepadanya, secara automatik otaknya ligat memikirkan apakah tindakan yg perlu kamu lakukan utk mengatasi masalah tersebut.Jadi jangan fikir lelaki tidak memberikan perhatian terhadap apa yg kamu bicarakan. Tetapi itulah lelaki, mereka lebih suka berfikir daripada membicarakan hal yg bukan2 dan hanya akan berbicara apabila perlu sahaja.
MENGAPA LELAKI TIDAK ROMANTIS?
Sama halnya dgn bercakap, romantisme pada lelaki juga hanyalah satu cara utk mecapai tujuan.Lagipun jika di teliti dgn lebih lanjut, apakah keuntungan yg bakal diperolehi oleh lelaki jika bersikap romantis ? perempuan biasanya akan mendapat kiriman bunga mawar
merah, sekotak coklat dan sebagainya,
sedangkan lelaki akan mendapat 'kerja tambahan' yg menyusahkan mereka seperti perlu membuka pintu kereta, mengangkat beg dan lebih parah ialah perlu menambah perbelanjaan.
Apa tidaknya kalau membawa si dia makan malam di restoran mewah tentulah kosnya lebih tinggi.
Sementara itu, kalau di lihat dari segi biologi pula, lelaki memang mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka tidak suka bersikap romantis.
Lelaki mempunyai perasaan utk mendampingi wanita yg di sukainya secepat mungkin sebelum ia jatuh ke tangan orang lain. Jadi mereka tidak mahu menghabiskan banyak masa
memikirkan cara2 romantis utk
memikat seseorang wanita tersebut kerana yg lebihpenting adalah hasilnya.
Lelaki juga sering menganggap romantis lebih sinonimdengan perempuan.
Jadi kalau lelaki bersikap romantis, mereka takut akandi cop tidak macho.
Nyatanya sifat romantis bukanlah perkara yg mudah di lakukan oleh lelaki.
Tetapi mereka sebenarnya telah melakukan apa sahaja yg terbaik utk menyenangkan hati kamu.Apakah itu masih tidak cukup romantis buat kamu ?
MENGAPA LELAKI TIDAK MINAT BERBICARA HUBUNGAN CINTA?
Umumnya lelaki tidak berminat utk berbicara tentang kisah cinta mereka,
tetapi lebih suka menjalaninya.
Lelaki adalah makhluk non-verbal yg berorientasikan fizikal dan tindakan.
Mereka biasanya tidak mahu menghabiskan masa dengan membuat rancangan Utk mecari tempat2 romantis kerana pada mereka apa yg lebih penting ialah makan!
Menurut Bernie Zilbergeld, penulis The New Male Sexuality, lelaki dan perempuan mempunyai pandangan yg berbeza tentang cinta.
Perempuan lebih senang utk membicarakannya,tetapi lelaki pula lebih suka utk mengaplikasikannya.Jadi apabila lelaki enggan berbicara tentang hubungan cinta kamu berdua,jangan pula menyangka hubungan kamu sedang bermasalah.Jangan sesekali meragui kesetiannyaterhadap kamu dan jangan pula kamu menuduhnya takut utk memberikan komitmen kerana lelaki mempunyai pandangan tersendiri bilakah mereka perlu berbicara tentang cinta.
Jadi kamu hanya perlu memberikan mereka lebih kesempatan utk menyesuaikan diri.
MENGAPA LELAKI RAHSIAKAN KISAH LALU ?
Biarpun sudah lama menjalin hubungan, sesekali kamutentunya ada merasakan
teman lelaki cuba menyembunyikan sesuatu dari kamu.Mungkin kamu boleh cuba 'memancingnya' dengan
bercerita tentang bekas teman lelaki yg telah meninggalkan kamu.Si dia memang kelihatan bersedia mendengar apa sahajayg kamu bicarakan,tetapi tidak memberikan sebarang komen.Kamu tentunya berfikir, ketika itu si dia juga
seharusnya turut berbicara tentang bekas teman wanitanya.
Sebenarnya lelaki memilih utk terus menyimpan rahsia tentang bekas teman wanitanya kerana mereka tidak mahu mengeruhkan hubungan yang sedia terbina.Sebab pada mereka apabila cerita2 lama menyakitkan hati lantaran sifat kamu sendiri yg emosional.
Jadi lebih baik mereka menyimpannya dan menganggap ianya sebahagian drpd masa lalu yg tidak penting lagi dibangkitkan.Bagi mereka yg lebih utama kini ialah diri kamu,kekasih yg di cintainya.
note:
hi tok.. ;)nampaknye dlm berdebat kite,sy yg menang...