|
Post by atokENSEM on Jan 30, 2004 18:09:33 GMT 8
betul tok..tanpa cinta kita mungkin takkan kenal erti kasih sayang.....sbb cinta ni subjektif tok.....dia bkn saja focus kpd couple....tp cinta ni meliputi kehidupan seharian kita....iaitu..cinta kpd mak abah......saudara mara....cintakan negara....agama....Rasul kita....dan Tuhan kita Allah swt...... betul..cinta byk cabang..bkn cinta tu hanya focus pd kekasih je..
|
|
|
Post by enigma on Jan 30, 2004 22:15:10 GMT 8
ape akan jd klu m'si hdp tanpe cinte agaknye ha... tanpa cinta hidup manusia tidak akn bererti langsung..kerana tadanya sifat kaasih dan sayang padda diri seseorang manusia itu.....manusia kan menjadi bertambah kejam......tidak berhati perut....dan bertindak bodoh......
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2004 1:48:55 GMT 8
tanpa cinta hidup manusia tidak akn bererti langsung..kerana tadanya sifat kaasih dan sayang padda diri seseorang manusia itu.....manusia kan menjadi bertambah kejam......tidak berhati perut....dan bertindak bodoh...... manusia skrg ni pun dah kejam..sesama manusia pun nak bunuh membunuh.. ::)takyah lah kite cite di negara barat..di negara kite pun dah cukup!baru2 ni..nurul huda yg dirogol tu..umur 10thn pun..nak rogol.. pelik! binatang pun sygkan anak..ape punye manusia lah tu! >:(satu keluarga nurul huda trauma.. kesian...
|
|
|
Post by enigma on Jan 31, 2004 9:46:34 GMT 8
manusia skrg ni pun dah kejam..sesama manusia pun nak bunuh membunuh.. ::)takyah lah kite cite di negara barat..di negara kite pun dah cukup!baru2 ni..nurul huda yg dirogol tu..umur 10thn pun..nak rogol.. pelik! binatang pun sygkan anak..ape punye manusia lah tu! >:(satu keluarga nurul huda trauma.. kesian... ish tok....jgn kata kluarga dia...menteri -menteri pon g lawat famili dia...sbb diorang ni berjiwa rakyat....dan memahami perasaan ahli kluarga nurul tuh.....betapa kejamnya manusia bertopenkan syitan tuh......
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 31, 2004 16:52:56 GMT 8
ish tok....jgn kata kluarga dia...menteri -menteri pon g lawat famili dia...sbb diorang ni berjiwa rakyat....dan memahami perasaan ahli kluarga nurul tuh.....betapa kejamnya manusia bertopenkan syitan tuh...... ish ape nye.. tapi ade sesetgh org iaitu pembangkang suke mengambil hal ini untuk dijadikan politik..mereka kata, kerajaan tak dapat handle..bg atok,tidak..sbb kerajaan bukan kawal dua tiga org je penduduk dlm m'sia..tapi berjuta2..
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 14:00:33 GMT 8
B. NAMA PENUH MAKNA Bahruddin Lautan Agama Badruzzaman Purnama Zaman Burhanuddin Kenyataan agama Basiir Cekap Pintar Bazil Yang Pandai Bassam Suka tersenyum Badiuzzaman Keindahan semasa Badrulmunir Bulan bercahaya Basyirun Yang melihat Badruddin Bulan purnama agama Bakri Kemudaanku Banin Yang bijak,gigih Baslan Keberanian Basyir Penyampai berita gembira Basri Pengelihatanku Basirun Yang melihat Bilal Nama sahabat Nabi,titisan embun Bukhari Nisbah Burhan Alasan,bukti Burhanuddin Bukti Agama Busran Khabar gembira Badia'h Indah Badriyah Bercahaya bulan Basyirah Berita baik Basirah Mengetahui kebenaran Bahiyah Cemerlang Bahjan Keindahan,keriangan Baiduri Permata Baiyinah Bukti Bakriyah Berani,perawan Balighah Bijak Baqiyah Panjang Umur Basitah Yang lapang Bazilah Yang pintar Bazla Yang bijak Bayati Nisbah Bisyarah Berita gembira Bilah Izzah Wangi dan mulia Bilqis Permaisuri Sheba Burhanah Alasan yang baik Busra Kesegaran
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Feb 5, 2004 1:45:16 GMT 8
manusia skrg ni pun dah kejam..sesama manusia pun nak bunuh membunuh.. ::)takyah lah kite cite di negara barat..di negara kite pun dah cukup!baru2 ni..nurul huda yg dirogol tu..umur 10thn pun..nak rogol.. pelik! binatang pun sygkan anak..ape punye manusia lah tu! >:(satu keluarga nurul huda trauma.. kesian... uish...wa sedih siut...budak yang tak tau apeĀ² dah terima nasib camtu...nasib baik meninggal...kalau hidup tak tau camne die nak jalani kehidupan dengan masyarakat...
|
|
|
Post by enigma on Feb 5, 2004 14:18:05 GMT 8
uish...wa sedih siut...budak yang tak tau apeĀ² dah terima nasib camtu...nasib baik meninggal...kalau hidup tak tau camne die nak jalani kehidupan dengan masyarakat... aku; pon rasa lbh baik camtu....kalo hiduppon mesti dia idup dlm ketakutan dan trauma...
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 2:10:36 GMT 8
aku; pon rasa lbh baik camtu....kalo hiduppon mesti dia idup dlm ketakutan dan trauma... betul!sdgkan mangsa rogol yg masih hidup keadaan die lbh teruk!sentiasa dlm keadaan ketakutan..
|
|
|
Post by enigma on Feb 6, 2004 10:59:11 GMT 8
betul!sdgkan mangsa rogol yg masih hidup keadaan die lbh teruk!sentiasa dlm keadaan ketakutan.. tu sume angkara mereka2 yg durjana.. x berhati perut....dan menyusahkan hidup org lain jer.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 6, 2004 16:32:43 GMT 8
tu sume angkara mereka2 yg durjana.. x berhati perut....dan menyusahkan hidup org lain jer..... apatah lg..yg dirogol tu..bdk yg tak mengenal erti kehidupan..
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 7, 2004 13:04:10 GMT 8
Cinta Lelaki ========
Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj. Mingguan Wanita 7-13 Februari 2003 (Bil 1003)
|
|
|
Post by enigma on Feb 7, 2004 18:54:35 GMT 8
LELAKI IDAMAN WANITA
Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih. Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
|
|
|
Post by StRiDeR on Feb 8, 2004 0:24:37 GMT 8
LELAKI IDAMAN WANITALelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih. Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya. lelaki idaman nie mesti ader semua ciri2 diatas ke?....atau salah satu jerk?...
|
|
|
Post by enigma on Feb 8, 2004 0:37:12 GMT 8
kalo ada sume baguslah..... tp x lah semestinya sume yg disebut tu kena ada..... kalo ada lbh dr 50% pon dah ok la tu...
|
|