|
Post by cuak_mengganas on Jan 27, 2004 23:37:14 GMT 8
aku freshie,dan ko dah tua dah tak sedar diri,aku bangga jadi Freshie tue....ape lak......ko bdk baru....
|
|
|
Post by SweetGirlz on Jan 28, 2004 0:03:21 GMT 8
tue....ape lak......ko bdk baru.... kite berdua org lama kan cuak..
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 28, 2004 0:04:37 GMT 8
kite berdua org lama kan cuak.. aah...angkat kening sblh ckit pompuan manis...biar kurt tu tau ckit...biarpun x dpt degree lg,tp kite akan b'usahe...btl x...
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Post by Kurt Cobain on Jan 28, 2004 0:05:22 GMT 8
eiii,orang lama,mesti dah tua,muahahah
|
|
ActioNKaMeN
Senior Student
ha..ha..ha..KeMBaLi MeMBaHaN TanPA RaSa JeMu...
Posts: 483
|
Post by ActioNKaMeN on Jan 28, 2004 16:06:14 GMT 8
eiii,orang lama,mesti dah tua,muahahah orang lame tak semestinye tue kawan...lame² tapi berisi...tu yang penting...
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 28, 2004 16:06:34 GMT 8
eiii,orang lama,mesti dah tua,muahahah sape ckp....
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Post by Kurt Cobain on Jan 28, 2004 16:38:25 GMT 8
umur korunk mesti 20 an kan,tengok macam ku nieh,umur baru 19,remaja la katakan
|
|
|
Post by enigma on Jan 28, 2004 16:45:40 GMT 8
umur korunk mesti 20 an kan,tengok macam ku nieh,umur baru 19,remaja la katakan beza setahun pon nk berkire ker.... klah bye... nk balik dah ni....
|
|
Kurt Cobain
Senior Student
Kejiwangan adalah hak milik setiap insan
Posts: 281
|
Post by Kurt Cobain on Jan 28, 2004 16:57:03 GMT 8
beza setahun pon nk berkire ker.... klah bye... nk balik dah ni.... 1 tahun tuh kira aper,kalau kawin,dah dapat sorang anak dah tau,percayalah kalau tidak engkau akan menyesal
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 28, 2004 17:03:08 GMT 8
1 tahun tuh kira aper,kalau kawin,dah dapat sorang anak dah tau,percayalah kalau tidak engkau akan menyesal aku xnak menyesal...so,aku p'cayelah kate2 ko yg usang itu...
|
|
|
Post by atokENSEM on Jan 28, 2004 18:55:45 GMT 8
aku xnak menyesal...so,aku p'cayelah kate2 ko yg usang itu... usang?usang bkn digunakan utk umah yg usang ke?
|
|
|
Post by enigma on Jan 28, 2004 23:53:15 GMT 8
aku xnak menyesal...so,aku p'cayelah kate2 ko yg usang itu... takdelah bermakne sgt kata2 dia tuh...kalo ko x nk nyesal pon x pe... ahaks
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Jan 30, 2004 16:17:41 GMT 8
takdelah bermakne sgt kata2 dia tuh...kalo ko x nk nyesal pon x pe... ahaks xnak...aku nak cayer gak...
|
|
|
Post by enigma on Jan 31, 2004 9:58:01 GMT 8
xnak...aku nak cayer gak... tak per..percayalah.....
|
|
|
Post by atokENSEM on Feb 3, 2004 13:37:20 GMT 8
MEMILIH GADIS JELITA
Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.
Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).
Lakukan Risikan Secara Rahsia Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbubapa Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
samb.
|
|