|
Post by atokENSEM on Jul 20, 2004 11:21:26 GMT 8
takde ker artikel yg best2 utk paparan lam thread nih? makin berkurangan nampaknya... takpe..enigma kuarkan la artikel yg best2..lainlah atok,takde mase..sbb keje...
|
|
|
Post by enigma on Jul 21, 2004 12:05:22 GMT 8
takpe..enigma kuarkan la artikel yg best2..lainlah atok,takde mase..sbb keje... insya Allah....saya akan wat yg terbaik..
|
|
|
Post by atokENSEM on Aug 19, 2004 11:16:56 GMT 8
insya Allah....saya akan wat yg terbaik.. bagus...mcm ni lah org kuat forum...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:45:36 GMT 8
Lelaki WanitaAPA YG LELAKI SUKA DAN TAK SUKA PADA WANITA
Lelaki suka: Sikap kelakar Budi pekerti dan kesopanan Murah hati Senyuman manja Pandai memasak Pandai dalam mengenakan pakaian Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya Tak mudah naik angin Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak Tak terlalu seksi dalam berpakaian "Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang" Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya Berwawasan atau bercita-cita tinggi Mempunyai keyakinan diri yg tinggi Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan. Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki Wanita yg mengambil berat tentang lelaki Sikap keibuan Sukakan kanak-kanak Suara lembut tanpa dibuat2 Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut tahu bersyukur pandai berjimat-cermat tak mengharapkan lelaki dalam semua hal Lelaki Tak Suka Wanita yg suka mengumpat sombong dan bongkak menunjukkan sikap yg terlalu memiliki hisap rokok "Kau ni macam orang tiga suku!"Mengutuklah tu... Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian "Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!" "Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan.." wanita yg hipokrit pembohong dan suka mencari alasan terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang pengotor dan pemalas tak bertanggungjawab langsung tak pandai mengemas terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan kuat berleter walau hal remeh temeh boros berbelanja tak tahu memasak sikap manja yg terlalu menyakitkan hati "Queen Control" atau suka mengarah2 tak pandai bergaya atau selekeh suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli suka mengungkit2 hal-hal lalu panas- baran kuat merajuk dan sukar dipujuk terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi tak mahu mengakui kesilapan dan ego
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 12, 2004 2:46:31 GMT 8
Lelaki Idaman WanitaLelaki Idaman Wanita
Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
Lelaki yang punya pendirian Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
Lelaki yang kemas dan bersih. Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.
|
|
|
Post by enigma on Sept 17, 2004 17:14:15 GMT 8
Cinta Itu Indah??
cinta..
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata- kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang ang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti agaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamumencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah Dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 19, 2004 3:41:51 GMT 8
cinta tu mmg indah...kpd yg tak pernah bercinta,bersabarla..
|
|
|
Post by kAsuTbAtA on Sept 21, 2004 1:06:39 GMT 8
cinta tu mmg indah...kpd yg tak pernah bercinta,bersabarla.. seronok yerk bercinta??
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 22, 2004 1:22:27 GMT 8
seronok sgt!nape?tak rase seronok ke?
|
|
|
Post by feimaumania on Sept 22, 2004 15:50:49 GMT 8
dh 3 thn ape....takkan tak wujud lg kenikmatan cinta tu...hahahah
|
|
|
Post by cuak_mengganas on Sept 23, 2004 18:23:30 GMT 8
makin lame bercinte la lg nmpk sume kelemahan tu...
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 24, 2004 11:34:05 GMT 8
dh 3 thn ape....takkan tak wujud lg kenikmatan cinta tu...hahahah ;)tak aik ckp camtu feimau..
|
|
|
Post by atokENSEM on Sept 24, 2004 11:35:11 GMT 8
makin lame bercinte la lg nmpk sume kelemahan tu... that's right!
|
|
|
Post by ~BuTtErfLy~ on Sept 26, 2004 18:09:11 GMT 8
Setiap wanita itu cantik……
Allah SWT berfirman:- “Ketika AKU menciptakan seorang wanita,ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menompang dunia;namun harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan,”
“AKU memberikan kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima pernolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya”.
“AKU menberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
“AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk dilindungi hatinya.”
“AKU memberikan kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya,AKU memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia diperlukan.”
“Kecantikkan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itu pintu hatinya,tempat di mana cinta itu ada.”
|
|
MysTeRy
Junior Student
BeWaRE OF My EyES...!!!
Posts: 153
|
Post by MysTeRy on Oct 4, 2004 1:56:22 GMT 8
makin lame bercinte la lg nmpk sume kelemahan tu... salah tu sang cuak...bukan kelemahan yang kite tunjuk tapi komitmen yang kite berikan berkurangan...bile bercinta terlalu lama maka perasaan bosan mungkin boleh timbul...dari situ timbulnye kelemahan yang sering kite persalahkan...tiada kelemahan dalam percintaan selagi cinta kita kuat...sepatutnye makin lama kite bercinta semakin kuat sayang kite dan semakin bersemangat untuk kite terus bercinta dan sekali gus kite cube memperbaiki kelemahan cinta kite...andai silap kata² ku harap maap...
|
|